Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Addict!!
Menghias blog!
Tukar background itu ini, tambah widget, tambah gadget, tukar lagu.. apa yang telah terjadi? x suka dengan background ni, tukar lagi, nampak background insan lain yang lebih cantik, tukar lagi, waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Di manakah niat sebenar untuk memblog? adakah kerana untuk mempamerkan blog siapa paling cantik? Nak menunjuk2? Di mana semangat seorang daie yang ingin berdakwah menggunakan mata penanya?
DIMANA?
APAKAH NIAT MU YANG SEBENAR ASIAH YUSRO? .. sejauh mana keikhlasan hatimu? adakah benar kerana ALLAH?
kenapa tidak ada entry yang baik untuk pengunjung blogmu? Kenapa mereka disantapkan hanya dengan background yang sering bertukar? dan bermacam-macam perkara pelik yang lain?, kenapa mereka disantapkan dengan hal peribadi mu?
Sedarlah asiah!,
bagaimanakah dikau hamba yang hina bakal menjawab didepan TUHANmu??
jangan sampai terlambat, gunakanlah peluang berblog sebaik mungkin
~ Blog bukan bertujuan menunjuk dirimu pandai, alim
~Blog bukan bertujuan untuk menjadi blog tercantik
~ Blog bukan bertujuan untukmu mengiklankan dirimu!
Jadikanlah blog sebagai wadahmu, mendekatkan diri pada TUHANmu, menyampaikan risalah agung TUHAN mu dan RASULNYA, berjihad pada kebenaran, menunjukkan kebatilan!
Kalimah syahadah terlepas dari mulutmu
Maka jatuhlah tanggungjawab sebagai seorang daie dalam dirimu!!
INGAT
NIAT TAK AKAN MENGHALALKAN CARA!!
"Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya" (Surah Ali-Imran, ayat 29)
"Siapa beramal kerana sumah (ingin didengari manusia) Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelekannya. Siapa berbuat riak, maka Allah akan menampakkan sifat riaknya itu (di depan makhluk)." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Tuesday, September 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ~pemberi cinta~:
Post a Comment