Laman

Saturday, November 7, 2009

Penyesalan tiada akhir...


Bismillahirahmanirahim

alhamdulillah, syukur kepada yang MAHA ESA kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar di bumi miliknya.

Beberapa ketika ini, ana sering teringat tentang masa lalu ana. Benarlah kata orang:

"Sejauh mana pun kita berubah, masa lalu tetap akan mendampingi kita"

Ya, sememangnya ana cuba untuk menghirup suasana baru.. cuba untuk bernafas dengan hembusan yang baru tetapi masa laluku seringkali menghantui ku.. Biarpun sejuta kali air mata menitis sehingga air mata darah sekali pun, kesilapan masa lalu tidak akan dapat di perbetulkan.. Seribu penyesalan tidak bisa mengembalikan waktu dulu

Sesungguhnya ana amat menyesal dan bersedih kerana masa silam ana, ana habiskan dengan perkara yang tidak mendapat keredhaanNYA. Pada masa lalu, ana sangat takut pada istilah tudung, jubah, handsock, stokin kaki. Terus terang ana mengatakan bahawa ana menganggap tudung itu sebagai pelindung, penutup kecantikan wanita.. ana sememangnya tidak berniat untuk bertudung .. malah tidak pandai memakai tudung!! astaghfirullah al azim.. betapa besarnya dosa dan kejahilan masa silam.. bila dikenangkan kembali, menangis penuh penyesalan..

Al -quran? Memang mengenal huruf dalam al quran. tetapi untuk membacanya sememangnya tidak pandai. Al quran pun tidak ada dimiliki. Betapa jahilnya diriku.. tak ada terniat di hati untuk baca quran, malah kalau ada aktiviti baca quran, sedaya upaya untuk mengelak. Sebab malu pada manusia, x tahu baca quran.. pada ALLAH tak malu. Sedangkan DIA MAHA MENGETAHUI, MAHA MELIHAT... astaghfirullah al azim

Dunia ana dihiasi dengan kecantikan palsu, Ana senang sekali menjadi pujaan, menjadi peragaan.. sifat al haya tidak terdapat dalam diri.. ana senang sekali memersembahkan diri ana dihadapan yang tidak berhak.. ana suka sekali membuat persembahan tarian, ana suka sekali menjadi perhatian...

Usrah? lucu pula apabila terkenangkan bahawa ana la "JAGUH LARI DARI USRAH", ana cukup jengkel dengan wanita bertudung labuh. Bagi ana, mereka ini memandang hina pada insan semacam ana.. surau pun jarang sekali ana kunjungi.. nak kata sebulan sekali pun tak.. YA ALLAH, bila dikenangkan semuanya, air mata ini mengalis bercucuran.. beberapa kali ana menangis dan merintih, ana masih dihantui zaman silam ana..

Pergaulan dengan kaum yang berlainan jenis pun tidak terkawal oleh diriku. Aku terlalu mudah untu bertepuk tampar dan bertegur sapa dengan mereka, aku terlalu mudah untuk bergurau dengan mereka.. Ya ALLAH.. betapa rendahnya martabat seorang wanita diletakkan oleh diriku..

Sikap ku sendiri juga tidak melambangkan keindahan ISLAM.. ya ALLAH, ana sentiasa mengharap pintu keampunan dariMU.. ana terlalu mudah marah, suka mengambil tahu hal orang lain, dan tidak menjaga tuturkata ana.. ana menyesal dan penyesalan ini sememangnya tidak ada akhirnya!

merintih, menangis, menyesali perbuatan lalu tetapi masa tidak akan dapat diulang kembali.. maka wahai anak muda, hargailah masa antuna sekalian, jangan lakukan kesilapan sama seperti yang dilakukan oleh diriku.. ingatlah, jadilah wanita solehah kerana seindah indah perhiasan adalah wanita solehah.. alhamdulillah, ALLAH telah memberikan peluang pada ana untuk memperbaiki diri ana tetapi ana masih merasa ana terlalu hina dan kotor .. biar berapa kali tangisan .. yang ana harapkan hanyalah keampunan dariNYA..



"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKU (wahai MUHAMMAD) bahawa AKUlah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh)." (Al-Hijr:49)

4 comments:

  1. ~better late than never...

    ~semoga terus kuat di jalanNya (doakan utk diri ini juga)

    ~salam ziarah... :)

    ReplyDelete
  2. let by gone b by gone.. mse yg lepas, xkn kmbli lg..biarkan itu mjd teladan.. Allah itu maha Pengampun..jgn berputus harap kpnNya.. seandainya semua manusia melakukn kebaikn, xpernah mlakukn dosa, di mana letak, di mana terbuktinya pengampunan Allah itu..?? ana jgk ad masa silam, yg pntg sejauh mana kita cuba berubah & perbaiki dr..wa'allahullam..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum asiah.
    yang lalu itu jadikan peringatan dan pendorong untuk memastikan masa kini lebih baik dan sentiasa meningkat.
    kita semua punya kenangan lalu yang membentuk kita hari ini.
    syukur di pertengahan jalan kita menemui hidayahnya.
    semoga asiah sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya.

    ReplyDelete
  4. jeng molek...
    hahaha...

    mcm dok betul je citer nh...
    ape² pun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak amal, boleh bertaubat...
    Tu tandanya Allah syg.. sbb tu Dia bagi kesedaran(hidayah).. So, jgn sia-siakan...

    ReplyDelete

Tautan Hati