Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Showing posts with label ~ cintaku~. Show all posts
Showing posts with label ~ cintaku~. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

4 tahun setelah aku berhijab

Bismillahirahmanirahim


SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuakhbar

Untuk kesekian kalinya bibir ku mengucap kesyukuran kepada ALLAH swt. Sungguh ALLAH begitu menjaga hati dan peribadiku. Tempoh empat tahu ini mungkin tidak terlalu lama untuk sesetengah orang. Namun buat diriku yang kerdil ini, empat tahun ini merupakan detik yang berharga dalam hidupku. Aku yang bernama Yusra, seakan dihidupkan semula dari mimpi mimpi yang kelam. 

Hijab, sukar sekali ku gambarkan perasan ketika mulanya waktu aku bercinta denganmu. Sebelum ini, aku tidak mengenalimu. Aku membiarkan mu, tidak memandangmu dan namamu tidak pernah ada dalam kamus hidupku. Sehingga aku berjumpa dengan firman ALLAH swt dalam surah An Nur ayat 31, ketika itu aku mengerti, aku perlu bercinta denganmu. 

Tempoh untuk mengenali mu sehingga membuatkan aku membuat keputusan untuk mengenakan hijab adalah merupakan waktu yang boleh dikatakan paling kritikal. Hidup untuk membuat dua pilihan. Sama ada untuk terus hidup dalam kancah jahiliyah atau berhijrah, berhijab dan mendekati ALLAH. Pelbagai persoalan mengganggu mindaku, adakah benar aku berhijab kerana ALLAH? Ataupun aku berhijab kerana sekadar ikut ikutan. Bagaimana persepsi insan lain terhadapku? Dari seorang gadis yang sedikit sosial, berubah untuk mengenakan hijab, dapatkah mereka menerimaku? Dapatkah aku bertahan dengan hijabku? Kerana aku sendiri tidak cukup ilmu agama. Membaca Al Quran pun sedikit merangkak.

ALLAH, itulah waktu yang paling sukar dalam hidupku. Hatiku terlalu kuat untuk berhijab tetapi bagaimana aku dapat menepis pemikiran pemikiran negatif yang menjengah mindaku? Aku membuka almariku, sungguh sedikit pakaian yang sesuai untuk berhijab. Aku beristighfar dalam hati, diriku sebenarnya sudah terlalu jauh. Aku lupa untuk menghargai bahawa aku seorang muslimah. Maka, bermula saat itu, aku berkeputusan, aku tekad untuk berhijab. Aku yakin ALLAH sedang memanggilku. ALLAH sedang menyayangiku dan ALLAH sedang melindungiku. Terima kasih ya ALLAH!

Itulah kisah empat tahun yang sudah berlalu

Alhamdulillah, setelah empat tahun yang berlalu, aku masih di sini. Dan aku masih setia dengan hijab. Aku melalui hidup yang normal setelah berhijab. Aku masih bernafas dan tiada perkara yang pelik berlaku dalam hidupku. Malahan, aku mendapat lebih banyak sahabat sahabat yang baik untuk membimbingku. Aku berasa tenang dikelilingi insan insan yang soleh. 

Tidak aku nafikan, pelbagai cabaran yang aku hadapi setelah aku berhijab. Bermula aku diuji ALLAH dengan penyakit kulit yang terkena pada wajahku selain itu juga dengan keluargaku yang sedikit terkejut dengan perubahanku. Malah, tahun demi tahun, lebih banyak cabaran yang aku hadapi. Kegagalan, kesedihan, kekecewaan, ketakutan sehingga aku berasa aku ingin berhenti melangkah. Aku ingin menoleh kembali kepada kehidupan yang silam. Namun, ALLAH jugalah yang menjagaku. Segala yang aku hadapi insyaALLAH menjadikan aku lebih mengenal kehidupan. Aku tidak boleh menjadi Yusra yang hidup senang lenang kerana dunia adalah ladang ujian untuk mereka yang beriman. 

Sehingga kini aku masih belajar membaca Al Quran. Aku tahu mungkin istilah terlambat sesuai untuk diriku. Tetapi aku tahu, ALLAH tidak menjadikan semua ini sia sia. Biarlah aku membaca merangkak, biarlah aku tidak tahu kerana itu membuatkan aku lebih semangat untuk belajar. Aku ingin memohon maaf kerana aku sering membawa kesengsaraan kepada insan lain sehingga menyusahkan kehidupan dan perjuangan insan lain. Sesungguhnya aku sedang belajar untuk menjadi lebih baik dan bergantung pada ALLAH.

Aku kini sering dijemput oleh adik adik untuk memberi pengisian slot tazkirah dan sebagainya. Terima kasih ya ALLAH, aku menyatakan di sini bukan untuk riak tetapi aku ingin berkongsi kasih sayang ALLAH. Aku bersetuju untuk berkongsi kerana  ingin adik adik muslimah menghargai masa muda mereka, untuk belajar menjadi muslimah yang mencintai ALLAH. Aku sebenarnya berasa tidak layak apatahlagi untuk dikaitkan dengan perkataan dakwah kerana masa silam ku menghantuiku namun aku ingin menebus segala yang aku tinggalkan di sisi ALLAH suatu ketika dulu.

Alhamdulillah, aku masih lagi hidup. Aku bersyukur kerana aku menjadi seorang jururawat. Aku juga bersyukur kerana aku masih lagi kekal dalam usrah dan tarbiyah. Jujurnya, masih banyak yang aku tidak faham tentang perjuangan ini namun aku tahu bahawa aku yang memerlukan jalan dakwah ini. Jalan dakwah ini tidak memerlukan insan kerdil seperti aku, tetapi melalui jalan dakwah ini aku dilatih untuk menjadi muslimah yang sabar dan syukur. 



Ku titipkan lagu Hijab I'm in love persembahan Oki Setiana dan Shindy. Sesungguhnya aku dan Oki mempunyai kisah yang sama, iaitu kami telah jatuh cinta dengan hijab.

Buat sahabat sahabat dan adik adik muslimah, sekiranya ALLAH memberi 'signal' ke hatimu untuk berhijab maka sahutlah panggilan itu kerana InsyaALLAH ALLAH sedang menyayangimu. ALLAH ingin sekali kamu menjadi muslimah yang dikasihiNya. Jangan sia siakan. Sekiranya ada perasaan takut untuk berhijrah, carilah sahabat sahabat yang boleh membimbing, sertailah usrah dan program program bermanfaat yang bisa menambah kecintaan kepada ALLAH.

Hijab Im in Love
ketika mengenalmu, hati selalu bertanya

sudah siapkah aku
akhirnya ku mengerti, ku telah jatuh hati
dan menghijabkan diri


indahnya.. oh teduhnya.. cantikkan hatiku
reff:

hijab.. hijab.. i’m in love
kau menjaga hati dan diriku
hijab.. hijab.. i’m in love
ku tentram bersamamu


semenjak bersamamu, kau hiasi hariku

ceriakan selalu
takkan ku lepas lagi, karena kau tlah menjadi
bagian dari hidupku


bridge:

mereka slalu berkata
‘tuk menunda dirimu
karena ingin menghijabkan hatinya dulu
namun sampai kapankah
semua akan berubah
karena hati manusia tempat khilaf dan salah


Aku jatuh cinta dengan hijab
Nadrah Yusra

Sunday, December 23, 2012

Diari seorang jururawat : Ini kerja dakwah!

Bismillahirahmanirahim

Maaf, sudah lama saya tidak menulis. Sebenarnya saya sedang mengumpul kekuatan untuk menulis kembali. Saya tidak mahu menulis sesuatu yang sia sia, tanpa menyentuh hati pembaca mendekati ALLAH.

Saya pernah bercita cita untuk menjadi penulis yang hebat, sebaris dengan Ustazah Fatimah Syarha, Hilal Asyraf dan yang lain lain tetapi saya rasa niat saya sudah menyimpang. Seakan akan timbul rasa riak dalam diri saya.

Meneruskan kehidupan harian sebagai seorang jururawat memang indah. Cabaran demi cabaran yang ditempuhi membuatkan saya semakin mencintai kerjaya saya.

