Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Showing posts with label ~muhasabah diri~. Show all posts
Showing posts with label ~muhasabah diri~. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Luahan Hati Seorang Muallaf, Azan itu mengajakku- Nur Muhayya Abdullah

Bismillahirohamannirohim...
Ya Allah, syukur alhamdulilah atas segala nikmat yg Engkau berikan,
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, nabi junjungan,
Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa sahabat-sahabatku,
Teguhkanlah hidayahMU kepada kami ya Allah...

Sekadar perkongsian:-

Aku menulis nota ini utk keluargaku dan sahabat-sahabat disana, andai ada kata yg salah, sepenuh hati aku memohon maaf. Aku hanyalah manusia biasa, hambaNYA sama seperti kamu. Walau kini kita berbeza, aku tetap ada utk kamu, dan berusaha utk menjaga kamu. Mungkin kamu terfikir, jalan hidup yg aku pilih ini adalah salah dimata kamu, tapi tidak bagi aku. Seharusnya aku bersyukur kerana ditemukan jalan kehidupan ini. Aku meninggalkan kejahilanku, bukannya meninggalkan kamu. Saat kamu berkata, aku telah salah memilih agama ini, sesekali tidak wahai keluargaku, wahai sahabat-sahabatku..sebenarnya hati dan mata kamu tertutup, robohkanlah dinding hati kamu yg tebal itu..maka kamu akan melihat, disaat itu kamu merasakan diri terlalu kerdil. Aku masih ingat, ketika lafaz syahadah ku ucapkan, terasa hati tenang, beban selama ini ku tanggung hilang tiba-tiba..tidak sedar, aku menangis..menangis bukan kerana aku menyesal, oh tidak! aku menangis bersyukur..inilah nikmat yg tidak pernah ku rasai.

Selama 3 tahun aku hilang tempat berpaut, terbang melayang-layang tanpa berhenti, mencari dan terus mencari...suatu malam, Allah SWT telah memutuskan agar aku menerima hidayahNYA..DIA membuatkan hatiku sesak, gelisah dan menangis..kerana ia nikmat mengenang dosa! Barulah aku sedar, selama aku hidup di dunia ini, aku berjalan dgn kejahilan, hidup yg sia-sia tidak bermakna dan hanya keseronokan semata-mata. Aku menangis sepuas-puasnya, biarlah DIA mendengar rintihanku..bagaimana aku berdoa? berdoa dgn cara dahulu, sesekali tidak..hati tidak menginginkannya..ku mencari-cari tafsir Al-Quran, ku peluk erat-erat..hatiku berdoa "Ya Tuhan, jika Engkau benar-benar memilihku, berikanlah aku jalan keluar dari belenggu ini". Akhirnya aku tertidur dgn memeluk Al-Quran itu, biarpun ketika itu aku belum menjadi seorang muslim, tapi ia Al-Quran itu telah memberi ketenangan..sungguh membahagiakan, ia langsung tidakku fahami. DIA Maha Mendengar, DIA telah menemukan hamba-hambaNYA utk membantuku, satu per satu datang, sehinggalah aku selesai mengucap syahadah. Aku bukannya membanggakan diri, maafkanku wahai ibubapaku, dan sahabat-sahabatku..aku hanya sekadar memberi perkongsian agar kamu jg melihat apa yg aku lihat, merasa apa yg aku rasa, menikmati apa yg aku nikmati. Jangan kamu menilai apa yg orang kafir katakan, tapi berfikirlah utk akhirat kamu. 

Suatu ketika, aku menaiki bas ke tempat kerja, jalan melalui sebuah masjid...tiba-tiba azan berkumandang, menandakan waktu sembahyang utk umat Islam, aku pada masa itu tidak tahu waktu apa azan itu (Kini baruku tahu, ia adalah azan utk solat Asar)..aku tersentak, tiba-tiba terasa sayu, hati tersangat pilu. kenapa? aku tidak tahu. Azan itu seolah-olah mengajakku utk datang ke masjid. Aku menangis dalam diam, aku menghayati alaunan suara azan, benar-benar syahdu. KehendakNYA utkku terus mendekati Islam. selalunya mendengar azan di radio atau televisyen, asal saja azan, kedua-duanya di matikan. Kata ibubapaku, itu bising. Aku tidak tahu pada masa itu, hanya menurut. Menunggu detik agar azan itu benar-benar membuatku jatuh hati, apabila azan di Masjid. Kalau azan di radio atau televisyen, boleh dimatikan..bagaimana dengan mendengar azan di Masjid? Bagaimana nak dimatikkan? :), Suatu hari, aku berjanji dgn diriku..nanti aku akan memasuki masjid itu, apa di dalamnya, siapa yg memberi azan? Syukur, Masjid pertamaku jejaki adalah Masjid yg membuatkanku menangis mendengar azan. Akhirnya, aku berjaya melihat apa didalam masjid, siapa yg memberi azan...dipermudahkan.

Bila diri bergelar muslim, DIA tidak akan melihat imanku dgn memberi kehidupan yg baik. Kadangkala akan di datangkan hujan utk membasahkan diriku, didatangkan pula matahari utk memanaskan badan, ahkhirnya terasa diri tidak sihat, sebenarnya DIA menyayangiku, DIA ingin melihat teguh mana akidah dan tauhidku kpdNYA. Ramai sahabat-sahabat muslimah mengelarku muallaf..hamba pilihan. Aku tahu semua manusia jg hamba pilihanNYA, Hidayah itu perlu dicari..aku tidak mencari tapi ia datang secara tiba-tiba, seolah-olah ia adalah suara hati, bayang-bayang kehidupan, mengajak utk mencari hidup yg lebih baik. Aku tidak menyalahkan kpd mereka yg sedia muslim tapi hanya pada nama, mereka jg sedang diuji..janganlah melihat mereka dengan pandangan yg serong, mereka jg manusia biasa..hati masih belum terbuka utk mencari kebenaran. Lihatlah pada kemurnian agama Islam, bukan pada penganutnya...Islam yg sempurna, bukan pada manusia..wahai keluargaku dan sahabat-sahabatku, Janganlah pada diriku krn memilih jalan ini, dan juga jangan benci pada agama yg ku anuti kini. Ia tidak bersalah, dan tidak memberi kemudaratan kepada kamu. Jangan kamu sakit hati kerana ramai yg telah meninggalkan kamu, tapi renungkanlah..kenapa aku meninggalkan agama kamu kerana agamaku kini?. Aku tidak ingin menjadi riak, anggkuh dan sombong..aku cuma ingin kamu melihat pada sisi mana kamu melihat kecacatan pada agama ini...

Aku pernah menyuarakan kepada seroang sahabatku, aku ingin mempelajari Islam tapi tidak menganutinya. Sahabat itu menjawab, jadilah dahulu penganutnya, barulah engkau mempelajarinya..pahala engkau dapat. Aku sebenarnya tidak mahu, aku cuma mahu mencari kelemahannya agama itu, cacat celanya agama itu..semakin mencari, mencari, mencari...tidak ditemui, malah membuatkan ku semakin buntu, tidak ada jawapan. Aku berkata kpd sahabatku, Aku tidak akan dan tidak sesekali memeluk agama kamu selagi aku temui kebaikkannya...Maha Suci Allah, tidak ada yg mustahil...percayalah, sesiapa yg menyangkal ia akan memakan diri sendiri. Jawapannya kini ku temui, Bukan Islam yg dicari cacat celanya tapi ia terletak kepada manusia yg belum menemui hidayahNYA. Benarlah, terlalu banyak tuaian tapi yg menuai hanya sedikit...

Aku mulai belajar sepatah demi sepatah alif, ba, ta, tsa...dulu, aku pernah berkata..bertuahnya manusia yg boleh belajar tulisan berbelit dan sukar difahami. Mustahil bagi aku utk memahamiNYA...Allah Maha Besar, sepatah demi sepatah aku pelajari, semakin lama aku boleh menguasainya, biarpun tertatih-tatih, tapi aku sangat bersyukur krana akhirnya aku boleh membacanya..Aku tidak boleh memahaminya, aku membaca tafsirnya..ayat demi ayat aku pelajari..apa yg terkandung memberi banyakjawapan pada persoalanku. Rupanya jawapan segala pertanyaanku adalah terdapat pada Al-Quran. Bagaimana dgn ibubapaku yg masih kafir? bagaimana dengan saudaraku yg masih kafir? bagaimana dengan mereka yg ingkar? tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah Azab yg pedih. Ya Allah, aku tidak mahu keluarga dan sahabat-sahabatku menerima azab, bukakanlah hidayah kepada mereka, jadikanlah mereka hambaMU yg bertakwa.

Pengalaman pertama kali menunaikan ibadat solat, aku hanya menjadi makmum yg mengikut pergerakan, bukan doa yg dilafaz, tapi air mata yg keluar. Berusaha utk menahan tapi tidak tertahan, setiap kali sujud, setitis demi setitis air mata mengalir, tidak tahu kenapa? diri begitu tersangat jahil, tidak layak utk bersujud, aku dipeluk oleh sahabat-sahabat jemaah. Ya Allah, aku memohon kekuatan dariMU. Hari demi hari, aku berusaha utk belajar doa, biarpun tidak mampu berdoa dgn bahasa lain, namun aku tetap berdoa agar dipermudahkan aku memahami doa-doa solat. Syukur kpd Allah, hamba yg mencari pasti di beri jalan yg mudah. Aku mulai menguasai dan memahami setiap bait doa, aku berusaha utk menghayatinya...saat itulah aku akan menangis, seolah-olah DIA ada disisi sedang melihatku, aku terasa kerdil di hadapanNYA.

