Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Friday, May 28, 2010

Lollipop ku sayang,.,, menyubur cintaku di jalan dakwah ;)


Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
SubhanALLAH, Alhamdulillah, Allahuakhbar
mohon kemaafan kepada para pengunjung "salju sakinah". Hampir berhabuk dan bersawang blog ini rasanya. Kerana sedikit kekangan masa, salju sakinah terbiar begitu saja. Tidak.. hati ini amat merindukan dan mendambakan salju sakinah. Cuma tidak ada kesempatan untuk menulis.

Semalam telah berakhirnya Minggu Aluan Pelajar (MAP) untuk Pusat Asasi UNIMAS di mana diri ini berkesempatan untuk menjadi Liason Officer (L.O) buat pertama kalinya. Semasa minggu induksi iaitu minggu kursus untuk menjadi L.O, diri ini mengalami saat saat sukar. kerana jadual yang padat dan aktiviti yang berat Disebabkan kesihatan diri yang kurang baik dan mengalami kesan ubat yang kuat. Terkadang diri ini lemah. Bibir cepat kering, wajah cepat merah, badan cepat letih tetapi ALLAh tetap memberi peluang kepada diri ini untuk terus menghabiskan kursus induksi. Pernah terfikir untuk putus asa dalam menjadi L.O namun perancangan ALLAH itulah yang terbaik untuk hamba hambaNYA..

Bermulanya MAP Pusat Asasi UNIMAS di mana diri ini berpeluang bertugas sebagai unit pendaftaran dan fasilitator. Pada mulanya rasa kecewa kerana dalam hati kecil ini ingin sekali menjadi AJK Makanan :) kerana sudah menjadi sinonim dengan diri ini untuk bertugas dalam bidang makanan setiap kali majlis dan acara. Namun, ku sahut juga cabaran untuk menjadi fasilitator. Peraturan ALLAH itu terlalu indah sebenarnya.

"Bolej jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia baik buruk bagi kamu, dan ingatlah, ALLAH jualah yang mengetahui semua itu dan kamu tidak mengetahui" 216:2


Menjadi fasilitator bermakna diri ini akan berada dekat dengan pelajar pelajar cemerlang ini. Terasa rendah diri sedikit dan amat takut sekiranya diri ini tidak dapat menepati citarasa jiwa jiwa muda dan penuh semangat ini. Adik adik ini sebenarnya permata berharga yang perlu dijaga dan digilap untuk memastikan mereka terus bersinar. Layakkah diri ini? Apatah lagi ada antara mereka yang baru pertama kali berpisah dengan ahli keluarga, adakah diri ini berjaya menjadi fasilitaor yang baik dan bisa mengubat kerinduan mereka

Pertama kali mengenali adik adik ini, ku sudah melihat potensi yang ada dalam diri mereka. Mereka generasi muda yang penuh semangat, mereka generasi muda yang ghairah dalam mencari ilmu dan merekalah juga generasi muda yang menjadi pemangkin kepada perubahan. Alhamdulillah.. setelah beberapa hari bersama mereka.. ku terasa berasa dekat sekali dengan mereka. Ukhuwah yang terbina ini, ku pohon agar diredhai ALLAH dan dibersihkan dari segala kemaksiatan dan kemungkaran. Sesungguhnya diri ini telah jatuh cinta pada generasi muda ini. Bukan mempunyai niat lain tetapi jatuh cinta kerana semangat, kerana kekreatifan dan kebijaksanan mereka. Adik adik dibawah jagaan ku ini menggelarkan diri mereka sebagai lollipop maka gelaran "Mama lollipop" begitu sinonim dengan diriku. Malah aku lebih selesa menggelar adik adik ini sebagai anak anakku kerana ku terasa lebih dekat dengan mereka melalui gelaran sebegitu. Kekadang ku berasa penat, sedih, benci dan sakit sepanjang MAP ini, namun apabila ku melihat wajah wajah manis mereka, senyuman manis mereka, terdengar gelak ketawa rang mereka, terhibur dengan telatah lucu mereka... segalanya terasa indah. Adik adik harapan bangsa dan agama inilah yang menjadi pemangkin semangat ku untuk terus bekerja semasa MAP.. terima kasih!

Buat buat anak anak lollipop ku yang manis
Terima kasih kerana memberi kenangan manis buat mama sepanjang MAP ini..
mama ingin memohon maaf atas segala salah silap dan keterlanjuran bersama kalian
Mohon maaf juga sekiranya mama tidak menepati citarasa kalian
Mama berharap ukhuwah yang kita bina ini, diredhai ALLAH dan akan kekal selamanya
Semoga anak anak sekalian berjaya di dunia dan di akhirat.
Terima kasih sebab sudi panggil "mama" .. macam nak praktis saja.. :D
dan mama sudah merindui kalian ..........


0 ~pemberi cinta~:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...