Menyantuni kerisauan adik adik berkaitan kerjaya, saya cuma mampu berkongsi agar adik adik banyak memohon dari ALLAH swt untuk memberikan pekerjaan yang terbaik untuk adik adik. Bukan sahaja yang terbaik dari segi tangga gaji tetapi yang mampu membuatkan adik adik istiqomah dengan kerja dakwah dan menyumbang sesuatu untuk ISLAM.

Berkaitan kerjaya sebagai seorang jururawat, saya menolak sama sekali apabila ada individu yang mengatakan ini bukan kerja dakwah. Jika kalian tahu bagaimana seorang jururawat menghabiskan 2/3 dari harinya untuk melayan pesakit pesakitnya. 

Saya gembira apabila mendapat respon daripada adik adik yang juga merupakan seorang jururawat atau bakal bergelar jururawat berkaitan tentang apa yang saya tulis di blog ini. Saya selalu katakan sebelum ini, saya berharap lebih ramai lagi jururawat muslim yang mempunyai kesedaran beragama. InsyaALLAH, seorang jururawat yang benar benar ikhlas, pasti akan menyentuh hati pesakitnya untuk mendekati ALLAH.

Berbalik kepada cerita jururawat dan dakwah, suasana pekerjaan saya sedikit mencabar kerana saya ditemani rakan sekerja yang kebanyakkannya tidak beragama ISLAM. Pesakit pesakit saya juga terdiri daripada golongan atasan yang tidak beragama ISLAM. Sekiranya mempunyai rakan sekerja yang beragama ISLAM, mereka juga masih kurang amal islaminya. Bukan tujuan untuk bangga diri atau riak, saya hanya berkongsi pengalaman dakwah sebagai seorang jururawat.

Pada mula kedatangan saya untuk bekerja, saya dipandang pelik oleh rakan rakan sekerja. Mereka kehairanan apabila saya meminta izin untuk bersolat. Selain itu, mereka juga sedikit lucu melihat uniform saya yang besar dan memakai sarung lengan. Saya hanya tersenyum dan cuba memberi penjelasan secara hikmah. Kadang kadang saya perlu memberi penjelasan berulang ulang kali kerana mereka kerap kali terlupa penerangan saya sebelum ini. Namun, sedikit menyedihkan apabila penjelasan saya adakalanya dibantah oleh sahabat muslim sendiri seperti ketika saya menerangkan mengapa wanita muslimah ditegah untuk menari dihadapan khalayak, rakan muslim saya sendiri bertegas mengatakan menari itu tidak mendatangkan dosa.

Alhamdulillah, setelah dua tahun saya berkhidmat di hospital itu, saya bersyukur kepada ALLAH, rakan sekerja saya semakin berminat untuk mendekati ISLAM. Ada yang minta diajar mengaji, bertanya soalan agama dan sebagainya. Biarpun soalan yang ditanya remeh temeh dan dirasakan mudah, tetapi saya yakin itulah titik permulaan mereka untuk lebih mendekati ALLAH. 

Pengalaman berharga saya bersama pesakit pula apabila saya berpeluang menjaga pasangan suami isteri beragama Budha yang lama menetap di hospital kami. Suaminya menghidap penyakit kanser tahap akhir sehingga perlu melalui banyak pembedahan, isterinya begitu tabah dan setia menemani suaminya. Auntie (panggilan kami buat isterinya), sering bertanya kepada saya jika saya sudah menunaikan solat atau belum. Seolah olah Auntie adalah 'reminder' yang dihantarkan ALLAH supaya saya menunaikan ALLAH.

SubhanALLAH, Alhamdulillah, Allahuakhbar
Kadang kadang saya ditanya oleh adik adik. bagaimana untuk mendapat kekuatan menjadi seorang jururawat muslimah yang ditarbiyah. Saya hanya mampu mengatakan, kekuatan datang dari ALLAH, tetapi jangan sekali kali putus asa. Terus terusan berdoa dan mencuba untuk bersama insan insan yang soleh dan menyertai program program bermanfaat seperti usrah dan sebagainya.

Teruskan usaha, jadikan pekerjaan sebagai jururawat sebagai kerja dakwah, kerana kita paling dekat dengan masyarakat. Bersama mereka tatkala saat sedih dan gembira.


Mohon doa juga agar saya terus kuat di jalan ini. 

Salam sayang,

~ saya hanya jururawat biasa ~

Monday, November 5, 2012

Luahan Hati Seorang Muallaf, Azan itu mengajakku- Nur Muhayya Abdullah

Bismillahirohamannirohim...
Ya Allah, syukur alhamdulilah atas segala nikmat yg Engkau berikan,
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, nabi junjungan,
Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa sahabat-sahabatku,
Teguhkanlah hidayahMU kepada kami ya Allah...

Sekadar perkongsian:-

Aku menulis nota ini utk keluargaku dan sahabat-sahabat disana, andai ada kata yg salah, sepenuh hati aku memohon maaf. Aku hanyalah manusia biasa, hambaNYA sama seperti kamu. Walau kini kita berbeza, aku tetap ada utk kamu, dan berusaha utk menjaga kamu. Mungkin kamu terfikir, jalan hidup yg aku pilih ini adalah salah dimata kamu, tapi tidak bagi aku. Seharusnya aku bersyukur kerana ditemukan jalan kehidupan ini. Aku meninggalkan kejahilanku, bukannya meninggalkan kamu. Saat kamu berkata, aku telah salah memilih agama ini, sesekali tidak wahai keluargaku, wahai sahabat-sahabatku..sebenarnya hati dan mata kamu tertutup, robohkanlah dinding hati kamu yg tebal itu..maka kamu akan melihat, disaat itu kamu merasakan diri terlalu kerdil. Aku masih ingat, ketika lafaz syahadah ku ucapkan, terasa hati tenang, beban selama ini ku tanggung hilang tiba-tiba..tidak sedar, aku menangis..menangis bukan kerana aku menyesal, oh tidak! aku menangis bersyukur..inilah nikmat yg tidak pernah ku rasai.

Selama 3 tahun aku hilang tempat berpaut, terbang melayang-layang tanpa berhenti, mencari dan terus mencari...suatu malam, Allah SWT telah memutuskan agar aku menerima hidayahNYA..DIA membuatkan hatiku sesak, gelisah dan menangis..kerana ia nikmat mengenang dosa! Barulah aku sedar, selama aku hidup di dunia ini, aku berjalan dgn kejahilan, hidup yg sia-sia tidak bermakna dan hanya keseronokan semata-mata. Aku menangis sepuas-puasnya, biarlah DIA mendengar rintihanku..bagaimana aku berdoa? berdoa dgn cara dahulu, sesekali tidak..hati tidak menginginkannya..ku mencari-cari tafsir Al-Quran, ku peluk erat-erat..hatiku berdoa "Ya Tuhan, jika Engkau benar-benar memilihku, berikanlah aku jalan keluar dari belenggu ini". Akhirnya aku tertidur dgn memeluk Al-Quran itu, biarpun ketika itu aku belum menjadi seorang muslim, tapi ia Al-Quran itu telah memberi ketenangan..sungguh membahagiakan, ia langsung tidakku fahami. DIA Maha Mendengar, DIA telah menemukan hamba-hambaNYA utk membantuku, satu per satu datang, sehinggalah aku selesai mengucap syahadah. Aku bukannya membanggakan diri, maafkanku wahai ibubapaku, dan sahabat-sahabatku..aku hanya sekadar memberi perkongsian agar kamu jg melihat apa yg aku lihat, merasa apa yg aku rasa, menikmati apa yg aku nikmati. Jangan kamu menilai apa yg orang kafir katakan, tapi berfikirlah utk akhirat kamu. 

