Tuesday, October 30, 2012
Saturday, October 27, 2012
Diari Seorang Jururawat: Kita adalah duta ISLAM
Tuesday, October 23, 2012
Tentang Hijab
![]() |
| Anda ingin menjadi wanita solehah? |
![]() |
| Jadilah wanita yang termahal di dunia. |
![]() |
| Terima kasih kerana menjaga aurat anda :) |
![]() |
| Mengapa saya bertudung labuh? |
![]() |
| Berubah ke arah kebaikan :) Untuk adik adik solehah yang mencari tudung labuh berjahit dan sedang belajar istiqomah untuk memakainya. Kakak mencadangkan beberapa butik yang bisa memberi bantuan kepada adik adik Butik Raudhah Sufy Solehah Collection Bidadari Collection Untuk adik adik yang baru berhijrah, kakak cadangkan cuba pakai tudung bidang 50/bidang 60 dahulu. Biasakan diri juga memakai tshirt labuh dan berskirt labuh. Kakak mengerti fitrah adik adik yang ingin kelihatan indah, maka kak cadangkan beberapa tempat yang bisa membantu adik :) Hijab For Muslimah Mis Syam cOLLection Gerairizqi Teruskan usaha untuk berhijrah. Rebutlah peluang berhijab kerana ALLAH kerana sesungguhnya wanita solehah itu begitu mahal di sisi ALLAH. Pilihan di tangan anda! MARI BERUBAH! |
Friday, October 19, 2012
Diari seorang jururawat : Belajar untuk menghargai
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Sunday, October 7, 2012
Ubat kecemburuanku
CELIKKAN KECEMBURUANMU....
- · Foto artis/model/rakan perempuan cantik yang sedang ditatap suami.
- · Senyuman manis suami kepada wanita lain juga boleh menghadirkan resah di hati isteri.
- · Kecantikan rupa paras dan bakat istimewa pada wanita lain yang dipuji-puji suami.
- · Dan tidak sedikit, isteri yang menderita cemburu bila melihat kemanjaan dan perhatian suami kepada wanita bergelar ibu yang melahirkannya ke dunia ini.
Thursday, September 20, 2012
Aku menunggumu Cinta
Sedang gerangan dirimu.
Belum kutahu siapa.
Belum bertemu sua.
Penantian ini terasa indah.
Kerana kupaksikan kerana Allah.
Saturday, September 15, 2012
Keluarga yang sakinah
KATA sesetengah orang, sakit bersalin itu ibarat beberapa tulang rusuk dipatahkan serentak atau kuku dicabut daripada isinya. Sebahagian wanita pula mengalami loya dan muntah-muntah sepanjang sembilan bulan tempoh kehamilan.
Namun, bagi seorang ibu, Fariza Ibrahim, dia bagaikan sudah lali dengan kepayahan dan kesakitan itu. Fariza, 47, yang berkahwin pada usia 19 tahun sudah dikurniakan 14 orang anak – fenomena yang jarang ditemui di Malaysia memandangkan purata sebuah keluarga moden sekarang memiliki antara tiga hingga lima orang anak sahaja. Secara purata, dia hamil selama 126 bulan atau lebih 10 tahun.
“Semua anak saya dilahirkan secara normal,” ujar pemegang ijazah dalam bidang kimia daripada Universiti Queensland, Australia ini.
Fariza yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, bertemu jejaka Negeri Sembilan, Abdul Halim Abdullah, di universiti yang sama pada tahun 1984. Pasangan berkenaan berkahwin di Australia.
Kemudian, Fariza dan Abdul Halim sama-sama mengambil ijazah kedua dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.
“Saya sempat melahirkan tiga orang anak semasa menuntut di Mesir. Selama tujuh tahun di sana, ramai rakan universiti yang tolong menjaga anak-anak semasa saya pergi ke kuliah,” cerita Fariza.
Mengunjungi kediaman pasangan ini di Seremban, Negeri Sembilan, suasananya terasa meriah sekali.
