Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Monday, September 28, 2009

Small kindness :)

~ Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~

Alhamdulillah, sudah 8 hari kita berada di bulan syawal yang mulia ini, apa khabar iman kita semua? Adakah semangat tarbiyah dalam universiti ramadhan telah kita lupakan? Bagaimana keadaan ibadah dan amal kita setelah ramadhan yang mulia berlalu? Adakah kita berjaya membuat perubahan dalam diri kita dan terus istiqomah untuk menjadi hamba yang dikasihi ALLAH?

Sepenuh kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi kerana tahun ini sekali lagi alhamdulillah, diri ini dapat beraya bersama keluarga tercinta, balik ke kampung halaman adalah yang paling dinanti sekali kerana kampung halaman bagiku adalah syurga duniaku :)

Disini ingin sekali berkongsi sedikit dengan satu peristiwa yang berlaku pada diri ini sendiri semasa 10 terakhir ramadhan.. alhamdulillah, ALLAH masih memberi peluang pada diri ini memperbaiki diri dan berkongsi dengan insan lain, satu peristiwa yang dianggap mudah tetapi sebenarnya mempunyai seribu satu hikmah

Al kisahla..

Setelah berada di kampung halaman, diri ini meminta abah untuk menghantar ke kedai buku. Niat di hati untuk membeli beberapa buah buku untuk dibaca sepanjang cuti. Masa itu kan pedang yang tajam, wajar dipergunakan sepenuhnya. Abah menurunkan ana disebuah kedai buku yang popular di bandar. Diri ini ditinggalkan seorang kerana keluargaku mempunyai urusan lain.

Sungguh teruja untuk membelek2 dan memilih buku. Ruangan kegemaranku sudah tentu yang berkaitan dengan cintaku yang satu~~ ISLAM :)
Sehinggalah ana sampai pada satu rak, ana terlihat sebuah buku kanak2 yang hiburan terpapar di atas lantai. Malangnya diri ini tidak memperdulikan buku tersebut dan hanya membiarkan di atas lantai. Pada hematku, biarlah pekerja kedai buku yang menyusun sahaja, aku punya tugas lain untuk memilih buku terbaik untuk diriku

Sehinggalah~~
Diriku terlihat seorang wanita yang penuh bergaya, berpakaian ketat, bermini skirt paras lutut, rambut rebonding gitu, berwarna coklat lagi malah wangian wanita itu bisa buat hidungku sesak! Wajahnya juga berwarna warni (make up sebenarnya)
Sesungguhnya kehadiran wanita ini mendapat perhatian ramai
Akhirnya wanita itu sampailah ke rak buku tempat diriku tadi
DAN!!

Wanita yang ternampak buku di atas lantai itu, mengutip buku itu dan menolong menyusun di dalam rak!

Diriku terkesima.. wanita yang penuh gaya, berjalan ala2 catwalk, sanggup untuk menunduk mengutip buku di atas lantai dan menyusunnya

waa...
Malu sungguh dengan diri ini.. diri ini yang membawa imej islam tetapi tidak memperlakukan seperti akhlak islam
Kenapa diri ini tidak ada niat untuk mengutip buku itu dan boleh terdetik untuk mengharapkan pekerja kedai buku?
Astaghfirullah al adzim..
Bukankah diri ini yang mengaku hendak berjuang sebagai daie?
Bagaimana boleh menjadi daie jika hal sekecil ini pun tidak terdetik dihatiku
Semoga ALLAH mengampunkan dosa dosa ku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Small kindness?

Jangan pandang ringan pada sekecil kecil amalan kebaikan kerana amalan kebaikan itu boleh mendapat barakah dan menjadi pemberat amal kita di akhirat nanti

Selalunya para daie lebih menumpukan kepada skop yang lebih luas, usrah diutamakan, segala penyampaian kepada mad'u hanya terhad di dalam masjid sahaja

Bukan ana katakan usrah itu tidak penting, malah usrah dan halaqoh merupakan nadi perjuangan

Tetapi mengapa tidak kita masukkan sedikit small kindness dalam perjuangan dakwah kita??

Sebagai contoh membuang ranting yang berada di tepi jalan agar insan lain tidak terhalang?
Mengutip sampah yang terlihat dan membuang sampah ke dalam tong sampah??
Malah menyediakan air untuk jamuan makan di surau?

Hadis Rasulullah S.A.W:

"Tidak ada seorang pun di kalangan kamu melainkan semuanya akan dihadapkan di hadapan Allah SWT (di Padang Mahsyar kelak). Maka di ketika itu tidak ada orang lain yang akan menjadi juru bicara antara keduanya (peguambela). Lalu orang yang dihadapkan di hadapan Allah akan melihat disebelah kanannya maka dia tidak melihat melainkan segala amal kebaikan yang pernah dilakukan semasa di dunia dahulu. Apabila dia melihat di sebelah kiri, maka dia tidak melihat melainkan dosa kejahatan yang pernah dilakukan semasa di dunia dahulu. Apabila dia melihat ke hadapan maka dia tidak melihat melainkan api neraka Allah SWT. (Oleh itu, wahai para sahabatku) Tanamkanlah perasaan takutmu kepada api neraka walaupun kamu hanya mampu bersedekah dengan sebelah buah tamar sahaja" (HR Bukhari & Muslim)

Malah tidak seharusnya kita memandang remeh dan rendah kepada mereka yang mempunyai kurang kefahaman dalam ISLAM atau kurang mengamalkan islam.. Sesungguhnya hidayah milik ALLAH, mana tahu amalan kecil yang dilakukan oleh mereka dengan ikhlas dapat melorongkan mereka untuk mendapat hidayah dan taufiq dari ALLAH dan mereka menjadi lebih baik dan mantap dari kita!

Apakah kesan small kindness ini kepada jalan dakwah kita?

Segala amalan yang dilakukan biarpun sekecil dan seringkas manapun semata mata untuk mendapat keredhaan ALLAH, nescaya ALLAH akan memberi pertolongan kepada kita juga

Dengan keikhlasan hati kita, maka mad'u akan lebih mudah tertarik untuk mendekati kita dan senang untuk berurusan dengan kita. Ukhuwah yang indah akan lebih mudah terjalin. InsyaALLAH, kita dapat menyampaikan risalah dakwah kita.. Dan sudah tentu mereka tertarik dengan keindahan ISLAM.. SubhanALLAH :)

Oleh itu sekecil kecil amalan, janganlah kita sia-siakan kerana kita semua berusaha untuk menuai hasil kita di akhirat nanti. Dunia ini hanyalah pinjaman untuk kita bercucuk tanam.. akhiratlah tempat untuk kita melihat hasilnya sama ada mendapat hasil yang masak dan ranum untuk memudahkan kita atau yang buruk dan busuk yang akan menjadi beban kepada kita

Wallahualam :)

0 ~pemberi cinta~:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...