Suatu ketika, aku menaiki bas ke tempat kerja, jalan melalui sebuah masjid...tiba-tiba azan berkumandang, menandakan waktu sembahyang utk umat Islam, aku pada masa itu tidak tahu waktu apa azan itu (Kini baruku tahu, ia adalah azan utk solat Asar)..aku tersentak, tiba-tiba terasa sayu, hati tersangat pilu. kenapa? aku tidak tahu. Azan itu seolah-olah mengajakku utk datang ke masjid. Aku menangis dalam diam, aku menghayati alaunan suara azan, benar-benar syahdu. KehendakNYA utkku terus mendekati Islam. selalunya mendengar azan di radio atau televisyen, asal saja azan, kedua-duanya di matikan. Kata ibubapaku, itu bising. Aku tidak tahu pada masa itu, hanya menurut. Menunggu detik agar azan itu benar-benar membuatku jatuh hati, apabila azan di Masjid. Kalau azan di radio atau televisyen, boleh dimatikan..bagaimana dengan mendengar azan di Masjid? Bagaimana nak dimatikkan? :), Suatu hari, aku berjanji dgn diriku..nanti aku akan memasuki masjid itu, apa di dalamnya, siapa yg memberi azan? Syukur, Masjid pertamaku jejaki adalah Masjid yg membuatkanku menangis mendengar azan. Akhirnya, aku berjaya melihat apa didalam masjid, siapa yg memberi azan...dipermudahkan.

Bila diri bergelar muslim, DIA tidak akan melihat imanku dgn memberi kehidupan yg baik. Kadangkala akan di datangkan hujan utk membasahkan diriku, didatangkan pula matahari utk memanaskan badan, ahkhirnya terasa diri tidak sihat, sebenarnya DIA menyayangiku, DIA ingin melihat teguh mana akidah dan tauhidku kpdNYA. Ramai sahabat-sahabat muslimah mengelarku muallaf..hamba pilihan. Aku tahu semua manusia jg hamba pilihanNYA, Hidayah itu perlu dicari..aku tidak mencari tapi ia datang secara tiba-tiba, seolah-olah ia adalah suara hati, bayang-bayang kehidupan, mengajak utk mencari hidup yg lebih baik. Aku tidak menyalahkan kpd mereka yg sedia muslim tapi hanya pada nama, mereka jg sedang diuji..janganlah melihat mereka dengan pandangan yg serong, mereka jg manusia biasa..hati masih belum terbuka utk mencari kebenaran. Lihatlah pada kemurnian agama Islam, bukan pada penganutnya...Islam yg sempurna, bukan pada manusia..wahai keluargaku dan sahabat-sahabatku, Janganlah pada diriku krn memilih jalan ini, dan juga jangan benci pada agama yg ku anuti kini. Ia tidak bersalah, dan tidak memberi kemudaratan kepada kamu. Jangan kamu sakit hati kerana ramai yg telah meninggalkan kamu, tapi renungkanlah..kenapa aku meninggalkan agama kamu kerana agamaku kini?. Aku tidak ingin menjadi riak, anggkuh dan sombong..aku cuma ingin kamu melihat pada sisi mana kamu melihat kecacatan pada agama ini...

Aku pernah menyuarakan kepada seroang sahabatku, aku ingin mempelajari Islam tapi tidak menganutinya. Sahabat itu menjawab, jadilah dahulu penganutnya, barulah engkau mempelajarinya..pahala engkau dapat. Aku sebenarnya tidak mahu, aku cuma mahu mencari kelemahannya agama itu, cacat celanya agama itu..semakin mencari, mencari, mencari...tidak ditemui, malah membuatkan ku semakin buntu, tidak ada jawapan. Aku berkata kpd sahabatku, Aku tidak akan dan tidak sesekali memeluk agama kamu selagi aku temui kebaikkannya...Maha Suci Allah, tidak ada yg mustahil...percayalah, sesiapa yg menyangkal ia akan memakan diri sendiri. Jawapannya kini ku temui, Bukan Islam yg dicari cacat celanya tapi ia terletak kepada manusia yg belum menemui hidayahNYA. Benarlah, terlalu banyak tuaian tapi yg menuai hanya sedikit...

Aku mulai belajar sepatah demi sepatah alif, ba, ta, tsa...dulu, aku pernah berkata..bertuahnya manusia yg boleh belajar tulisan berbelit dan sukar difahami. Mustahil bagi aku utk memahamiNYA...Allah Maha Besar, sepatah demi sepatah aku pelajari, semakin lama aku boleh menguasainya, biarpun tertatih-tatih, tapi aku sangat bersyukur krana akhirnya aku boleh membacanya..Aku tidak boleh memahaminya, aku membaca tafsirnya..ayat demi ayat aku pelajari..apa yg terkandung memberi banyakjawapan pada persoalanku. Rupanya jawapan segala pertanyaanku adalah terdapat pada Al-Quran. Bagaimana dgn ibubapaku yg masih kafir? bagaimana dengan saudaraku yg masih kafir? bagaimana dengan mereka yg ingkar? tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah Azab yg pedih. Ya Allah, aku tidak mahu keluarga dan sahabat-sahabatku menerima azab, bukakanlah hidayah kepada mereka, jadikanlah mereka hambaMU yg bertakwa.

Pengalaman pertama kali menunaikan ibadat solat, aku hanya menjadi makmum yg mengikut pergerakan, bukan doa yg dilafaz, tapi air mata yg keluar. Berusaha utk menahan tapi tidak tertahan, setiap kali sujud, setitis demi setitis air mata mengalir, tidak tahu kenapa? diri begitu tersangat jahil, tidak layak utk bersujud, aku dipeluk oleh sahabat-sahabat jemaah. Ya Allah, aku memohon kekuatan dariMU. Hari demi hari, aku berusaha utk belajar doa, biarpun tidak mampu berdoa dgn bahasa lain, namun aku tetap berdoa agar dipermudahkan aku memahami doa-doa solat. Syukur kpd Allah, hamba yg mencari pasti di beri jalan yg mudah. Aku mulai menguasai dan memahami setiap bait doa, aku berusaha utk menghayatinya...saat itulah aku akan menangis, seolah-olah DIA ada disisi sedang melihatku, aku terasa kerdil di hadapanNYA.

Untuk ibu dan bapaku, maafkanlah andai pilihan hidupku ini telah menguris dan melukakan hati kamu, bukannya niat utk berpaling dari agama yg kamu anuti tapi aku cuba mencari yg terbaik utkku. Aku tahu, begitu kasihnya kamu kpdku, sayangnya kamu kepadaku, kamu menjagaku dengan baik..aku akui, tapi utk kembali menganuti agama yg kamu percayai, aku tidak akan berpaling lagi. Sungguh, aku sangat2 memohon maaf. Biarpun kadang-kadang kamu menyisihkan dan membandingkanku dgn adik beradik yg lain...aku sesekali tidak ambil hati, hak kamu utk menilai. Di antara kami adik beradik, aku dan kakak sahaja yg berbeza, hanya kerana kami muslim. Tidak mengapa wahai ibu dan ayahku, janganlah benci anak2mu yg muslim, kami mahu kamu hormati sebagaimana kami menghormati agama kamu. Kami tidak akan merasa jauh biarpun kami bergelar muslim. Ketahuilah la wahai ibu dan ayahku, sejak aku dilahirkan, tidak pernah aku mencium tangan dan memeluk kamu sehinggalah aku bergelar muslim. Semua kerana Islam mengajarku utk menghormati kedua ibubapa...walaupun sukar utk utk lakukan, tapi aku cuba utk gagahi jua. Aku cuba memperbaiki cara hidup yg jahil, mengeratkan hubungan kekeluargaan. Maafkan aku ya ibu dan ayah, kadangkala ada terkasar kata tanpaku sedar...tidak bermakna aku tidak menyayangi kamu. Sebenarnya aku berusaha utk memperlihatkan kepada kamu bahawa aku bukannya seperti dulu, dan Islam telah mengajarku utk lebih baik menjadi sebagaimana yg kamu lihat.

