Laman

Wednesday, December 16, 2009

Niqabi around the world (^_^)

Bismillahirahmanirahim, untuk entry kali ini, suka ana untuk berkongsi gambar gambar kegemaran ana, gambar wanita berniqab. Sesungguhnya ana amat menyokong dan menyukai mereka yang berniqab kerana ALLAH terutama untuk memelihara diri mereka. Bukankah wanita itu perhiasan dunia, maka sudah tentu sekali dirinya harus dipelihara sebaik baiknya

Nabi Muhammad SAW bertanya pada Fatimah A.s, Apakah yang terbaik untuk wanita? Beliau A.s menjawab, memelihara dirinya daripada melihat dan dilihat oleh lelaki lain.
Saidatina Fatimah A.s sangat menjaga dirinya, seorang sahabiyah pernah menceritakan pada ana bahawa permintaan Saidatina Fatimah biarpun telah meninggal dunia, beliau hendak jasadnya dikebumikan pada waktu malam dan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja, sehingga meninggal dunia pun beliau masih sangat menjaga diri beliau. Bagaimana dengan kita wahai muslimah? Adakah begitu mudah kita memperagakan diri kita? Adakah terlalu murah diri kita untuk diperagakan sesuka hati, di tatap oleh mata mata nakal? Sama sama kita muhasabah diri..




Go Go Niqabi... Lets wearing niqab!! Ana rasa niqab ini diperbuat daripada selendang, tapi masih nampak hidung :)
Sangat menyukai yang pink ni :)





Inilah gambar kegemaranku...




Cantik atau tabarruj?




Yang ini pun unik juga




Rasanya yang ini biasa dilihat



Aisyah dari Ayat ayat Cinta....



Niqab macam diperbuat dari pashmina?



Biru...

Alhamdulillah, melalui Salju Sakinah yang kusayangi, tautan ukuwwah terjalin dengan para mujahidah yang memakai niqab juga.. Ini adalah laman blog mereka, InsyaALLAH mereka mempunyai pengetahuan tentang niqab dan purdah yang lebih mendalam dan bisa membantu

www.kelatemaghi.blogspot.com (kakchik)
Semoga berjumpa di entry akan datang.. Tidakkah terlintas dihati ingin berniqab? Wallahualam





6 comments:

  1. salam,..
    tabarruj,..
    apa pandangan anti..

    ReplyDelete
  2. assalamua'laikum bunga agamaku. maaf jika mengganggumu, sahabatku. ana cuma mahu bertanya, adakah sahabatku ini berniqab juga? maaf kerana tiba2 bertanya. andai tidak keberatan, hanya sekadar ingin tahu. :)

    ReplyDelete
  3. salam ukhuwwah buat dirimu ya ukhti.. ana tidak berniqab tetapi inshaALLAH ... semoga ALLAH memilih diriku... bagaimana dengan dirimu? =)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.

    setahu saya perkataan alaihissalam (sejahtera ke atasnya) hanya kepada para nabi, rasul dan malaikat sahaja.

    bukan pada sahabat.

    sahabat kita sebut radi allahu anha
    (semoga allah redha kepadanya)

    wallahu'alam~

    ReplyDelete
  5. wasalam... syukran atas teguran, ana tidak perasan. InsyaALLAH akan mengubahnya =) semoga ALLAH mengampunkan dosa dosa ana =) ... semoga ALLAH membalas keprihatinanmu

    ReplyDelete

Tautan Hati