Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Sunday, March 28, 2010

Diriku bunga yang bagaimana?


Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.


Syukran ya ukhti ifah_mujahadah =)

Muslimat Tarbiyah


MUSLIMAT TARBIYAH…

Layakkan diri anda digelar muslimat tarbiyah selepas melalui proses pentarbiyahan yang mana banyak melahirkan jundi-jundi yang hidupnya hanyalah untuk ALLAH??
Muslimat tarbiyah:-

*Keyakinannya tinggi terhadap aqidah yang sohih ..-lantaran itu dia beriman dan melaksanakan tuntutan syahadah.
*Hatinya dipandu pada ALLAH dan perjuangan Islam.
*Ibadahnya hanya untuk mendapat redho ilahi..malah menjadi suatu hiburan baginya.
*Akademik tetap yang utama dan terutama baginya.
*Akhlak sebagai bunga penyeri bagi dirinya
*Berdisiplin.
*Menjaga hablunminallah wa hablunminannas.
*Pemikirannya stategis dan mampu merencana perancangan buat masa depan Islam.(think-tank)
*Dirinya tegas dalam menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan.
*Jiwanya kental
*Harapan dan penggantungannya diserahkan seluruh pada ALLAH.
*Walau dirinya dicaci dihina, disambut dengan iman.
*Tidak bertindak mengikut emosi.
*Kuat dan cergas fizikalnya.
*Pantas dan sistematik.
*Cintakan ilmu.
*Bila bercakap, cakapnya adalah zikr, bila diam..diamnya itu berfikir.
*Berani mengatakan kebenaran walau dirinya akan terluka.
*Berdikari.
*punyai sekeping hati yang penuh dengan kasi dan sayang.
*Baginya ukhuwwah fillah yang akan memudahkan baginya jalan ke syurga.
*Cita-cita tertingginya :- menjadi as-syahidah!


Setuju atau tidak jika saya katakan anda tidak layak digelarkan Muslimat Tarbiyah, seandainya:-
*Ragu-ragu dalam keyakinan pada tuntutan Aqidah
*Ibadah sambil lewa..yang wajib pun buat ala kadar, yang sunat, ditinggalkan terus.
*Hati yang masih diselubungi cinta manusia melebihi cinta ALLAH
*Akademik jatuh dan study terabai.
*Sentiasa punyai masalah dalam berukhuwwah.
*Akhlak teruk.
*Tiada Ruh Perjuangan.
*Tidak berdisplin.
*Malas menambahkan ilmu.
*Lebih mengutamakan pandangan manusia.
*Masih meletakkan kepentingan peribadi di depan.
*Mudah terasa hati dalam hal yang remeh temeh
* mudah melayan perasaan.
*tidak berjaya mengawal emosi.
*mudah melenting apabila dikritik.
*fizikalnya lemah dan mudah jatuh sakit.
*Pentingkan diri sendiri.
*Penuh hasad dengki dan tiada semangat ingin maju.
*Kurang berfikir.
*Hanya menunggu orang memberi, malas untuk menjadi tangan yang menghulur.

Ape-ape pun….ni baru sedikit , tepuk dada tanya iman..
Muslimat tarbiyah adalah orang yang mampu hidup dan mati semata-mata untuk perjuangan islam. Tiada keraguan dalam hatinya tentang janji ALLAH..dia akan cuba berusaha meletakkan dirinya termasuk golongan yang muttaqin..
Walaubagaimanapun, jangan salahkan Tarbiyah andai anda belum layak digelar muslimat tarbiyah…kerana tarbiyah tidak pernah salah..yang salah dan silap adalah bilamana, orang yang ditarbiyah itu tidak mengambil tarbiyah untuk digarap dalam dirinya agar menjadi muslimat tarbiyah yang unggul.

Dari: jundatullah.blogspot.com
Syukran ya ukhti.. begitu bermanfaat :)...

Sekadar tulisan biasa..........


Bismillahirahmanirahim
Segala puji ke atasNYA yang sentiasa memandu hambaNYa kejalan kebenaran. Rindu rasa pada tarbiyah, rindu pada smart circle, rindu pada surau, rindu pada pengisian dan makanan jiwa. Alhamdulillah.. tinggal empat hari lagi ana berada disini, sebelum berangkat pulang ke asramaku.. sesungguhnya terlalu banyak hikmah yang kuperolehi dari posting ini.. pasti tidak akan kulupakan. Begitulah indah tarbiyah.. cuma kita sendiri yang sedar atau tidak..

