Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulillah, terpanggil sekali lagi jari jemari ini untuk menaip bait bait luahan rasa di bidadari kesayangan. Semoga jari jari ini terus istiqomah untuk berkongsi cerita dan fikrah agar bidadari kesayangan tidak kelam dan lesu lagi seperti hari hari yang sebelumnya. Doaku agar mereka yang membaca coretan yang tidak seberapa ini juga kembali membaja hati hati untuk mengingatiNYA.
Diri ini terpanggil untuk bertinta kerana tergerak hati untuk berkongsi rasa bersama sahabiah sahabiah srikandi yang ku sayangi tentang wanita dan perjuangan. Seringkali diri ku yang kerdil ini berasa kagum terhadap akhwat akhwat muslimat yang masih istiqomah dalam perjuangan biarpun sudah berkahwin, beranak dua atau tiga malahan juga telah bercucu cicit. MasyaALLAH, di manakah letaknya sumber kekuatan untuk istiqomah dan tsabat itu sedangkan jalan perjuangan ini bukanlah semanis madu malahan bisa berasa lebih pahit dari hempedu. Termenung bersendirian mengenangkan diri yang begitu lemah tatkala diuji sedikit dan sudah mula rasa goyah sedangkan selagi seseorang itu bernyawa, ujian dan kesusahan itu akan menjadi sahabat karib buat orang orang mukmin. Maka, seharusnya sentiasa bersyukur dan positif atas segala yang menimpa agar hubungan dengan ALLAH lebih terjaga.
Ingin ku kongsikan di sini, tersenyum simpul diri ini apabila terlihat satu perbincangan mengenai perbezaan perjuangan seorang mujahid dan mujahidah dalam gerak kerja ISLAM. Ada hamba ALLAH yang berpendapat bahawa seorang mujahidah itu apabila telah berkahwin, skop dakwah sudah diperkecilkan. Mad'u dakwah lebih tertumpu kepada anak anak dan keluarga dan peranan utama adalah untuk membina baitul muslim kerana keredhaan ALLAH. Manakala, untuk seorang mujahid, fokus utama dakwah tetap sama malah akan bertambah luas kerana dalam masa yang sama bertanggungjawab untuk mentabiyah isteri dan juga anak anak.
Maka, lahirlah kesedihan di kalangan sahabat sahabat akhwat yang tidak bersetuju dengan kenyatan di atas. Berbagai bagai hujah balas yang diberikan termasuklah mengatakan cinta pada dakwah dan tarbiyah adalah untuk selamanya. Malah, terdapat golongan akhwat yang bersedih mengatakan tidak mempunyai kudrat seperti ikhwan untuk bergerak kerja. Alhamdulillah, bertambah sedikit ilmu pengetahuan apabila membaca perbincangan tersebut dan hati terdetik untuk menulis kembali di sini.
Teringat akan satu analogi mudah. Sepasang sepatu KUNING yang indah dan BERSIH. Sepatu tersebut untuk disarungkan ke kaki seorang puteri, ibarat cerita CINDERELLA dan putera raja. Sudah tentu Cinderella perlu menggunakan kedua dua sepatu tersebut baru dapat berjalan dengan sebetulnya. Jika sang cinderella hanya memakai yang sebelah pasang sepatu sahaja, sudah tentu tidak dapat berjalan dengan betul dan punya risiko yang tinggi untuk cedera kerana terjatuh.
Begitu jugalah perjuangan seorang mujahid dan mujahidah. Kedua dua perjuangan ini perlu saling membantu agar dapat melancarkan gerak kerja dakwah. Sememangnya terdapat perbezaan antara gerak kerja seorang mujahid dan mujahidah cuma perbezaan adalah kerana fitrah seni penciptaan ALLAH SWT yang MAHA AGUNG. Penciptaan lelaki itu adalah sedemikian kerana lelaki fungsinya untuk melindungi dan wanita itu bukan bererti fitrahnya lemah tetapi wanita ibarat permata yang perlu dijaga kerana ALLAH.
Kadang kadang tidak dinafikan bahawa terdapat juga mujahidah yang lebih tangkas bergerak kerja dari seorang mujahid. Cuma yang sebaiknya wanita itu dipimpin oleh seorang lelaki. Setinggi mana cita cita dan impian seorang wanita untuk memimpin, ISLAM telah menggariskan bahawa sebaik baiknya seorang lelaki yang menjadi pemimpin kerana lelaki lebih menggunakan akalnya berbanding wanita yang lebih menggunakan emosinya.
Senyum seketika, jangan mudah melenting tatkala wanita ataupun seorang mujahidah dikatakan lebih dikuasai oleh emosinya kerana itulah hakikat kejadian seorang wanita. Cuma, emosi tersebut dapat dilatih dengan latihan pertarbiyahan membentuk keimanan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pesananku...
Wahai wanita bunga agama, jangan sekali dirimu dan diriku pernah berduka cita. Biarpun kudrat dalam gerakan tidak sehebat seorang mujahid namun dengan sentuhan iman dan taqwa kerana ALLAH pasti dirimu dan diriku juga bisa menyumbangkan sesuatu untuk agamaNYA.
Perjuangan seorang mujahid dan mujahidah itu tetap ada perbezaannya. Kadang kala kerana bergelar seorang wanita, diri perlu lebih menjaga agar terhijab dari fitnah dunia namun jika dirimu dan diriku menyerahkan sepenuh jiwa raga kerana ALLAH, bermujahadah menjaga maruah diri sebagai wanita ISLAM maka percayalah, syurga tertinggi menanti mu di sana.
Jangan pernah risau andai diri hanya menjadi orang yang kerdil dalam perjuangan, kerana tidak populis ataupun tidak menjadi 'public figure' bak kata orang Inggeris. Pengorbanan tidak dinilai dari sebanyak mana kita berkorban segalanya tetapi sejauh mana kita belajar untuk ikhlas pada setiap pengorbanan itu.
Muslimah sejati... calon bidadari syurga...
Pendamping setia Rasulullah SAW itu si dia Khadijah yang unggul,
Di sisi Saidina Ali, wajah yang dimuliakan, ada Fatimah A.s, penghulu wanita syurga..
Kisah Isa A.s itu pasti di ingati bersama ibunya Maryam
Bersama Hasan Al banna itu wujudnya Latifha As Sury
menemani Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat itu, ada Tuan Sabariah Tuan Ishak
dan Musa A.S yang kecil itu diselamatkan oleh si dia yang bernama ASIAH =)
Ya ALLAH jadikanlah kami bidadari di syurgaMu .... Ameen
Monolog: Sangat suka dengar lagu In team Ratu Syahadah, sangat menyukai kisah Asiah dan Firaun =)
Sangat menyukai nama Asiah ... semoga Asiah Yusra sabar menantiku di syurgaNYA =)
1 ~pemberi cinta~:
Ya rabb... terkesannya baca~ terbangun jiwa azam yang pengsan beberapa hari ni.. shukran =)
Ameen, Asiah r.a tengah tersenyum melihat akak di syurga sana..tak sabar untuk berjumpa, inshaAllah ^^
Post a Comment