Untuk ibu dan bapaku, maafkanlah andai pilihan hidupku ini telah menguris dan melukakan hati kamu, bukannya niat utk berpaling dari agama yg kamu anuti tapi aku cuba mencari yg terbaik utkku. Aku tahu, begitu kasihnya kamu kpdku, sayangnya kamu kepadaku, kamu menjagaku dengan baik..aku akui, tapi utk kembali menganuti agama yg kamu percayai, aku tidak akan berpaling lagi. Sungguh, aku sangat2 memohon maaf. Biarpun kadang-kadang kamu menyisihkan dan membandingkanku dgn adik beradik yg lain...aku sesekali tidak ambil hati, hak kamu utk menilai. Di antara kami adik beradik, aku dan kakak sahaja yg berbeza, hanya kerana kami muslim. Tidak mengapa wahai ibu dan ayahku, janganlah benci anak2mu yg muslim, kami mahu kamu hormati sebagaimana kami menghormati agama kamu. Kami tidak akan merasa jauh biarpun kami bergelar muslim. Ketahuilah la wahai ibu dan ayahku, sejak aku dilahirkan, tidak pernah aku mencium tangan dan memeluk kamu sehinggalah aku bergelar muslim. Semua kerana Islam mengajarku utk menghormati kedua ibubapa...walaupun sukar utk utk lakukan, tapi aku cuba utk gagahi jua. Aku cuba memperbaiki cara hidup yg jahil, mengeratkan hubungan kekeluargaan. Maafkan aku ya ibu dan ayah, kadangkala ada terkasar kata tanpaku sedar...tidak bermakna aku tidak menyayangi kamu. Sebenarnya aku berusaha utk memperlihatkan kepada kamu bahawa aku bukannya seperti dulu, dan Islam telah mengajarku utk lebih baik menjadi sebagaimana yg kamu lihat.

Andai nanti wahai ibubapaku dan sahabat-sahabatku, jika aku yg pergi dulu, smoga DIA akan membukakan hati kamu utk menerima hidayah. Jika kamu pergi dulu, aku akan sentiasa mendoakan kamu yg terbaik, tapi wahai  ibubapaku dan sahabat-sahabatku, aku tidak ingin kamu pergi dgn kekafiran. Tapi jika itu kehendakNYA, aku akur...di akhirat nanti, aku tidak akan mengenali kamu, begitu jg kamu tidak mengenali aku. Kamu akan bersama-sama mereka yg kafir, aku akan bersama-sama dgn umat Nabi Muhammad SAW. Aku pun tidak tahu, aku bagaimana dan kamu bagaimana? kerana akhirat, DIA yg berkuasa. Wahai  ibubapaku dan sahabat-sahabatku, sebelum aku mengakhiri pena jariku...aku memohon agar kamu renungkan dan maafkanlah diriku yg meluahkan hati disini, aku mahu mereka yg senasib dgnku dan mereka yg mencari-cari hidayahNYA tahu...betapa aku mengharapkan agar kamu memahamiku. Maafkan sekali lagi.

Waalaikumusalam,

Ikhlas dariku,
NUR MUHAYYA @ ELISABETH TINGGING ABDULLAH.

(Segala tulisan ini adalah asli dan tidak ada kaitan dgn mana-mana pihak yg berkenaan. semoga menjadi teladan)


P/s: Perkongsian sahabat saya yang kucintai kerana ALLAH :)

Thursday, August 23, 2012

Hadiah terindah buatku




Bismillahirahmanirahim

Salam syawal buat semua sahabat. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada ALLAH kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut syawal dengan aman bersama kedua ibu bapa saya. Mohon juga di doakan saudara saudara kita yang sedang berjuang terutama di Syria, Rohingya dan Palestin.

Alhamdulillah, saya ingin berkongsi kegembiraan hati saya sejak ramadhan yang lalu. Mulanya dari ramadhan yang lalu saya berniat untuk menulis entri ini tetapi masa tidak diuruskan dengan sebaiknya menyebabkan hajat tersebut tidak tertunai. InsyaALLAH, saya ingin berkongsi sedikit kisah indah ramadhan yang lalu yang menyedarkan saya bahawa ALLAH ITU DEKAT.

Pada suatu hari yang indah, seorang sahabat dunia akhirat saya yang merupakan sahabat setarbiyah saya di kampus dahulu meminta saya untuk menilik sekeping foto yang dimuat turunnya di sebuah laman web. Katanya ada hadiah istimewa untuk saya

Maka, saya pun menunaikan permintaan sahabat saya dan SUBHANALLAH! Sesungguhnya itu adalah anugerah yang tidak ternilai daripada ALLAH

Teringat kenangan semasa saya di tahun akhir....

"Yusra, ada seorang junior macam kau lah, masa kau dulu dulu belum berubah"

"Yusra, tak sangka ada kembar kau untuk junior intake kali ini, perangai sebiji macam kau, girly girly gitu cuma dia free hair"

"Harap haraplah kembar Yusra tu boleh berubah macam Yusra juga, insyaALLAH kami mendoakan"

Saya hanya tersenyum dengan gelagat rakan rakan saya. Ketika itu saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan 'KEMBAR' yang dimaksudkan.

Alhamdulillah, beberapa hari selepas itu saya berjumpa dengan 'KEMBAR' yang dimaksudkan. Saya tersenyum sendiri kerana dia cukup mengingatkan saya pada diri saya yang dahulu cuma saya rasa dia lebih comel dari saya ^_^.

Sudahlah berasal dari negeri yang sama, hobi juga adalah hobi yang sama (ketika saya belum berubah dahulu). Dalam hati saya berdoa agar ALLAH juga menyentuh hati gadis itu kerana saya menyayanginya kerana ALLAH. Apatahlagi 'KEMBAR' saya itu juga menjadi rakan sebilik kepada sahabat dunia akhirat saya iaitu Adila. Saya lebih yakin peluang dakwah begitu terbentang luas.

Namun setelah saya menamatkan pengajian, saya sedikit lalai untuk follow up berkaitan kembar saya itu. Dan akhirnya setelah dua tahun saya meninggalkan bumi cinta saya, ALLAH menghadiahkan sesuatu yang indah buat gadis itu dan juga untuk saya sendiri.

Alhamdulillah, tahniah SHAFIONA atas perubahan mu, sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Pemurah,. InsyaALLAH, banyak kebaikannya jika kita berubah kerana ALLAH.

Comel sangat Ona sekarang, bak kata status Ona sebelum ini,

X kesah la pakaian ni outdated n fashion disaster.. asalkn diredhai Allah sudehh.. insyaAllah.. :)

Ambik dari Facebook Ona, insyaALLAH kami akan sentiasa menyokong mu wahai adikku.

Rasa rasanya hati saya terdetik untuk menulis entri, 3 tahun setelah aku berjilbab cuma saya belum ada kekuatan dan sedang mengumpul idea sebelum saya nukilkan manisnya berjalan mencari redha ALLAH. Saya mengakui jujurnya pada mula perubahan saya, saya mengalami waktu yang sukar untuk belajar banyak benda seperti contoh belajar bab bab agama, belajar memperbaiki bacaan Al Quran, tapi setelah tiga tahun ini saya begitu merasai manisnya iman.

Saya suka mengingati diri saya yang dahulu bukan kerana saya terperangkap dengan zaman silam saya yang kelam tetapi agar saya terus belajar erti sebenar seorang WANITA SOLEHAH. Mungkin sekarang saya berjubah dan bertudung labuh tetapi saya mengakui masih banyak yang saya tidak tahu. Saya mohon tunjuk ajar dan teguran atas segala kelemahan saya. Cuma, saya rasa tenang dan dekat dengan ALLAH dengan keadaan saya sekarang. Semoga saya kuat untuk mempertahankan hidayah dan taufiq dari ALLAH ini.

Kepada sahabat sahabat dan adik adik saya di kampus dahulu, terima kasih sangat kerana menyokong perubahan saya dan menerima saya, saya berharap kalian juga memberi pertolongan, kasih sayang, perhatian dan jagaan buat semua insan yang juga beru belajar mengenal ALLAH.

Alhamdulillah, saya dan keluarga mengucapkan salam aidilfitri buat semua, semoga aidilfitri kali ini lebih berkat dan mendekatkan kita kepada ALLAH, dan amalan di bulan ramadhan berterusan pada bulan bulan yang seterusnya. Taqaballah minna wa minkum.

Kepada sahabat sahabat yang mendirikan baitul muslim, saya titipkan kalamullah yang indah untuk kalian. Semoga ALLAH redha (Ukhti Maznee dan Jie Nazirah)


Teguhkanla aku dengan (adanya) dia
Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku
Agar kami banyak bertasbih kepadaMU
dan banyak mengingatiMU
Sesungguhnya ENGKAU MAHA MELIHAT (keadaan) kami

(surah Taha: 31- 35)

Friday, August 3, 2012

Bapa oh Bapa

Bismillahirahmanirahim

15 Ramadhan

Segala puji untuk MU ya ALLAH, Engkau yang sentiasa menjaga hamba hambaMU

Ya ALLAH, balik sahaja dari hospital ,kelihatan wajah ibu begitu risau di pagar rumah.

"Bapa terjatuh dan terbaring, habis luka seluruh badannya"

ALLAH, rasa nak gugur jantung, apabila melihat keadaan bapa, badannya luka luka dan jalannya terengsot engsot.