Ana dan rakan rakan berpeluang berkunjung ke sebuah kawasan air terjun disini. SubhanALLAH.. begitu indah ciptanNYa.. Untuk mencari ketenangan hidup, cuba perhatikan kejadian alam ini, betapa ALLAH itu Maha Berkuasa.. bila DIA berkata "terjadilah", maka sesuatu itu pasti akan terjadi. Alam yang segar dan tumbuh tumbuhan yang hijau.. itulah bukti penciptaanNYA..

Tetapi sayang..

Keindahan alam semula jadi, kurniaan ALLAH s.w.t ini tercemar oleh kerana dek manusia..
Bukan kerana kita tidak menjaga kebersihan,
bukan kerana kita merosakkan tumbuh tumbuhan

Tetapi diri kita...

Sejauh mana kita tidak bergaul bebas dengan yang bukan muhrim semasa kita ada aktiviti sebegini?
Sejauh mana kita menjaga aurat kita bila mengunjungi tempat sebegini?
Sejauh mana kita tidak berdua duaan dengan bukan muhrim ditempat sebegini?

Ya.. seronok memang seronok sahabiyah sekalian, tetapi jangan dalam masa yang sama.. keseronokan itu adalah keseronokan daripada syaitan, sedangkan dosa kita menggunung tingginya..

Apalagi kita insan yang bernama wanita ini, terlalu mahal harganya, tetapi jika kita wanita muslimah sendiri, terpekik terlolong, tidak menjaga aurat.. dimanakah nilai wanita itu sendiri?

Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa dan menuding jari kepada sesiapa tetapi sejauh mana penghayatan ISLAm dalam hidup kita?

Dan bagaimana reaksi kita melihat perkara maksiat yang berlaku didepan mata. Kebanyakkan kita hanya mampu berdiam diri apabila melihat kemungkaran yang berlaku. Ini adalah antara "penyakit umat islam yang paling kronik".. Kubur lain lain, tidak akan tanggung bersama

Tetapi jangan kita lupa.. setiap ISLAM itu bersaudara.. dan..

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah dengan tangannya, dan jika ia tak mampu dengan lisannya, dan jika ia tak mampu juga, maka dengan hatinya dan itulah selemah lemah iman"


Kadang kadang sedih rasa dihati, kerana hati ini juga sering mementingkn diri. Mementingkan diri kerana terlalu sedikit masa yang ana luangkan untuk memikirkan masalah ummah..

Kalian pula bagaimana?
Berapa kerapkah kalian memikirkan masalah ummah ini?
Tepuk data, tanya iman..




Sunday, March 21, 2010

Sesungguhnya hati ini pernah lama mati...


Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah.. berkesempatan lagi bercoretan di "Salju Sakinah" kesayangan ku ini.. Akhirnya punya sedikit masa untuk mengenal kembali diri.. setelah berada jauh dari sahabiyah sahabiyah sekalian.. terasa diri ini tercicir dari landasan perjuangan. Apatah lagi mutabaah dan muwasafat tarbiyah ku.. sememangnya menjadi tidak menentu.. Adakah ini yang layak menggelar diri muslimat tarbiyah? Di uji sedikit.. sudah menjadi alpa.. Sesungguhnya diri ini insan yang lemah.. dan diri ini bukan kalis dosa..

Apatah lagi bekerja shift di posting terakhir ini.. kekadang membuat diriku alpa.. Apabila kerja shift pagi.. dari jam 7 pagi sampai jam 2 petang.. zohor terpaksa dilambatkan, dhuha ditinggalkan.. apabila shift petang pula.. dari jam 2 sampai 9 malam.. terpaksa bekejar kejar untuk solat asar dan maghrib.. Solat isyak juga terpaksa dilambatkan.. manakala shift malam pula dari jam 9 malam sampai tujuh pagi.. sudah tentu tinggal tahajud.. Posting ini boleh ditunggu bila pengakhirannya.. namun bagaimana sekiranya telah bekerja nanti? Apakah diri ini akan terus lalai dalam menjaga mutabaah ku?

Namun ini bukan alasan bukan? Sekiranya hati sememangnya ikhlas untuk mencari keredhaanNYA.. sudah tentu sesempit masa dan sesusah mana pun.. hati sentiasa ingat pada ALLAH..

