Bismillahirahmanirahim
Dengan penuh rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT, saya diberi peluang untuk menulis sekali lagi. Coretan saya ini saya tujukan buat seorang adik istimewa yang saya rasa punya potensi besar untuk menjadi srikandi agama. Melihat kesungguhannya kepada pengislahan dan amal islami menyebabkan saya seolah olah melihat namanya mekar seperi Khaulah binti al Azwar Al kindi. Srikandi misteri di zaman Rasulullah SAW. Untukmu adikku Khaulah Al Adawiyah, semoga tulisan ini bermanfaat sesama kita, kerana sudah tentu kita ingin ALLAH melihat kita dengan pandangan kasih sayangNYA.
Mesej di Mukabuku A.K.A Facebook
assalam akq..asif ganggu..sye ade bace blog akq..akq nurse kan??sy pun bakal pelatih nursing ...hm sy tkut la akq..sy tkut kalau xdpat handle..tkut pressure bile msuk nursing ni cause sy dpat twaran nursing kkm..mak ayh suruh masuk..jdi sy pun bhenti blajar di matrikulasi n tnggu kemasukan nursing 3.01.12 ni...macam mane akq bt baju nursing tu??sbb yg macm kite tahu bju nrse tu sume sendat2?? mcam mane akq handle pressure ea?sbb sy ade tnye kkaq2 nursing..dye ckap tnsion...so sy tkut..lagipun sy kne blajar nursing di phang..kt sane saye xde sedare o shabat..sy nk taw mcam mane pglaman akq handle pesakit...ksbaran etc..sbb sy rase sy perlukan semangat dri muslimah yg jdi nurse(sbb sincerely sy xtfikir pun nk jdi nurse n cite2 sy lain benar dari nurse) sy bca blog akq n alhamdulillah..bgi sy akq alim n baik..bukn sng saye nk jumpe nurse camni..jadi sy ambek pluang ni utk tnye akq..harap akq xlokek utk kongsi pnglaman n nsihat..insyaAllah..moga Allah berkati hdup akq
Khaulah AL Adawiyah.
Inilah jawapanku untukmu...
Niat
Adikku, setiap permulaan pekerjaan atau perbuatan yang kita lakukan, biarlah segalanya kerana ALLAH. Maka, sebelum memasuki alam pembelajaran bidang kejururawatan, ikhlaskan hati semata mata kerana ALLAH SWT.
Dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arbain, Imam Nawawi meletakkan hadis berkaitan niat sebagai yang pertama iaitu
'Dari Amirul Mukminin Umar Al Khatab R.A katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:- Bahawasanya amalan amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepada ALLAH dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Sebelum memulakan langkah pertama, sematkan di dalam diri bahawa pemilihan bidang ini semata mata kerana ALLAH, dan galakan kedua orang tua sebagai asbabnya. Bersolat istikharah dahulu untuk mendapat keyakinan dari ALLAH bahawa bidang ini yang bersesuaian dengan masa depan adik dan yang terbaik untuk akhirat dan agamamu. InsyaALLAH, jika kita meletakkan ALLAH sebagai yang paling utama, segala urusan kita akan dipermudahkan dunia dan akhirat.
Adikku,
Ingin kakak kongsikan di sini, dengan sedikit pengalaman kakak yang hanya berusia setahun jagung ini berkenaan cabaran untuk menjadi jururawat muslimah. InsyaALLAH, sama sama kita nilai dan ambil iktibar. Malah, kakak juga mengharapkan agar coretan ini bisa menjadi panduan buat semua jururawat dan bakal jururawat muslimah.
Cabaran 1: Uniform Jururawat
Ini adalah cabaran yang paling hebat dalam bidang kejururawatan di Malaysia apatahlagi untuk seorang jururawat Muslimah. Jujurnya adikku, kakak sendiri mengakui bahawa dulunya kakak bukanlah seperti yang adik gambarkan serta fikirkan. Kakak punya masa silam yang kelam dan jauh dari mengenal Tuhan serta agamaNYA. Alhamdulillah, kakak yang sedang menulis sekarang adalah insan yang ALLAH sudah sentuh hatinya untuk berubah. Kakak sedang masih kuat bermujahadah untuk mengikis karat karat jahiliyah yang masih berbaki dalam jiwa kakak. Kakak tidak pernah ingin mnyembunyikan masa silam kakak kerana bukan untuk membuka keaiban tetapi kakak ingin berkongsi manisnya saat hidayah menyapa hati. Sesungguhnya kasih sayang ALLAH SWT adalah milik hamba hambaNYA.