"Bapa terjatuh semasa balik dari pasar, dia terbaring depan rumah, syukur kepalanya tidak terhantuk"

Ibu kelihatan begitu cemas sekali

Namun dalam keadaan begitu, bapa tekad juga ingin memandu, mahu mengambil Shafique dari tuisyen. Dia risau adik kecil itu lama menunggu. Akhirnya beritahu pada ibu, biar bapa rehat di rumah, dan saya yang mengambil alih tugas tugas pemanduan.

Ibu begitu setia mengurut dan merawat luka luka bapa, semoga ALLAH memberkati mereka berdua.

Sungguh tak terbalas jasa kalian berdua, dan semoga saya juga menjadi pencen kubur yang terbaik untuk kalian.

Sungguh saya mengakui saya tidak dapat menandingi ibu dan ayah dalam segala hal. Merekalah yang terbaik dalam hidup saya.

Semoga ramadhan yang penuh maghfirah ini memberikan barakah buat kami sekeluarga.

Semoga bapa saya cepat sembuh.

Kami tahu ALLAH sedang menyayangi kami.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Friday, July 27, 2012

Ajarkan aku sebuah kesabaran

Bismillahirahmanihrahim


Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Syukur, diberi kesempatan untuk berada sekali lagi di bulan yang penuh maghfirah dan barakah ini.

Ya ALLAH, ujian mu datang dan berlalu pergi

Hampir sahaja diri ini terputus asa, sehingga ingin melarikan diri bersembunyi

Tapi teringat moto peribadi

"Bukannya namanya seorang pejuang jika lari dari medan jihad"

Siapalah kita hanya seorang hamba

Maha pencipta punya perancangan yang lebih hebat dari kita

Beruntunglah buat hamba hambaNya yang dikurniakan mata untuk menilai sesuatu dengan hikmah

Teringat sebuah kisah yang indah

Seorang ibu sedang menyulam gambar pemandangan di samping ditemani anak kecilnya. Si ibu begitu tekun menyiapkan hasil sulaman itu sehingga si anak kecil tertarik untuk bertanya kepada ibunya.

Anak Kecil: Duhai ibuku yang tersayang, apakah yang sedang ibu lakukan?

Ibu: Ibu sedang menyiapkan sebuah pemandangan yang indah

Anak Kecil: Pemandangan indah? Saya hanya melihat pintalan benang sahaja dari sulaman ini.

Ibu: Bersabar wahai anakku, ibu akan memperlihatkan kepadamu setelah selesai nanti.

Akhirnya sulaman pemandangan itu pun berjaya disiapkan. Ibu memanggil anak kecil yang dikasihinya untuk ditunjukkan hasil kerja tersebut.

Anak Kecil: SubhanALLAH, indahnya hasil kerja tangan ibu, tetapi mengapa saya tidak melihat keindahan tersebut sesama ibu dalam proses mempersiapkannya?

Si ibu lantas menterbalikkan sulaman pemandangan itu di bahagian belakang, dan di bahagian belakang itu, terlihat, hasil hasil pintalan benang di sebalik pemandangan indah itu.

Ibu: Anakku, begilah ALLAH mengajar kita sebagai manusia, dalam mengarungi ujian itu, kita akan tidak akan nampak keindahannya, yang kita lihat, hanya kepedihan dan kesakitan, kita akan rasa putus asa, bermuram durja dan sebagainya tetapi apabila kita tidak tahu, di akhir nanti ALLAH menyediakan sesuatu yang terbaik untuk kita.

Pandangan ALLAH maha Bijaksana dan LUAS berbanding pandangan manusia yang terbatas.

Kita hanya memandang sebagai manusia biasa, yang sentiasa mengikuti hawa nafsu, digoda oleh iblis dan penuh dengan noda dosa dosa.

Tetapi pandangan ALLAH, DIA yang Maha Mengetahui segala yang ditakdirkannya.


Sejauh mana kita melihat ujian ALLAH itu sebagai sesuatu yang indah? Selagi kita ada sangka buruk dengan ALLAH, maka kita akan berasa segala takdirNYA itu seolah olah tidak menyebelahi kita.

Bukankah sifat ahli syurga itu sabar dan syukur?

ALLAH SWT memberikan khabar gembira bagi orang yang bersyukur kepadaNYA dengan khabar besar.

"Mereka itu adalah orang orang yang bertaubat, beribadah, memuji (ALLAH), mengembara (demi ilmu dan agama) , rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran dan yang memelihara hukum hukum ALLAH. Dan gembirakanlah orang orang yang beriman". (At Taubah, 112)

Orang yang sabar pula adalah mereka yang mengetahui dengan kebenaran ilmu bahawa di setiap ujian ALLAH SWT pasti ada hikmah yang tersembunyi.


" Adakah kamu menyangkan kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi ALLAH orang orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang orang yang sabar". (Ali Imran: 142)

Hidup yang sentiasa disulami kegembiraan dan gelak ketawa, itulah yang wajar dirisaukan kerana takut ALLAH sudah tidak memandang kita, namun, jangan biarkan air mata menjadi pelemah sehingga kurangnya produktiviti sebagai seorang muslim, kerana tugas kita bukan hanya untuk mengira dan menyalahkan takdir.
Terlalu banyak masalah ummah yang perlu difikirkan, melainkan sekadar memikirkan diri sendiri. Jika kita hanya hidup untuk diri sendiri, kehidupan itu tidak akan bermakna tetapi jika kita hidup untuk memberi kepada yang lain perkara yang bermanfaat, itulah saham akhirat kita.

Semoga ALLAH mengajarkan kepadaku sebuah kesabaran  ^_^


"Ya ALLAH, janganlah ENGKAU hukum aku dari apa yang mereka katakan (pujian), ampunilah aku dari dosa (yang mereka tidak ketahui) dan jadikanlah aku lebih baik dari yang mereka sangkakan" (H.R Bukhari)

Wednesday, November 9, 2011

“Nad, she is going to die in a few days…..”

“Anak saya tidak dapat bercakap, mengadu sakit tekak dan susah mau makan minum kerana tekaknya yang sakit tu”, mengadu seorang lelaki kepada salah seorang petugas kesihatan di unit kemalangan dan kecemasan Hospital K (bukan tempat sebenar).

Itu merupakan pertemuan pertamaku dengannya kerana kebetulan aku bertugas di unit tersebut pada hari dan masa tersebut. Perempuan itu masih muda, muda lagi dariku, dan punya raut wajah tipikal wanita Asia. Setelah diperiksa, beliau mengalami dihidrasi (kekurangan air dalam badan) dan jangkitan fungus di tekak dan mulut (oral candidiasis).

Pada hari Isnin berikutnya, daku bertugas di shif pagi dan masih lagi diberi peluang untuk berjumpa dengannya di wad tempatku bertugas. Kesedihan tergambar jelas diraut wajahnya dan kesukaran beliau untuk berkomunikasi menyulitkan doctor untuk memberikan diagnosis yang tepat berkaitan penyakitnya. Beberapa hipotesis awal dibuat namun kesemuanya tidak signifikan. Beberapa ujian makmal dibuat berdasarkan sampel darah yang diambil namun kesemuanya tidak memberikan jawapan yang memuaskan untuk membuat diagnosis yang tepat. Diagnosis yang tepat penting supaya rawatan yang sepatutnya dapat diberikan sebelum keadaan menjadi teruk.

Doktor Cik Chaq (bukan nama sebenar)sangat pening kepala dengan keadaan Miss Jijan(bukan nama sebenar). Jaundis mula kelihatan di kaki dan tangannya, manakala tidak di mukanya. Jangkitan fungus di tekaknya masih tidak berkurangan walaupun antibiotic telah diberikan. Badannya kelihatan lemah dan beliau juga tidak berdaya untuk berjalan ke tandas sendirian.

“ You mesti cakap jujur dengan misi, apa sebab you jadi macam ni. Jangan tipu misi! You ada telan atau minum apa-apa ke sebelum ni?” gertak seorang jururawat kepada Miss Jijan.

Misi Y (bukan nama sebenar) merupakan seorang jururawat pengajar yang berpengalaman berpuluh tahun di unit kritikal. Beliau baru sahaja sampai di wad tersebut dan mendapati sedikit keanehan pada kes Miss Jijan. Setelah digertak beberapa minit, Miss Y melalui pengantara ibunya mengaku menelan satu penutup sejenis racun rumpai pekat yang dinamakan paraquat sebagai jalan akhir atas masalah peribadi yang dialaminya. Ibu dan ayahnya sangat terkejut dengan perkhabaran tersebut dan tidak menyangka anak mereka telah bertindak sejauh itu.

“Nad, she’s going to die in a few days, there is no cure for paraquat poisoning,” bisik rakan setugasku setelah cerita sebenar diketahui. Daku sangat terkejut dan tidak menyangka ajal sebenarnya yang menanti beliau.

Isu Bunuh Diri Di Malaysia
Menurut statistik di Malaysia yang dikeluarkan pada September 2005, kadar peningkatan bunuh diri dianggarkan tujuh orang orang setiap hari serta lebih 2000 kematian setiap tahun. Antara factor penyumbang kepada kejadian bunuh diri antaranya ialah 6 sebab berikut: kemiskinan, kehilangan orang yang disayangi, keretakan perhubungan, penyalahgunaan dadah, kegagalan akademik dan sejarah penyakit fizikal dan mental dalam keluarga. Selain itu, pegangan agama yang lemah juga merupakan pendorong kepada keputusan yang cetek akal seperti isu bunuh diri ini.

