Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Tuesday, November 29, 2011

Hei kamu ya di sana, pergi buat kerja DAKWAH


Suasana di lapangan terbang X terasa begitu hening sekali. Sehening jiwa Mastura yang begitu keberatan untuk melangkah pergi. Dia sendiri tidak pasti adakah dia membuat keputusan yang tepat. Sudah beristikharah banyak kali, namun hatinya cenderung untuk beruzlah seketika.

Siapa kata dia tidak mencuba sehabis habisnya? Betapa selama ini dia begitu menekan jiwa dan raganya. Sehingga sampai ke suatu tahap, dia mendiagnosis dirinya sendiri sebagai orang gila. Setiap kemahuan insan lain diturutinya, kemahuan ibubapanya, kemahuan keluarganya, kemahuan rakan jemaah, kemahuan tunang, kemahuan rakan sekerjanya. Tetapi bagaimana dengan kemahuannya? Hanya ALLAH yang tahu betapa perit dan luruh hati tatkala setiap kali dia berasa bahawa dia sahaja yang perlu berkorban. Maka, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat itu seketika. Dia ingin melarikan diri untuk menenangkan jiwa.

Bukankah Rasulullah SAW juga berhijrah untuk menegakkan ISLAM? Jadi, mengapa aku takut untuk melangkah? Monolog Mastura di dalam hatinya.

Tetapi Rasulullah SAW berhijrah kerana tekanan musuh musuh ISLAM, namun kau berhijrah kerana tidak tahan dengan ujian yang ALLAH berikan padamu. Sayup sayup kedengaran suara yang tidak dikenali mendominasi ruang hatinya.

Aku tidak tahan dengan ujian ALLAH? Selama ini aku cuba bertahan, tetapi setiap jalan yang ku pilih menemui jalan buntu... maka ALLAH mengilhamkanku untuk bepergian buat seketika. Malah ini adalah jawapan istikharahku, untuk ku cari ketenangan dalam jiwa.

Sanggupkah dirimu meninggalkan tanggungajwab perjuangan di bumi kelahiran mu kepada orang lain? Semata mata kau ingin mencari sesuatu yang bisa memuaskan hatimu? Bukankah itu namanya pentingkan diri sendiri? Suara itu menggertak lagi.

ALLAH mengetahui sejauh mana diriku berusaha menunaikan kewajipanku menjadi penyeru. Penyeru ke arah kebaikan demi agamaNYA. Aku berasa diriku sudah berusaha sehingga mencapai tahap maksima, namun ruang untukku masih terlalu sempit, mungkinkah melarikan diri seketika adalah jalan terbaik.

Mungkinkah?? Kau masih belum pasti dengan keputusan mu Mastura!

Tidak... jangan ganggu aku, larikan diriku dari pemikiran kacau ini. Aku tidak mengenali siapa kamu. Kenapa kamu perlu hadir dalam diriku... menjauh.. menjauh.......... Mastura menjerit sekuat hatinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari hari sebelumnya.........

Deringan telefon bimbit kesayangan Mastura berbunyi. Pada mulanya dia terasa begitu malas untuk mencapainya. Hatinya bermonolog sendirian

"Mesti berkaitan dengan gerak kerja ataupun yang meminta bantuan dariku. Sungguh malas rasanya, apabila memerlukan aku baru dicari, tetapi apabila rasa diriku ini tidak diperlukan, aku akan dibiarkan begitu sahaja. Mereka hanya akan teringatkan diriku apabila mereka membutuhkan ku."

Teringat perbualan bersama rakan seperjuangannya, Humairah.


Humairah: Asif enti, boleh berbicara sebentar. Ana lihat sejak kebelakangan ini, enti semakin kurang berminat dengan gerak kerja, mungkin ada masalah yang enti ingin kongsikan bersama ana?

Mastura: Ana letih enti......

Humairah: Letih? Ya ALLAH, kasihannya sahabatku ini, jika begitu, mungkin enti perlu banyakkan berehat. Jangan fikir yang bukan bukan. Letih kerana kerja??

Mastura: Ana letih dengan kehidupan ana

Humairah: Kehidupan, bagaimanakah dengan kehidupan enti?

Mastura: Enti ini banyak pula soalannya. Nanti kalau ana luahkan pada enti, mesti enti tuduh ana futur.

Humairah: Enti kan sahabat ana, ana tidak akan mudah melabelkan enti sebagai seorang yang futur, bukankah naqibah kita sudah berpesan bahawa futur itu hanya terletak pada hati. Apabila hati sudah lalai dari mengingati ALLAH, itu adalah futur yang sebenar.

