Laman

Wednesday, June 13, 2012

Terima Kasih

Alhamdulillah

Terima kasih ya ALLAH atas segala semua nikmat kurniaan

Terima Kasih kepada kedua ibubapa ku
yang menjaga, mendidik, membelai selama 25 tahun ini
tanpa bosan
puteri kalian yang seorang ini terlalu banyak dosanya

Ibu kata
"mama tak nampak yusra macam 25 tahun, dalam hati mama dan baba, selalu nampak Yusra macam 5 tahun"

Erk, adakah maknanya saya tak matang lagi?

Semoga kedua ibubapaku sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH, diberikan balasan syurga, dipermudahkan hisab dan memperoleh kekuatan untuk sentiasa membuat kebaikan

doakan anak mu ini menjadi pencen kubur yang baik untuk kalian

semoga ALLAH makbulkan juga doa kita untuk melihat Baitullah, ALLAH, seringkali ku dan ibu menyebut nyebut nama rumah ALLAH itu, kerinduan itu cukup menusuk sanubari

Terima Kasih juga ya ALLAH

kerana menghiasi rumah kami dengan sakinah, mawaddah dan rahmah

Terima kasih kerana menganugerahkan anak anak yang tidak putus putus ke rumah kami

Shameer dan Shafique, belajar rajin rajin, semoga menjadi anak soleh

Buat si kecil ku Arfan, Irina dan baby Zahra (2 bulan), semoga kalian menjadi zuriat yang berkat kepada kedua ibu bapa , hasil didikan dan asuhan kedua ibu bapaku yang mulia

Semoga Irina dan baby Zahra mendapat hidayah dari ALLAH, termasuk kedua ibubapanya juga. Aku dan kedua ibubapa ku tidak pernah memilih untuk mengasuh kanak kanak, malah kami melihat kanak kanak non muslim sebagai ladang akhirat kami yang sangat berharga, terima kasih ALLAH :)

Buat Fendi dan Iman, anak asuhan kedua ibubapaku yang sudah melangkah ke alam tadika, semoga kalian menjadi anak yang membanggakan kedua ibu bapa

Fendi sudah semakin mahir membaca doa ;)

Juga buat semua anak anak yang pernah diasuh oleh kedua ibubapaku, biarpun kalian telah terlupa, tetapi semoga keberkatan kedua ibubapaku menjadi kan kalian anak anak yang soleh dan solehah :)

Terima Kasih juga buat semua teman di jalan dakwah

Terima kasih buat cermin cermin ajaibku, kalian yang pertama di hatiku

Nadzirah, Norashikin, Surianah, Ilhamimi, Fatimahtunzahra, Anis, Amal Athirah, Atiqa, Hana, Sarah dan nama yang tidak tersebut

semoga ALLAH kumpulkan kita di syurgaNYA, ingatlah janji kita untuk sentiasa mengejar gelaran calon bidadari syurga 

Juga sekalian sahabat sahabat di jalan dakwah 

terima kasih atas tunjuk ajar, teguran, jika diri ini salah, sila tegur lagi, supaya diri ini sentiasa ingat

diri ini amatlah baru dalam perjuangan ini, jadi terlalu banyak yang ku tak tahu, maka tolong ajarkan diri ini supaya dapat menyumbangkan sesuatu untuk ISLAM

dan tolong JAGA kan diri ini kerana kadang kadang naluri jahiliyyah menerpa, semoga hidayah ini kekal dan semoga diri ini istiqomah dalam perjuangan

Terima kasih juga buat insan insan yang menjadi Guru kepada diri ini

Kak Meri, Ustazah Noraini, Kak min, Kak Rasina, Kak emi, Kak Liza, Ustazah Noraslina dan yang tidak tersebut

kalian lah yang menjadi rujukan ku menjadi wanita solehah, semoga diri ini menjadi seperti kalian, wanita wanita yang menrindukan syurga

juga buat sahabat yang bersusah senang bersamaku dan mengajar ku Al Quran

Nur Adila, sahabatku dunia akhirat, semoga dirimu dipermudahkan urusan dan mendapat suami soleh :) (doa khusus ni tau)

Adik adik yang sangat disayangi kerana ALLAH

Hidayah, Aftira, Habibah, Noraini, Nadiah, Suaiba, Radia,  Azree dan yang tidak tersebut

terima kasih kerana sering menjadi penghibur diri ini dan sokongan yang tidak pernah putus putus

dan juga buat semua yang mendoakan diri ini

semoga diri ini sentiasa HIDUP bekerja untuk ISLAM, dan MATI juga dalam perjuangan ISLAM

sekiranya ALLAH masih memberikan impian dan harapan

semoga aku akan menjadi seorang jururawat yang baik, menjadi seorang jururawat yang muslimah dan mukminah, menjadi Guru dan kepada jururawat jururawat dan melahirkan jururawat jururawat yang ditarbiyah

semoga aku berjaya menunaikan impian kedua ibubapaku untuk membuka pusat asuhan kami sendiri, dengan keadaan kawasan yang lebih lapang, semoga anak anak yang dididik dan dijaga di pusat asuhan kami, menjadi jundu jundu ISLAM yang terbaik

dan semoga diri ini sentiasa mengejar syurga

aku tidak sesempurna bidadari tetapi ku berusaha untuk merasai kesempurnaan itu tatkala berada di syurgaMU

~ucapan 25 tahun, rasa macam 20 tahun saja ya :) padahal kematian semakin mendekati ~

2 comments:

Tautan Hati