Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Saturday, September 12, 2009

Salju yang mendamaikan

Salam alaik, alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, setelah sekian lama berniat, akhirnya "salju sakinah dilahirkan pada 22 ramadhan... Apa khabar iman di 10 hari terakhir ramadhan ini? Bagaimana dengan pencarian malam lailatul qadar.. semoga kita semua berada dalam redhaNYA.

Alhamdulillah, ALLAH telah melorongkan hati ini untuk melahirkan salju sakinah, biarpun hati ini tidak tahu dan tidak pasti malah rasa tidak layak untuk melahirkan entry sebegini, tetapi ketukan hatiku begitu kuat. Melihat keazaman akhowat yang lain menajamkan mata pena mereka, menyebarkan risalah ISLAM, membuat daku terpanggil untuk melahirkan salju sakinah.

Mendapat pesanan ringkas daripada akhowat pagi tadi yang turut menitipkan peringatan berkenaan sabda Rasulullah S.A.W :

"sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat"

membuat daku terkesima, terfikir, apaka wadah terbaik buat aku yang serba tidak tahu ini untuk menyampaikan risalah MU yang maha sempurna YA ALLAH.. Namun di hati ini, turut tercalit seribu kerisauan.. sesungguhnya diriku yang serba lalai ini mudah alpa.. bagaimana sekiranya aku hanya pandai menulis dengan ayat yang berjela-jela, pandai berkata kata panjang lebar tetapi segala galanya hanya indah khabar dari rupa.. Astaghfirullah al azim! Ampunkan aku YA ALLAH ...

Ingatkan antunna semua berkenaan bagaimana ALLAH S.W.T memperlihatkan Rasulullah berkenaan seksaan bagi mereka yang cakap tak serupa bikin ini.

~Rasulullah diperlihatkan mengenai satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. ~
Naudzubillah minzalik! ..

Kenapa dinamai Salju Sakinah?
Kerana keindahan salji itu sendiri, berwarna putih, mendamaikan suci, begitulah diibaratkan hati yang suci, bersih dan damai.. tidak ada tompok tompok kebencian yang bisa mencacatkan kesucian hati itu sendiri.. Oleh itu, mari kita sama2 menjaga hati kita, cuci dan bersih hati kita.. agar bisa hati kita menjadi seputih salju yang mendamaikan .. Wallahualam



InsyaALLAH, entry di salju sakinah cuba sedikit relax dan santai.. apatahlagi diriku telah ditegur oleh seorang sahabat tentang diri ini yang terlalu memberi entry yang berat sehingga sukar untuk difahami.. maafkan diriku wahai sahabat :)

Kalamku berakhir disini, Moga berjumpa lagi dientry akan datang .........

6 ~pemberi cinta~:

Nurul Iman said...

Salam Asiah

SubhanAllah...moga perjuangan enti melalui penulisan mendapat keredhaan Allah..wlwpun kemungkinan usaha kita kelihatan kecil, namun yang plg penting ialah pandangan Allah bukan? Salam perjuangan!!!

♥Niesa' imana♥ said...

salam ziarah..

permulaan yang baik..
semoga terus tsabat dalam perjuangan dakwah..
sekecil2 amalan tetap jadi penyelamat kita di akhirat..insyaALLAH..
keep istiqamah..=)
salam mahabbah, mawaddah wa rahmah..salam ukhuwah fillah dari ana..^_^

Asiah yusro said...

Salam ya ukhti, terima kasih atas ziarah.. mohon tunjuk ajar dari antunna :)

Syauqah MUJAHIDAH said...

Aslmualaikum wbt..

Marhaban bik ila "dunia blog" ya ukhti..(^_-)
Alhmdulillah, smga dgn lahirnya blog SALJU SAKINAH ini akan memberikan manfaat kepada yang lain.
Teruskan istiqomah ya Ukhti..
Teruskan berkongsi ilmu yang ada..

Seronok rasanya berkenalan dengan anti,smga ukhuwah ini tidak terhenti di sini..

salam kenalan..sayang perjuangan dari ana.."CINTA MAWAR YANG TERPILIH"

kakchik said...

Salam Ramadhan Asiah.

Ahlan wa sahlan ke dunia blog. Semoga niat yang baik melalui penulisan dan perkongsian ilmu/pengalaman akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Tulislah blog ikut kreativiti dan kebolehan tersendiri kerana ia akan menjadi unik dan tidak menjemukan.

Terima kasih ya sudi letakkan link blog kakchik dan menjadi follower.

Salam perjuangan.

man ana???? said...

teruskan berjuang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...