Atas faktor kurangnya pengetahuan kakak berkaitan ISLAM, maka kakak tidak begitu ber'susah hati' berkaitan uniform jururawat semasa kakak mula mula memilih bidang ini terlebih dahulu. Akhirnya, apabila ALLAH menyentuh hati kakak, ketika itu kakak sudah berada di akhir kursus kejururawatan. Kakak betul betul keliru kerana kakak berasakan kakak sudah tidak boleh berpatah lagi dan kakak hampir melengkapkan pengajian kakak ketika itu. Ibubapa kakak juga sangat berharap agar kakak meneruskan jururawat sebagai kerjaya kakak. Sesungguhnya kakak tidak sampai hati untuk berhenti begitu sahaja kerana ibubapa kakak sudah bersusah payah agar kakak dapat melanjutkan pelajaran.
Alhamdulillah adikku, ketika itu kakak berpeluang merasai nikmat ditarbiyah biarpun hanya sekejap. Kakak berpeluang menyertai kumpulan usrah di mana kakak mempunyai seorang naqibah dan juga sahabat sahabat usrah terdiri daripada pelajar kejururawatan dan perubatan sendiri. Setelah taujihat dan kekuatan yang diberikan oleh naqibah dan rakan rakan usrah kakak, maka kakak beristikharah kepada ALLAH. Jika benar pekerjaan jururawat itu yang terbaik untuk akhirat, agama, tarbiyah dan perjuangan kakak, maka kakak minta kepada ALLAH agar mengekalkan kakak dalam bidang kejururawatan ini.
Walaubagaimanapun, terlalu banyak mehnah dan tribulasi bagi seorang pelajar jururawat muslimah. Adakalanya, kami tidak dibenarkan untuk memakai baju berlengan panjang atas alasan takut menyebarkan kuman kepada pesakit. Namun adikku, kakak ini seorang yang sangat keras. Atas semangat 'kamikaze' yang kakak miliki, kakak merupakan seorang pelajar yang paling degil, kakak sering sahaja curi curi mengenakan sarung lengan. Kakak selalu ditegur oleh pengajar ketika itu. Namun kakak tidak takut wahai adikku. Kakak yakin ALLAH bersama kakak dan keteguhan hati itu juga adalah hasil tarbiyah yang akak perolehi melalui usrah.
Malah, ujian yang paling getir sepanjang kakak bergelar pelajar kejururawatan adalah ketika kakak dan rakan rakan sepengajian dipanggil untuk sesi temuduga bekerja di luar negara. Kakak sungguh teruja untuk bekerja di negara orang atas alasan untuk menimba pengalaman. Tetapi yang menyedihkan adalah kami diminta untuk tidak bertudung jika ingin bekerja bersama mereka. Maka sudah tentu wahai adikku, kakak tidak akan memandang untuk bekerja bersama hospital itu lagi jika perlu menggadaikan prinsip agama yang kakak pegang.
Itu baru dugaan ketika bergelar seorang pelajar jururawat dan belum lagi ketika bergelar seorang jururawat sebenar. Cabaran lebih hebat menanti setelah melangkah ke alam pekerjaan. Sebenarnya ketika berada di luar kawasan kerja, kakak lebih suka mengenakan jubah dan bertudung labuh. Bukan niat untuk riak atau menunjuk nunjuk adikku tetapi sesungguhnya kakak amat meyakini bahawa tudung labuh amat menjaga seorang wanita muslimah dan itulah izzah yang perlu kakak banggakan. Namun adikku, kakak mengalami kesukaran dan kadang kadang berasa sedikit terkilan kerana ada yang mempertikaikan kenapa kakak perlu bertudung labuh sedangkan kakak bekerja sebagai seorang jururawat. Hal ini menimbulkan tanda tanya pada fikiran kakak, adakah tudung labuh hanya untuk mereka yang bergelar ustazah dan lepasan agama sahaja? Adakah sebagai seorang jururawat tidak mempunyai hak untuk bertudung labuh? Selain itu, sedikit mengecewakan bahawa isu ini dibangkitkan juga oleh muslimah yang bertudung labuh dan juga insan yang ditarbiyah. Kakak tidak ingin menimbulkan mana mana isu sensitif namun cukuplah kita mengambil kisah ini sebagai pengajaran.