Mastura: Ana tidak mampu enti, terlalu banyak masalah yang ana pikul. Fikiran ana terlalu serabut.

Humairah: Cuba enti ceritakan satu persatu kepada ana, insyaALLAH, ana akan cuba membantu ukhti.

Mastura: Enti tidak akan mengerti, ana ada masalah dengan keluarga, tempat kerja, rakan jemaah dan juga tunang ana.

Humairah: Enti, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya dan kemungkinan masalah itu datangnya dari kita sendiri.

Mastura: Tengok, enti sudah mula menyalahkan ana. Baru sahaja ana nak buka mulut mengadu kat enti. Sepatutnya enti mendengar dahulu penjelasan ana bukannya terus menghukum ana. Keluarga ana juga begitu, terus menuduh ana yang bukan bukan. Apatahlagi tekanan dari rakan sekerja, begitu juga rakan jemaah sendiri. Malahan tunang ana sendiri tidak memahami ana dan tidak pernah memperdulikan ana. Lupakan semuanya, ana nak pergi dari sini!.


Humairah segera beristighfar apabila Mastura mengherdiknya lalu meninggalkannya begitu sahaja. Dia yakin bahawa Mastura sedang di uji oleh ALLAH swt, bukankah ALLAH telah membeli dari orang mukmin baik diri mahupun harta mereka? Semoga Mastura memperoleh pencerahan yang hakiki dan diilhamkan penyelesaiannya dari ALLAH SWT.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Air mata Mastura bercucuran. Sesungguhnya dia betul betul berasa terasing disitu. Setiap kemahuannya tidak pernah diikuti. Dia berasakan dia tidak mampu lagi untuk menjadi insan yang baginya terlalu baik. Bukan dia tidak redha dengan ujian ALLAH cuma dia merasakan dirinya tidak mampu. Tekanan demi tekanan menghimpit dirinya. Nuansa keluarga yang tidak memahami perjuangannya menyebabkan dia sering dituduh sebagai seorang penjenayah. Ibubapanya lebih mengutamakan adik beradiknya yang lain dan dia disisihkan dengan alasan dia seorang 'PELAMPAU' yang mengamalkan ajaran ISLAM


Kereta yang dipandu Mastura terus bergerak laju. Mindanya masih melayang melayan perasaannya sendiri. Kepalanya terasa begitu berat. Masalah di tempat kerja juga menimbulkan tekanan emosi pada dirinya. Keadaan tempat kerja yang terlalu sosial menyebabkan dia sering berasa tercekik dengan udara yang dihirupnya. Malah, beberapa kali juga dia mengalami gangguan daripada rakan sekerja yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang muslimah. Ya, dia sudah cuba untuk kuat. Namun, setiap kali dia bersuara untuk berbicara tentang ISLAM, dia sering menjadi bahan sindiran. Dia dikatakan seorang USTAZAH yang ketinggalan zaman.


Dia menangis dan terus menangis. Kini, dia tidak tahu ke mana harus dia mengadu. Hanya kepada ALLAH SWT dia menangis memohon pertolongan dan perlindungan. Rakan rakan dakwah juga seolah olah tidak memahami dirinya. Setiap kali dia cuba meluarkan masalahnya kepada mereka, mereka mengatakan dia seorang yang lemah. Tidak patut sekiranya seorang pejuang agama itu mudah mengeluh. Dia tidak mengeluh tetapi dia mahukan sokongan. Bukankah dia juga manusia biasa? Rasululullah SAW juga perlukan sokongan dari sahabat sahabat baginda.

Malah, harapan yang disandarkan kepada tunangnya juga seolah olah lumpuh begitu sahaja. Dia mengharapkan agar tunangnya itu memahami masalah demi masalah yang dihadapinya. Sebelum ini dia menerima tunangnya dengan penuh tulus hati agar dia menjadi lebih kuat untuk terus berjuang. Kini dia berasakan bahawa dia sudah tersalah, dia melihat tunangnya itu hanya menguatkan dirinya sendiri tetapi tidak pernah cuba untuk menguatkan bakal pendampingnya. Bukankah mereka sudah berjanji untuk membina baitul muslim dakwah? Adakah dia sudah melihat diri Mastura itu sebagai seorang malaikat yang terlalu sempurna?

