Thursday, September 17, 2009
Dari kerana mata!
~~Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~~
Hati: Dia memandangku, mungkinkah ada sesuatu? (malu)
Akal: Mungkin dia melihat sahabatnya yang berada di belakangku
Nafsu: Mesti dia melihatku, kerana kecantikan ku?
Syaitan: Mesti dia menyukai kamu, jika tidak, dia tidak akan melihat kamu begitu, alihkanlah pandanganmu kepadanya, tataplah dia sepuas hatimu!!
Iman: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."
[An nur; 31]
Duhai muslimah,
biasa menghadapi situasi begini? merasa diri kita diperhati? Mesti rasa tak keruan bukan, pelbagai persoalan bermain difikiran, apatah lagi, sekiranya mereka yang memandang itu sememangnya ikhwah yang diidamkan..
Muslimah,
Tidak pernah kah di kau terfikir, terdapat seribu satu bahaya daripada pandangan mata itu, ALLAH terlalu menyayangi mu, maka dengan itu kau diperintahkan untuk menundukkan pandangan mu.. pandangan mata itu bisa menjadi racun yang menggugat keimanan mu, iblis laknatullah bisa memainkan peranannya melalui racun pandangan itu dengan menggunakan busur kejahatannya untuk memanahkan rasa keasyikan pada dirimu dan ikhwah..
Muslimah mawar berduri,
Tidak kah dirimu risau, akan terlalai pada pandangan itu, sejauh mana kekusyukan solat mu sekiranya dirimu asyik dibayangi wajah ikhwah ( yang dikatakan mujahid sejatimu)? Dapatkah lagi kau peluk kenikmatan bercinta dengan Tuhanmu tatkala kau bangun di sepertiga malam? Bagaimana perjalanan dakwahmu wahai muslimah, bisa kah diri mu mempertajamkan gerak kerja mu sekiranya wajah yang bukan halal bermain dimatamu?
Semuanya bermula kerana mata!
Ikhwah,
tidak kah dikau melihat, pada siapakah ALLAH memberi perintahNYA terlebih dahulu?
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
[An nur: 30]
supaya engkau menundukkan pandanganmu, dan oleh itu.. tidak akan terlihat oleh mu, wanita yang bisa menjadi fitnah terbesar buatmu!
fikir2kan wahai ikwah wa akhowat ....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah ini bermaksud kita semua perlu membutakan mata kita? Tidak perlu untuk melihat, kerana takut tertipu dek panahan syaitan terhadap yang bukan berhak?
TIDAK!
Sejauh mana kita menundukkan pandangan kita, sejauh mana kita menjaga pandangan kita, sejauh mana kita menjaga hati kita, sejauh mana kita menjaga batas pergaulan kita,
itulah yang ingin disampaikan sebenarnya.
Tips untuk muslimah:
~~Apabila berurusan bersama AR RIJJAL, jangan sekali sekali pergi bersendirian kerana :
Seseorang lelaki dan seorang wanita itu tidak berdua- duaan melainkan keadaan syaitan adalah yang ketiganya."
~~ Apabila berkomunikasi bersama AR RIJJAL sama ada melalui telefon atau komputer, gunakan bahasa yang tegas, tidak perlu menghantai ikon senyum dan sebagainya, akhiri perbualan segera setelah urusan selesai..
"Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
[Surah Al-Ahzab 32]
~~ Jagalah aurat mu sebaik mungkin, sesungguhnya ALLAH terlalu menyayangi wanita dan menjaga diri kita dengan memerintahkan kita menutup aurat!
"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasanya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka…" [An nur: 31]
Tidak salah sekiranya kau ingin mencintai duhai muslimah ku sayang tetapi ingatlah hati mu milik siapa?
Serahkanlah hati mu kepada Tuhan sebelum kau menyerahkannya kepada hamba yang hina!
Luahanku: Hatiku milik TUHAN, untuk apa diserahkan kepada yang tidak berhak sebelum tiba masanya?
Labels:
~muhasabah diri~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ~pemberi cinta~:
aku rela dituduh sombong, jual mahal, mukak ketat oleh para ar rijjal daripada menyahut pandangan mata mereka.
:)
entry yang baik.
salam ukhti..
jazakillah kerana menulis post ini..
ana dulu sebenanya slalu confuse dgn perhubungan lelaki perempuan ni...
tapi skarang insyaAllah, ana dah faham..
ukhti bagi penjelasan yg sangat baik..
jazakillah skali lagi =)
moga Allah merahmati ukhti=)
Post a Comment