Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Tuesday, November 30, 2010

Beruzlah mencari solusi




Mengapa hidup harus memilih?
Di antara perjuangan dan insan yang memberi kehidupan?
Ya ALLAH... adakah ini dugaan buat hambaMu yang kerdil lagi hina
ataukah ini pembalasan buat diriku yang selama ini kotor dan dipenuhi dosa dosa silam?

Mengapa tiada insan yang memahami kesukaran yang kuhadapi......
Sesungguhnya insan yang tersepit di persimpangan sebenarnya adalah yang paling disakiti




Kekadang aku penat untuk terus berhelah...
Kekadang aku terasa letih untuk terus memberi alasan
Kekadang diriku terlalu sakit untuk melukakan hati sahabat seperjuangan
Kekadang diriku pedih untuk berhadapan dengan insan insan yang disayangi
Namun apa yang harus kulakukan
Apakah pilihanku



Adakah pilihanku berlari sejauh jauhnya....
Beruzlah mencari solusinya
Pedih, sakit, pilu........

Sunday, November 28, 2010

Pemilik hatiku............



Bismillahirahmanirahim
Uhh.... mendapat teguran dari sahabiyah sahabiyah ku tercinta tentang kekurangan diriku untuk bertinta di teratak kesayanganku ini. Sesungguhnya aku mengakui bahawa momentum untuk menulis sudah tidak seperti dulu. Malahan setiap kali bersedia di depan cik laptop kesayanganku, otak ku seakan akan beku untuk menarikan jejari ku di papan keyboard. Benarlah janji ALLAH bahawa seorang daieyah itu akan sentiasa di uji dengan kata katanya sendiri. Jika dulu di kampus, diriku inilah yang berapi rapi mengajak cermin ajaibku untuk berblog sebagai salah satu wadah perjuangan dakwah islamiyah. Namun kini diriku pula yang kelihatan agak malap dan sudah tidak lagi mampu menjadi mentol yang dapat menerangi hati hati pengunjung teratak kesayanganku ini.

SubhanALLAH... sebenarnya terlalu banyak cerita indah untuk dikongsikan bersama sahabiyah sekalian. Namun diriku ini hanya insan biasa, hanya penulis biasa. Dipohon seribu kemaafan andai artikel ku hanya lebih berkisar berkenaan diriku sahaja. Namun, biarlah kisah ku ini dapat dijadikan ibrah dalam mencari cinta hakiki yang sebenar.

Sesungguhnya ini adalah kisah hidup Asiah Yusro yang sentiasa lemas dalam cinta. Mengapa ku katakan sedemikian. Pengikut setia teratak kesayanganku ini sudah pasti mengetahu kenangan zaman silam dan siapa diriku sebenarnya. Segalanya telah kurungkaikan dalam entri bertajuk 'universiti kehidupanku'. Itu adalah kisah Asiah Yusro dan perjuangan semasa di kampus. Ah... kenangan itu terlalu indah... sehingga diriku ini selalu berharap agar masa itu dapat diputar kembali dan kembali berada di alam kampus

Sekali terhantuk baru terngadah...
Begitulah pepatah Melayu, setelah empat bulan berada di bumi kelahiranku dan tidak lama lagi memulakan tugasan sebagai jururawat... diriku sedar bahawa masih terdapat kelompangan yang harus sentiasa diperbaiki. Sesungguhnya diriku ini bukan kalis dosa namun ku berharap agar diri ini sentiasa menjadi mawar yang terpilih untuk mengharumi perjalanan dakwah ini.

Diri ini mendapat inspirasi untuk menulis entri yang tidak seberapa ini kerana cermin ajaibku yang sangat ku hormati iaitu asrar safiya melalui blog titisan embun .
Asrar si kecil molek yang manis yang banyak memberi tunjuk ajar dan harapan buat diriku. Asrar yang mengajarkan aku erti perjuangan mencari cinta hakiki berbanding cinta manusia yang sememangnya hamba...

Hati...
mengapa hati itu selalu berbolak balik. Adakah kerana hati itu sentiasa dimanjai? Adakah hati itu kurangnya makanan tarbiyah? Adakah hati itu dihuni oleh makhluk hina lain selain DIA YANG MAHA BERKUASA? Asrar sering mengingatkan diriku dengan pesanan Rasulullah SAW bahawa:


" Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu." (Riwayat Muslim)

Sebagai insan insan yang menggelarkan diri sebagai muslimat tarbiyah, sudah tentu tidak terlepas untuk memasang impian mendirikan baitul muslim dakwah dengan alasan untuk menjamin kelangsungan dalam perjuangan. Begitulah jua diriku yang kerdil dan hina ini. Namun, kekadang hati ini bertanya sejauh mana segala perjuangan dalam membina ummah ini dilandaskan kerana ALLAH swt atau sebenarnya diri ini tertipu dengan permainan nafsu yang menjadikan segalanya indah.