Mastura berasakan dia tidak bisa untuk menghadapi semua ini, dia ingin lari dari semua ini. Oleh itu, dia sudah bertekad untuk meninggalkan bumi kelahirannya itu dan berpindah ke tempat yang lain. DIa ingin mencari ketenangan jiwa dan merawat segala luka yang merajai hatinya. ALLAH....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Irama hembusan angin terasa begitu merdu sekali. Terasa bahang panas tiap kali dia cuba untuk menyedut udara itu. Dia sendiri tidak mengetahui dimanakah dirinya kini. Seolah olah tempat itu seperti padang pasir yang kering kontang. Dia berasa sedikit takut kerana dia dia berseorangan di situ. Ya ALLAH, bagaimanakah dia boleh berada di tempat yang asing itu?

Hei kamu ya di sana!

Dia mendengar suara itu lagi. Suara yang sama didengarinya ketika di lapangan terbang. Dia terpaku seketika. Bukankah dia sepatutnya berangkat untuk ke luar negara sebentar lagi. Dia sudah bertekad untuk meninggalkan perjuangannya dan insan insan itu buat seketika. Dia ingin beruzlah, tetapi mengapa dia bisa terdampar di padang pasir itu?

Hei kamu ya di sana!

Suara itu bergema lagi, dia mencari sumber suara itu.

Hei kamu ya di sana! Hei kamu ya di sana! Hei kamu ya di sana!

Suara itu bergema dan terus bergema sehingga Mastura sendiri tidak mampu menahannya dan jatuh pengsan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dia menggosok gosok kedua matanya. Dia masih berada di padang pasir itu. Cumanya, kini dia ditemani oleh seorang wanita. Wanita itu berpurdah dan berpakaian hitam. Dia tidak mengetahui siapa wanita itu dan bagaimana dia boleh berada di situ.

"Assalamualaikum." Wanita itu bersuara

"Waalaikumsalam. Siapa kamu? Dan mengapa aku dan kamu ada di sini?"

"Aku hamba ALLAH".

"Aku juga hamba ALLAH".

"Aku ingin mengajak kamu."

"Ingin mengajakku?"

"Aku ingin mengajak kamu berbuat kerja dakwah!" Suara wanita itu kelihatan bertegas

"Tidak, aku sudah membuat keputusan, aku ingin meninggalkan kerja dakwah buat seketika. Aku sudah hampir gila dalam setiap kekecewaan yang ku terima hasil kerja dakwah!". Mastura menjerit sekuat hatinya. Baginya, tidak ada yang perlu dimalukan kerana hanya dia dan wanita itu yang berada di situ.

"Selama ini kamu tidak berbuat kerja dakwah".

"Aku tidak berbuat kerja dakwah? Aku keliru!".

"Jika kamu berbuat kerja dakwah, kamu pasti tidak akan keliru".

"Aku tidak memahami maksud kamu".

Lantas wanita itu mengalun merdu sepotong ayat dari surah Muhammad; ayat 31.

Dan sesungguhnya Kami benar benar akan menguji kamu agar kami mengetahui orang orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan Kami akan menyatakan (baik buruknya) keadaanmu.

'Jika kamu berdakwah semata mata kerana ALLAH, kamu pasti akan merasa manisnya setiap ujian yang diberikan kerana kamu mengharapkan pembalasan ALLAH semata mata bukan kerana manusia".

"Salah satu faktor ketewasan seorang pejuang adalah melebihkan harapan kepada manusia, bukan kepada ALLAH sedang manusia itu juga makhluk yang lemah, ALLAH SWT juga berkuasa". Wanita itu berbisik tenang


Mastura terpaku seketika mendengar penjelasan wanita itu. Dia sedar bahawa hatinya diselaputi kebencian berburuk sangka dengan ALLAH menyebabkan dia tidak melihat jalan keluar bagi setiap masalahnya.

Bersambung............






video


Monologku: Ini cerpen saya sempena Maal Hijrah, selama ini kebanyakkan penulis cuba menonjolkan sudut positif watak yang mereka lahirkan, maka saya cuba melahirkan sisi negatif Mastura sehingga berkembang menjadi positif semula... nantikan sambungan cerpen ini ya ^_^

Friday, November 25, 2011



How can she be so beautiful?
With loose cloths,
All over her carefully concealed body,
Like some glistening
Shield to keep her safe,
She shows none of her secrets
She guards them,
Keeping them close
So that none may see
Or touch
Or know
Or even guess
At what she has.
The cloths on her
head and body
Are mantles of
Perfect faith.
So beautiful,
So wonderful,
So utterly hidden.