Kematian hati adalah sesuatu yang paling menakutkan...Semakin kucar kacir mutabaah dan semakin tunggang langgang muwasafat tarbiyah.. semakin mendekatkan kepada kematian hati.. YA ALLAH.. diri ini mohon dari mu agar di jauhkan dengan penyakit kematian hati.. sesungguhnya hati ini pernah mati dalam masa yang terlalu lama..

Allah itu maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Dia seolah olah memberi nyawa baru kepada insan yang bernama "Asiah yusro" ini.. Namun.. diri ini tidak mahu pemberian nyawa baru itu menjadi sia sia kerana tidak dapat beradaptasi dalam perubahan hidup..

Perubahan dalam kehidupan sememannya perlu kerana tidak mungkin kita statik pada sesuatu kondisi sahaja.. Ya.. diri ini bakal menghadapi perubahan besar dalam hidup ini dengan izinNYA.. bakal meninggalkan universiti mengharap redhaNYA.. berjuang di alam realiti

Teringat pesanan sahabiyah ku
"Ya ukhti.. penuhilah ilmu di dada semasa berada di tempat orang.. kerana apabila enti kembali.. enti akan berhadapan dengan mad'u sebenar di tanah air kita ini.. cabaran sebenar"

Layakkah diri ini menggalas tugas yang berat itu? Apatah lagi diri ini pernah menghidap "cirhosis" untuk jangka masa yang terlalu panjang... 22 tahun!


Sesungguh hati ini pernah lama mati.. tapi setelah mengalami pemindahan organ.. hati ini dihidupkan semua.. menjadi hati yang baru.. moga terjaga hati ini.. sentiasa berada dekat denganNYA... tidak melupakanNYA.. sentiasa mencintai orang yang mencintaiNYA.. sentiasa memperjuangkan agamaNYA...

Berkongsi sedikit pengalaman berada di posting terakhir ini.. ALLAH itu Maha Besar.. Allahuakhbar.. terlalu banyak pengajaran yang diberikan ..

Sayu hati apabila dipertemukan dengan pesakit pesakit yang sememangnya perlu bimbingan.. Inilah masanya peranan muslimat tarbiyah dimainkan.. membawa mereka kembali ke jalan kebenaran..

Ada yang bersekedudukan tanpa akad
Ada yang tidak menutup aurat
Ada yang bergaul bebas

Inilah masalah ummah yang perlu difikiran.. bukan sekadar memikir untuk menambah bilangan mad'u atau bilangan koleksi jubah..

Moga terus di beri kekuatan untuk menetapkan hati kita di jalan juang ini.. jalan juang ini bukannya mudah.. dan balasannya bukan berbentuk wang ringgit di dunia tetapi percayalah.. kematian itu pasti.. akhirat itu ada.. moga usaha kecil kita ini bisa menjadi saksi pembelaan kita di padang masyar!! Amin





Thursday, March 18, 2010

Ar Rahman.. Layakkah untukku??


Akad itu terucap sudah.

“Mujahidku kini aku istrimu”, ucapku haru dalam hati..

Kini tiba saatnya engkau memberikan mahar untukku..

Mahar yang telah kita sepakati.

“Ar Rahmaan”

Dihadapan semua yang hadir menyaksikan akad indah ini, kau mulai membacakannya untukku.

Satu surat yang selama kurang lebih satu bulan ini kau hafal.

Dadaku bergetar, seolah merasakan perasaan grogi yang sejak tadi pagi kau rasakan.

Dingin, khawatir perasaan grogi ini membuatmu lupa atau salah membacakannya..

Semua kini memandangimu suamiku.. namun kau tetap duduk tenang dengan kepala tertunduk.

Tapi ups… kau melihatku kini, walau hanya sesaat namun aku merasa kau sedang meminta do’a dan dukunganku.

Bismillah.. “insya Allah bisa suamiku” kataku dalam hati diiringi anggukan untuk meyakinkanmu.

Subhanallah… satu per satu ayat kau lantunkan.. dengan getaran yang sungguh terasa..

Mataku berkaca-kaca menyimaknya, seolah semuanya seperti air yang menyejukkan dahagaku..

Membawaku hanyut dalam haru yang dalam.

Aku tak pedulikan semua yang ada disini.. yang kutau hanya ada engkau, aku, Ar Rahmaan dan Allah..

Jilbab putihku kini basah, ayat-ayat syahdu itu yang menumpahkan air mata bahagia ini.

Terimakasih mujahidku, pelengkap setengah diinku.. atas hari terindah ini..

aku bahagia

:)

Kriiiiiinnnngggg…. 02.30

bunyi alarm itu mebangunkanku..

hhh…

Ternyata baru mimpi..

