Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Tuesday, October 8, 2013

Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013

Peribadi Pejuang

Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang berjuang. 

Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berdepan dan tahan uji insyaallah:

a] Lazimi bacaan ayat - ayat suci al Quran al Karim, sekurang - kurangnya 10 ayat sehari.

b] Istiqamah bangun malam untuk solat tahajjud sekurang - kurangnya 2 rakaat. Paling tidak 3 hari sekali.

c] Senantiasa berjamaah dan menghadiri aktiviti Amal Tarbawi dan Majlis Ilmu yang menghidupkan hati dan menyedarkan kita dari kelalaian.

d] Jauhi maksiat dan mungkar kerana ia mencetus kemurkaan Allah swt. dan perbanyakkan amalan sunat seperti solat, puasa dan sedekah. Ia mengukuhkan benteng diri.

e] Banyakkan mujaalasah [duduk - duduk] bersama alim ulama' yang berjuang [haraki] dan menghayati sejarah perjuangan para pejuang terdahulu.



Kredit to : Akhi Hasbullah Najib

Adakah aku berbahagia?

Bismillahirahmanirahim

Salam sakinah, mawaddah dan rahmah

Apa khabar sahabat sahabat sekalian. MasyaALLAH, sudah lama tidak menjengah ke alam blog. Ternyata sahabat sahabat masih memberi sokongan kepada layakkah aku menjadi bidadari syurga
Terima kasih atas segalanya. Maaf, baru baru ini tuan punya blog ini sedang berhibernasi seketika, mencari ruang dan peluang. Topup ilmu dalam diri, mana yang kurang. Sesungguhnya kita tidak dapat memberi jika tidak mempunyai apa apa.

Namun seketika terfikir, kita hidup ini untuk apa. Adakah sekadar untuk hidup? Bak kata Pak Hamka, jika hidup hanya sekadar untuk hidup, apalah bezanya kita dengan babi di hutan yang juga punya sesuatu bernama kehidupan?

Berkongsi tentang kisah hidup saya. Alhamdulillah, tahun ini saya telah bertugas di wad yang dikhaskan untuk menjaga wanita bersalin dan juga berkaitan masalah masalah wanita lain. Banyak pengalaman yang dapat saya kutip dari tempat saya berkerja. Antaranya adalah pengalaman melihat seorang ibu berjuang untuk melahirkan anak. Tetapi yang paling menyedihkan apabila anak yang telah meninggal dunia dalam kandungan. Beratnya ujian ALLAH buat pasangan yang begitu mengharapkan kehadiran cahaya mata, apatahlagi yang telah membuat persiapan untuk menyambutnya. Namun, perancangan ALLAH swt adalah yang terbaik. 

InshaALLAH, rezeki ada di mana mana. Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia  dari kerisauan menjaga harta dunia. Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua. 

Bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa dan bertawakal. Hanya Dia, ALLAH yang Maha Adil.

Saya ingin kongsikan buku yang bermanfaat buat sahabat sahabat sekalian sebagai persedian untuk menghadapi tempoh kritikal waktu bersalin. Buku ini juga amat baik untuk dibaca para suami sebagai tanda cinta dan prihatin anda untuk membawa isteri ke syurga.



Buku ini amat bermanfaat dan memberi pencerahan berkaitan aurat wanita ketika bersalin. Saya sendiri begitu sedih dan pilu tatkala melihat aurat pesakit wanita ketika dibidankan oleh doktor lelaki apatahlagi yang non muslim. Saya berharap perkongsian saya ini dapat memberi kesedaran tentang aurat wanita ketika bersalin. 

SubhanALLAH, alhamdulillah, ALLAHuakhbar. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan ahlul bait. Kenapa entri kali ini bertajuk adakah aku berbahagia? Ketika saya berhibernasi sebelum ini, saya begitu tercari cari makna bahagia. Dan tika ini, saya masih tidak mengerti apakah makna bahagia yang hakiki namun saya cukup yakin, bahagia itu adalah tatkala dirimu yakin ALLAH bersamamu tatkala dirimu tertawa atau pun menangis. 

Saya begitu berharap agar sahabat sahabat yang setia bersama blog ini juga akan sentiasa berbahagia. Serahkan dan sandarkan harapan kepada ALLAH SWT. Apa yang berlaku kepada kita adalah kerana kita makhluk ALLAH SWT, manusia hanyalah perantaranya sahaja. Yakinlah dengan janji ALLAH SWT. Redha tidak bererti tiada air mata tetapi tidak mempersoalkan kehendak ALLAH SWT. Tangisan itu juga dalah sumber kekuatan.

Saya mendoakan segala kebaikan buat sahabat sahabat. Mohon doakan saya juga menjadi wanita solehah, jururawat mukminah dan ibubapa saya diberikan balasan syurga ALLAH yang tidak tertanding nilainya.

Salam kasih sayang..
Saya seorang jururawat muslimah
Asiah Yusro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...