While others seek to display,
She seeks to hide,
To conceal that which she has-
So how can she be so beautiful?
No make up touches her
Lips
Or cheeks
Yet she is more beautiful
Than any model in New York
Or sweet sweet Paris.
Few look at her-
Rarely taking a second glance
For tempting flesh is not bared
By her
But if one took that forbidden second glance,
One would catch sight
Of sweet enduring
Humility and grace, caught within
Her spell-binding eyes.
One would get lost in the curves of
Her upturned lips,
Turned in a friendly smile.

I have never seen her body
I have never seen tempting skin from her-
Yet the girls… ♥ ♥ ♥

Ku ingin menjadi bidadari ~~~



Bismillahirahmanirahim

Jemput singgah ke tumblr saya, insyaALLAH, satu medan baru untuk perkongsian ^_^

kuinginmenjadibidadarisyurga.tumblr.com

Ku ingin menjadi bidadari syurga ^_^

Ya ALLAH, jadikanlah tahun baru ini sebagai TAHUN TERBAIK buatku dan kedua ibubapaku. Allahuma AMEEN.... terus lancarkan senjata doa! Chaiyok

Tuesday, November 15, 2011

Cinta tidak semestinya bersatu


'Perempuan perempuan yang keji untuk laki laki yang keji, dan laki laki yang keji untuk perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan perempuan yang baik untuk laki laki yang baik dan laki laki yang baik untuk perempuan perempuan yang baik (pula). mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga). Surah An Nur, ayat 26.

Allah.....
Zinnirah menyebut asma yang Maha Agung itu buat kesekian kalinya. Sekali lagi ALLAH menguji cintanya. Tatkala dirinya diasak keghairahan menuntut dan berjuang dalam suasana pembelajaran yang baru, sekali lagi dirinya kehilangan sesuatu. Ya, sesungguhnya dia sudah berusaha untuk menjaga harta tersebut sebaiknya. Pesanan para sahabat usrahnya menjadi penguat di kala dia lemah. Cuma, pencuri itu yang mengubah sedikit kehidupannya. Bisakah dia menebus kembali hak miliknya yang telah dihilangkan?

Tit tit tit...

Tatkala lama mengelamun, telefon bimbit Zinnirah berbunyi. Dia tersentak seketika, namun wujud sedikit keriangan di dalam hati. Adakah ini pesanan yang dinanti?? Astaghfirullah al adzim, jauhkan semua ini ya ALLAH...

1 Pesanan Ringkas

Bismillahirahmanirahim

Tautan Hati malam ini seperti biasa, InsyaALLAH lepas isyak, bertempat di rumah Ummu. Hadirlah dengan hati yang indah, kerana malaikat pasti memayungi setiap derapan langkah calon bidadari syurga ^_^

Ummu Yusra

Hati Zinnirah berbunga riang. Biarpun pesanan itu tidak seperti yang diharapkannya, namun pesanan cinta atas nama perjuangan cukup menjadi pengubat hatinya. InsyaALLAH, dia ingin sekali membincangkan hal itu bersama naqibahnya kerana dia tidak mahu masalah yang dihadapi menjadi genjatan dalam perjuangan dakwah. Teringat akan pesanan Mustafa Masyur dalam buku 'Bekalan di jalan dakwah:

'Sesungguhnya ikatan aqidah Islam adalah ikatan yang paling kuat secara mutlaq. Orang - orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhuwwah kerana ALLAH merasakan kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang tidak pernah dirasakan oleh orang orang yang berkumpul kerana urusan dunia.'

Zinnirah percaya ikatan atas perjuangan ISLAM pasti akan memberi kekuatan. Biar sehebat manapun ombak menghembas pantai, pepasir putih masih lagi teguh untuk bertebaran di segenap arah kerana itu adalah fitrahnya untuk menemankan pantai. ALLAH, sumber kekuatan dariMU disalurkan kepadaku melalui insan ciptaanMU. SubhanALLAH!


Mengimbas memori beberapa hari lalu....

Perbualan di Yahoo Messenger

Umar: Salam, ukhti boleh berbicara sebentar

Zinnirah: Wasalam, insyaALLAH, hal apa yang ingin dibicarakan??

Umar: Sebenarnya, ana ingin memperkatakan tentang sesuatu

Zinnirah: Sesuatu? Penting?