:(

Indah sekali, sungguh belum ingin terbangun.

Tapi aku juga tak ingin melanjutkan bermimpi dan menangguhkan sujud malamku..

Sungguh, aku akan mendo’akanmu malam ini calon suamiku..

:)

Dan mimpi itu berulang hingga malam-malam berikutnya..

Jum’at malam menjelang pulang dari hospital, aku menemukan tulisan seorang Bunda yang membuatku tersenyum-senyum sendiri membacanya.. berikut tulisan beliau :

Menurut survey yang dilakukan oleh akhwat fillah bahwa setiap pernikahan para aktivis dakwah ternyata kebanyakan calon isterinya memilih surat ar rahman sebagai mahar pernikahan,apa istimewanya surah ar rahman,kenapa bukan surat-surat yang lain yang masih banyak seperti surat an nur umpanya atau surat lain yang lebih erat kaitannya dengan moment pernikahan,nah dari beberapa survey yang dilakukan ada beberapa alasan dari para isteri aktivis dakwah yang memilih surah ar rahman :

1. Ada yang mengatakan kerana surah ar rahman penuh dengan pertanyaan Allah nikmat manakah lagi yang akan kita dustakan, kerana pernikahan adalah menyempurnakan separuh din dan mungkin masih banyak akhwat yang lebih tua dari kita belum dikaruniakan Allah pendamping maka kita sangat bersyukur akan sebuah pernikahan maka mahar surat ar rahman rasanya sebagai pengingat untuk kita supaya selalu mensyukuri nikmat Allah yang begitu banyak.

2.ada yang mengatakan kerana ingin meringankan calon suami,karena kata Rasulullah bahwa sebaik-baik mahar itu yang memudahkan (bagaimana kalau ikhwan tak hafal??) ...

3.alasan ketiga ada yang simple tapi lucu…terinspirasi dari novelnya ayat-ayat cinta

4.ada yang memang sangat menyukai surah ar rahman yang bercerita tentang bidadari yang di pingit,bahkan ada akhwat yang mengatakan dia tidak mau di hargai dengan apapun,baik cincin,wang atau harta benda apapun sebagai mahar tapi dia akan sangat bahagia kalau dirinya dibeli dengan surah ar rahman,subhanallah…

5.surat ar rahman ayatnya pendek-pendek dan juga diselingi dengan pertanyaan Allah akan nikmat-nikmatnya yang mana lagi yang kita ingkari,dan pengulangan kata-kata itu tidak terdapat pada surah yang lain,terdapat sekitar 31x pengulangan kata fa biayyi ‘alaa irobbikumaa tukazziban(maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?)

6.alasan lain yang di terima akhwatfillah adalah akhwat memilih surah ar rahman sebagai mahar untuk memotivasi hafalan qur’an sang suami,kerana ada bebrapa akhwat yang kadang membuat target berapa juz minimal hafalan calon pendampingnya,maka salah satu permintaannya mahar hafalan surah ar rahman.

7.alasan akhwat yang lain karena dalam surah ar rahman Allah memberikan deskripsi tentang syurga dan kenikmatannya,berupa buah-buahan,warna surga yang hijau juga bidadari yang sangat cantik disurga,yang katanya memotivasi para calon suami dan istri untuk senantiasa menjalankan roda rumahtangga dengan orientasi akhirat,yang akhwat terinspirasi menjadi istri terbaik yang menyaingi bidadari surga,yang ikhwannya terinspirasi berjihad tiada henti sampai syahid menjemput dan mendapatkan bidadari surga

Terlepas dari semua alasan di atas,saya jadi puny idea,bagaimana kalau akhwat minta mahar surat al haqqoh…kan ayatnya juga pendek-pendek,dan juga banyak menggambarkan kondisi akhirat tapi dari sisi kengeriannya alias neraka…jawabannya mungkin situasi kurang tepat karena para undangan akan menangis tersedu-sedu,maka kelembutan Allah yang menegur hamba-hambanya dalam surat ar rahman mungkin bisa jadi merupakan inspirasi calon isteri minta mahar hafalan surah ar rahman…so…untuk para ikhwan,sudahkah anda hafal surah ar rahman?? Kalau belum mungkin baiknya undur dulu proposal anda kerana survei membuktikan akhwat kebanyakan meminta hafalan surah ar rahman sebagai mahar pernikahan mereka,dan hafalannya di bayar tunai di depan para undangan pernikahan…..sudah siap?