Andai nanti wahai ibubapaku dan sahabat-sahabatku, jika aku yg pergi dulu, smoga DIA akan membukakan hati kamu utk menerima hidayah. Jika kamu pergi dulu, aku akan sentiasa mendoakan kamu yg terbaik, tapi wahai  ibubapaku dan sahabat-sahabatku, aku tidak ingin kamu pergi dgn kekafiran. Tapi jika itu kehendakNYA, aku akur...di akhirat nanti, aku tidak akan mengenali kamu, begitu jg kamu tidak mengenali aku. Kamu akan bersama-sama mereka yg kafir, aku akan bersama-sama dgn umat Nabi Muhammad SAW. Aku pun tidak tahu, aku bagaimana dan kamu bagaimana? kerana akhirat, DIA yg berkuasa. Wahai  ibubapaku dan sahabat-sahabatku, sebelum aku mengakhiri pena jariku...aku memohon agar kamu renungkan dan maafkanlah diriku yg meluahkan hati disini, aku mahu mereka yg senasib dgnku dan mereka yg mencari-cari hidayahNYA tahu...betapa aku mengharapkan agar kamu memahamiku. Maafkan sekali lagi.

Waalaikumusalam,

Ikhlas dariku,
NUR MUHAYYA @ ELISABETH TINGGING ABDULLAH.

(Segala tulisan ini adalah asli dan tidak ada kaitan dgn mana-mana pihak yg berkenaan. semoga menjadi teladan)


P/s: Perkongsian sahabat saya yang kucintai kerana ALLAH :)

Friday, October 19, 2012

Diari seorang jururawat : Belajar untuk menghargai

Bismillahirahmanirahim


SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuakhbar

Menjadi seorang jururawat di hospital swasta bukan semudah yang disangkakan. Selalunya persepsi masyarakat bahawa pekerjaan seorang jururawat ini mudah. Hanya memberi ubat kepada pesakit dan mengikut arahan doktor. Namun hakikatnya tanggungjawab seorang jururawat sebenarnya lebih daripada itu.  Dalam masa yang sama jururawat perlu menjadi seorang doktor, jururawat perlu menjadi seorang ibu, jururawat perlu menjadi seorang anak, jururawat perlu menjadi seorang juruteknik malahan seorang jurutelevisyen!

Malam itu, sekali lagi saya ditakdirkan ALLAH untuk bertugas sebagai staff nurse in charged. Biarpun saya bertugas bersama seorang rakan sekerja yang lebih senior tetapi dia lebih selesa untuk mengamanahkan saya sebagai 'staff nurse in charged'. Sedikit penerangan berkaitan 'staff nurse in charged', selalunya sebagai seorang yang diamanahkan untuk mengetuai wad pada ketika itu. Sekiranya berlaku sebarang masalah sewaktu bekerja, 'staff nurse in charged' adalah orang yang pertama dicari. Semua maklumat pesakit perlu berada di hujung jari kerana doktor pada bila bila masa sahaja bisa menelefon untuk mengetahui perkembangan pesakit. Apabila berlaku hal kecemasan, 'staff nurse in charged' juga perlu bertanggungjawab mengetuai 'resuscitation team' sebelum menunggu ketibaan doktor dan memberi arahan yang sewajarnya. 

Menjadi seorang 'staff nurse in charged' di sebuah hospital yang kecil tetapi mempunyai ramai pesakit apatahlagi pada waktu malam sungguh mencabar. Menjaga 26 hingga 30 orang pesakit dalam pelbagai bidang termasuk paediatrik (kanak kanak), pembedahan, perubatan, ortopedik (tulang) , dan sebagainya memerlukan ilmu yang meluas. Apatahlagi tanpa kehadiran doktor di hospital, seorang jururawat perlu mengambil risiko untuk menjadi seorang doktor!. Biarpun pada hari itu saya berat hati untuk bekerja 'double shift' , (saya sepatutnya bertugas pada waktu pagi namun saya perlu menyambung kembali bekerja di sebelah malam kerana kekurangan kakitangan) kerana buat masa ini saya sukar sekali untuk meninggalkan ibu di rumah menjaga nenek saya yang sakit. Apatahlagi ibu saya alhamdulillah, diamanahkan ALLAH untuk menjaga anak jiran kami yang masih bayi dua beradik yang bermalam di rumah. Ibu mengalami kesukaran untuk membantu nenek untuk ke tandas dan memenuhi keperluan lain. 


Namun, saya redha dan bersangka baik dengan ALLAH. Saya mahu saya ikhlas dalam pekerjaan saya dan yakin jika saya membantu orang lain, ALLAH pasti mempermudahkan urusan keluarga saya. Pada malam yang sunyi itu, saya meneruskan kerja kerja saya setelah selesai memberi ubat kepada pesakit pada waktu malam. Saya membiarkan rakan rakan saya yang lain (team member) untuk berehat di sebuah bilik yang disediakan kerana saya mengetahui mereka ada anak anak yang perlu dirisaukan di rumah. Cuma, saya tidak berani meninggalkan kaunter jururawat sepanjang malam kerana risau keadaan pesakit yang tidak diduga.

Ketika saya membelek belek nota pesakit pesakit saya, saya mendengar sayup sayup suara tangisan. Dalam hati segera diserbu seribu ketakutan namun saya beristighfar kepada ALLAH. Bukankah takut itu hanya pada ALLAH, bukannya pada manusia? Semakin lama suara tangisan itu semakin kuat, saya gagahkan diri saya untuk memeriksa biarpun hati saya dilanda seribu keresahan. Saya berlindung kepada ALLAH atas kejahatan makhluk ciptaanNYA. Saya terkejut ketika melihat pesakit di bilik 5 menangis teresak esak. Keadaannya begitu merisaukan saya, saya tidak mahu dia terlalu stess kerana saya tahu dia mengalami masalah jantung yang serius. Jantungnya terlalu lemah dan tidak boleh menerima tekanan!. Saya segera mendekatinya.

Saya: Uncle, ada apa apa yang boleh saya bantu?

Uncle: Girls, saya rasa sakit leher, susah tidur

Saya: Uncle, saya sudah berikan ubat tahan sakit kepada ALLAH, insyaALLAH ubat tersebut berkesan namun Uncle perlu berehat seketika

Lantas saya menyelimutkan pesakit tersebut, dalam lubuk hati saya berdoa agar dia dapat tidur dengan lena.

15 minit kemudian.

Saya mendengar suara orang berjalan. Saya perhatikan pesakit dari bilik 5 tadi berusaha untuk keluar dari bilik dengan menggunakan tongkat. Saya segera mendekatinya.

Saya: Uncle, kenapa Uncle tak tidur lagi, tadi nurse kat suruh Uncle tidur.

Uncle: Girls, boleh saya tidur sini sahaja, saya tidak dapat tidur di bilik, saya nak tidur atas kerusi sini sahaja.

Pesakit itu meminta untuk tidur di atas kerusi plastik berhadapan kaunter jururawat. Saya berusaha untuk memujuknya untuk kembali ke biliknya. Namun dia menangis dan esakannya semakin kuat. Saya berfikir saya tidak mahu memberi tekanan kepada pesakit ini maka saya turuti kehendaknya. Saya membiarkan dia duduk di hadapan kaunter jururawat. Saya tersenyum kerana sekurang kurangnya pesakit ini menemankan saya untuk menyelesaikan tugas tugas saya memeriksa nota pesakit.

15 minit kemudian.

Dia menangis lagi, dan kini dia cuba berjalan ke hujung wad. Hati saya mula risau, saya terfikir dengan keadaanya sebegini, mempunyai pelbagai masalah, mustahil doktor memberikan ubat untuk merehatkannya. Saya cuba memujuknya untuk kembali duduk ataupun masuk ke bilik. Namun dia masih berkeras untuk berjalan ke hujung wad. Rakan saya yang lain tersedar kerana mendengar bunyi esakan pesakit tersebut. Lantas mereka cuba memujuknya dengan memberikan milo panas supaya dia dapat tidur lena.


Rakan saya 1: Kasihan Uncle ini, saya rasa dia rindukan keluarganya.

Rakan saya 2: Jika saya tidak silap, ahli keluarganya iaitu anak isteri berada di luar negara. Dia seorang sahaja yang berada di Malaysia, yang menghantarnya ke hospital pun adalah rakan rakannya sahaja.

Rakan saya 1: Mungkin dia rindukan keluarganya, maka dia pun menangis teresak esak. Dia rasa kesunyian.