Umar: Sangat penting

Zinnirah: Berkaitan urusan gerak kerja, ana sedia menerima sebarang teguran atas kelemahan diri

Umar: tidak sama sekali

Zinnirah: Jika begitu, tentang apa? jika ada sebarang masalah, mungkin ana boleh rujuk kepada naqibah ana

Umar: Ia hanya mampu diucap dengan satu patah perkataan

Zinnirah: Ana kurang mengeti, mungkin enta bisa perjelaskan dengan lebih lanjut, lagipun ana tidak suka dengan perbualan yang melalut tidak berkisar mengenai gerak kerja. Ana takut syaitan akan mengotori hati ana

Umar: Ana tidak bermaksud yang bukan bukan sehingga membawa fitnah

Zinnirah: Ana tidak berburuk sangka kepada enta namun ana inginkan penjelasan

Umar: Khitbah...

Zinnirah: Khitbah???

Umar: Ya, khitbah!

Zinnirah: Ada apa dengan khitbah?

Umar: Sesungguhnya ALLAH berfirman dalam surah Ar Rum ayat 21 bahawa:

'Dan antara tanda tanda kekuasaanNYA adalah Dia menciptkana untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNYA antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir'
Zinnirah: Maksud enta??

Umar: Ana ingin melamar enti menjadi suri hidup ana

Dia Zinnirah, sungguh tidak bersedia untuk semua ini. Tatkala usianya masih setahun jagung, dia merasakan ujian hati yang ALLAH berikannya terlalu berat. Umar! Engkaulah pencuri itu. Pencuri yang membuatkan dia tidak tidur lena, pencuri yang membuat rutin waktunya terganggu dan menyesakkah dadanya. Dialah Umar yang berjaya mencuri hatinya. Namun, bukankah terlalu awal untuk mereka yang masih muda remaja untuk berbicara soal khitbah. Terasa baru seketika dirinya berbaiah dengan seluruh getaran di jiwa untuk memikul amanah perjuangan ALLAH dan Rasul. Adakah sudah sampai masanya untuk dia memikirkan soal baitul muslim dakwah yang sering didengarinya. Allah... berikanlah jawapan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sesi Tautan hati di rumah naqibah tercinta begitu indah. Apatahlagi dengan melayan karenah anak anak naqibahnya. Di samping itu, dia dan juga cermin ajaibnya yang lain (gelaran yang diberikan kepada sahabat usrahnya), akan mengambil waktu terluang untuk membantu naqibah mereka membuat kerja kerja rumah. Ujian yang dihadapi naqibahnya terlalu hebat namun dia masih istiqomah dalam perjuangan untuk membuat pengislahan. Penyakit 'prolapse lumbar disc' yang dihadapi sejak zaman anak gadisnya menjadi semakin kritikal setelah dia melahirkan anaknya yang pertama. Maka, keupayaannya untuk berjalan menjadi sedikit terhad. Namun, Ummu Yusra bersyukur atas kurniaan ALLAH iaitu suaminya serta anak anaknya. Merekalah penguatnya untuk terus bergerak kerana ALLAH kerana sesungguhnya berdiam itu bisa mematikan langkah.

Dan tika itu....


Ummu Yusra: Adikku Zinnirah, kelihatan resah, mungkin ada sedikit yang ingin dikongsikan.

Zinnirah: Bagaimana ummu bisa membacanya??

Ummu Yusra: Ya ALLAH, kasih sayangku kepadamu, inginku contohi ibarat kasihnya Rasulullah SAW kepada Abu Bakar As Siddiq. Baginda bisa membacakan keluh kesah sahabat sahabat baginda.

Zinnirah: Apa pendapat ummu tentang cinta??


Ummu Yusra: Cinta, ummu suka sekali memetik kata kata ulama mujtahid, Imam Hasan Al Banna tentang cinta

Imam Hasan Al Banna menyampaikan ceramah mengenai AL Quran pada setiap hari Rabu di kawasan Al Hilmiyah. Pernah seorang pemuda bertanyakan satu soalan yang menarik.

Adakah bercinta itu halal atau haram?

Hasan Al Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab:

Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram.

Zinnirah: Cinta yang halal dengan ikatan pernikahan?

Ummu Yusra: Ya, adikku, pembuktian cinta yang suci hanyalah melalui pernikahan dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Seketika Ummu Yusra tersenyum dan mengambil sesuatu dari celahan diari kesayangannya iaitu sehelai sampul surat berwarna ungu dan menyerahkan kepada Zinnirah

Ummu Yusra: Diriku ini sudah dapat membaca keluhan hati mu wahai adikku, maka ku serahkan sesuatu kepadamu. Sesungguhnya, cinta tidak semestinya bersatu

Zinnirah: Cinta tidak semestinya bersatu???