Wednesday, March 3, 2010

Untukmu palestin yang tercinta


Bising desing peluru tidak mematahkan semangat pahlawan-pahlawan muda itu. Tangan mereka kumal menggenggam batu-batuan yang dikutip dari pecahan rumah dan bangunan di sekeliling. Laungan sokongan daripada ibu menyebabkan dada mereka, berkobar-kobar dengan semangat juang yang kental yakni, untuk memusnahkan Israel yang direjam bagi memperolehi semula Al-Aqsa dan bumi suci Palestin.

”Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,” kalimah Allah Maha Besar meniti di bibir mungil yang pecah merekah itu. Sungguhpun suhu kini menjangkau 39 darjah selsius, kepanasan itu tidak menjadi penghalang untuk remaja-remaja palestin ini terus menerjah tentera-tentera berbaju hijau yang lengkap bersenapang hatta mereka hanya bersenjatakan seketul batu. Di belakang segerombolan askar tersebut mengekori megah kereta kebal laknatullah, sedia memuntahkan peluru yang mampu sahaja memamah tubuh nanar si anak kerdil.

Tiba-tiba, satu dentuman kuat kedengaran. ”Argh!!!”, terdengar suara Shafie mengerang kesakitan disusuli dengan lafaz Lailahaillah. Hamzah, Khalid, Uthman dan Mussab mengelilingi tubuh Shafie yang kini terketar-ketar menahan kesakitan yang maha pedih. Namun, tidak tertitis satu embun air mata tanda kesakitan yang teramat. Lidahnya setia melafaz kalimah tiada tuhan selain Allah. Aku kagum.

Mussab yang lebih besar daripada mereka memapah Shafie ke kenderaan ambulans yang sedia menunggu pejuang-pejuang Pasletin ini, tidak mengira umur mahupun jantina. Mana yang cedera segera dibawa ke hospital berdekatan. Shafie dimasukkan ke dalam kenderaan bewarna putih itu dan berlalu pergi. Manakala rakan-rakannya yang lain berkumpul, merangka strategi dan saling nasihat-menasihati agar lebih berhati-hati dengan peluru tentera Israel yang tidak bermata. Hamzah mengintai-intai dari tempat persembunyian, ternyata terkesan dengan tragedi yang menimpa sahabatnya sebentar tadi.
Namun dari air mukanya, tidak terpancar resah gelisah bahkan seakan-akan lebih bersemangat dengan tangannya menggenggam erat seketul batu . Perjuangan mesti diteruskan!

Aku menyeka keringat di bawah jumud mentari yang leleh. Kanak-kanak ini sememangnya mengagumkan aku. Tangan ku seakan-akan terkaku untuk terus memetik kameraku apabila melihatkan semangat anak-anak ini. Hatiku berdetik, ”mampukah anak-anak merdeka di Malaysia bertahan dengan keadaan sebegini kiranya Malaysia diancam penjajah seperti dahulu?”. Geleng kepala, tidak sanggup aku fikirkan bagaimana. Aku terus memerhatikan tingkah berani mujahid-mujahid muda ini. Pengalamanku selama 5 tahun menetap di Bumi Anbiya ini membolehkan aku memahami bahasa mereka. Mata ku ligat memerhati manakala jariku sedia beraksi.


Kelam malam pekat diiringi bayu yang berbaur hanyir dengan darah para pejuang Palestin. Mata terasa benar mahu lelap namun minda dan mata ku masih tertancap pada komputer ribaku. Gambar-gambar yang telah aku tangkap siang tadi benar-benar memberi kesan yang amat mendalam ke dalam sanubariku. Dalam diam, dadaku berombak kencang apabila aku sempat merakamkan peristiwa di mana sekumpulan remaja palestin tadi menyerang segerombolan tentera israel yang durjana itu. Sampai satu ketika, mereka sudah sangat hampir dengan kumpulan tentera ini. Hamzah seakan-akan singa yang menggila. Dengan penuh kekuatan, dia telah menyerang seorang tentera yang kian menghampiri tempat persembunyiannya. Dengan nama Allah yang jelas kedengaran, dijatuhkan tentera itu yang tampak jelas terkejut. Di pukul kepada tentera itu dengan seketul batu besar maka, pengsanlah tentera tersebut. Melihat keadaan tentera itu, Hamzah terus merampas senapangnya lalu dibedil ke arah tentera lain yang semakin dekat. Tidak ku sangka remaja ini sangat berani sedangkan aku ....