Rakan saya 2: Mungkin sebab itu dia suka dipujuk, dia teringatkan anak anaknya di sana. Kehidupan tanpa keluarga sangat menyedihkan.

Saya hanya mendiamkan diri. Namun di hati kecil saya, saya mengiyakan kebenaran kata kata rakan saya itu. Ya ALLAH, saya terfikir bagaimana boleh meninggalkan ayah kita yang sedang sakit berada di negara yang lain dengan kita. Segera saya usir sangkaan buruk itu. Siapalah saya untuk mengada adakan cerita.

Namun, ibrah yang saya dapati daripada pengalaman saya ini. Saya sentiasa menghargai dan bersyukur kurniaan ALLAH kepada saya.  Segala yang saya hadapi, saya bersyukur kerana keluarga saya tidak pernah membuang saya. 

Kadang kadang sebagai manusia, kita tidak belajar untuk menghargai, namun apabila kita sudah kehilangan barulah kita tahu betapa pentingnya kepada kita. Sesungguhnya ALLAH tidak pernah menciptakan sesuatu dengan sia sia, namun kita sendiri yang tidak pernah melihat dengan mata hikmah.Maka hargailah apa yang kita miliki, segalanya pemberian ALLAH, bukalah mata dan bukalah minda. Namun ingatlah semuanya hanya pinjaman. Pada bila bila masa sahaja ALLAH boleh mengambilnya kembali.


Kadang kadang saya juga rasa lemah untuk mengharungi hidup ini. Saya hanyalah orang biasa pasti ada perasaan sedih, tertekan dan sebagainya. Namun saya gagahi untuk melangkah kerana saya menganggap inilah didikan istimewa ALLAH untuk saya dalam menjadikan saya seorang daie yang berkualiti. Jika sahabat sahabat lain dilatih dalam program, usrah dan sebagainya. Saya cukup bersyukur apabila ALLAH melatih saya dengan segala ujian dalam kehidupan. Saya tahu bahawa ALLAH Maha Mengetahui segala ini sangat susah untuk saya tetapi ALLAH juga tahu sejauh mana saya boleh menghadapi semua ini. Semoga saya sentiasa redha dalam mengharungi hidup ini. Semoga Uncle juga disatukan semula dengan keluarganya. 

Jom dengar lagu ini, pengubat hati :)

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Inteam feat Nazrey; Kehidupan

Thursday, September 20, 2012

Aku menunggumu Cinta

Bismillahirrohmanirrohiim..


Aku menunggumu cinta.
Untuk menjelma dalam paras manusia.
Yang boleh kutatap renung.
Yang boleh kusentuh mesra.

Sebagai manusia.
Aku tidak selalunya kuat.
Kadang, angin rindu menyapa.
Kadang, angin syahdu menerpa.
Tiba-tiba.

Sedang gerangan dirimu.
Belum kutahu siapa.
Belum bertemu sua. 

Sedang perihal dirimu,
Masih dalam pegangan rahsiaNya.

Untuk yang bernama cinta.
Tiadalah aku menanti kosong.
Melainkan dengan doa seiring usaha.

Bukanlah aku melangkau batas larangan.
Melainkan bergerak untuk menghampiriNya.


Untukmu wahai cinta.
Sungguh penuh bertanda tanya.
Apakah kau wujud di dunia.
Atau damai menanti dalam jannahNya.

Namun, kuyakin & pasti dengan janji.
Daripada Pencipta segala cinta.


Walaupun begitu.
Penantian ini terasa indah.
Kerana kupaksikan kerana Allah.

Dalam bertatih mempersiapkan diri.
Menyemai iman di dalam taman hati.
Agar mewangi akhlak & agama yang memagari diri.

Oleh itu, tidak akan sesekali ku mungkiri.
Tercemar sucimu dengan noda berwajah dosa.


Kerana aku sangat cinta.
Buat kubercita-cita sampai ke syurga.
Maka apa-apa yang membawa ke neraka,
Aku akan berusaha untuk menjauhinya.


Aku menunggumu wahai cinta.
Untuk menjelma sebagai manusia.
Dan aku menantimu dengan usaha.
Dalam perjalanan hamba kepadaNya.



Adaptasi daripada Puisi Aku Menunggumu Cinta - Hilal Asyraf [Karya : Sebelum Aku Bernikah; PTS Milennia]

Tuesday, August 28, 2012

Kehilangan


ya ALLAH, lalainya hamba MU ini

Sahabat sahabat, jangan ikut macam saya ya. Selalu sahaja kehilangan barang barang atau tersilap letak. Niqob pun dah tersalah letak. Sekarang ini tengah mencari niqob adhoc sebab sangat diperlukan. Waktu waktu genting macam ni pun dah kehilangan niqob.

Berkaitan buku kat atas tu pun, saya tengah mencari di sekitar Kota Kinabalu. Sebab dulu saya pernah memiliki buku tersebut tapi, atas sebab sebab tertentu saya mencari semula buku ini untuk simpanan perpustakaan rumah saya,

Dua benda penting sudah hilang, jangan saya hilang iman dan pedoman sudah. InsyaALLAH, akan memperbaiki diri yang lemah ini.

Mohon doa sahabat sahabat ya, saya tahu ALLAH tengah menyayangi saya. Lepas satu benda, satu benda pula

Sungguh saya tidak sesempurna bidadari :')

~ Hanya entri pendek ~

Friday, July 27, 2012

Ajarkan aku sebuah kesabaran

Bismillahirahmanihrahim


Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Syukur, diberi kesempatan untuk berada sekali lagi di bulan yang penuh maghfirah dan barakah ini.

Ya ALLAH, ujian mu datang dan berlalu pergi

Hampir sahaja diri ini terputus asa, sehingga ingin melarikan diri bersembunyi

Tapi teringat moto peribadi

"Bukannya namanya seorang pejuang jika lari dari medan jihad"

Siapalah kita hanya seorang hamba

Maha pencipta punya perancangan yang lebih hebat dari kita

Beruntunglah buat hamba hambaNya yang dikurniakan mata untuk menilai sesuatu dengan hikmah

Teringat sebuah kisah yang indah

Seorang ibu sedang menyulam gambar pemandangan di samping ditemani anak kecilnya. Si ibu begitu tekun menyiapkan hasil sulaman itu sehingga si anak kecil tertarik untuk bertanya kepada ibunya.

Anak Kecil: Duhai ibuku yang tersayang, apakah yang sedang ibu lakukan?

Ibu: Ibu sedang menyiapkan sebuah pemandangan yang indah

Anak Kecil: Pemandangan indah? Saya hanya melihat pintalan benang sahaja dari sulaman ini.

Ibu: Bersabar wahai anakku, ibu akan memperlihatkan kepadamu setelah selesai nanti.

Akhirnya sulaman pemandangan itu pun berjaya disiapkan. Ibu memanggil anak kecil yang dikasihinya untuk ditunjukkan hasil kerja tersebut.

Anak Kecil: SubhanALLAH, indahnya hasil kerja tangan ibu, tetapi mengapa saya tidak melihat keindahan tersebut sesama ibu dalam proses mempersiapkannya?

Si ibu lantas menterbalikkan sulaman pemandangan itu di bahagian belakang, dan di bahagian belakang itu, terlihat, hasil hasil pintalan benang di sebalik pemandangan indah itu.

Ibu: Anakku, begilah ALLAH mengajar kita sebagai manusia, dalam mengarungi ujian itu, kita akan tidak akan nampak keindahannya, yang kita lihat, hanya kepedihan dan kesakitan, kita akan rasa putus asa, bermuram durja dan sebagainya tetapi apabila kita tidak tahu, di akhir nanti ALLAH menyediakan sesuatu yang terbaik untuk kita.

Pandangan ALLAH maha Bijaksana dan LUAS berbanding pandangan manusia yang terbatas.

Kita hanya memandang sebagai manusia biasa, yang sentiasa mengikuti hawa nafsu, digoda oleh iblis dan penuh dengan noda dosa dosa.

Tetapi pandangan ALLAH, DIA yang Maha Mengetahui segala yang ditakdirkannya.