Ummu Yusra hanya tersenyum dan mengarahkan Zinnirah untuk kembali ke asramanya. Dia meminta Zinnirah untuk membaca surat itu apabila sudah sampai masanya kelak. Zinnirah semakin keliru dengan sikap naqibahnya. Dan pesanan naqibahnya begitu terpahat di jiwanya

Cinta tidak semestinya bersatu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dua minggu berlalu

Zinnirah dan cermin cermin ajaibnya dikejutkan dengan berita pemergian naqibah yang dikasihi dijemput ilahi. Air mata terus terus membasahi pipi dan doa dipanjatkan mengiringi pemergian. Sesungguhnya penyakit tulang belakang yang dihadapi naqibahnya sudah ditahap kritikal namun naqibahnya tidak pernah berkongsi bersama mereka.

Hari hari yang dilalui terasa begitu sukar sekali kerana perginya seorang insan yang menjadi pelindung. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Umar terus menagih jawapan darinya namun dia tidak bisa memberikan jawapan. Saat ini jiwanya perlu direhatkan seketika. Allah, dia perlu beruzlah, dia bersyukur kerana ALLAH memberikan dia peluang merasai ujian yang berat, agar bisa ujian itu menaikkan darjatnya di sisi ALLAH, setaraf dengan para rasul yang memperjuangkan agamaNYA.

Zinnirah berazam untuk pulang seketika ke kampuang halamannya, sebelum memberi jawapan yang pasti kepada Umar. Dia ingin membincangkan hal tersebut bersama kedua ibubapanya kerana mereka adalah syurga untuk dirinya. Tatkala dirinya memperkemaskan pakaian untuk dibawa pulang, dia teringat surat yang diberikan oleh naqibahnya yang tercinta.

Ummu Yusra.... kerinduan ku padamu pasti tidak pernah terpadam...

maka dengan cermatnya, dia membaca coretan naqibahnya itu...


Cinta tidak semestinya bersatu

Bismillahirahmanirahim
Dengan penuh rasa kehambaan, ku sebut nama Mu ya ALLAH
Engkaulah pemilik segala cinta
selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana rasanya bercinta
namun ku berharap, bila cinta hadir menyapaku
aku tidak akan kehilangan Engkau Ya ALLAH

Ya ALLAH,
sesungguhnya aku sudah punya rasa untuk bercinta
izinkanku memiliki rasa ini
sehingga ia menjadi sungguh indah di dadaku
namun tidak ku igin sekali, rasa ini mengurangi rasa cintaku padaMU

ALLAH,
sesekali aku diburu ketakutan kerana aku tahu
hakikatnya aku pasti akan kehilangan rasa cinta ini
apabila sampai waktunya, cinta Mu yang menjemput ku
aku redha atas ketentuanMu

Aku belajar sesuatu...
sedalam mana pun mencintai
cinta tidak semestinya bersatu jika bukan atas restuMU
Dalamnya cinta Rasulullah SAW kepada Khadijah ...
penyatuannya hanya di syurga yang hakiki...
rindunya Aishah kepada Rasulullah SAW...
Aishah juga perlu menanti ....
sehingga bertahun tahun lamanya
kerana cinta tidak semestinya bersatu

Adanya cinta bermakna perlunya pengorbanan
apatahlagi Engkau telah memilihku
menjadi jundiyatullah di jalan MU

Jundiyatullah juga seorang manusia biasa
pasti punya rasa ingin menyintai
namun aku sedar betapa perlunya cinta itu menjadi cinta yang luar biasa
Lalu ya Tuhanku,
aku tertanya, bagaimanakah cinta yang luar biasa itu?

Tika meniti hari hari yang indah bersama cinta
ALLAH menjentik hatiku dengan memberi jawapanNYA
cinta itu tidak semestinya bersatu

ya ALLAH, aku menidakkan dan aku kehairanan
bukankah cinta itu fitrah dariMU?
Mengapakah cinta itu tidak semestinya bersatu?