Larangan Membunuh Diri Dalam Islam
Terdapat beberapa larangan dari al-Qur�an dan al-Sunnah berkaitan dengan kesalahan ini, di antaranya:
- firman Allah: Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah, 2:195)
- dan firmanNya lagi: Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu (al-Nisa', 4:29).
Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. kita menemui Hadis-hadis berikut:
- baginda bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).
- sabdanya lagi: Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).

Ibrah Dari Kejadian

1. Nyawa adalah milik mutlak Allah.
Tiada sesiapa selain Allah yang boleh menghidupkan dan mematikan. Sebagai manusia yang juga hamba kepada Allah, adalah berdosa besar sekiranya meragut nyawa sendiri akibat kegagalan mengatasi masalah dalam hidup. Manusia tidak diciptakan untuk tujuan yang sia-sia. Manusia dan jin diciptakan untuk beribadah kepada-Nya.
Dalam hidup, ujian datang dan pergi. Itu merupakan sebahagian daripada kitaran hidup manusia. Adalah merugikan bagi keluarga, masyarakat, negara dan agama apabila seseorang individu membunuh diri. Jalan penyelesaian yang diambil ini merupakan manifestasi kepada lemahnya jati diri, pegangan agama dan keberkesanan pendidikan yang diterima oleh seseorang individu. Bagaimana mahu merealisasikan cita-cita besar mentadbir masyarakat dan Negara sekiranya jati diri warganegaranya rapuh, tidak kental?

2. Pengalaman adalah guru yang terbaik.
Bagaimana Misi Y dapat mengenalpasti punca masalah dalam beberapa minit sahaja setelah meneliti kes yang dikemukakan? Ini disebabkan beliau telah beberapa kali berdepan dengan masalah sebegini setelah bertahun-tahun berada dalam perkhidmatan. Apabila berdepan dan merawat pesakit, pengalaman merupakan panduan yang terbaik. Jadi, jangan putus asa sekiranya kita tidak pandai atau cekap dalam membuat sesuatu procedure. Yang penting, jangan berhenti belajar, membaiki dan terus meningkatkan prestasi. InsyaALLAH, kita juga merupakan bakal acuan Miss Y pada masa akan datang (cuma kasut kita tidak berbunyi kuat je).

3. Sediakan bekalan yang cukup sebelum kita dipanggil pulang
Setiap manusia yang hidup tidak tahu bilakah mereka akan dipanggil pulang. Masa kematian menjadi rahsia ALLAH. Bukannya manusia yang menentukan bila mereka patut mati.

Menurut satu kajian yang dibuat di India, kepekatan racun paraquat paling tinggi dijumpai di paru-paru dan akan memuncak setelah 5-7jam selepas diminum. Dalam kajian tersebut, 7 daripada 17 orang yang meminum paraquat dilaporkan ‘survive’ tetapi menderita kesan sampingan daripadanya seumur hidup. Racun paraquat mengakibatkan kerosakan terus kepada lapisan sel di mulut, perut dan usus.Toksin racun paraquat mengakibatkan tindakbalas kimia kepada organ dan sistem dalam badan terutamanya paru-paru, hati dan buah pinggang. Jaundis yang kelihatan adalah berpunca daripada kerosakan hati secara beransur-ansur. Keadaannya beransur-ansur lemah. Beliau hanya bertahan selama seminggu selepas meminum racun tersebut. Al-Fatihah.


Rujukan:
1. MedlinePlus: Paraquat poisoning (http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/001085.htm)

2. Institut Kefahaman Islam Malaysia: Islam tegah perbuatan bunuh diri (http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=954&cmd=resetall)

3. Centers for Disease Control and Prevention: Facts about paraquat (http://www.bt.cdc.gov/agent/paraquat/basics/facts.asp)

4. Indian Journal Of Nephrology: outcome of paraquat poisoning-a five year study (http://medind.nic.in/iav/t03/i2/iavt03i2p64.pdf)

credit to Nadzirah Aslan

Sunday, September 18, 2011

Indahnya menjadi seorang jururawat Muslimah

Soalan saya:

Assalamualaikum ustazah, saya bekerja sebagai seorang jururawat. Tetapi ustazah, apabila saya beritahu pekerjaan saya, ramai yang tidak dapat menerima kerana alasan mereka uniform jururawat yang tidak menutupi syariat dan kerja jururawat yang tidak tentu masa. Soalan saya, adakah pekerjaan jururawat tidak sesuai untuk muslimat yang aktif dalam usrah atau halaqah kerana uniform dan juga kerja tidak tentu masa yang membataskan perjuangan. Semoga ALLAH mengampuni dosa dosa saya, saya tidak berniat untuk riak tetapi kalau di luar waktu kerja saya memakai jubah dan tudung labuh. Mohon pencerahannya



Jawapan Ustazah Fatimah Syarha:

Waalaikumussalam wbt.
Salam sayang buat jururawat ummah yang dihormati.

Pekerjaan jururawat sungguh mulia.
Pekerjaan jururawat sungguh diperlukan.
Berkerja sebagai jururawat suatu ibadah umum yang boleh menuai banyak pahala.
Berkerja sebagai jururawat juga suatu perjuangan.

Saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya meniti hari-hari di hospital tanpa jasa dan pengorbanan seorang jururawat. Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengiktiraf betapa berhajatnya masyarakat kepada tenaga wanita berupa jururawat.

Tanpa jururawat, siapa yang akan menjaga jutaan muslimah di hospital lebih-lebih lagi di wad-wad OnG?

Tanpa jururawat, siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal? Kerja-kerja teknikal ini pula biasanya lebih diteliti diuruskan oleh seorang perempuan.

Tanpa jururawat yang berkesedaran Islam seperti ukhti, siapa yang akan bangkit memperjuangkan pakaian jururawat yang mesra syariah?

Tanpa jururawat berjiwa seperti ukhti, siapa yang akan memimpin usrah dan halaqah untuk para jururawat di sana lebih-lebih lagi yang sangat berhajatkan kefahaman Islam? Islam milik semua.

Semoga Allah memudahkan urusan keluarga semua jururawat di dunia ini yang banyak berjasa mengorbankan masanya demi masyarakat.

Semoga lebih banyak institusi-instusi sokongan keluarga yang akan bangun mengasuh anak-anak dengan lebih efektif agar para jururawat ini dapat terus menabur jasa.

Berkaitan pakaian, suami ana (Dr. Farhan Hadi) pernah mengatakan, dia menemui ramai jururawat yang melonggarkan pakaiannya, melabuhkan sedikit tudungnya dan tiada siapa berani mengambil tindakan apa-apa kepada mereka.

Semoga lebih ramai jururawat hari ini berjiwa berani seperti ini dan jururawat akan datang dapat menemui peluang berpakaian yang lebih baik.

Ukhtiku sayangfillah, rasa mulialah dengan tugas muliamu! Kami semua amat berhajatkan baktimu. Sudah tentu kami lebih bertuah, jika anak kami yang lahir disambut oleh seorang doktor atau jururawat yang jiwanya sangat cinta kepada Islam.:)

Untuk rujukan yang lebih lanjut, boleh rujuk link: Karier wanita dalam fiqih Al Qardhawi


Monologku: Termanggu seketika, tidak tahu hendak berkata apa, terasa ALLAH menghantarkan ustazah untuk melenyapkan kekusutan fikiran. ya ALLAH, sekiranya pekerjaan ini yang terbaik untuk akhirat, agama, tarbiyah dan perjuangan kami, ENGKAU kekalkanlah kami dalam pekerjaan ini, tetapi sekiranya pekerjaan ini menjauhkan kami dari rahmatMU, ENGKAU keluarkanlah kami daripadaNYA. Hanya rahmat dan redhaMU yang kami dambakan, bukan prasangka manusia yang juga hamba di sisiMU. Hanya ENGKAU yang MAHA MENGETAHUI keikhlasan hati kami dalam menegakkan agamaMU. ya ALLAH, jadikanlah diri kami sebagai instrumen dakwah kepada agamaMU jika ENGKAU memilih kami untuk istiqomah di dalam pekerjaan ini. Kuatkanlah hati kami dan teguhkanlah jiwa kami terhadap perjuangan ini. Jadikanlah kami jururawat muslimah yang ditarbiyah di jalanMU =) Allahuma AMeen

Wednesday, August 24, 2011

Kitakah yang bergelar pejuang agama?

Terkesima dan tergamam seketika...
mendapat perkhabaran yang cukup mencucuk sanubari...
ya ALLAH, mengapa untuk ramadhan kali ini, ujian bertimpa timpa didatangkan kepada kami?
Namun, segera hati diubati dengan kalam yang indah:

Ketika ALLAH rindu pada hambaNYA, DIA akan mengirimkan hadiah istimewa melalui malaikat jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadits qudsi ALLAH berfirman: "Pergilah kepada hambaKU, lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya. (HR Thabrani dan Abu Umamah)

ya ALLAH, hilangkan rasa kekecewaan dihatiku ini. Biarpun hal yang sedemikian ini menimpa sahabat baikku namun cukup meninggalkan kesan 'FOBIA' dalam diri ini. Rasanya tidak layak diri ini untuk menjadi 'Pengadil' pada pentas lakonan dunia yang penuh tipu daya. Biar Rakib dan Atid sahaja yang mencatatnya dan ALLAH menjadi 'Ketua Juri' di padang masyar nanti.