Seringkali ku mendengar akhwat atau ikhwan yang terpaut antara satu sama lain kerana kehebatan masing masing dalam kepimpinan atau ilmu haraki atau siasah dan sebagainya. Hal ini membuat diriku bingung, adakah sebaiknya faktor penarikan itu kerana kehebatan masing masing atau kerana tertarik pada ALLAH swt?

Kekadang diri ini dilanda seribu ketakutan... mampukah diriku menjadi seperti khadijah, sayap kiri perjuangan Rasulullah SAW. Di kala Rasulullah saw berdepan dengna mehnah dan tribulasi yang cukup hebat, khadijah sentiasa melapangkan hati dan menopang bahu agar sama sama memikul tanggungjawab menyebarkan risalah ALLAH swt? Mampukah diriku ini menjadi seperti Lathifah Ah Sury pendamping Hassan Al Banna, tetap tegar membesarkan anak anak seorang diri di kala sang mujahid punya tanggungjawab di luar demi perjuangan dakwah? Ataupun jika ALLAH mentakdirkan diriku menghadapi ujian seperti Asiah, mampukah diriku mempunyai kesabaran dan akidah yang mantap seperti bidadari syurga ini?

Sesungguhnya pertanyaan demi pertanyaan ini ku hamburkan buat diri yang sering lalai dan alpa dalam mengurus hati yang penuh lemah. Aku tidak ingin menjadi wanita yang bisa melemahkan dan melalaikan malahan menjadi fitnah buat imamku nanti. Dalam masa yang sama juga, aku tidak ingin terbuai dengan angan angan kosong selagi belum ada yang ALLAH izinkan menjadi halal buat diriku.

Namun seringkali dihamburkan soalan berkaitan siapakah bakal pendamping apatahlagi dengan alasan bahawa di usia tika ini amat sesuai untuk mempersiapkan diri sebagai sayap kiri perjuangan seorang mujahid.

Kadang kadang soalan ini terlalu berat untuk dikatakan namun jawapan ku terinspirasi setelah membaca artikel dari cermin ajaibku ukhti Asrar Safiya... jawapanku biarlah si dia itu tidak dikenali oleh penduduk dunia atas kehebatannya dalam ditarbiyah atau kepimpinannya atau ketampanannya... cukup ALLAH sahaja yang mengenalnya kerana iman dan taqwanya.

Ya.. diriku ini bukan lah insan yang sebenar benar sempurna untuk berharap sidia seperti yang kugambarkan namun dirku percaya bahawa ALLAH itu sentiasa dekat dengan hamba yang meminta padaNYA. Biarlah diri ini tidak dipertemukan dengan sidia sebegitu di dunia andai cinta dan tarbiyah ALLAH itu galang gantinya... biarlah sidia itu tidak pernah muncul asalkan ALLAH redha dengan perjuanganku mencari jalan taubat menebus kesilapan silam. Sesungguhnya manusia itu sememangnya diciptakan berhajat kepada cinta namun segala galanya dengan izin ALLAH, mungkin tidak bisa kecapi cinta insani di dunia kerana ALLAH swt ingin mempersiapkan dirimu dan diriku agar menjadi bidadari yang menjadi penyeri mujahid bergelar syuhadah di syurga... maka akhwatku... jangan sekali kali menanggalkan perhiasan agama dan perjuangan hanya kerana jodoh... kerana biarlah kita memilih ALLAH dari memilih manusia.

Ya ALLAH semoga diriku yang dhaif ini terlebih dahulu melakukan sedemikian kerana di akhirat nanti sang penulis terlebih dahulu disoal oleh ALLAH swt. Semoga luahan ini tidak menyakiti atau melukai sesiapa namun biarlah sekadar bisa menyentuh hati untuk terus mengorak langkah dalam merebut gelaran bidadari di syurgaMU nanti.

Buat asrar, terima kasih adikku sayang... diriku ini sering terinspirasi dengak tulisanmu. Semoga ALLAH memberi segala kebaikan buatmu...

