Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Monday, April 25, 2011

Haditsul Ifki: Peringatan buat sang bidadari




Perang Bani Mushtaliq juga dikenali dengan nama Perang Muraisi'. Perang ini terjadi dalam bulan syaban, tahun kelima Hijrah. Rasulullah SAW telah membina kubu peperangan di sekeliling sebuah telaga yang disebut telaga Murasi' berhampiran Nejed. Buqat pertama kalinya, kaum Munafiq menyertai jentera tentera ISLAM untun pergi berperang. Sesungguhnya, orang Munafiq adalah orang ISLAM yang khianat. Mereka menyertai peperangan kali ini kerana mereka berpendapat orang ISLAM akan menang mudah.

Seperti kebiasaan, Nabi Muhammad SAW akan mengundi para isteri yang akan menemani baginda berangkat ke medan peperangan. Maka, Aisyah Humaira telah terpilih untuk menemani Rasulullah SAW. Dalam perjalanan itu, sang bidadari Aisyah Humaira memakai seutas rantai yang dipinjam daripada saudaranya, Asma.

MasyaALLAH, ujian dan ketentuan ALLAH buat hamba hambaNYA yang redha. Rantai milik sang bidadari telah terputus di tengah jalan. Hal ini menyebabkan Aisyah Humaira berasa cemas. Ketika itu beliau baru berusia 14 tahun, maka tanpa berfikir panjang beliau telah meninggalkan pasukan ISLAM untuk mencari rantai tersebut.

"Sesungguhnya dalam perjalanan saya telah diusung oleh beberapa orang, Semasa saya sibuk mencari rantai yang hilang itu, maka datang beberapa orang telah mengangkat usungan saya. Mereka menyangka saya berada dalam usungan itu kerana sosok tubuh saya yang kecil dan ringan. Rombongan itu telah meninggalkan saya".

Dalam perjalanan pulang ke Madinah, orang Munafiq cuba menimbulkan kekacauan dengan menghasut kaum Ansar supaya tidak bersekutu dengan kaum Muhajirin. Mereka diseru untuk meninggalkan ISLAM dan menyingkirkan orang ISLAM. Kata kata orang munafiq telah diabadikan dalam surah al-Munafiquun, ayat 8:

"Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (daripada medan perang), sudah tentu orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang yang hina lagi lemah (pihak ISLAM..."


Nabi Muhammad SAW mendengar hasutan kaum Munafiq. Baginda keluar lalu bertanya, mengapa perkataan jahiliah masih juga ada? Apakah yang mereka inginkan?

Para Sahabat kemudian kemudian memberitahu Nabi Muhammad berkenaan apa yang terjadi antara kaum Muhajirin dan Ansar. Mendengarkan kata kata itu, pesuruh ALLAH berkata, " Tinggalkan kata kata itu. Sungguh, ia adalah keji."

Aisyah Humaira berjaya menemui rantai miliknya namun apabila beliau kembali ke tempat perkumpulan, pasukan muslimin telah berangkat pergi. Aisyah Humaira mengambil keputusan untuk menunggu sahaja di situ dengan berharap pasukan ISLAM akan menyedari kehilangannya. Aisyah Humaira menunggu sehingga keletihan dan tertidur.

Pada masa itu, Shafwan bin Mu'aththal as-Sulami adz Dzakwani memacu untanya dan melintas kawasan tersebut. Beliau terkejut melihat sekujur tubuh bersalut kain hitam. Shafwan telah mendekati Aisyah dan ketika beliau melihat Aisyah, beliau melafazkan " Innalillahiwainnalillahirajiun."Shafwan menundukkan untanya dan memberi isyarat agar Aisyah menaiki untanya. Beliau tidak mengucapkan sepatah kata sekalipun. Beliau memimpin unta yang dinaiki Aisyah. Begitulah Shafwan dan Aisyah berjalan pulang sehingga sampai di tempat pasukan Muslimin berehat pada siang hari panas. Hadis ini dicatatkan oleh Bukhari