Alhamdulillah, kakak diterima bekerja di sebuah hospital swasta yang membenarkan untuk mengenakan lengan panjang. Namun hal yang menyedihkan adalah tudung masih perlu dimasukkan di dalam baju. Kakak sengaja mengubah suai uniform kakak agar lebih besar untuk mengelakkan terdedahnya bentuk badan. Pada awal permulaan kakak bekerja, kakak sering menjadi bahan ketawa kerana ada insan insan yang mengatakn uniform kakak yang terlebih besar sehingga menyebabkan kakak kelihatan seperti seorang badut. Pada mulanya, ada sedikit rasa terkilan di hati kakak, namun apabila mengingati semuanya kerana ALLAH, kakak kuatkan hati juga untuk terus bekerja. Malah untuk pengetahuan adik , kakak memakai tudung labuh ketika pergi bekerja dan mengeluarkan tudung kakak pada masa masa yang kakak rasakan bersesuaian. Sesungguhnya kekuatan itn datang dari ALLAH SWT.
Cabaran 2: Masa
Masa pekerjaan sebagai seorang jururawat sememangnya tidak menentu. Kadangkala perlu bekerja waktu pagi, petang atau malam. Tidak dinafikan pada mulanya kakak mengalami sedikit kesukaran untuk menyesuaikan diri. Namun ini bukan fokus utama yang perlu kakak 'highlight'kan di sini. Fokus utama adalah perlunya MUJAHADAH seorang jururawat untuk menjaga waktu solatnya. Apabila bekerja waktu pagi, sedikit kesukaran untuk menjaga waktu Zohor dan solat sunah dhuha, apabila bekerja waktu petang, ada dua waktu penting yang perlu dijaga iaitu waktu Asar dan juga Maghrib dan yang terakhir sekali apabila bekerja pada waktu malam, susahnya untuk menjaga solat isyak dan tahajud di sepertiga malam.
Sedikit menyedihkan apabila terdapat segelintir jururawat yang tidak cekap dalam menjaga waktu solat. Alasan utama adalah pakaian yang kotor kerana melakukan prosedur seperti membersihkan pesakit. Namun sesungguhnya ISLAM telah menggariskan panduan tertentu dari segi kesucian untuk menyempurnakan solat. Dan sekiranya benar benar ikhlas untuk mengerjakan solat, sudah pasti berusaha untuk menunaikannya kerana solat merupakan waktu pertemuan yang dinanti untuk bertemu ALLAH SWT.
Selain itu, keadaan ward yang terlalu sibuk juga menyebabkan jururawat tidak berpeluang untuk mengerjakan solat. Malah terdapat jururawat yang takut untuk meninggalkan pesakit yang berkeadaan kurang baik kerana khuatir keadaan pesakit boleh berubah bila bila masa dan ketika itu mereka sedang bersolat. Sesibuk mana pun kita, sesungguhnya Nabi Sulaiman A.s adalah manusia yang paling sibuk. Dia mentadbir alam ini secara keseluruhannya. Jin, angin dan haiwan juga tunduk kepada kekuasaanya. Tetapi Nabi Sulaiman A.s masih punya masa untuk menyembah ALLAH SWT, apatah lagi berbanding dengan kesibukan kita yang hanya sedikit ini. InsyaALLAH, berkaitan hukum bolehnya qada solat ketika bekerja akan kakak kupas pada entri yang lain pula.