“Seperti sekolah bukan? Di sinilah kami membesarkan 14 orang anak, lapan perempuan dan enam lelaki. Sepuluh daripadanya tinggal dengan kami kerana masih bersekolah,” cetus Abdul Halim, pemilik sebuah agensi pelancongan Muslim ini.
Abdul Halim menggabungkan tiga buah rumah teres dua tingkat untuk dijadikan tempat tinggal yang selesa bagi keluarga besarnya. Setelah diubah suai, rumah ini mempunyai sembilan buah bilik termasuk sebuah bilik khusus untuk tetamu.
Tutur Abdul Halim, dia dan isteri tiada sebarang petua untuk memiliki anak yang ramai. “Ia satu anugerah dan amanah daripada Allah,” beritahu Abdul yang meyakini setiap anak yang dilahirkan ada rezeki masing-masing.
Anugerah
“Jika diikutkan saya ingin ada 20 orang anak. Memang bukan senang untuk membesarkan seorang anak lebih-lebih lagi terpaksa merasai sakit bersalin, tetapi saya seronok melihat pelbagai telatah dan ragam mereka,” celah si isteri, Fariza Ibrahim, 47.
Sebelum ini, seorang wanita Amerika Syarikat, Michelle Duggar, menjadi terkenal kerana melahirkan anak yang ke-19 pada tahun 2009 pada usia 42 tahun. Angka 19 memeranjatkan Michelle sendiri sebelum dia hamil lagi pada hujung tahun lalu. Bagaimanapun, anak ke-20 pasangan Michelle dan Jim Bon itu mengalami keguguran.
Menurut Fariza, dia menyangka kelahiran anak yang ketujuh, Ahmad Muktaz pada tahun 1997 merupakan zuriat yang terakhir.
“Rupa-rupanya saya dikurniakan tujuh orang anak lagi selepas itu. Buat masa ini 14 orang anak sudah memadai bagi saya tetapi tidak menolak jika saya bakal mengandung lagi pada masa hadapan,” katanya yang berhenti kerja sebagai guru sekolah agama swasta selepas mendapat anak yang ke-12.
Jika keluarga besar, perbelanjaan mingguan juga bertambah. Itu satu perkiraan matematik yang mudah.
“Saya mengamalkan perbelanjaan secara mingguan untuk keperluan dapur. Biasanya saya akan beli tiga ekor ayam, tiga hingga lima kilogram daging (kg), 5kg ikan dan 30 biji telur selain makanan kering dan susu bayi.
“Bila masak terasa seperti sedang menyediakan hidangan untuk majlis kenduri pula,” katanya ketawa.
Dari segi pengangkutan, keluarga ini menggunakan dua buah kereta iaitu Perodua Kelisa dan Toyota Avanza untuk pergi ke destinasi pilihan.
“Suami berasal dari Seremban manakala saya dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Jika balik kampung, kedua-dua kenderaan digunakan,” ujar Fariza yang memanggil anaknya dengan nama gelaran mengikut kedudukan anak dalam keluarga seperti along, angah, ateh dan alang.
Walaupun mempunyai anak yang ramai, soal didikan agama menjadi keutamaan pasangan ini.
“Tiga orang anak saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Jika tiada aral, kesemua mereka akan dihantar belajar di sana.
“Persekitaran beragama masih kuat di Mesir. Di sebalik kisah kezaliman Firaun, ia juga sebenarnya bumi anbiya. Kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf, misalnya, berlaku di Mesir. Negara itu juga melahirkan banyak ulama terkenal sejak lebih 1,400 tahun lalu. Jadi mungkin disebabkan itu suasana Islam agak kuat di sana.
Menurutnya lagi, dia ingin setiap anaknya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
“Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Doa anak yang soleh tidak akan terputus walaupun tulang-belulang kita sudah lama hancur di dalam kubur,” beritahu Abdul Halim.
Sumber: Kosmo Online