Demikianlah kisah sebenarnya yang berlaku namun kaum Munafiq telah mengambil kesempatan untuk menabur fitnah ke atas ummul mukminin atas peristiwa ini. Kaum Munafiq yang hatinya sentiasa dikotori dengan perasaan hasad, berusaha untuk mencari jalan menghancurkan ummat ISLAM. Sekiranya di zaman Rasulullah SAW, peristiwa fitnah seperti ini bisa berlaku, apatahlagi di zaman kini yang serba canggih. Perhubungan rapat antara lelaki dan wanita dianggap sesuatu yang biasa mengikut peredaran zaman. Malah, lelaki dan wanita bisa bersenda gurau tanpa ada batasan. Adakah kita sudah terlupa bahawa diri kita ini yang bernama wanita merupakan fitnah terbesar di akhir zaman ini?



Apabila Abdullah bin Ubay melihat Aisyah berjalan kaki dengan lelaki yang bukan suaminya, dia segera mengambil kesempatan untuk memburuk burukkan Aisyah. Perbuatannya disokong oleh rakan sesama kaum munafiq.

Tuduhan ke atas kesucian seorang perempuan apatahlagi bergelar bidadari penyeri hidup tentulah amat memedihkan. Kebahagian rumah tangga bisa hancur dan kesucian diri diragui. Sang bidadari Aisyah Humaira tidak menyedari tuduhan yang berleluasa ke atas dirinya. Tuduhan ke atas dirinya telah diceritakan oleh Ummu Misthah dan akhirnya Aisyah meluru mendapatkan bondanya. Ummu Aisyah memohon agar dirinya bersabar atas ujian ALLAH ke atasnya.


Akibat tuduhan dan fitnah tersebut, Aisyah jatuh sakit dan menjadi tidak berupaya. Nabi Muhammad SAW menziarahi beliau namun tiada kelembutan sehingga Aisyah berasa kecil hati. Akhirnya, Aisyah meminta izin pesuruh ALLAH untuk kembali kerumah keluarganya.


Sudah tentu Ummul Mukminin bersih daripada semua tuduhan tersebut, namun Rasulullah SAW mahu membuktikan kebenaran Aisyah. Baginda telah mengadakan rundingan bersama para sahabat. Pelbagai cadangan yang diterima termasuklah untuk menceraikan Aisyah.


Nabi Muhammad meminta para sahabat untuk membersihkan nama baik serta keluarganya daripada tuduhan yang dilemparkan. Namun, perbalahan terjadi apabila setiap darinya saling menyalahkan antara satu sama lain. Kaum Munafiq tertawa sendiri melihat perbalahan umaat ISLAM kerana sikap mereka yang sememangnya keji.


Nabi Muhammad SAW datang menemui Aisyah dan berkata:
"Wahai Aisyah, sekiranya kamu bersih dari tuduhan itu, maka ALLAH akan membersihkan namamu. Tetapi, sekiranya kamu rasa sudah berbuat dosa, maka mohon ampun dan bertaubatlah kepada ALLAH SWT. Hamba yang bertaubat kepada ALLAH, maka ALLAH pasti mengampuninya."


Berderaian air mata sang bidadari Aisyah Humaira mendengar kata kata baginda, maka beliau pun menjawab:

"Demi ALLAH, tiada apa yang dapat saya ucapkan selain apa yang diucapkan oleh ayah Nabi Yusuf. 'Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik baiknya, dan ALLAH jualah yang dipohonkan pertolonganNYA, mengenai apa yang kamu katakan itu." (Surah Yusuf, ayat 18)
Tujuan Kaum Munafiq melemparkan tuduhan palsu ke atas Aisyah:
1) Mahu merosakkan serta mengaibkan nama baik ahlul bait serta keluarga Abu bakar as- siddiq

2)Mahu merosakkan keharmonian rumah tanga Nabi Muhammad

3) Mahu memusnahkan perpaduan orang ISLAM dan menanam benih benih perpecahan antara mereka

Kaum Munafiq berjaya mencapai matlamat mereka namun pertolongan dari ALLAH SWT membongkar niat jahat mereka sekaligus membersihkan nama Aisyah yang tercemar. Wahyu ALLAH SWT ayat 11 hingga 19 membersihkan semua tuduhan ke atas sang bidadari.