Sejauh mana pun perjalanan hidup kita,
akan satu ketikanya kita pasti dijemput pulang
menemui cinta ALLAH
maka ketika itu, cinta yang rapuh pasti akan mudah goyah
kecuali cinta luar biasa yang terbina
atas restu ALLAH

Cinta tidak semestinya bersatu..
pada satu saat, terasa begitu dekat bersamanya
dan pada saat yang lain, ALLAH berkuasa untuk melahirkan rasa kejauhan
pada satu saat, punya waktu untuk merindui
dan pada saat yang lain, ALLAH membolakkan hati untuk melupakannya


Ya ALLAH,
Engkau berikan aku cinta
ku kembalikan CINTA itu dalam jagaanMU
kerana aku manusia biasa
aku tidak mahu CINTA itu lemah hanya keranaku
aku yakin ya ALLAH, ENGKAULAH sumber kekuatan CINTAku

waktu yang sedikit bukan bermakna tiada CINTA
kurangnya perhatian bukan bermakna tiada CINTA
diam itu bukan bermakna tiada CINTA
kelukaan hati bukan bermakna tiada CINTA


kerna


Cinta tidak semestinya bersatu............
hanya dengan restu ALLAH
penyatuan cinta hakiki, hanya di syurgaMU

Zinnirah menitiskan air mata, akhirnya dia bisa menangkap maksud naqibah kesayangannya. Ya, cinta tidak semestinya bersatu. Biarlah cinta bersatu atas nama perjuangan, biarlah cinta bersatu atas nama pengorbanan keranaNYA, biarlah cinta bersatu kerana dia menanti mahar di syurgaNYA kelak. Dia sudah punya jawapan untuk diberikan kepada Umar.... ALLAHUAKHBAR!


Monologku: Selalu saya ditanya soal cinta, maka entry kali ini adalah jawapan saya .... cinta tidak semestinya bersatu ^_^

Wednesday, November 9, 2011

“Nad, she is going to die in a few days…..”

“Anak saya tidak dapat bercakap, mengadu sakit tekak dan susah mau makan minum kerana tekaknya yang sakit tu”, mengadu seorang lelaki kepada salah seorang petugas kesihatan di unit kemalangan dan kecemasan Hospital K (bukan tempat sebenar).

Itu merupakan pertemuan pertamaku dengannya kerana kebetulan aku bertugas di unit tersebut pada hari dan masa tersebut. Perempuan itu masih muda, muda lagi dariku, dan punya raut wajah tipikal wanita Asia. Setelah diperiksa, beliau mengalami dihidrasi (kekurangan air dalam badan) dan jangkitan fungus di tekak dan mulut (oral candidiasis).

Pada hari Isnin berikutnya, daku bertugas di shif pagi dan masih lagi diberi peluang untuk berjumpa dengannya di wad tempatku bertugas. Kesedihan tergambar jelas diraut wajahnya dan kesukaran beliau untuk berkomunikasi menyulitkan doctor untuk memberikan diagnosis yang tepat berkaitan penyakitnya. Beberapa hipotesis awal dibuat namun kesemuanya tidak signifikan. Beberapa ujian makmal dibuat berdasarkan sampel darah yang diambil namun kesemuanya tidak memberikan jawapan yang memuaskan untuk membuat diagnosis yang tepat. Diagnosis yang tepat penting supaya rawatan yang sepatutnya dapat diberikan sebelum keadaan menjadi teruk.

Doktor Cik Chaq (bukan nama sebenar)sangat pening kepala dengan keadaan Miss Jijan(bukan nama sebenar). Jaundis mula kelihatan di kaki dan tangannya, manakala tidak di mukanya. Jangkitan fungus di tekaknya masih tidak berkurangan walaupun antibiotic telah diberikan. Badannya kelihatan lemah dan beliau juga tidak berdaya untuk berjalan ke tandas sendirian.

“ You mesti cakap jujur dengan misi, apa sebab you jadi macam ni. Jangan tipu misi! You ada telan atau minum apa-apa ke sebelum ni?” gertak seorang jururawat kepada Miss Jijan.

Misi Y (bukan nama sebenar) merupakan seorang jururawat pengajar yang berpengalaman berpuluh tahun di unit kritikal. Beliau baru sahaja sampai di wad tersebut dan mendapati sedikit keanehan pada kes Miss Jijan. Setelah digertak beberapa minit, Miss Y melalui pengantara ibunya mengaku menelan satu penutup sejenis racun rumpai pekat yang dinamakan paraquat sebagai jalan akhir atas masalah peribadi yang dialaminya. Ibu dan ayahnya sangat terkejut dengan perkhabaran tersebut dan tidak menyangka anak mereka telah bertindak sejauh itu.

“Nad, she’s going to die in a few days, there is no cure for paraquat poisoning,” bisik rakan setugasku setelah cerita sebenar diketahui. Daku sangat terkejut dan tidak menyangka ajal sebenarnya yang menanti beliau.