Hati ini terpaut dengan artikel yang cukup menarik dari ukhti akhwat medic iaitu Maksiat yang tersembunyi. Sebenarnya diri ini sangat mengkagumi mereka yang sudah berada lama dalam jalan tarbiyah. Apatahlagi yang merupakan produk tarbiyah yang sebenar, bukan produk tarbiyah express seperti diriku. Lahir dalam suasana tarbiyah, keluarga yang penuh tarbiyah, bekerja dalam suasana tarbiyah tetapi mengapa masih ada karat karat jahiliyah yang belum tertanggal?

Pada mulanya, sukar untuk mempercayai situasi sedemikian, malah diriku begitu mengidamkan kehidupan indah dalam suasana beragama yang kuyakini ALLAH pasti akan sentiasa meluruskan hati hati manusia. ya ALLAH, aku bukannya wanita sempurna apatahlagi masa silam sentiasa membelenggu diri dan diri ini sentiasa mendahagakan pengajaran dan ilmu yang berpanjangan. Impianku agar dapat menuntut ilmu dengan tenang kerna aku tahu bahawa diri ini masih belum cukup. Alangkah indahnya jika dapat menghadiri kelas kelas agama dan selepas itu ada orang yang bisa mengajarkan Al Quran sehingga aku boleh menghafaznya.

Namun peristiwa yang berlaku cukup menjadikan diri ini fobia. Teringat kata kata mutiara yang sering ku ungkapkan

'Biarlah tidak dikenali penduduk dunia atas kehebatan ilmu, kepandaian, kepimpinan dan kecerdikan. Cukup nama menjadi sebutan penduduk di langit dan ALLAH mengenal kerana iman dan taqwa.'

Terlalu takut untuk menilai manusia pada ketika ini. Kadang kadang corak pemakaian dan perilaku individu itu tidak memcerminkan peribadi yang sebenar. Mungkin ada yang dilihat seperti ustaz dan ustazah, tetapi tidak menjaga ikhtilat. Ada yang lagaknya seperti wanita solehah, bertudung labuh dan berjubah tetapi masih kurang menjaga adab sebagai wanita sehingga begitu mudah untuk mendekati lawan jenisnya. Mungkin ada yang sentiasa berkopiah, kelihatan zuhud orangnya tetapi masih punya perangai suka mengambil hak orang. Nauzubiilah Min Zalik. Ya ALLAH, jauhkanlah kami dari kehipokritan ini. Kami tidak mahu menjadi indah di pandangan manusia tetapi JELEK pada pandanganMU.

Tidak dinafikan, sejauh mana pun seorang manusia berusaha untuk menjadi sempurna tetapi manusia tetap manusia. Rasulullah SAW sahaja yang maksum. Maka, jika kalian berasa sudah tersasar ke sebelah jalan, maka luruskan kembali stereng pengembaraan hidup anda. ALLAH pasti menunjukkan jalan yang lurus. Diriku meyakini, produk asli tarbiyah pasti punya hati yang sentiasa hidup. Apatahlagi cukup berpengalaman dalam perjuangan. Maka, jangan biarkan NAFSU mengatasi segalanya. Kembalilah mencari naungan kasih sayang ALLAH dengan bermujahadah melawan nafsu.

Soalan demi soalan menerjah kotak fikiran....

Kitakah yang bergelar pejuang agama tetapi
kita masih tidak mampu mengekang hawa nafsu terhadap sesuatu yang bukan milik kita?

Kitakah yang bergelar pejuang agama jika
tidak segan silu melalaikan ibadah kepada ALLAH SWT?

Kitakah yang bergelar pejuang agama sekiranya
berjuang semata mata untuk mendapat pangkat dan nama serta perhatian?

Kitakah yang bergelar pejuang agama namun
masih ber'sms' yang tidak berkenaan dengan yang bukan muhrim atas tiket perjuangan malah sengaja memanjangkan?

Kitakah yang bergelar pejuang agama yang
memakai jubah dan tudung labuh untuk menunjukkan kita bertaqwa
memakai kopiah untuk menunjukkan kita soleh
hanya kepada manusia hina?

Kitakah yang bergelar pejuang agama tetapi
masih tidak mampu menjaga ikhtilat sehingga berlebihan dengan tiket sahabat?

Kitakah yang bergelar pejuang agama namun
masih punya waktu untuk membuang masa sedangkan ummah berkondisi kritikal kini?

Kitakah yang bergelar pejuang agama sekiranya
masih bermalas malasan tentang ukhrawi tetapi bermati matian mengejar duniawi?

Kitakah yang bergelar pejuang agama walhal masih memungkiri janji?

Kitakah yang bergelar pejuang agama tetapi susah untuk mencari ikhlas dalam diri?

ya ALLAH, diriku sangat takut andai aku melakukan perkara sedemikian. Lindungilah diriku ya ALLAH, kekalkanlah diriku dalam hidayah dan petunjukMU. Ku ingin sekali sentiasa menjadi pejuang agamaMU. Tetapi janganlah engkau jadikan diriku PEJUANG AGAMA yang SILAP. Berjuang hanya kerana cinta duniawi sedangkan miskin akhirat.

Tiba tiba terlintas di kotak fikiranku, "patutlah kemenangan terasa begitu jauh, rupa rupanya masalah datang dari diri sendiri". Sebak hati teringat perjuangan Rasulullah SAW, baginda punya batalion tentera pejuang yang hebat. Kehebatan tangkas bermain sahaja itu adalah luarannya sahaja tetapi sumber kehebatan sebenar adalah kekuatan iman dan taqwa. Teringat frasa kegemaranku:

Pilihan Salahuddin Al Ayubi bukanlah yang petah berkata kata, tetapi yang istiqomah tahajudnya. Katanya nak jadi srikandi Hasan Al Banna tetapi ambilnya hanya pada semangat, bukan pada amalannya.



~Musabah diri ini~


Diriku, burung merpati yang kerdil ini, sedang berusaha mencari sangkar yang baru. Mungkinkah akan menyeberangi laut Cina selatan ke tanah semenanjung ataupun sayapku akan berterbangan merentasi benuaMU. Dimana pun sayapku ini KAU titipkan, jadikanlah kehendakMU sebagai kehendakku, berkat ramadhan sekiranya ini yang terbaik untuk akhirat, agama dan tarbiyahku. ^_^ (Teringat lagu leaving on a jet plane yang popular di kampus)

Thursday, August 11, 2011

Bekalan buat daie



Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, ramadhan sudah memasuki minggu yang kedua. Syukur kerana masih diberi peluang untuk terus menghidupkan bulan yang sungguh istimewa. Teringat akan sepotong hadis bahawa:

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'ALLAH berfirman: "Setiap amalan manusia itu untukknya kecuali puasa. Ia untukKU dan AKU yang memberi ganjarannya"'. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagaimana dengan larian kita sempena minggu kedua ramadhan kali ini? Sudah sempurna kah check list yang kita susun sebelum ramadhan? Tarawih tak pernah tinggal, tadarus yang berterusan, zikir penghidup hati dan sebagainya. Alhamdulillah, jika ada yang berjaya menyempurnakan namun buat mereka yang masih belum sempurna, insyaALLAH ramadhan masih berbaki lagi untuk kita. Rebutlah 10 malam yang terakhir untuk mencari keredhaanNYA.

Alhamdulillah, diari ramadhan saya cukup indah. ALLAH beri peluang untuk berusrah dan berukhuwwah bersama sahabat sahabat dan adik adik Nisa Sepanggar. Ya ALLAH, sebenarnya saya cukup berbangga dapat bergandingan dengan calon calon bidadari syurga ini. Mereka adalah generasi pewaris perjuangan ummul mukminin di zaman Rasulullah. Semangat dan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti dakwah dan tarbiyah yang begitu membara di kalangan mereka cukup menghilangkan kerisauan saya. Andai satu hari nanti, ditakdirkan saya berpergian, saya tidak akan risau untuk meninggalkan Nisa Sepanggar kerana saya yakin setiap saat di dunia ini pasti lahirnya seorang pejuang dan pasti akan lebih ramai mujahidah yang akan memperkembangkan dakwah di bumi kelahiran ini =)

Teringat pesanan seorang insan yang saya hormati, sebagai seorang daie kita tidak boleh 'syok sendiri'. Kita harus melatih generasi yang bakal menjadi penyambung perjuangan Rasulullah SAW. Seorang pemimpin yang baik pasti akan melahirkan pemimpin yang baik dan seorang daie yang baik juga pasti akan melahirkan lebih ramai lagi para daie. Bukan untuk berbangga atau menunjuk tapi saya meyakini bahawa diri saya yang kerdil ini adalah produk tarbiyah seorang daie. Saya tidaklah terlalu sempurna malah masih banyak lompang lompang yang perlu saya perbaiki. Cuma segala yang diajarkan dan diperturunkan kepada saya InsyaALLAH akan saya kongsikan bersama sahabat sahabat sekalian. Apa yang saya inginkan agar kita bergerak bukan kerana manusia tetapi kerana ALLAH. Saya yakin sahabat sahabat dan adik adik MAMPU melakukannya biarpun tanpa kehadiran saya =)

InsyaALLAH, selagi ALLAH izinkan saya berada di sini, saya pasti akan terus berkhidmat untuk semua kecuali jika ada kekangan yang tidak dapat dielakkan. Hati saya sentiasa bersama dengan jamaah dan saya beriltizam bahawa di suku bumi mana pun ALLAH meletakkan saya, saya pasti tidak akan meninggalkan jalan juang yang cukup indah ini. Di sini ingin saya kongsikan empat perkara yang menjadi bekalan buat seorang daie.

