Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Thursday, November 12, 2009

Pertandingan Busana Muslimah... Relevankah?



Bismillahirahmanirahim .. alhamdulillah, biarpun sekarang berada di ambang imtihan, tetapi masih berpeluang bertinta di salju sakinah yang sentiasa ana rindui ;)

Isu yang dibincangkan pada hari ini cukup menarik. Ada di kalangan akhi wa akhowat yang tidak berapa senang akan penganjuran Pertandingan Busana Muslimah, pada hemat mereka, sama saja, ia seolah olah menggalakkan perhiasan dunia yang indah iaitu wanita untuk memeragakan diri mereka tanpa wujud sifat al haya (malu)

Sejauh manakah kerelevanan pertandingan ini? Adakah pertandingan busana muslimah ini mampu menjadi medium dakwah kepada insan istimewa yang bernama wanita untuk berpakaian mengikut syariat?

Pernah terbaca sesuatu forum atau artikel yang menyatakan bahawa istilah busana muslimah itu hanyalah propaganda, musuh musuh ISLAM sebagai satu serangan pemikiran di mana kononnya wanita berbusana muslimah tapi makin lama tudungnya makin singkat, menampakkan leher, baju ketat, baju pelik2, tudung nampak telinga, nampak jambul, kain terbelah dan sebagainya. Secara tidak langsung, wanita perhiasan dunia ini terpengaruh dengan pemakaian begitu dengan membawa gelaran "BUSANA MUSLIMAH"

Selain itu, busana muslimah mencerminkan wanita berpakaian berlebih lebihan, perhiasan di tunjukkan pada yang bukan berhak. Make up setebal 32 inci ditempekkan ke wajah, mata diwarnakan kehitaman seolah olah beruang panda dan pelbagai lagi warna yang dilukiskan ke wajah. Kening juga dicukur sehingga macam x ada kening dan dan pelbagai lagi.. untuk menambahkan kecantikan pada gelaran "BUSANA MUSLIMAH"

Tetapi adakah benar gelaran BUSANA MUSLIMAH ini sememangnya tidak direlevan digunakan dalam medium dakwah? Adakah 100% tanggapan di atas terhadap busana muslimah adalah benar?

Sebenarnya kerelevanan pertandingan BUSANA MUSLIMAH itu bergantung kepada cara penganjurannya... Sedikit tips ( sesuai digelar sedemikian?) untuk penganjuran seperti ini di masa akan datang

~ Berikan kriteria tentang busana yang diperlukan.. tidak perlu rujuk jauh ya ukhti.. buka saja SURAT CINTA yang amat indah.. dan carilah ..

Firman ALLAH: “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ”( QS Al Ahzab :59)

~ Wujudkan sesi soal jawab, soalan berkaitan ISLAM, aurat, hukum dan sebagainya

~ Penonton semuanya dikalangan wanita yang benar2 wanita. Mereka yang bukan wanita amat diharamkan

~ Gambar pertandingan tidak di edarkan dan tidak digembar gemburkan

~ Wujudkan satu sesi keinsafan seperti bacaan ayat quran berkaitan aurat, seksaan mereka yang tidak menutup aurat, video aurat, wanita dan sebagainya

Mengapa ana menyatakan bahawa Busana muslimah ini sebenarnya boleh digunakan sebagai mendium dakwah kerana setiap wanita sukakan kecantikan dan kepujian .. apa salahnya wanita dipuji sesama wanita.. sama2 saling berkongsi tentang keindahan pemakaian secara islam. Mungkin buat mereka yang belum pernah mengenakan jilbab akan jatuh cinta untuk terus berjilbab selepas pertandingan ini.. InsyaALLAH, selepas menyaksikan atau menyertai pertandingan ini.. mereka akan terus jatuh cinta untuk berpakaian mengikut syariat. Tidak salah seorang wanita itu untuk berpakaian cantik agar tidak berlebihan dan sedangkan ALLAH itu cantik dan islam itu indah sebenarnya, Untuk permulaan, memilih baju yang cantik dan moga istiqomah selalu.. Rasulullah S.A.W suka perbuatan yang sedikit demi sedikit tetapi istiqomah dan meningkat daripada perbuatan yang drastik. Mungkin yang tidak pernah bertudung, biarkan dia bertudung yang cantik, agar dia menyukai pemakaian tudung tersebut dan terus istiqomah... wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan!