Adikku,
Pekerjaan sebagai seorang jururawat juga menguji kesabaran kita apatahlagi jika kita terlibat dalam usrah dan program dakwah. Kadangkala, sebagai jururawat, perlu bekerja pada hujung minggu dan cuti sedangkan selalunya program usrah dan dakwah dijalankan pada hari hari tersebut. Syukur wahai adikku, ALLAH sekali lagi menolong kakak iaitu hospital kakak bekerja mudah untuk mendapatkan cuti atau menggantikan waktu bekerja kepada orang lain. Malah, sekiranya terdapat program hujung minggu, kakak selalu meminta untuk bekerja pada waktu malam agar pada waktu siangnya kakak dapat berprogram. Sungguh adikku, selepas kerja malam, mujahadah yang sangat tinggi diperlukan untuk melawan rasa keletihan dan mengantuk. Namun, sekali lagi apabila teringatkan ALLAH dan perjuangan RasulNYA, maka serta merta keletihan dan mengantuk itu hilang. Selagi kita bekerja untuk akhirat, kepenatan kita akan hilang dan kebaikan kita pasti akan kekal berbanding jika kita bekerja untuk dunia, bukan sahaja penat tetapi tidak ada balasannya di akhirat nanti.
Pernah seorang sahabat usrah berkali kali meminta kakak berhenti kerja kerana berasakan pekerjaan kakak tidak bagus dan tidak sesuai untuk gerak kerja dakwah. Malah, kakak pernah mengambil keputusan sehingga hampir menulis surat perletakan jawatan. Ya ALLAH, sesungguhnya ALLAH sayangkan kakak. Kakak tidak terburu buru untuk membuat keputusan melainkan beristikharah kepada ALLAH. ALLAH masih mengekalkan kakak dalam pekerjaan ini, dan kakak berjanji untuk terus melakukan yang terbaik kerana ALLAH. Biarpun kakak sibuk bekerja, kakak sentiasa mengambil berat soal usrah dan program dakwah seperti program ISLAM, ceramah dan sebagainya. Kakak yakin adikku, ini adalah sumber kekuatan kakak untuk terus kekal dalam hidayah dan taufiqNYA. Tanpa usrah dan tarbiyah, kakak bukanlah insan pemilik blog Layakkah Aku menjadi bidadari syurga ini dan mungkin kakak akan terus hanyut dalam penyakit cinta dunia.
Cabaran 3: Fitnah
Adikku,
Rasulullah SAW sendiri berpesan bahawa wanita itu merupakan fitnah terbesar dalam dunia. Ingin kakak ingatkan di sini bahawa pekerjaan jururawat juga bisa menjadikan seorang wanita itu sebagai fitnah dunia. Bukan niat kakak untuk menakutkan adikku tetapi kakak ingin adikku bersedia dengan benteng pertahanan iman. Apabila menjadi seorang jururawat, kita akan bertemu dengan segenap lapisan masyarakat. Tidak dinafikan, kadang kadang terdapat pesakit atau ahli keluarga pesakit atau rakan rakan sekerja dan sebagainya yang mudah tertarik dengan wanita yang bekerja sebagai jururawat. Wanita yang bekerja sebagai jururawat dilambangkan sebagai wanita yang mempunyai kelembutan. Tulisan ini bukan bertujuan untuk riak adikku tetapi ini adalah realiti yang bukan sahaja dihadapi oleh kakak tetapi juga rakan rakan kakak. Kadang kadang terdapat gangguan semasa bekerja seperti meminta nombor telefon, memohon untuk berkenalan, memberi hadiah perkenalan dan sebagainya. Nauzubillah min zalik, mohon perlindungan ALLAH agar kita jauh daripada fitnah.
Maka nasihat kakak buat semua, adalah lebih selamat jika seorang jururawat muslimah itu mengenakan cincin pada jari untuk keselamatan. Mungkin ada yang membantah cadangan kakak tetapi dari pengalaman kakak sendiri cara ini adalah lebih berkesan untuk mengelakkan kita daripada diganggu. Sebelum ini kakak lebih suka berhelah mengatakan bahawa kakak sudah berumah tangga namun kakak sangat takut helah ini menjadi dosa dosa yang menyebabkan hilangnya keberkatan dalam pekerjaan kakak. Jadi, kakak lebih selesa mengenakan cincin sebagai langkah keselamatan.