1) Ilmu

Jadilah seorang daie yang berilmu. Ilmu adalah kunci utama untuk memikat hati para mad'u. Setiap yang kita lakukan pasti diasakan dengan ilmu. Bermula dari ilmu penampilan diri untuk memikat mad'u, ilmu memasak, ilmu memikat hati sehinggalah kepada ilmu sirah dan sebagainya. Rangkumkan segalanya untuk memperkuatkan usaha dakwah.

2) Ibadah

Mengapa saya letakkan ibadah di tangga yang kedua? Ibadah tanpa ilmu adalah sia sia tetapi ilmu dan ibadah yang seiringan pasti akan berjaya. Ibadah yang mantap adalah keperluan buat seorang daie untuk menjaga hubungan dengan ALLAH SWT. Seorang daie tidak akan berjaya kecuali dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT. Maka, perbaiki hubungan mu dengan ALLAH SWT nescaya ALLAH pasti akan memperbaiki hubungan mu sesama manusia

3) Amal

Jangan jadi seorang yang cakap tak serupa bikin. Action speaks louder than words. Setiap amalan perlu dijaga. Aduh, memang susah untuk menjadi sempurna tetapi mujahadah adalah teman yang paling indah untuk mendapatkan tahapan itu.

4) Akhlak

Akhlak = Ilmu + ibadah + Amal. Untuk mejadi seorang daie, kita harus bersedia untuk menjadi qudwah. Sedangkan akhlak Rasulullah sendiri digambarkan seperti Al Quran dan ramai sahabat sahabat yang memilih ISLAM kerana terpaut dengan akhlak Rasulullah SAW.


Alhamdulillah, sedikit perkongsian ringkas dari diri saya yang kerdil ini. Namun, saya berharap agar formula ini dapat ditanamkan dalam diri setiap daie. Jangan sekali berhenti menjadi penyeru kerana jalan menuju ALLAH sentiasa terbuka untuk hamba hambaNYA.

Sedikit perkongsian dari sebuah buku yang berjudul ' Matahari' tulisan pengarang yang saya hormati iaitu Saudara Hilal Asyraf iaitu seorang daie ibarat matahari. Cahayanya akan terus memancar biarpun di malam yang kelam. Matahari tidak akan pernah berhenti membakar sehinggalah ALLAH takdirkan dia menamatkan tugasnya. Begitulah juga seorang daie, teruskan membakar api perjuangan dan menjadi cahaya buat para mad'u kerana janji ALLAH itu pasti.


ya ALLAH jadikanlah kehendakMU sebagai kehendakku
Aku ini milikmu dan ku berserah atas segala ketentuanMU. Awan yang mendung pasti berarak kerana matahari pasti muncul kembali. Letakkan segala harapan pada ALLAH SWT bukan pada manusia biasa kerana dengan ALLAH kita pasti berasa cukup, InsyaALLAH =)

Monday, August 1, 2011

Facebook Tarbiyah



Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah, sejuta kesyukuran kerana saya masih berpeluang merasai kemanisan tarbiyah ramadhan. Ya ALLAH, saya ingin menjadikan ramadhan ini ramadhan yang terbaik buat saya. Kenangan ramadhan yang lalu sentiasa tersemat di hati saya tatkala mengimbau kembali suasana saya ditarbiyah. Dengak keberkatan bulan ramadhan dua tahun yang lalu juga saya mula belajar membaca Al Quran dan akhirnya pada ramadhan kali ini saya menunggu untuk mengkhatamkannya buat sekian kalinya. Itu adalah nikmat terbesar dalam hidup saya.

Saya berharap ramadhan kali ini dimanfaatkan sebaiknya untuk menopup mana yang kurang dan tidak sempurna. Cuma ketika ini, ada hal yang menggusarkan pemikiran saya. Seringkali facebook dikatakan bisa dijadikan medan dakwah dan tarbiyah yang luas. MasyaALLAH, inilah hebatnya kurnian ALLAH, setiap perkara pasti ada manfaatnya

Namun, saya gusar sekiranya diri saya yang mengaku ditarbiyah dan juga sahabat sahabat seperjuangan telah terhijab dari menjaga adab adab tarbiyah di dalam facebook.Kadang kadang, kita sendiri tidak akan perasan perlakuan kita sehingga ada yang menegur. Jadi, sebagai seorang yang mengaku pejuang agama, sudah pasti akan berlembut hati untuk menerima teguran yang berhikmah bukan? =)

Pernah saya menuliskan pada status saya bahawa 'MENJAGA IKHTILAT ADALAH CARA MEMBEZAKAN GERAK KERJA MEREKA YANG DITARBIYAH DAN TIDAK DITARBIYAH. Saya mengajar diri saya untuk menanamkan sifat tersebut juga dalam facebook saya. Cuma perlu diubah sedikit iaitu ISI KANDUNGAN FACEBOOK MEMBEZAKAN MEREKA YANG DITARBIYAH DAN TIDAK DITARBIYAH.

Saya bukanlah seorang yang syadid sehingga menyatakan bahawa tidak boleh bergurau atau bermain di dalam facebook tetapi kadang kadang kita sebagai manusia juga alpa sehingga tidak menjaga adab adab tarbiyah sebagai seorang daie. Cuba lihat facebook kita, mungkin ada komen komen kita yang terkeluar sedikit dari landasan namun sekiranya kekerapan begini berulang takut akan menimbulkan kesakitan di hati manusia manusia yang sakit. Kita memang tidak sakit tetapi harus di INGAT bahawa kita adalah insan yang ditarbiyah, dan jangan sekali kali kerana kelalaian kita menjaga adab menyebabkan kita terjerumus pada fitnah dunia.

Facebook tetap facebook. Saya tidak mahu membicarakan soal boikot atau tidak boikot. Cuma harapan saya, sebagai seorang daie, kita punya LOCENG KESEDARAN. Sekiranya kita berasakan kita sudah terlebih dari sasaran, maka insyaALLAH jadikanlah ramadhan sebagai u turn ke jalan yang lurus. Tidak ada salahnya komen mengomen dalam facebook cuma berhati hati terhadap FITNAH dunia dan PERSEPSI manusia. Biar ALLAH mengetahui niat di hati kita tetapi REPUTASI sebagai seorang DAIE harus dijaga apatahlagi tika berdepan dengan mad'u.

Saya juga mempunya facebook, saya juga berkomen melalui facebook. Tulisan ini saya tujukan terutama buat diri saya kerana saya mempercayai wasiat Imam HASAN AL BANNA, tegakkan ISLAM dalam dirimu, pasti ISLAM akan tertegak di sekelilingmu. Kalian juga masih boleh menggunakan facebook, membalas komen, meletakkan gambar dan sebagainya tetapi jangan pernah sekali lupa iaitu jadikan facebook anda sebagai FACEBOOK TARBIYAH. Insan yang ditarbiyah pasti bijak menilai sejauh mana tindakannya .... InsyaALLAH


Mari berdoa agar menjadi bidadari di syurgaNYA AMEEN ^_^. InsyaALLAH doa akan dimakbulkan pada bulan yang mulia ini

Monday, July 11, 2011

Adakah saya akan didakwa???



Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, diberi ruang untuk sedikit waktu kerehatan apabila bakal bercuti panjang minggu ini. Sebenarnya waktu cuti ini diperuntukkan untuk bermukim bersama sama Guru Pasti Kawasan Sepanggar sempena kem Tautan Hati guru PASTI untuk tahun ini. Namun, perancangan ALLAH yang terbaik buat hambaNYA. Kem tersebut ditangguhkan sehingga selepas bulan syawal, InsyaALLAH

Alhamdulillah, penggantungan kepada ALLAH SWT adalah yang terbaik. Biarpun ruang gerak kerja sedikit terhad, namun sebagai seorang daie yang bijak, insyaALLAH akan sedaya upaya mencari ruang menyebarkan fikrah ISLAM. Peluang untuk menghadiri usrah bersama muslimat Sepanggar juga merupakan nikmat yang amat disyukuri oleh diri saya yang kerdil ini kerana kurangnya peluang untuk menghadiri program jemaah. Saya meyakini janji ALLAH SWT bahawa setiap yang berlaku pasti tersembunyi hikmah dari NYA yang MAHA BIJAKSANA. Saya meyakini bahawa terhadnya peluang itu pasti akan digantikan olehNYA untuk bersama JEMAAHNYA di Syurga nanti.

Isu yang hangat baru baru ini adalah berkenaan PERHIMPUNAN BERSIH. Sering saya bertanya di dalam hati, mengapakah ada sesetengah pihak yang kelihatan begitu FOBIA dengan perhimpunan ini. Apakah salahnya sekumpulan manusia yang berkumpul untuk menyuarakan suara mereka demi keadilan? Mereka tidak pernah sekalipun mengangkat senjata ataupun mengancam keselamatan ummah. Sebaliknya mereka bersatu untuk menunjukkan BULATNYA suara hati mereka.

'Kami merasakan hal ini perlu dibawa pada dialog atau perbincangan, bukannya perhimpunan'

Terdengar suara suara pihak yang mencadangkan agar perhimpunan ini ditukar menjadi sesi dialog. Namun bagi saya, perhimpunan ini adalah hasil daripada SUARA yang tidak didengari. Sekiranya mereka benar benar mahu memberi peluang untuk MENDENGAR, pasti mereka sudah melakukannya sebelum ini. Perhimpunan ini sebagai bukti bahawa, keadilan dan kezaliman tidak akan pernah duduk tersembunyi. Keadilan pasti ditegakkan dan kezaliman pasti hancur.

