Laman

Tuesday, November 30, 2010

Beruzlah mencari solusi




Mengapa hidup harus memilih?
Di antara perjuangan dan insan yang memberi kehidupan?
Ya ALLAH... adakah ini dugaan buat hambaMu yang kerdil lagi hina
ataukah ini pembalasan buat diriku yang selama ini kotor dan dipenuhi dosa dosa silam?

Mengapa tiada insan yang memahami kesukaran yang kuhadapi......
Sesungguhnya insan yang tersepit di persimpangan sebenarnya adalah yang paling disakiti




Kekadang aku penat untuk terus berhelah...
Kekadang aku terasa letih untuk terus memberi alasan
Kekadang diriku terlalu sakit untuk melukakan hati sahabat seperjuangan
Kekadang diriku pedih untuk berhadapan dengan insan insan yang disayangi
Namun apa yang harus kulakukan
Apakah pilihanku



Adakah pilihanku berlari sejauh jauhnya....
Beruzlah mencari solusinya
Pedih, sakit, pilu........

2 comments:

  1. perjuangan itu tidak pernah mudah..
    andai mudah sudah pasti ramai lagi yang menikmati nikmat perjuangan ini
    letih, lelah, duka, sedih, perit..
    itulah madu dalm perjuangan
    andai tiada semua itu
    dimana manisnya perjuangan??
    sabarlah duhai du'at
    sesungguhnya ALLAH sentiasa bersamamu.. (^^,)

    ReplyDelete
  2. masyaALLAH.. syukran ya ukhti.... kekadang ana ini juga terasa lemah dan ingin lari dari perjuangan ini... apatahlagi tika mehnah dan tribulasi itu datangnya dari insan insan yang ana sayangi... tetapi ukhti.... ana berpegang sekali pada doa Asiah

    'Ya ALLAH, binakanlah untukku istana di syurgaMU, biar di dunia ku di seksa, tiada akan terbayar nikmat di syurgaMU...'

    maka... jika semuanya kerana ALLAH.. segala kepahitan itu menjadi kemanisan ... racun menjadi madu... inshaALLAH..

    ReplyDelete

Tautan Hati