Sejauh mana kita melihat ujian ALLAH itu sebagai sesuatu yang indah? Selagi kita ada sangka buruk dengan ALLAH, maka kita akan berasa segala takdirNYA itu seolah olah tidak menyebelahi kita.

Bukankah sifat ahli syurga itu sabar dan syukur?

ALLAH SWT memberikan khabar gembira bagi orang yang bersyukur kepadaNYA dengan khabar besar.

"Mereka itu adalah orang orang yang bertaubat, beribadah, memuji (ALLAH), mengembara (demi ilmu dan agama) , rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran dan yang memelihara hukum hukum ALLAH. Dan gembirakanlah orang orang yang beriman". (At Taubah, 112)

Orang yang sabar pula adalah mereka yang mengetahui dengan kebenaran ilmu bahawa di setiap ujian ALLAH SWT pasti ada hikmah yang tersembunyi.


" Adakah kamu menyangkan kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi ALLAH orang orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang orang yang sabar". (Ali Imran: 142)

Hidup yang sentiasa disulami kegembiraan dan gelak ketawa, itulah yang wajar dirisaukan kerana takut ALLAH sudah tidak memandang kita, namun, jangan biarkan air mata menjadi pelemah sehingga kurangnya produktiviti sebagai seorang muslim, kerana tugas kita bukan hanya untuk mengira dan menyalahkan takdir.
Terlalu banyak masalah ummah yang perlu difikirkan, melainkan sekadar memikirkan diri sendiri. Jika kita hanya hidup untuk diri sendiri, kehidupan itu tidak akan bermakna tetapi jika kita hidup untuk memberi kepada yang lain perkara yang bermanfaat, itulah saham akhirat kita.

Semoga ALLAH mengajarkan kepadaku sebuah kesabaran  ^_^


"Ya ALLAH, janganlah ENGKAU hukum aku dari apa yang mereka katakan (pujian), ampunilah aku dari dosa (yang mereka tidak ketahui) dan jadikanlah aku lebih baik dari yang mereka sangkakan" (H.R Bukhari)

Friday, June 22, 2012

Isteri Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi kembali ke rahmatullah.

Ummu Muhammad, Isteri kepada Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketua Ikatan Ulama Muslim International, dan ibunda kepada Abdel Rahman Al-Qaradhawi, seorang penyair ternama dari Mesir, meninggal dunia pagi Khamis semalam kerana sakit yang lama dideritanya.

Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, melalui akaun twitter-nya menyatakan kematian isteri pertamanya, Ummu Muhammad, dengan menulis, “Innalillahi wa Inna Ilaihi Raji’un (kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali) telah pulang ke rahmatullah isteri yang penyabar, Ummu Muhammad setelah menderita sakit yang begitu lama. Hanya kepunyaan Allah semua yang telah Dia berikan, dan hanya kepunyaan-Nya pula segala yang Dia ambil. Dan segala sesuatu ada ukuran (takdir) di sisi-Nya.”

Ummu Muhammad, seorang wanita solehah yang berasal daripada Hasyimiah Husainiyah, merupakan keturunan Rasulullah SAW melalui keturunan Saidina Hussain r.a.

Berkongsi suami dengan umat memberi ketenangan hati bukannya azab cemburu. Berkongsi suami dengan dakwah dan perjuangan, menganugerahkan pahala sabar yang besar buatnya. Beliau merelakan suaminya pergi ke mana sahaja belahan dunia untuk Islam. Di rumah, tangannya banyak membantu aktiviti keilmuan, serta dakwah dan tarbiyah dengan mengorbankan waktu dan perhatian yang besar.


Innalillah wa inna ilaihi raji'un. Al-Fatihah...

Wednesday, June 6, 2012

Mujahid yang dirindukan



Teet Teet

Telefon bimbit kesayangan Zinirrah berbunyi. Angka jam sudah menunjukkan 9.45 malam. Ketika itu Zinnirah sedang ligat berjihad mengulang kaji pelajaran. Peperiksaan bakal menjelang tidak lama lagi

1 pesanan Ringkas

Umar: Salam alayk enti, ana nak berbincang berkaitan program esok, boleh kita bermesej atau berYM jam 10.30 malam nanti. 

Zinnirah sungguh berasa tidak selesa. Benar, dia kagum dengan kehebatan Umar yang bergerak kerja, hebat berkata kata tetapi mengapa Umar kurang sensitif berkaitan hal sebegini? Umar begitu mudah untuk bersms dengan wanita yang bukan mahramnya pada waktu malam. Biarpun berkaitan dengan program yang ingin dilakukan pada esok hari tetapi hati Zinnirah masih tidak padu. 

Dugaan demi dugaan datang mendatangi Zinnirah. Ditakdirkan dia dan para sahabat kehilangan naqibah kesayangan mereka. Zinnirah begitu risau perihal adik adik usrah nya yang lain masih terkapai kapai. Semenjak pemergian naqibah mereka, usrah terbengkalai. Sungguh dia dan sahabat sahabatnya tidak sanggup untuk berusrah tatkala kerinduan merajai hati mereka terhadap sang murabbiyah.

Tetapi bukankah Hasan Al Banna sudah berpesan:

Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa ke-nyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari inj
adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya
kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena
kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah
sepanjang hidup-nya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.


Perjuangan perlu diteruskan! Jangan hanya bergantung kepada hamba kerana hamba juga milik ALLAH. Apabila segalanya yang dilakukan kerana ALLAH, setiap kelukaan dan kepedihan bisa ditempuhi dengan tabah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Paap!

Kertas bertempiaran di atas lantai

"Jika enti rasa muka enti cantik, maka cantiklah ya kertas kerja yang enti buat"

Berdesing telinga Zinnirah. Dia tahu dia perlu bersabar dalam berhadapan dengan mujahid seorang ini. Syadidnya boleh dikatakan tahap tertinggi. Kertas kerja Minggu Penghayatan ISLAM dibuangnya begitu sahaja dengan alasan belum mencapai tahap yang memuaskan.

"Ana dah buat yang terbaik berpandukan kertas kerja yang enta berikan tempoh hari"
Zinnirah membela diri

"Patutlah kerja enti kurang bermutu, rupa rupanya enti tidak memperkembangkan idea sendiri. Beginikah tertib seorang daie? Hanya mengharapkan buah fikiran orang lain?"

Bang!

Terasa tembakan tepat mengenai tempurung kepala Zinnirah. Sememangnya dia banyak mengikut idea kertas kerja yang diberikan mujahid itu tempoh hari. 

"Sekarang ana mahu enti perbetulkan kertas kerja tersebut. Ana beri tempoh tiga hari, ana akan semak semula"

Tegas. Lantas berlalu

Zinnirah terpaku seketika. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Apa hal aku tengok kau termenung ja ni"

"Aku risau bagaimana nak berdepan dengan seorang mujahid ini, dia begitu tegas terhadap perempuan"

"Mujahid? Maksud kau Aiman?"

"Eh, bagaimana kau dapat teka ya? Semalam aku pergi jumpa dia untuk tunjuk kertas kerja, adakah dibuangnya kertas kerjaku dan disuruh perbetulkan"

"Kau tak taukah, nama dia tu Aiman Mujahid, Kedua ibubapanya memang berikan dia nama Mujahid sebagai satu doa agar dia jadi pejuang ISLAM, tak sangka kau panggil dia dengan nama Mujahid ya".

"Taklah, itu gelaran aku beri pada dia, sebab ketegasannya, tak sangka pula nama dia ada Mujahid ya".

"Hati kau dah tercuit ka? Hehe"

"Astaghfirullah Al adzim, tak baik memfitnah tau."


Terimbas kembali di kotak pemikiran Zinnirah perbualannya bersama Ratnadewi. Tak sangka nama dia Mujahid ya. Walau macam mana pun aku nak buat yang terbaik. Bukan nak tunjuk kertas kerja aku baik sebab muka aku cantik. Tetapi aku mahu tunjukkan yang muslimat bukan sembarangan muslimah. Muslimah juga bisa bergerak kerja dan berjihad di medan perjuangan. Kalau tak, mana lahirnya Zainab Al Ghazali kan? 