Hasil daripada keberaniannya itu, dia telah membunuh 2 orang tentera Israel. Jelas kepuasan bertandang dalam dirinya. Tiba-tiba, dari arah atas sebelah Barat Daya, terdengar satu dentuman kuat tepat ke arah Hamzah disusuli dengan tembakan dari tentera Israel yang lain. Rakan-rakannya sempat menyembunyikan diri. Suasana senyap ketika.

Dari tempat persembunyianku, kelihatan sekujur tubuh yang kaku tidak bernafas. Ya, tentera Israel yang menyerang dari bahagian atas bangunan telah berjaya mengebom Hamzah. Tubuhnya berkecai dengan kepalanya pecah. Aku terbungkam, namun tugas harus diteruskan. Jariku pantas memetik punat kamera ku walaupun rasa loya kian terasa. Dari arah hadapan, datang beberapa tentera Israel dengan lagak sombong dan puas lalu memeriksa keadaan mayat Hamzah. Sememangnya aku tidak dapat menerima sifat binatang tentera itu. Tubuh yang separuh lunyai itu ditendang-tendang, dicucuk dengan hujung muncung senapang dan ditembak berkali-kali. Hancur. Tubuhnya hancur, yang kelihatan cuma tulang-temulang putih masih basah dengan darah seorang syahidullah. Dapat aku rasakan mataku basah dengan air mata. Oh Hamzah, aku yakin kini rohmu bersama dengan syahidullah yang lain. Aku mencemburuimu. Engkau seakan-akan Hamzah Asadullah R.A...

...............................................................................

Dalam kepekatan malam ini, aku sudah nekad. Sungguhpun aku anak warisan merdeka yang bukan dari bumi yang penuh barakah ini, aku nekad untuk membantu memerangi tentera yang sememangnya jelas musuh Islam. Aku sedar, aku telah lahir dari rumpun negara bangsa yang terbilang. Negara yang telah merdeka, bukan Tanah Melayu yang dijajah Jepun mahupun British. Keadaan hidup yang harmoni dan aman membuat aku leka dengan erti kemerdekaan. Kehidupanku di bumi gersang ini sememangnya membawa 1001 pengajaran dan iktibar. Ya, aku telah beredia. Segala maklumat yang aku perlu hantar pada rakan sejawatku yang menanti di Malaysia telah aku siapkan dan usai di e-mailkan. Tugas ku sebagai seorang wartawan telah selesai. Namun, selaku saudara seislam kepada ribuan umat islam di palestin masih bergantung di awangan. Masih belum terlaksana.

Azan subuh dinihari itu, menggelodakkan lagi iltizamku. Solatku yang berjemaah dengan para pejuang Palestin menguatkan lagi keputusan ku. Keesokan harinya, aku masih setia menanti di tempat persembunyianku. namun kali ini, tidak bersama kamera kesayanganku tetapi ditemani batu-batu yang setia di genggaman tangan kanan dan kiriku. Aku nekad, aku akan turut sama berjuang menemani setiap langkahan, setiap balingan remaja dan pejuang-pejuang Pasletin ini. Tidak jauh daripadaku, masih kelihatan Mussab, Khalid dan Uthman bersembunyi sambil menggenggam batu di tangan. Api perjuangan membara di mata mereka. Kematian dua sahabat mereka menjadi batu loncatan kepada mereka untuk turut sama merasa kemanisan syahid. Tatkala ,terdengar laungan Allahuakbar dari pejuang lain yang kian bertambah di daerah gersang ini, aku bersama dengan bakal syahidullah dan muhajidullah menerpa keluar. Tentera berbaju hijau yang laknat itu berhujankan batu. Dengan suara gemuruh dan tangan-tangan berkepal, kami menyerang tentera-tentera dan terus menyerang. Ya, akulah anak warisan merdeka. Namun kini, kamilah anak Palestin yang impikan kemerdekaan. Merdeka daripada kehidupan duniawi, mengimpikan kehidupan abadi di ukhrawi, mengidamkan syurga sebagai pejuang yang syahid di jalan Illahi. Kamilah, anak merdeka! Allahuakbar!!!

Al-fatihah buat pejuang-pejuang Palestin..

Taken from www.ILUVISLAM.com

Untukmu Palestinku
seberapa banyak kah kita mengingati saudara kita di Palestin?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...