Tidak dinafikan bahawa terdapat golongan yang tidak bersetuju dengan cara kakak. Mereka berasakan bahawa dengan pekerjaan jururawat memudahkan urusan pencarian jodoh. Sesungguhnya kakak yakin bahawa setiap jodoh, ajal maut dan rezeki ditentukan ALLAH SWT. Prinsip yang kakak pegang adalah
Be a BEST MUSLIM, will BUILD BESTEST BAITUL MUSLIM
Kakak rasa tidak perlulah seorang jururawat muslimah itu terlalu berlembut dengan pesakit yang berlainan jantina. Biarlah dalam setiap kelembutan ada ketegasan. Ketegasan untuk menjadi peribadi kita sebagai wanita ISLAM, menjaga maruah kita sebagai wanita ISLAM sekaligus untuk membersihkan labelan kepada jururawat yang kononnya lebih kepada wanita penggoda. Kesolehan dan kesolehahan seorang lelaki dan wanita bergantung kepada kerjasama mereka berdua. Namun, jika lelaki mudah menggoda dan wanita mudah menerima, bagaimana gelaran soleh dan solehah itu bisa dirai?
Selain itu, terdapat isu yang ditimbulkan rakan usrah kakak sendiri yang juga bergelar seorang jururawat. Dia menyatakan kerisauannya bahawa tidak ada lelaki yang ditarbiyah (lelaki yang mengikuti usrah) untuk memilih wanita yang ditarbiyah (wanita yang mengikuti usrah) tetapi bekerja sebagai seorang jururawat untuk dijadikan isteri. Hal ini kerana faktor masalah uniform, masa kerja yang tidak tentu, labelan terhadap pekerjaan jururawat dan sebagainya. Namun bagi kakak, sekiranya ada lelaki yang menjadikan alasan pekerjaan jururawat untuk menolak wanita yang beragama, sesungguhnya lelaki tersebut berfikiran cetek. Bukankah Hasan Al Banna sendiri menyatakan bahawa 'kenyataan hari ini adalah mimpi kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok'. Jika si suami hanya inginkan isteri di dunia, maka sudah tentu dia memilih yang paling sempurna, tetapi sebenarnya yang sangat sempurna itu juga merugikan kerana dia sudah tidak ada ruang untuk memberi ganjaran pahala pada dirinya untuk membentuk isterinya itu. Namun, jika dia inginkan isteri dunia dan bidadari akhirat, maka sudah tentu dia merebut pahala berharga untuk mentarbiyah diri dan juga isterinya sehingga isterinya itu menjadi bidadari yang paling indah di syurgaNYA nanti.
Adikku...
Rasanya cukup di sini sahaja perkongsian dari diri kakak yang kerdil ini. Semoga ALLAH memudahkan urusan adikku ini. InsyaALLAH, jika ada peluang, ALLAH pasti pertemukan kita.
Sebelum memulakan pengajian, sedikit pesanan kakak titipkan buat adikku tersayang;
1) Ikhlaskan niat kerana ALLAH
2) Beristikharah sebelum membuat keputusan
3) Ikutilah usrah dan mana mana program pembaikan diri demi ISLAM. Pilihlah usrah yang terbaik, yang meletakkan ISLAM tertinggi sekali dan lengkap, bukan separuh separuh. ISLAM dipratikkan dalam semua lapangan termasuk ekonomi, politik, kepimpinan dan sebagainya.
4) Bersabarlah dan berteguhlah atas setiap cabaran yang diberikan kerana seusngguhnya, ALLAH sedang menyayangi mu ^_^
Wasalam.....