Ya ALLAH... jadikanlah kami bidadari syurga!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat sidia ....
Sekiranya dirimu jua resah menanti kehadiranku, maka berdoalah kepada ALLAH dan mintalah kepadaNYA kerana aku ini insan yang hina dan ALLAH adalah pemillik nyawaku... memohonlah pada DIA yang lebih berhak

sekiranya dirimu juga mencari siapa diriku maka muhasabahlah dirimu.. Mengapa ALLAH swt tidak mempertemukan kita lagi... adakah kerana kita masih belum cukup? Ataupun diriku dan dirimu masih punya tanggungjawab yang belum selesai dalam perjuangan dakwah?

sekiranya dirimu masih bertanya siapa diriku, maka mohonlah petunjuk dari ALLAH swt... adakah benar diriku adalah pilihanmu kerana ALLAH atau kerana penyakit cinta dunia semata mata? Sekiranya kau menginginkan kecantikan, ketahuilah bahawa jika dirimu benar benar cintakan ALLAH, kau akan meyakini bahawa segala ciptaan ALLAH itu cantik, sekiranya dirimu ingin keturunan yang baik, ketahuilah bahawa iman itu tidap dapat diwarisi, sekiranya dirimu inginkan yang berharta ketahuilah harta itu sedikit sebanyak akan merencat perjuangan dakwahmu namun jika kau ingin yang beragama, persiapkanlah dirimu terlebih dahulu kerana kaulah yang bakal menjadi imam buat baitul muslim mu

sekiranya dirimu masih mengharap kehadiranku, serahkanlah hatimu kepada ALLAH swt, nescaya akan diberikan pemilik terbaik....kerana yakinlah ALLAH itu adil. Jika yang kau cari kesempurnaan, maka carilah kesempurnaan itu di sisi ALLAH, kerana dirimu itu pasti mendapat jawapannnya..

Milikilah hatiku dengan izin ALLAH, milikilah cintaku keranaNYA, miliki diriku kerana agamaNYA dan milikilah jiwaku keranaNYA.


sekiranya dirimu telah berasa siap.....maka dapatilah diriku............. hanya kerana ALLAH...




Wednesday, November 10, 2010

Layakkah aku menjadi bidadari syurga?


Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim,
ana yang kerdil ini ingin membuat pengumuman
ana telah menukar nama blog ana kepada


Layakkah aku menjadi bidadari syurga?

Namun begitu link untuk blog ini tetap sama iaitu
http://layakkahakumenjadibidadarisyurga.blogspot.com

Maaf di atas segala kesulitan dan pertukaran. Namun, semoga nama blog ini memberi suntikan semangat buat kita agar terus berjuang untuk mendapat gelaran bidadari syurga.

Sesungguhnya di dunia ini tiada yang perhiasan yang lebih indah selain wanita solehah dan wanita solehah itu adalah calon bidadari syurga....

Ana juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan buat follower blog ana yang ke 300 iaitu Zubair. SubhanALLAH, sokongan dari sahabat sahabat sekalian membuatkan ana lebih kuat untuk memajukan blog ini. Alhamdulillah...


Ya ALLAH, jadikanlah kami bidadari syurga!

Tuesday, November 9, 2010

Ansorullah cilik... (sempena Konvokesyen Pasti ke 20)

Si comel Aisyah yang bijak!


Bismillahirahmanirahim...
subhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuakhbar
Minggu ini minggu yang menggembirakan apabila diri ini berpeluang untuk menjadi ahli jawatankuasa Konvokesyen Pasti Pantai Barat yang ke 20. Alhamdulillah, seperti biasa diriku bertugas sebagai AJK Makanan. Nampaknya, sejauh mana diriku pergi, dalam program apa apapun, gelaran AJK Makanan sentiasa melekat dalam diri.

Walaubagaimanapun itu bukan persoalan utama. Diriku ingin mengungkapkan di sini bahawa betapa diriku bersyukur ke hadrat ilahi melihat si cilik yang comel yang berpeluang ditarbiyah dari kecil. SubhanALLAH, moga si cilik inilah yang akan meneruskan perjuangan dalam menegakkan panji panji ISLAM di masa hadapan. Malahan diriku ini begitu kagum melihat komitmen yang diberikan oleh guru guru PASTI. Sesungguhnya bukan mudah untuk mendidik si cilik ini apatah lagi menerapkan nilai nilai ISLAM. Namun begitu, guru guru PASTI pasti punya tarbiyah yang hebat sehingga mereka mampu menggalas tugas yang berat ini.