Ada pula yang bertanya.. bagaimana jika mereka hanya berjilbab, berbusana muslimah, tetapi tidak pula melambangkan identiti muslimah? Sememangnya hati itu adalah yang paling susah untuk dirawat. Sebenarnya, sekiranya kita menutup aurat dengan sempurna, insyaALLAH dapat menjadi hijab kita untuk terjebak ke arah perbuatan yang tidak baik. Pemakaian seseorang itu dan akhlaknya adalah dua benda berbeza. Mungkin yang sudah menutup aurat sudah terlepas dari tuntutan itu, tetapi masih ada tuntutan lain yang perlu dipenuhi, untuk yang tidak menutup aurat pula, sudah tentu secara percuma. mendapat dosa tidak menutup aurat dan juga tuntutan tuntutan yang lain. Jadi, yang mana satukah pilihan kalian?


Monologku: Pandanglah setiap individu dengan kaca mata dakwah, pandanglah setiap perbuatan dengan kaca mata dakwah dan pandanglah setiap pertuturan dengan kaca mata dakwah.. itulah daieyah sejati
Wallahualam

4 ~pemberi cinta~:

Unknown said...

assalamualaikum asiah.
terima kasih dik atas satu perkongsian yang menginsafkan.
kakchik pun sebenarnya tak setuju dengan pertandingan atau pertunjukan fesyen muslimah yang ada sekarang ni. terasa telah jauh lari dari matlamat asal berpakaian bagi seorang muslimah.
rasanya boleh nak anjurkan tapi memang perlukan syarat-syarat seperti yang asiah anjurkan.
yang ada sekarang ni adalah untuk komersil semata-mata.

simpleshida said...

salam alaik.
ingin berkongsi pglmn bersama dlm program begini bbrp bulan lps.
bgus juge ada 'prtndingn busana muslimah'ni..

asbab,bole buke mata+minda msyrkt utk lebih mendalami ISLAm itu sendiri.ISLAM ini mudah.. andai kita ikut segala kanun yg tertulisNya.laluan jd susah bilamana kita yg langgar segala laranganNya.

ok.utk organize prtndgn sebegini.
hadkan umur peraga/model tu..

- antara 7-15 tahun..
boleh anjurkan ikut kategori umur..
(galakkan adik kecil+remaja join )

-pastikan pakaian yg bakal diperagakan.. menepati hukum syarak. check it out pakaian tu.. buat reheasel jika perlu d sebelah ptg/mlm.

- buat tmpt terbuka pun ok.. biar org lalu lalang rasa tertarik utk melihat...uhhh begini pakaian muslimah..;)

-pelbagaikan tema/slot pakaian * ke tmpt kerja, mjlis formal, high tea, dinner, bersukan dll.
ermm..tuntasnye xde mslh pun kalau dpt anjurkan menepati citarasa yg begini..hehe.

tpi, bukan mudah nk handle.. hehe..
so.. just try;) insyaallah impaknye mmg maksima andai disusun rapi dan sistematik this event+function..

best of luck..
slmt berjuang..wsslm..
;) wallahu'alam.

---------------<@
`prAy hArd+wOrk sMart`
> pasakkan istiqOmah @ jaLan dakwaH <
...barakaLLahu feek...


..:: siMpLe-sHida::.. ("_)

PIANED said...

salam...sekadar menyinggah dan ingin berkongsi apa yang ada di fikiran ini...

cnth apabila diharamkan untuk lelaki masuk kedalam ruang pertandingan..
adakah saudari rasa muslimah yg ikut pertandingan itu tidak memakai pakaian itu diluar??dan lelaki sewenang2nya akan melihatnya??apa yang saya dapat simpulkan bahawa pertandingan itu akan menggalakkan muslimah2 tersebut berhias....

untuk perkongsian idea dan ilmu sila berkunjung ke blog hamba Allah yang hina ini..ini link2 yang bleh saya kongsikan...:-

http://pianed.blogspot.com/2009/01/seksi.html

http://pianed.blogspot.com/2009/01/busana-muslimah.html

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=9925

nur_islam said...

Assalamua'laikum wbt..
Salam ukhuwah salam mahabbah ya ukhti..

Semoga dirahmati dan diredhai Allah SWT sentiasa.

Akak juga setuju dgn saranan asiah tu. Mmg perlu diketengahkan kpd masyarakat lbh2 lagi wanita ttg cara pemakaian yg benar2 berlandaskan syariat.

Tontonan media yg sebeginilah telah mengaburi wanita2 yg kurang ilmu agama dan menjadikan mrk yakin bhw cara pemakaian tudung + baju sendat dan ketat yg menampakkan bentuk2 badan yg tak sepatutnya itu tidak myalahi hukum syarak. Kasihan mrk..

Teruskan bertinta mesej2 dakwah dik... Semoga ada insan2 yg mdpt hidayah penangan dari tinta dakwah adik ini. InsyaAllah....

Barakallahu feek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...