Isu Bunuh Diri Di Malaysia
Menurut statistik di Malaysia yang dikeluarkan pada September 2005, kadar peningkatan bunuh diri dianggarkan tujuh orang orang setiap hari serta lebih 2000 kematian setiap tahun. Antara factor penyumbang kepada kejadian bunuh diri antaranya ialah 6 sebab berikut: kemiskinan, kehilangan orang yang disayangi, keretakan perhubungan, penyalahgunaan dadah, kegagalan akademik dan sejarah penyakit fizikal dan mental dalam keluarga. Selain itu, pegangan agama yang lemah juga merupakan pendorong kepada keputusan yang cetek akal seperti isu bunuh diri ini.

Larangan Membunuh Diri Dalam Islam
Terdapat beberapa larangan dari al-Qur�an dan al-Sunnah berkaitan dengan kesalahan ini, di antaranya:
- firman Allah: Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah, 2:195)
- dan firmanNya lagi: Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu (al-Nisa', 4:29).
Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. kita menemui Hadis-hadis berikut:
- baginda bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).
- sabdanya lagi: Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).

Ibrah Dari Kejadian

1. Nyawa adalah milik mutlak Allah.
Tiada sesiapa selain Allah yang boleh menghidupkan dan mematikan. Sebagai manusia yang juga hamba kepada Allah, adalah berdosa besar sekiranya meragut nyawa sendiri akibat kegagalan mengatasi masalah dalam hidup. Manusia tidak diciptakan untuk tujuan yang sia-sia. Manusia dan jin diciptakan untuk beribadah kepada-Nya.
Dalam hidup, ujian datang dan pergi. Itu merupakan sebahagian daripada kitaran hidup manusia. Adalah merugikan bagi keluarga, masyarakat, negara dan agama apabila seseorang individu membunuh diri. Jalan penyelesaian yang diambil ini merupakan manifestasi kepada lemahnya jati diri, pegangan agama dan keberkesanan pendidikan yang diterima oleh seseorang individu. Bagaimana mahu merealisasikan cita-cita besar mentadbir masyarakat dan Negara sekiranya jati diri warganegaranya rapuh, tidak kental?

2. Pengalaman adalah guru yang terbaik.
Bagaimana Misi Y dapat mengenalpasti punca masalah dalam beberapa minit sahaja setelah meneliti kes yang dikemukakan? Ini disebabkan beliau telah beberapa kali berdepan dengan masalah sebegini setelah bertahun-tahun berada dalam perkhidmatan. Apabila berdepan dan merawat pesakit, pengalaman merupakan panduan yang terbaik. Jadi, jangan putus asa sekiranya kita tidak pandai atau cekap dalam membuat sesuatu procedure. Yang penting, jangan berhenti belajar, membaiki dan terus meningkatkan prestasi. InsyaALLAH, kita juga merupakan bakal acuan Miss Y pada masa akan datang (cuma kasut kita tidak berbunyi kuat je).

3. Sediakan bekalan yang cukup sebelum kita dipanggil pulang
Setiap manusia yang hidup tidak tahu bilakah mereka akan dipanggil pulang. Masa kematian menjadi rahsia ALLAH. Bukannya manusia yang menentukan bila mereka patut mati.

Menurut satu kajian yang dibuat di India, kepekatan racun paraquat paling tinggi dijumpai di paru-paru dan akan memuncak setelah 5-7jam selepas diminum. Dalam kajian tersebut, 7 daripada 17 orang yang meminum paraquat dilaporkan ‘survive’ tetapi menderita kesan sampingan daripadanya seumur hidup. Racun paraquat mengakibatkan kerosakan terus kepada lapisan sel di mulut, perut dan usus.Toksin racun paraquat mengakibatkan tindakbalas kimia kepada organ dan sistem dalam badan terutamanya paru-paru, hati dan buah pinggang. Jaundis yang kelihatan adalah berpunca daripada kerosakan hati secara beransur-ansur. Keadaannya beransur-ansur lemah. Beliau hanya bertahan selama seminggu selepas meminum racun tersebut. Al-Fatihah.


Rujukan:
1. MedlinePlus: Paraquat poisoning (http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/001085.htm)

2. Institut Kefahaman Islam Malaysia: Islam tegah perbuatan bunuh diri (http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=954&cmd=resetall)

3. Centers for Disease Control and Prevention: Facts about paraquat (http://www.bt.cdc.gov/agent/paraquat/basics/facts.asp)

4. Indian Journal Of Nephrology: outcome of paraquat poisoning-a five year study (http://medind.nic.in/iav/t03/i2/iavt03i2p64.pdf)

credit to Nadzirah Aslan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...