Teet Teet

1 Pesanan Ringkas

Umar: Ukhti, bila kita nak berjumpa ya, nak berbincang pasal gerak kerja ;)


Zinnirah tiba tiba berasa meluat mendapat sms tersebut. Dia berasa kurang selesa dengan tindakan Umar yang begitu mudah untuk mengajak seorang muslimah keluar bertemu atas alasan gerak kerja. Tiba tiba dalam hati kecilnya membandingkan antara Umar dan Mujahid. Astaghfirullah al adzim, siapalah dirinya yang kerdil itu untuk menilai manusia. 

Tiba tiba teringat pesanan naqibah kesayangannya ketika usrah mereka berlangsung

"Ummu Yusra mahu adik adik semua menjadi mawar berduri yang luar biasa"

"Mawar berduri yang luar biasa? Bagaimana ya?" 
Radia, salah seorang sahabatnya bertanya

"Sebagai muslimah yang ditarbiyah, bertudung labuh dan berjubah, dianggap suci dan 'ustazah' oleh rakan rakan dan masyarakat, kita sering dianggap sebagai mawar berduri. Tidak melayan lelaki dan sebagainya. Tetapi sila lihat cara pergaulan kita dengan rakan seperjuangan. Ummu kurang setuju melihat pergaulan para ikhwan dan akhwat yang melebihi batas kadang kadang menimbulkan fitnah. Mawar berduri bukan 'title' yang perlu kita tonjolkan kepada lelaki lelaki biasa yang Ummu maksudkan tidak ditarbiyah tetapi sebaliknya Mawar berduri patut lebih kita tonjolkan kepada para ikhwan kerana kita tidak mahu mereka lalai dalam perjuangan. Apalah bezanya kita dengan orang yang tidak ditarbiyah jika kita sendiri begitu mudah bergelak ketawa, beramah mesra dengan ikhwan atas alasan gerak kerja. Ummu tidaklah terlalu syadid dengan mengatakan tidak boleh bergaul dengan para ikhwan, Hasan Al Banna sendiri pun bergerak kerja bersama muslimat, tetapi ada kalangan kita yang menyalahgunakan peluang tersebut".

"Apa pendapat Ummu berkaitan muslimin yang kurang faham, maksud Tasnim mereka mengatakan muslimah terlalu syadid"

"Tasnim, muslimin selalu lupa yang muslimah ini punya ujian hati yang terlalu berat. Apabila mereka terlebih mengambil berat, terlebih mesra maka syaitan syaitan akan mudah memasuki hati muslimah dan muslimah akan menjadi lemah longlai. Apabila muslimah sudah jadi lemah longlai, maka muslimin akan terjebak sama, bagaimana dengan perjuangan menegakkan ISLAM?"

"Ummu, bagaimana pendapat Ummu dengan mereka yang kurang menjaga ikhtilat di alam maya? Seperti muslimin dan muslimat yang berfacebook secara berlebihan atau berYahoo Mesengger?

"Bagi Ummu Zinnirah, Ummu akan sentiasa bersangka baik tetapi sebagai seorang daie, kita perlu sentiasa ingat, ALLAH maha melihat dan jangan biar diri kita menjadi fitnah kepada perjuangan kita. Apa yang kita cuba sampaikan di Facebook, Twitter atau blog tidak akan dianggap dan difahami sama dengan semua orang. Maka kita perlu berhati hati".

Zinnirah tersedar dari lamunannya, Kerinduan pada naqibah kembali meruntum di hati. Semoga tenang di alam sana. Sesungguhnya ilmu yang disampaikan sangat berguna. Dalam hatinya dia berdoa semoga alam barzakh naqibahnya diterangi dengan cahaya berkat ketabahan nya mentarbiyah insan lain.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hari yang dinanti sudah tiba, Zinnirah perlu membentangkan kertas kerja Minggu Penghayatan ISLAM kepada Aiman Mujahid dan para sahabat.

"Enti rasa enti dah buat yang terbaik?"

"InsyaALLAH, ana mohon enta untuk semak hasil kerja ana"

"Jika enti rasa wajah enti cantik,maka cantiklah kertas kerja enti ni" Aiman Mujahid endah tak endah menyemak kertas kerja itu

"Akhi Aiman, dengar sini apa yang ana nak katakan, jika enta benar seorang pejuang, jangan menilai seseorang dengan menggunakan perumpaan fizikal. Bukankah kata kata melambangkan keperibadian seorang daie, jika enta tidak bersetuju dengan kertas kerja ana, maka tolong berikan cadangan untuk penambahbaikan, bukan memberi komen yang kurang munasabah."

Zinnirah berkata dengan tegas.

"Sekarang ana mahu enta ambil masa tiga hari semak kertas kerja itu lepas tu berikan pada ana"

Lantang Zinnirah bersuara lalu meninggalkan bilik tersebut. Aiman Mujahid dan para sahabat terpinga pinga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hebat lah kau bercakap dengan si Aiman tadi, lepas tu kau bertegas dengan dia, terpinga pinga dia dibuatnya" Ratnadewi menyapa Zinnirah yang sedang tekun membaca di meja belajarnya.

"Biar dia rasakan, dia ingat kita ini muslimah bisa direndah rendahkan. Kita kan muslimah power. Semoga hati ini ikhlas kerana ALLAH untuk melakukan kerja kerja ISLAM.".

Zinnirah berasa sedikit lega. Selesai satu amanah yang dipikulkan dibahunya. Semoga ALLAH permudahkan urusan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari itu Zinnirah segera bergegas pulang ke kampung halaman. Ibunya memberitahu ada hal yang teramat penting untuk dibincangkan.


"Zinnirah, ibu nak beritahu sesuatu kepada Zinnirah"

"Ada apa ya bu?"

"Ibu kepada seorang pemuda menghubungi ibu, dia berkata anaknya berhajat kepada Zinnirah, jika Zinnirah bersetuju, mereka akan menghantar tanda hujung bulan ini, dan walimahnya tiga bulan akan datang"

Zinnirah sedikit tersentak, dia tidak sangka ALLAH menghantarkan kejutan buatnya.

"Ibu, bukankah Zinnirah sudah beritahu ibu perihal Umar yang ingin mengkhitbah Zinnirah"



"Zinnirah, Umar sendiri belum menyatakan apa apa pada ibu, jadi bagaimana ibu tahu kesungguhan Umar pada Zinnirah, tetapi  seorang pemuda ini cukup menyenangkan ibu dan ayah. Kesungguhan yang dinyatakan oleh mereka cukup buat ibu tertarik. Malah, adab dia yang menghantarkan ibunya untuk mengkhitbah Zinnirah sangat menyentuh hati ibu."

"Ibu, berilah Zinnirah tempoh masa untuk memikirkannya dan bertanyakan pada ALLAH"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ujian itu datang lagi

Dia dikhitbah lagi. Tetapi kini dia tidak tahu siapa yang mengkhitbahnya.

Umar, dia belum pasti tentang kata hatinya pada Umar. Dia sendiri berasa hairan mengapa tiada keyakinan yang merajai hatinya terhadap Umar. Janji janji yang ditabur Umar menerawang fikirannya tetapi dia sendiri belum pasti!

"Biarlah si dia itu tidak dikenali penduduk dunia atas kehebatannya dalam ditarbiyah atau kepimpinannya atau ketampanannya, cukup ALLAH yang mengenalnya kerana iman dan taqwanya."

