Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Saturday, January 9, 2010

Semangat ku kembali


Bismilahirahmanirahim.. maaf kerana sudah lama ana tidak mencoretkan madah di salju sakinah. Ana mengakui minggu ini, ana sedikit "down" , ana mengakui bahawa diri ini sangat lemah kerana tidak mampu berhadapan ujian akademik dan tidak mampu menanggung beban kerja akademik menyebabkan ana berfikiran sedikit tidak waras. Ana seolah olah ingin berputus asa dalam perjuangan ini. Ana merasakan ana tidak mampu untuk meneruskan perjuangan. Alhamdulillah, ALLAH masih memilih ana untuk berada di jalan ini. Semangatku naik kembali rentetan beberapa aktiviti penting sepanjang minggu ini. Hal ini membuatkan daku sedar, sejauh mana pun kita ingin lari, kita sebenarnya yang memerlukan tarbiyah, tarbiyah tidak memerlukan kita.. maka janganlah mudah mengalah.. teruskan perjuangan untuk menegakkan yang haq!

Alhamdulillah, semalam dalam bertemu dan bertukar buah fikiran bersama ikhwan dan akhwat. Pengisian yang diberikan cukup dapat meniupkan semangat perjuangan. Bertapa bertuahnya diri ini dapat dipertemukan ikhwan dan akhwat, mas'ul dan mas'ula serta murabbi dan murabbiyah yang benar benar mantap dalam memperjuangkan ISLAM. Pengisian yang diberikan murabbi benar benar menyentuh hati. Beliau menegaskan bahawa betapa pentingnya kita yang masih bergelar pemuda dan pemudi ini menyalurkan semangat dan tenaga kita untuk berada dalam perjuangan haraki. Kadang kadang mungkin diri tertanya, mengapakah kita memilih untuk berada di jalan ini sedangkan insan lain bebas untuk melakukan apa saja.. tetapi tidakkah kita ingin menjadi pemuda dan pemudi yang dipilih oleh ALLAH s.w.t? Lihatlah betapa perjuangan pemudah ashabul kahfi, mereka sanggup melarikan diri pemerintah yang zalim dan keji sehingga nama mereka disebut dalam Al Quran, tidak kah kita ingin tergolong dalam golongan seperti ini?

Selain pengisian yang mantap, kerinduan terhadap akhwat juga terubat kerana berpeluang makan setalam dengan mereka. Selain itu berkongsi buah fikiran berkenaan perjuangan ini. Betapa rindunya diriku dengan sahabiyah sefikrah ku, apabila dapat bertemu, segala kegusaran dihati dapat dihilangkan. Ingatlah bahawa antara golongan yang mendapat perlindungan di akhirat adalah dua orang pemuda yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Moga moga ikatan ukhuwah fillah yang terjalin ini sentiasa mendapat keredhaanNYA

Selain itu ucapan dasar yang bertajuk "Tarbiah dijana, Gerak Kerja"dibina juga cukup menjadi pembakar semangat. Elemen penting yang ditekankan adalah untuk memperkasakan pentarbiyahan setiap ahli.

Firman ALLAH:

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALLAH; tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidak ada perubahan pada fitrah ALLAh. Itulah agama yang lurus tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui"

Surah Ar Rum: 30

Memetik ucapan dasar, kita hendaklah sentiasa menyediakan diri untuk ditarbiah dengan cara ISLAM. Tarbiah ini sememangnya mampu melahirkan mujahid dan mujahidah yang berjuang di jalan ALLAH. Setelah memperkasakan tarbiah, maka dengan itulah gerak kerja yang mantap dapat dibina dan kita sendiri hendaklan memahami perjuangan kita iaitu perjuangan ISLAM. Jangan wujudkan persaingan di antara jemaah tetapi wujudkanlah kerjasama untuk mendaulahkan ISLAM sekaligus menuju mardhotillah.

Sesungguhnya program ini sememangnya tidak akan ku lupakan. Tidak lama lagi ulang tahun setahun diriku berjalan di atas jalan ini. Biarpun pada mulanya daku merasakan betapa perit untuk memikulnya dan merasakan tidak mampu untuk melalaksanakan, tetapi ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Buat ikhwan dan akhwat, semoga kerjasama, kasih sayang berukhuwah dan kefahaman yang kita bina ini bisa merealisasikan matlamat gerakan ISLAm untuk melihat ISLAm didaulatkan di bumi ini..

ALLAHUAKHBAR!



2 ~pemberi cinta~:

Unknown said...

assalamualaikum asiah.
syukur alhamdulillah kalau asiah kembali mendapat semangat dalam meneruskan perjuangan hidup sbg pelajar.
itulah untungnya bila kita selalu menyertai program ilmu yang bermanfaat.

Teratai Biru said...

~salam...

~moga tetap di jalan ini...

~syurga Allah itu mahal skali. x ternilai oleh kita. x senang2 je Dia nak bagi kat kita. sebab tu Dia akan beri kita ujian.

rujuk---> al-ankabut 29; 2

~salam sayang dari bumi sakura... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...