Bismillahiramanirahim
~ Tulisan ini untuk kedua ibubapa ku.. kalianlah syurgaku
~ untuk insan insan yang mentarbiyahku
~ buat semua adik adik di bumi tarbiyah dalam bidang kejururawatan dan perubatan
~ buat semua jururawat jururawat muslimah serta bakal jururawat muslimah
~ buat bunga agama yang merindukan pembaikan diri
~ buat mujahid dan yusra yang menanti ku di syurga... semoga ALLAH menganugerahkan syahid untukku.... AMEEN ^_^
Pautan:
P/s: Akhi Roslani, minta izin kongsi artikel enta
10 ~pemberi cinta~:
alhamdulillah..trime kasih akak..terharu sy bace post akak ni..sy harap sy boleh jadi kuat mcam akak bile masuk nursing ni..trime kasih sbb sudi buat post ni..sy rase lega bile bace setiap patah perkataan yg akak tulis ni...alhamdulillah juga..rase risau tu berkurang..moga Allah limpahkan keberkatan dan kesabaran kpada kite untuk melalui segala mcam cbaran dlam bidang nursing ni..insyaAllah...trime kasih akak!! sy sayang akak!! =)
Perenggan ke 20. baris ke 54.
Tertarik betul ungkapan ini.." nak awek comel buat sakit pastu gi hospital leh jumpa nurse comel2".
Bidang kejururawatan adalah satu bidang tugas yang mulia. Masing2 punya tanggungjawab dan madu'u yang berbeza tetapi matlamat kita serupa. LILLAHI TAALA~ Semoga Allah swt memudahkan amal kakak dan jururawat2 muslimah lain dlm mhadapi kerja ni.=)
Assalammualaikum...
Ukhtie, saya pun seorang jururawat yg tlh setahun lebih bekerja. Situasi yang ukhtie alami tak jauh berbeza dengan saya. Banyak cabaran yang harus di tempuhi, lebih2 lagi dalam menjaga solat dan aurat. Alhamdulillah, Allah menemukan saya dengan hasil tulisan ini, kerana sejak akhir2 ini saya terfikir untuk berhenti bekerja. Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan kekuatan dalam menjalani rutin kerja ini... Ameen...
Assalamualaikum..betul tu..mmg susah cabaran jururawat muslimah. sekarang ni penolong pegawai perubatan pun ada wanita dah. walaupun sy ni lelaki, sy dapat rasa sukarnya cabaran2 yg perlu ditempuh. insyaAllah Allah sentiasa bersama hambaNya. tanamkan di dlm fikiran, kita bantu org, insyaAllah Allah bantu kita. sy xnafikan tugas jururawat/MA xmenentu + sukar untuk menghadirkan diri ke usrah kerana sy juga pen peg perubatan (baru 5 bln bkerja). berbeza waktu belajar dahulu dengan waktu bekerja. waktu belajar, bnyak masa dapat dimanfaatkan. bila dah kerja ni sedikit sukar. sy xboleh jadikan alasan bekerja untuk tidak hadir ke usrah/aktiviti2 rohani kerana jiwa tanpa tarbiyyah = 0 .. insyaAllah sama2 kita istiqomah untuk mencapai redha Allah s.w.t
akak sya ni penuntut semesta pertama diploma kejururawatan. sya tengok dye punye uniform lenggan baju tangan 3 suku.apa pandangan akak.
Wasalam ira, jika akak jadi ira, kak akan pakai handsock :)
assalamualaikum kak.. sy nk tnya, apa pndgn akak tentang jururawat berpurdah..
fatin
Assalamualaikum kak (^v^) syukran jazilan ats entri ini.. byk pndgn berguna dri akk.. in sya Allah..smoga ALLah bntu kita smua utk terus mjaga solat n aurat wanita terutama dlm cabaran seorang nurse..
Assalamualaikum....sy juga jururawat yg sedang bhijrah ke arah muslimah bniqab..mula2 mmg rasa susah...hinhga la skrg...tp bykkn bdoa pd Allah...niat itu penting...mcm sy...sy akan mgenakan purdah bersama uniform selagi xsmpau ke kwsn kerja...atas sbb sy perlu mhabtar anak2 ke tmpt pengasuh...mmg agak sukar mjaga aurat...tp bykkn bdoa...smoga Allah teguhkan istiqomah kita...salam perkenalan dr sy utk semua sahabat2..
Post a Comment