Melalui pemerhatian saya juga, kebanyakkan mereka yang tidak menyetujui PERHIMPUNAN ini adalah mereka yang kurang terdedah dengan isu semasa. Sumber maklumat hanya diperolehi dari satu pihak sahaja. Mereka juga lebih suka untuk berada di 'zon selesa' dan TAKUT keselasaan itu tercalar dan mereka tidak dapat menikmati hidup. Teringat saya akan pesan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud

Rasulullah SAW bersabda:
Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh sebagaimana semut mengerumuni makanan.

Sahabat sahabat bertanya:
Apakah ketika itu kami sedikit ya Rasulullah??

Rasulullah SAW menjawab:
Tidak, bahkan kamu ramai tetapi hanya seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn.

Sahabat sahabat bertanya lagi:

Apakah penyakit wahn itu , ya Rasulullah?

Rasulullah SAW menjawab: Penyakit cinta dunia..

Saya berasa gembira buat mereka yang ditangkap kerana perhimpunan BERSIH. Sekurang kurangnya mereka punya jawapan ketika ditanya oleh ALLAH SWT di akhirat kelak. Mereka sudah menjadi saksi satu revolusi kebangkitan ummah dan penangkapan itu akan menjadi saksi mereka kelak.

Tetapi bagaimana dengan diri saya? Apakah jawapan yang bisa saya lontarkan tika berhadapan MAHKAMAH AKHIRAT?

Adakah saya akan didakwa di MAHKAMAH AKHIRAT kerana berdiam diri atas penipuan yang berleluasa??

Adakah saya akan didakwa di MAHKAMAH AKHIRAT kerana membenarkan fitnah yang tidak munasabah??

Adakah saya akan didakwa di MAHKAMAH AKHIRAT kerana tidak membantu saudara saya yang berjuang kerana ALLAH menentang kezaliman??

Siapakah yang akan menjadi peguam, saksi atau pembela saya??

Kalian pula bagaimana....


Wednesday, April 6, 2011

Penghijrahan itu





Teringat suatu perbualan bersama seorang rakan pelajar non muslim ketika masih bergelar seorang 'student nurse'. Ketika itu, kami berdua bertugas
pada waktu petang dan diberikan sedikit masa rehat setelah selesai menyediakan ubat untuk para pesakit. Rakan non muslim ini juga merupakan seorang yang aktif dalam agamanya.

"Asiah, masa kamu berubah dulu, saya amat meyakini bahawa perubahan kamu sekejap saja dan sekadar main main. Saya tak sangka kamu akan bertahan selama ini. What make you change DRASTICALLY?"

Terasa makanan yang masuk ke dalam organ penghadaman saya ingin keluar begitu sahaja apabila ditanyakan soalan sedemikian. Saya tidak menyangka bahawa dia mengikuti perkembangan diri saya dan saya juga tidak menyangka dia berminat untuk mengetahui apa dan kenapa saya melakukan penghijrahan dalam diri saya. Terus terang saya katakan bahawa sebelum ini saya belum cukup kuat untuk berhadapan dengan dia. Apatahlagi dia seorang yang sangat kuat berpegang kepada agamanya. Dalam hati saya berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi kelancaran lidah untuk mengatur bicara. Sengaja juga saya meng'highlight'kan perkataan drastic. Saya tidak tahu bahagian mana diri saya berubah secara drastik. Bagi saya, perubahan saya adalah perubahan biasa. Penghijrahan seorang manusia yang jahil kembali mencari jalan kebenaran. Sudah menjadi lumrah buat kita seorang manusia untuk mencari kebaikan. Fitrah semula jadi yang tidak dapat dinafikan. Malah hal ini diperkuatkan lagi dengan Firman ALLAH dalam surah As Syams ayat 8 hingga 10:

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang orang menyucikan (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"


Ayat ini juga merupakan ayat Al Quran pertama yang diberikan oleh seorang adik junior yang ketika itu berusaha mentarbiyah diri saya. Malah ayat ini begitu sebati dengan kehidupan saya sehingga kini apatahlagi berhadapan dengan godaan nafsu yang melemahkan langkah perjuangan saya.

"Shu mei, Alhamdulillah, ALLAH SWT memilih saya untuk mencari cintaNYA. Selama ini saya selalu mencari kesempurnaan dalam hidup tetapi saya tidak pernah puas. Saya tidak tahu apa lagi yang saya ingin cari. Hati saya terasa kosong. Ada sesuatu kekurangan yang tidak dapat saya isi. Setelah sekian lama, akhirnya saya mengerti bahawa kekosongan itu dapat diisi dengan rahmat dan limpahan kasih sayang merasai hidayah dan taufiq dariNYA"

" I thought your chance because of human. Sometimes I cannot believe that you can wear like this. I feel like Im dreaming or what..."

" Shu mei, percayalah, ini adalah diri saya. Asiah Yusro. Saya masih Asiah Yusro yang sama, rakan rakan kamu semua. Cumanya cara saya berpakaian ini adalah saya mengikuti perintah wajib dalam agama kami".

"Tidakkah kamu berasa rugi? Kecantikan kamu terhalang. Adakah ISLAM tidak menghargai wanita wanitanya dengan menghalang mereka untuk kelihatan cantik?"

"Segala puji untuk ALLAH SWT. Alhamdulillah, betapa beruntungnya kami sebagai wanita ISLAM. ALLAH swt sangat menghargai wanita. Maka dengan itu, wanita yang indah itu dilindungi maruah dan harga diri. Sekiranya kita menyayangi sesuatu contohnya buku kesayangan kita, kita pasti akan membalut buku itu sebaik baiknya dan menyimpannya secara rapi. Begitu juga dengan makanan yang dimasak, kita pasti melindungi makanan tersebut daripada tercemar. Begitulah caranya wanita ISLAM dilindungi. Wanita ISLAM percaya bahawa kecantikan hakiki adalah apabila taat pada perintah kepada ALLAH SWT, dan jika benar seseorang itu taat pada agama, dia juga akan menilai kecantikan berdasarkan agama."

Dalam hati saya sebenarnya sudah bersedia dengan jawapan kerana saya amat meyakini bahawa Shu Mei pasti bertanya saya berkaitan pemakaian wanita ISLAM. Inilah mungkin yang dikatakan drastik oleh Shu Mei apabila saya mengubah cara berpakaian saya. Apatahlagi kegusaran Shu Mei yang mengatakan bahawa ISLAM menghalang wanita untuk kelihatan cantik. Teringat saya tentang satu hadith yang cukup indah:


ALLAH itu indah dan sukakan keindahan. (Sahih Muslim 131)

Islam tidak pernah melarang seseorang wanita itu untuk kelihatan cantik malahan lebih bertuah dan beruntung wanita ISLAM yang kelihatan cantik itu mendapat ganjaran pahala dari ALLAH SWT. Namun, AWAS, takut apabila terlalu obses cantik, mendapat kemurkaan dari ALLAH SWT pula. Maka, hijabkanlah kecantikanmu buat mereka yang berhak =)

"I want to know more about ISLAM but I dont know. One more question, why ada certain muslim yang sembahyang dan ada yang tak sembahyang. Ada yang pakai tudung dan ada yang tak pakai tudung. Macam kami, kami boleh sembahyang bila bila masa, tapi muslim macam ada certain time yang perlu sembahyang."

"Sesungguhnya segala suruhan agama itu MESTI dilakukan.TIDAK ada alasan untuk tidak melakukan suruhan agama. Tetapi ingatlah tidak semua manusia itu sempurna. Pilihan terletak di tangan kita sama ada untuk melakukan kebaikan atau meninggalkannya. Agama TIDAK BOLEH SEKALI KALI disalahkan apabila berlakunya kejahatan dalam diri seseorang kerana individu itu sendiri yang melakukan kejahatan itu." (Perkataan yang dihuruf besarkan menandakan saya menekankan dan menegaskan suara saya.)

"So, orang yang tak sembahyang dan tak pakai tudung jahat?" katanya selamba.