Semoga ALLAH memberikan yang terbaik untukku...... Bisik hati Zinnirah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Mujahid yang dirindukan

Aku tidak tahu di mana adanya dirimu
Aku tidak tahu siapa kamu
tetapi aku tetap menantikan kamu
untuk menjemputku sebagai bidadarimu

Mujahid yang dirindukan

Andai tiba tika waktunya kita bertemu
Tidak ku ingin pertemuan itu disulamkan nafsu
Dambaanku hanyalah redha Tuhanku yang satu
kerana janjiNYA kita berpadu

Mujahid yang dirindukan

Andai cintaku kepada Rabbku belum cukup
ku mohon DIA menjadikan dirimu yang mencukupkan cinta itu
Andai ikhlas ku kepada perjuangan belum indah
ku mohon DIA menjadikan dirimu yang mengindahkan keikhlasan itu
Andai rindu ku pada syurga dan syahid belum kukuh
ku mohon DIA mengizinkan mu menjadi peniup semangatnkekukuhan itu

Mujahid yang dirindukan

Ku tahu dirimu sedang berjuang menegakkan agama NYA
Maka, jangan sekali kau mengingati diriku yang hina
sehingga melalaikan ingatan mu kepada harumnya roh para syuhadah

Aku tidak mahu menjadi asbab akan kelalaianmu
Aku ini hanya ibarat secebis kain buruk
yang tiada tandingan dengan bidadari di syurga
yang ALLAH janjikan buat para syuhadah

Namun

Mujahid yang dirindukan

Jika benar ALLAH mengizinkan kau untukku
maka ambillah amanah ini
didiklah diriku untuk menjadi wanita yang rindukan syurga
hiasilah diriku dengan tarbiyah ruhiyah
teguhkanlah jiwaku dengan nadi perjuangan
dan suluhkan harapanku untuk kemenangan ISLAM

Mujahid yang dirindukan

Jika pertemuan ALLAH izinkan di dunia
moga pertemuan itu tatkala kita disatukan dengan janjiNYA
tetapi jika perancangan ALLAH sebaliknya

semoga ada yang lebih baik untuk mu dan untukku di syurgaNYA


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Boleh bertanya sesuatu"

"Apa dia ya"

"Bagaimana boleh mengenali Zinnirah?"

"Sebenarnya Ummu Yusra yang mencadangkan abang untuk mengkhitbah Zinnirah, tetapi apabila nama Zinnirah disebut, hati abang sudah ada sedikit getaran"

"Alhamdulillah, syukur, naqibah ku sentiasa merancang yang terbaik untuk anak anak didiknya"

"Abang tidak mengharapkan apa apa, melainkan Zinnirah menjaga keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH"

"Begitu juga harapan Zinnirah pada abang, Zinnirah tidak menginginkan pemuda yang dikenali oleh penduduk dunia atas hebatnya dirinya, Zinnirah merindukan mujahid yang dirindukan oleh penduduk di langit, lantas ALLAH menganugerahkan abang buat Zinnirah"


Pernikahan Zinnirah dan mujahid yang dirindukannya selesai berlangsung dengan suasana yang meriah tetapi penuh keberkatan dan doa. Dia mengikut pilihan ibu dan ayahnya. Luqman Al Hakim, itulah pemuda pilihan hatinya. Tiada lagi nama Umar mahupun Aiman Mujahid tercatat dalam kotak fikirannya. Dia menyerahkan amanah kepada Luqman untuk memandu jalannya kesyurga.


P/s

Buat adik adik yang menyuruh kakak sambung cerita Cinta tidak semestinya bersatu, tiba tiba dapat idea sambung cerita ini. Istimewa untuk adik adik dan juga istimewa menghitung waktu mendekati angka 25. Semoga bermanfaat untuk semua ya.





Monday, May 28, 2012

Kem Remaja ISLAM 2012



Alhamdulillah, selesai sudah Kem Remaja ISLAM (KRIS) 2012.
Tapi Yusra tak jadi peserta ya, terlalu "muda" diri ini untuk menjadi peserta. Yusra jadi "orang dapur" sahaja.
Sungguh Yusra kagum dengan adik adik yang menjadi peserta dan AJK untuk program. Semuanya kerja kuat kerana ALLAH. 
Apabila ikut program macam ini, terasa diri kembali muda, teringat zaman kegemilangan dulu di kampus. Tapi macam biasa, apabila Yusra dah bekerja di dapur, semua orang kena cuci telinga dengan Yusra. Maaflah ya adik adik, anggap sahaja itu tarbiyah untuk kalian jika kena paksa angkat air, cuci pinggan, masak nasi, kena tegur goreng lempeng hangus dan sebagainya.

Menjadi seorang daie yang baik, harus sanggup bekerja sehingga ke akar umbi. Kerja kerja sebegini jangan dianggap remeh kerana sekecil kecil usaha, bisa meninggikan darjat kita di sisi ALLAH jika dilakukan dengan hati yang ikhlas. 

Pernahkah mendengar tentang ulama tersohor di Malaysia iaitu Tuan Guru Nik Aziz? Pada awal perjuangannya untuk berdakwah, beliau menyediakan semuanya sendiri. Tuan Guru angkat PA system sendiri, "adjust" mikrofon sendiri, lepas tu siap bagi ceramah lagi. Bagaimana pula dengan kita? Kalau nak bagi ceramah pun, mesti nak dilayan macam VVIP atau duduk di kerusi empuk. Ada tak yang sanggup bagi pengisian lepas tu turun ke dapur atau bekerja sekali bersama mad'u?

Walaubagaimanapun, setiap orang punya cara tersendiri untuk berdakwah. Tetapi ingatlah, seorang daie yang dekat di hati mad'u, pasti akan sentiasa diingati dan dirindui bukan kerana dia cantik, tampan atau sebab yang lain tetapi kerana berjayanya dia menyentuh hati hati mad'unya dengan penuh kasih sayang.

Tahniah kepada Kem Remaja Ukhuwwah dan Persatuan Siswazah Sabah.
Semoga bumi Sabah terus mekar sebagai ladang DAKWAH

Takbir!

P/s: Setelah bermain dengan kuali dan periuk, sudah tiba masanya untuk kembali bermain dengan anak anak jagaan di rumah ;)



Saturday, April 21, 2012

Cinta baru saya

Bismillahirahmanirahim

Baru baru ini Yusra ada cinta baru. Tidak tahu macam mana boleh jatuh cinta. Tetapi sekali terpandang, rasa timbul perasaan kasih. Cinta baru Yusra adalah...

Cik MEOW!!! Meow Meow Meow 

Pada mulanya, saya seorang adalah yang takut dengan binatang yang biasa biasa. Maksud biasa biasa di sini ialah seperti kucing dan ayam. Kalau balik kampung, saya menjadi orang yang paling risau. Ayam ayam suka mengejar saya. Ibu menjadi mangsa untuk menghalau ayam ayam tersebut. Ibu selalu berkata kepada saya;

"Kamu ni suka makan ayam tetapi takut dengan ayam"

Sebenarnya saya sedikit fobia dengan ayam. Suatu ketika dahulu, saya tinggal di kawasan perkampungan perairan. Rumah saya di atas air. Jadi saya jarang melihat binatang binatang seperti ayam atau kucing. Dijadikan suatu cerita, saya dan sepupu saya ke kelas mengaji, apabila kami lalu di suatu kawasan, kami dikejar oleh cik angsa yang berkeliaran. Apalagi, berlarilah kami lintang pukang. Sejak dari hari itu, saya sangat fobia dengan ayam. Biarpun angsa yang mengejar saya, tetapi saya tetap juga merasakan angsa dan ayam itu satu spesis yang sama. Berbanding dengan kucing, saya juga fobia apabila melihat kucing sering mencakar sepupu saya. Maka, saya takut untuk untuk mendekati kucing. Namun, persepsi saya berubah semenjak dua menjak ini. Ingin saya kongsikan suatu kisah yang sangat indah, sehingga menyebabkan saya jatuh hati kepada Cik Meow :) :

PEYAYANGNYA RASULULLAH : KISAH RASULULLAH DENGAN KUCINGNYA.


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. 



Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.


Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. 
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. 
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.
Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.




MasyaALLAH, betapa penyayangnya kekasih ALLAH, indahnya akhlak dan peribadinya, sehingga dengan binatang juga begitu berhemah. Akhir zaman ini, sukar untuk ditemukan insan yang benar benar tulus hatinya untuk menyayangi, perasaan sayang yang bukan semata mata kerana nafsu tetapi sebaliknya kerana ALLAH SWT, Harap harap lepas ni, semua kita akan sayangi kucing ya ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...