Bismillahirahmanirahim..
Tetiba ilham untuk menulis datang lagi, setelah membaca entri dari ukhti tersayang, fateh.. http://fatehsultan.blogspot.com
Tajuk untuk entri kali agak unik kerana mengimbau memori yang mungkin sedikit lucu, sedikit pahit dan sedikit gembira. Walaubagaimanapun, cukup untuk kita mengambil ibrah terhadap segala aturan ALLAH.. pandanglah sesuatu perkara dengan mata hati.. nescaya bertemu hikmah yang dicari.
Berpengalaman mengikuti sebuah kem bersama sahabat sahabat memberi memori yang cukup indah. Biarpun bersama menanggung kesusahan dan keperitan semasa kem, namun kerana ukhuwah yang dibina atas kalimah LAILAHAILALLAH, diri ini dan sahabat sahabat bisa mengharungi kem yang boleh kira "tough and challenging"
Biar pelbagai rintangan, namun berjaya diharungi sehingga berjaya menamatkan kem yang cukup bermakna. Apabila kem telah selesai, terpancar sinar semangat baru dan kepuasan pada wajah sahabat sahabat sekalian. Berbekalkan dengan semangat baru itu jugalah, kita terus mengorak langkah dalam perjuangan ini.. malah semakin membara semangat perjuangan ini. Tahniah sahabat sahabatku!
Terdapat pelbagai peristiwa yang sukar dilupakan sepanjang kem ini berlangsung, terutama apabila setiap ahli akan dipanggil dan disuruh memberi tazkirah secara "adhoc". Tajuk tazkirah pula diberikan oleh pihak penaja. Apa lagi, pelbagai lah tajuk tazkirah yang diamanahkan dan sememangnya para sahabatku hebat hebat belaka.. bisa menghuraikan setiap tajuk yang diberikan dengan bernas
Dalam perjalanan mendaki bukit.. seorang sahabat diberikan tajuk "SERIUS"
Sememangnya sahabatku ini seorang yang jarang serius tapi menghiburkan. Maka, bergelak ketawalah kami kerana dia begitu serius menyampaikan tazkirah yang bertajuk "SERIUS". Namun di hati kecilku meyakini, pihak penaja punya matlamat sendiri. Mereka ingin melatih kami menjadi muslim super, yang tangkas berfikir dan bijak berhujah.. segalanya bukan sia sia
Pelbagai lagi tajuk tazkirah yang diberikan, antaranya adalah tiang lampu, sayur dan lesung batu,. Sahabat sahabatku begitu bijak menghuraikannya dan membangkitkan kesedaran biarpun se "simple" tajuk yang diberikan
Tiba tiba namaku diseru.. nervous juga.. diriku tidak pasti tajuk apa yang bakal diberikan
Alhamdulillah.. tajuk penampilan diri ku rasakan sesuai sekali dengan diriku. Sahabat sahabat yang lain pun berkata sedemikian.. Bagaimanakah agaknya mereka menentukan tajuk tazkirah yang diberikan?
Ini adalah sekadar sebahagian dari sebuah memori indah yang dilalui bersama sahabat sahabat sekalian. Biarpun hanya sekadar cerita biasa, namun setiap pengalaman itu adalah guru terbaik
~~ Daie hendaklah sentiasa bersedia, cukupkan ilmu di dada.. beranikan diri untuk berhujah dan menegakkan keadilan
~~ Indahnya berukhuwah kerana ALLAH, ingatlah sahabat dalam nadi dan doa rabithah mu, demi perjuangan ini
~~ Janganlah memandang remeh sesuatu perkara seperti tiang lampu atau lesung batu.. tidak ALLAH ciptakan sesuatu dengan sia sia.. maka berfikirlah.. otak diberikan untuk berfikir
~~ Jagalah penampilan diri sebagai seorang daie.. Jangan lupa mandi dan berus gigi (sedutan tazkirah penampilan diri ~_^)
POWER POWER POWER!!

Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang orang yang berperang untuk membela agamaNYA, dalam barisan yang teratur rapi, seolah olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh (61:4)
Biar pelbagai rintangan, namun berjaya diharungi sehingga berjaya menamatkan kem yang cukup bermakna. Apabila kem telah selesai, terpancar sinar semangat baru dan kepuasan pada wajah sahabat sahabat sekalian. Berbekalkan dengan semangat baru itu jugalah, kita terus mengorak langkah dalam perjuangan ini.. malah semakin membara semangat perjuangan ini. Tahniah sahabat sahabatku!
Terdapat pelbagai peristiwa yang sukar dilupakan sepanjang kem ini berlangsung, terutama apabila setiap ahli akan dipanggil dan disuruh memberi tazkirah secara "adhoc". Tajuk tazkirah pula diberikan oleh pihak penaja. Apa lagi, pelbagai lah tajuk tazkirah yang diamanahkan dan sememangnya para sahabatku hebat hebat belaka.. bisa menghuraikan setiap tajuk yang diberikan dengan bernas
Dalam perjalanan mendaki bukit.. seorang sahabat diberikan tajuk "SERIUS"
Sememangnya sahabatku ini seorang yang jarang serius tapi menghiburkan. Maka, bergelak ketawalah kami kerana dia begitu serius menyampaikan tazkirah yang bertajuk "SERIUS". Namun di hati kecilku meyakini, pihak penaja punya matlamat sendiri. Mereka ingin melatih kami menjadi muslim super, yang tangkas berfikir dan bijak berhujah.. segalanya bukan sia sia
Pelbagai lagi tajuk tazkirah yang diberikan, antaranya adalah tiang lampu, sayur dan lesung batu,. Sahabat sahabatku begitu bijak menghuraikannya dan membangkitkan kesedaran biarpun se "simple" tajuk yang diberikan
Tiba tiba namaku diseru.. nervous juga.. diriku tidak pasti tajuk apa yang bakal diberikan
Kamu bagi tazkirah tentang penampilan diriAik?? Penampilan diri?? Dia ni macam tahu je hobi aku apa atau dia tahu pasal busana muslimah tu??
Alhamdulillah.. tajuk penampilan diri ku rasakan sesuai sekali dengan diriku. Sahabat sahabat yang lain pun berkata sedemikian.. Bagaimanakah agaknya mereka menentukan tajuk tazkirah yang diberikan?
Ini adalah sekadar sebahagian dari sebuah memori indah yang dilalui bersama sahabat sahabat sekalian. Biarpun hanya sekadar cerita biasa, namun setiap pengalaman itu adalah guru terbaik
~~ Daie hendaklah sentiasa bersedia, cukupkan ilmu di dada.. beranikan diri untuk berhujah dan menegakkan keadilan
~~ Indahnya berukhuwah kerana ALLAH, ingatlah sahabat dalam nadi dan doa rabithah mu, demi perjuangan ini
~~ Janganlah memandang remeh sesuatu perkara seperti tiang lampu atau lesung batu.. tidak ALLAH ciptakan sesuatu dengan sia sia.. maka berfikirlah.. otak diberikan untuk berfikir
~~ Jagalah penampilan diri sebagai seorang daie.. Jangan lupa mandi dan berus gigi (sedutan tazkirah penampilan diri ~_^)
POWER POWER POWER!!
4 ~pemberi cinta~:
Benar, seorang daie harus sentiasa bersedia dan mempersiapkan dirinya dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan. Begitu juga seorang daie harus juga bersedia menerima pandangan pihak lain dengan berlapang dada supaya sifat emosional dan nafsu tidak menguasai hujah tatkala berhujah.
salam,
menarik betul kem ibadah ukhti..t.kasih krn berkongsi mengenai. Betul tu, dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Jika panggilan dakwah datang bila2 masa saja, dengan segera kita perlu jawab "yes, i am coming!".fianiv
alhamdulillah.. ya adalah sebuah memori yang sangat indah ... andainya bisa diulang =)
apabila diri rasa terluka dan lemah dalam gerakan dakwah ini.. memori ketika kem ini menggamit kembali.. cukup memberi kekuatan pada diri ini.. semoga berpeluang menyertai kem seperti ini lagi =)
as-salam.kalu yg lesung batu tu ingat x mcm mn perkongsiannya?
Post a Comment