Wajah wajah Ansorullah cilik yang meraih kejayaan

Sesungguhnya pentarbiyahan golongan cilik dan comel ini tidak perlu dianggap remeh. Sekiranya kita mengimbau kembali perjuangan Salahuddin Al Ayubi, penakhluk kota Jerussalem, semenjak kecil lagi beliau telah ditanamkan azam agar menjadi pahlawan ISLAM yang terbilang. Di samping memberikan pendidikan berkaitan ilmu ketenteraan. ilmu agama juga begitu dititikberatkan. Untuk menjadi seorang pejuang, bukan sahaja perlu tubuh yang sihat dan minda yang cerdas tetapi keimanan yang tinggi kepada ALLAH S.W.T menjadi syarat utama. Malahan, kemenangan tidak bergantung pada kekuatan fizikal seseorang pejuang tetapi kemenangan itu bergantung kepada tingginya pengharapan dan penggantungan kita kepada ALLAH S.W.T


Persembahan istimewa Ansorullah cilik


Allahuakbar, terasa diri ini sudah terlalu melalut untuk entri kali ini. Sedikit perkongsian berkenaan Konvokesyen kali ini, hatiku berasa tenang dan damai melihat wajah wajah indah bakal pejuang agama ini. Malahan persembahan puisi, ucapan dari pelajar dan persembahan coral speaking begitu menghiburkan. Diri ku ini begitu kagum melihat bakat terpendam Ansorullah cilik ini. Semoga Ansorullah cilik inilah yang bakal mewarisi dan mewarnai perjuangan ISLAM di bumi sabah ini kelak.wajah suci Ansorullah cilik bakal srikandi agama

SubhanALLAH, kepada ALLAH ku memanjatkan syukur melihat pengunjung teratak kesayanganku yang menghampiri angka 300. Sesungguhnya hanya ALLAH yang mampu membalas jasa jasa kalian. Diriku yang bernama Asiah Yusro ingin memohon ampun dan maaf atas kekurangan di teratak kesayanganku ini. Sesungguhnya diriku ini berusaha memberikan yang terbaik namun ku tahu hanya ALLAH yang berhak menilai usaha ku ini. Diriku yang kerdil dan lemah ini juga memohon maaf sekiranya terdapat pesanan atau komen komen yang tidak terbalas olehku. Malah, buat insan insan yang mengharapkan diri ini juga meletakkan link atau mengikuti blog mereka, diri ini juga mohon maaf. InsyaALLAH, akan ku usahakan namun kekadang diriku yang lemah ini juga terlepas pandang. Buat mereka yang baru berjinak di dunia blogger, pesananku tidak mengapa sedikit demi sedikit. Tidak semestinya kita perlu menghasilkan entri yang mantap. Namun yang penting keikhlasan hati kita menulis kerana ALLAH. Satu lagi pesanan ku agar jangan kita mengharapkan follower yang ramai kerana hendak blog kita popular tetapi biarlah kita dapat berkongsi fikrah dan perjuangan ISLAM kita bersama saudara saudara yang lain. InsyaALLAH.

Monologku: Mohon doa sahabat sahabat sekalian agar diriku bersama Mawar Sakinah terus tsabat dalam perjalanan ini...

Ya ALLAH jadikanlah kami bidadari syurga....

Monday, November 1, 2010

Kem Muhasabah dan Tautan Kasih SMK Perempuan Likas

Bismillahirahmanirahim
SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuahbar
Diberi kesempatan dan ruang untukku bertinta di ruangan kesayanganku ini. Hambatan kesibukan membuatkan daku tidak berkesempatan berkongsi fikrahku. Ah, mengapa seorang pejuang itu perlu beralasan sedemikian? Semoga ALLAH sentiasa memberi kekuatan buat diriku terus bertinta.

Segala puji hanya untukMU, Ya ALLAH, tuhanku yang satu
Pada minggu lalu (30 dan 31 oktober) diri ini telah berkesempatan menyertai Kem Muhasabah diri dan Tautan Kasih bersama adik adik SMK Perempuan Likas yakni mawar mawar kesayanganku. Alhamdulillah... program berjalan dengan lancar. Tahniah buat mawar mawar Balkis yang telah menjayakan program kali ini. Semoga keharuman dakwah islami terus mekar di SMK Perempuan Likas.