Tersentap saya mendengar pernyataan sedemikian. Siapalah kita manusia untuk menilai buruk baik seseorang. Tugas kita yang paling utama adalah untuk memberi peringatan. Kita juga manusia biasa. Adakah sehingga akhir hayat kita, kita masih mendapat limpahan dan hidayah taufiq dariNYA? Teringat sebuah hadith yang cukup dipegang diri ini iaitu hadith ke 4 dalam hadith Arbain Imam Nawawi bahawa:

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah yang jujur dan dipercayai ucapannya memberitahu kami, ' Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaanya dalam rahim ibunya selama empat puluh hari berupa nuftah (sperma) kemudian menjadi alaqah (segumpal darah yang menggantung) selama waktu itu juga menjadi mudghah (segumpal daging) selama waktu itu pula, kemudian diutuslah malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan menyampaikan empat perkara iaitu: menulis rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan akan menjadi orang sengsara atau bahagia. Demi ALLAH yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selainNYA, sesungguhnya ada seorang di antara kamu yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni syurga, hingga jarak keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan (ALLAH) mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni neraka sehingga masuk ke dalamnya, dan sesungguhnya ada seseorang di antara kamu yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni neraka, hingga jarak keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan (ALLAH) mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni syurga sehingga masuk ke dalamnya. (HR. Bukhari dan Muslim)

Apabila berasa diri sudah melakukan amalan kebaikan, sebaiknya segera dilupakan. Takut kerana kesombongan kita, ALLAH menhantar kita menghuni nerakaNYA, nauzubillah. Seharusnya kita merasa tidak cukup dengan amalan yang dilakukan kerana kita tidak tahu di tahap mana penerimaan amalan kita. Malah, hidayah dan taufiq adalah milik ALLAH SWT, dalam sekelip mata apabila ALLAH sudah memegang hati seseorang itu, dia pasti boleh berubah ke arah kebaikan. Maka jawapan yang saya berikan untuk Shu Mei;

"Kita hanya manusia biasa. Dalam ISLAM sendiri, kami di ajar untuk tidak terus melabel seseorang itu jahat atau baik. Kami percaya ALLAH SWT sahaja yang berhak menentukannya dan kami yakin seseorang itu pasti boleh berubaha kerana kebaikan jika sentiasa dekat dengan ALLAH SWT. Cuma, apa yang saya ingin tegaskan di sini, YANG BAIK ITU, pasti BERSOLAT dan BERTUDUNG kerana yang baik itu pasti berusaha untuk mengikut perintah ALLAH, wallahualam."

Perbualan kami terhenti tatkala kami masa untuk rehat telah tamat. Kami perlu meneruskan kerja kerja di hospital. Namun, perbualan petang itu cukup melekat di kotak pemikiran saya biarpun sudah setahun berlalu dan kini saya sudah bergelar staff nurse. Alhamdulillah, ALLAH beri kekuatan untuk saya menyusun butir butir bicara pada bidadari kesayangan saya ini. Seperti yang saya katakan pada entri sebelum ini, seolah olah diri saya ini sudah tidak mampu memberi. Hati saya bermonolog sendiri bahawa mungkin diri aku ini tidak punya apa apa sehingga tidak dapat memberi. Mungkin juga hati saya ini dipenuhi maksiat yang menghijabkan diri saya dari terus menyampaikan. Sesungguhnya bertaubat saya kepada ALLAH SWT atas segala kelalaian dan kekhilafan diri saya. Semoga saya sentiasa kekal dalam pemeliharaan ALLAH dan semoga diri ini sentiasa bermuhasabah diri. Teringat pesanan yang sering saya titipkan buat anak anak usrah dan sahabat sahabat saya bahawa sekiranya seruan kita itu tidak dapat diterima, maka muhasabahlah diri kita, mungkin ada dosa dosa kita sebelum ini yang BELUM DISUCIKAN. Dan kini, kata kata tersebut sewajarnya saya tujukan buat diri saya sendiri....


Wallahualam
Hanya hati yang suci dapat menyucikan hati hati yang lain......

‎"Ya Allah, jika mati adalah terbaik buat diriku, maka matikan laa aku dalam keimanan terhadapMu..Jika hidup adalah terbaik buat diriku, maka hidupkan la aku dalam penuh rasa kehambaan kepadaMu.."

Asiah Yusro

Sunday, March 20, 2011

Kerna Hati bicara.....


Bismillahiramanirahim


Alhamdulillah, syukur segala kurniaan ALLAH SWT. Rahmat dan kasih sayangNYA tidak pernah putus putus buat kita, hambaNYA yang terlalu kerdil dan lemah. Hanya kepada ALLAH tempat penggantungan dan pengharapan. Tatkala diri dilanda kesempitan dan kesedihan, hanya kalam suci dari ALLAH SWT sebagai pengubatnya. Moga diri ini sentiasa berlapang dada dalam menempuh badai dan ombak sepanjang perjalanan kehidupan.

'Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan' (94: 5 & 6)
Hati saya dilanda seribu kegusaran apabila melihat 'bidadari' kesayangan saya ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan buat insan insan istimewa yang sudi singgah dan meninggalkan sedikit pesanan pada 'bidadari' saya ini. Saya begitu gusar jika kalian tidak mendapat apa apa sepanjang persinggahan kalian bersama 'bidadari' ini. Berterus terang saya mengatakan bahawa saya ini bukanlah insan yang hebat untuk menulis. Tulisan saya hanya sekadar perkongsian pengalaman dan nukilan hati yang diilhamkan ALLAH SWT. Saya tidak pandai menulis sesuatu artikel ilmiah atau agama berserta dalil dan fakta sekali. Ilmu yang berkumpul di dada ini terlalu sedikit. Saya juga tidak pandai menulis dengan gaya bahasa puitis dan indah. Cukup sekadar tulisan saya adalah cetusan rasa yang lahir dalam diri ini.

Hanya hati yang suci mampu menyucikan hati hati yang lain

Ya, mungkin hati ini belum benar benar suci untuk menghasilkan tulisan yang benar benar padat dan berisi cuma harapan saya setiap buah fikiran yang terhasil pada 'bidadari' saya ini bisa membawa hati hati kembali mengingati pemilik yang hakiki iaitu ALLAH SWT. Saya hanyalah seorang insan biasa yang bernama Asiah Yusro. Tidak ada apa apa yang istimewa. Alhamdulillah, saya masih bisa berjalan di muka bumi dengan dua kaki kurniaan ALLAH, saya masih boleh melihat dunia yang penuh tipu daya dengan mata yang saya harapkan dihijabkan ALLAH SWT daripada melihat sesuatu yang mungkar dan saya juga masih bisa mendengar kicauan burung yang indah sebagai tanda kekuasaan ALLAH SWT dengan telinga ini. Malah saya masih punya lidah yang membantu saya berbicara namun saya cukup takut andai organ yang tidak bertulang ini hanya pandai menuturkan bait bait indah dalam bicara namun tidak bisa melaksanakannya.

Kehadiran 'bidadari' saya ini cukup membuatkan saya bersyukur kepada ALLAH SWT. Bidadari ini ibarat 'open diary' dalam kanvas kehidupan saya. Setiap lakaran yang dilukiskan dalam kehidupan saya dikongsikan bersama bidadari ini. Saya tidak berasakan bahawa saya ini seorang penulis kerana diri ini terasa tidak layak mendapat 'mandat' sedemikian. Saya lebih menyukai kesantaian pada setiap entri yang terhasil kerana saya cukup takut apa yang ingin disampaikan berbeza dengan pemahaman mereka yang membacanya. Dengan penuh rasa kesyukuran, ingin saya kongsikan perjalanan yang cukup indah, Lawatan Kasih Nisa Sepanggar ke Hospital Likas pada 20 Mac 2011 pada 'bidadari' kesayangan saya ini. ;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lawatan Kasih Nisa Sepanggar dan Yayasan AMAL 2011

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Bibir tidak henti henti mengucap syukur kepada ALLAH SWT atas peluang dan rezeki yang diberikan untuk bertemu insan insan istimewa ini. Pada mulanya, sesi lawatan ini hanya satu impian buat ahli Nisa Sepanggar. Apatahlagi usia Nisa Sepanggar yang baru setahun jagung. Namun, kita hanyalah manusia biasa yang merancang dan ALLAH sahajalah penentu segalanya. Lawatan Kasih ke wad perubatan kanak kanak berjaya direalisasikan dengan izinNYA. Biarpun secara 'adhoc' menjadi bidan terjun dalam menguruskan program ini namun kemudahan diberikan oleh ALLAH SWT. InshaALLAH, Nisa Sepanggar akan meneruskan aktiviti aktiviti kemasyarakatan sebagai tanda saling menyayangi kerana ALLAH SWT.


Kanak kanak dan ibu bapa ini adalah insan pilihan ALLAH SWT. Bukankah ALLAH SWT telah menitipkan pesanan bahawa:

"Adakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang orang yang benar dan pasti mengetahui orang orang yang dusta". (29: 2& 3)
Ujian kesakitan, kesusahan, bencana dan sebagainya adalah penilaian buat hamba hambaNYA. Malah, ALLAH SWT Maha Mengetahui kemampuan hamba hambaNYA. Maka, bersyukurlah dengan ujian dari ALLAH SWT. Sesungguhnya lawatan ini menimbulkan berjuta rasa keinsafan dan kesyukuran dalam diri kerana biarpun diri ini juga pernah diuji dengan kesakitan namun kesakitan itu masih bisa ditanggung sedangkan masih ada insan insan lain yang menerima ujian lebih hebat daripada ALLAH SWT.

“Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Apabila mendapat kelapangan, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan bila ditimpa kesempitan, maka dia bersabar, dan itu kebaikan baginya.” (Riwayat Muslim)

Dari Sa’id bin Abi Waqqash RA , dia berkata: “Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cubaannya?” Beliau menjawab: “Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cubaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cubaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya.” (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimy dan Ahmad)


“Tidaklah seorang Mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih hingga kekhuatiran yang mengusiknya, melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang ibu yang begitu tegar menjaga anak di hospital... ana sayang ummi!


Si kecil yang punya ruh perjuangan tinggi melawan kesakitan


Anak kecil yang begitu bijak, mudah menjawab soalan yang diberikan, inshaALLAH membesar menjadi yang soleh


Anak bongsu ... Asiah Yusro Junior :D



Wajah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH =)



Si comel Ulfah, bakal pewaris perjuangan ummi dan Abi =)


Monologku: Diri ini bukanlah Asiah di zaman Firaun dan Musa, tetapi jadikanlah diriku Asiah yang mantap akidahnya di zaman pancaroba kini.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...