Program dimulakan pada petang 30 haribulan dengan sembahyang berjemaah bersama adik adik. Selepas itu, sedikit pengisian daripada Ustazah Nuraini iaitu penasihat Balkis. Selepas solat isya berjemaah, program diterusan dengan slot bersama fasilitator. Alhamdulillah, diriku bersama dengan kumpulan lima. Namun, ku lihat adik adik ini sedikit keletihan. Mungkin kerana pada waktu tengaharinya mereka telah menghadiri majlis "mini konvokesyen" SMK Perempuan Likas. Namun apa yang kukagumi, biar seletih mana adik adik ini. mereka tetap bersemangat untuk berprogram. Semoga semangat daie daie muda ini berterusan selepas ini. Selepas aktiviti bersama fasilitator, mawar mawar indah ini dibenarkan untuk bersiap diri bagi program Kembara Malam. Sunggu lucu melihat kejutan dan sedikit rungutan di wajah adik adik. Mereka menyangka bahawa mereka akan terlibat dengan aktiviti lagi. Sebenarnya, kembara malam bermaksud mereka mengembara dalam mimpi. Selepas itu, mereka akan dikejutkan semula untuk qiamulail bersama sama.




Pada keesokan harinya, adik adik ini telah menjalankan aktiviti riadah seawal pukul 6.30 pagi. Biarpun ada yang merungut kerana keletihan dan tidak cukup tidur, namun setelah aktiviti yang disediakan oleh para fasilitator, ternyata adik adik ini kembali bertenaga. Adik adik ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki memilih tujuh anggota yang paling kecil dan selepas itu anggota yang terpilih ini dikehendaki melalui jambatan yang dibina oleh anggota kumpulan yang lain. Kumpulan yang mana anggotanya mengambil masa paling cepat melalui jambatan di kira pemenang. Pelbagai jenis jambatan yang telah dibina oleh adik adik ini. Cabaran seterusnya adalah memilih lima anggota yang paling besar untuk melalui jambatan yang dibina. Maka, kelihatan ramai adik adik yang mengalirkan air mata kerana takut terjatuh atau berasa terlalu berat untuk diangkat oleh sahabat sahabat mereka. Alhamdulillah, berkat sokongan daripada fasilitator, semua anggota berjaya melepasi halangan biarpun ada yang berendam air mata. Sesungguhnya diriku berasa hiba melihat gelak ketawa adik adik ini. Rindu kepada sahabat sahabat bertandang lagi. Namun, diri ini menyedari bahawa fasa untuk diriku telah berakhir, aku kini perlu menggalas tanggungjawab yang lebih berat.


Selepas bersarapan dan khidmat diri, program diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Puan Suzanna atau lebih dikenali sebagai Kak Jannah. Tajuk ceramah yang diberikan adalah 'Remaja Muslimah pemangkin modal insan'. Penyampaian yang bersahaja tetapi mantap dan bernas dari Kak Jannah menghiburkan adik adik. Seterusnya, acara yang dinantian iaitu kemuncak program adalah Slot Tautan Kasih yang dikendalikan oleh Ustaz Nadir dari Persatuan Siswazwah Sabah. Program ini turut melibatkan ibubapa pekerja yang turut hadir. Kelihatan wajah kegembiraan adik adik dengan kehadiran insan yang amat disayangi. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada akhi Nadir yang berjaya menyentuh hati mawar mawar berharga ini. Sesi muhasabah menyaksikan deraian air mata bukan sahaja adik adik tetapi juga para guru dan ibu bapa. Malah, diri ini begitu terharu melihat pelukan kasih sayang ibubapa dan anak anak dan juga pelukan daripada guru guru yang mengajar kepada murid murid mereka. Teringat juga pengorbanan ibubapaku yang bertungkus lumus untuk memberi pendidikan kepadaku sehingga ku berjaya menggenggam segulung ijazah, Alhamdulillah. Ingin ku berpesan kepada adik adik,ingatlah bahawa keredhaan ALLAH terletak bersama keredhaan ibu bapa. InsyaALLAH, dengan mentaati ibubapa, kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Selain itu, jasa guru guru yang memberi tunjuk ajar juga jangan dilupakan. Ingatlah, tanpa guru siapalah kita. Mungkin kita tidak dapat membaca, menulis dan mengira.


Akhir kalam, selamat berjuang buat adik adik SMK Perempuan Likas di medan petempuran dunia. Ingatlah pesanan ku iaitu A for ALLAH, betulkan niat adik adik belajar. Ini baharu sahaja sedikit ujian dunia. Kelak kalian akan menghadapi cabaran yang lebih hebat kerana itu lumrahnya bergelar dewasa. Dan ingatlah juga bahawa kita akan mengalam peperiksaan yang lebih hebat di akhirat iaitu di hari perhitungan kelak. Maka, dalam kita mencari dunia, jangan kita tinggalkan akhirat. Wallahualam









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...