"Sesungguhnya orang yang membawa berita yang dusta itu ialah segolongan daripada kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukanya itu , dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyebarkan antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (dunia dan akhirat). Sepatutnya kamu mendengar tuduhan itu wahai orang yang beriman, lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri dan berkata. 'Ini adalah tuduhan dusta yang nyata.' Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi ALLAH adalah orang yang dusta. Dan jika tidak kerana adanya limpah kurnia ALLAH dan rahmatNYA kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan berita palsu itu; Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu berkenaan sesuatu yang tidak tahu kesahihannya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi ALLAH sangat besar dosanya. Dan sepatutnya semasa kamu mendenagr, kamu segera berkata: 'Tidaklah layak bagi kami memperkatakan tentang hal ini! Maha suci Engkau (Ya ALLAH daripada mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)!. Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan. ALLAH memberi pengajaran kepada kamu supaya kamu tidak mengulangi perbuatan ini selama lamanya, jika benar kamu orang yang beriman. Dan ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat ayat keterangan (hukum hukumNYA) kerana ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha bijaksana. Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat dan inatlah ALLAH mengethaui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

Manakalah ayat 23 dan 24 dalam surah yang sama menyebut:

"Sesungguhnya orang yang menuduh perempuan perempuan yang terpelihara kehormatannya yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan lagi beriman, akan dilaknat (oleh ALLAH) di dunia dan akhirat dan mereka pula akan beroleh seksayang besar; Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi ke atas diri mereka sendiri, berkenaan segala yang mereka lakukan."

Betapa mulianya kedudukan sang bidadari Aisyah Humaira apabila ALLAH SWT membelanya menerusi kalamNYA, wahyu yang diturunkan kepada ummat ISLAM. Perjalanan kisah fitnah yang melanda ummul mukminin tidak hanya memberi peringatan bahana fitnah sesama manusia tetapi juga peringatan utama buat golongan istimewa bernama wanita. Insan yang bernama wanita ini terlalu bernilai harganya namun dalam masa yang sama, harga diri wanita itu bisa jatuh ke tempat yang terendah sekali sekiranya tidak dijaga dengan sebaiknya.

Kisah yang tercatat dalam Al Quran ini diibaratkan pesanan ALLAH SWT buat kaum wanita bahawa diri kita sebagai wanita ini harus dijaga sebaik baiknya. Syaitan bisa mencari segenap arah untuk menjadikan wanita sebagai penyumbang ke arah kejatuhan ummah. Tangan wanita yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia tetap dalam masa yang sama juga bisa menghancurkan dunia. Saya pernah terbaca sebuah tulisan yang mengatakan bahawa wanita sebagai mahaguru alam. Kuasa mendidik dan membentuk dunia terletak di tangan seorang wanita. Namun sejauh manakah kita yang bergelar wanita sudah benar benar bersedia untuk menjadi bidadari yang mampu mengharumkan kembali wangian ISLAM di bumiNYA ini

Sesungguhnya betapa ummah zaman kini merindukan kebangkitan bidadari yang mampu membawa arus perubahan kepada ummah. Namun bidadari tersebut haruslah punya pakej selengkapnya iaitu keimanan dan ketaqwaan yang cukup sebagai bekalan dalam perjalanan perjuangan yang panjang. Siapakah bidadari tersebut? Adakah saya dan kalian?? Tepuk dada dan tanyalah iman mu................
Wallahualam



Tulisan ini kuhadiahkan buat anak kesayanganku, Aisyah marfuzah =). Kak Rasina dan Encik Baco jangan marah ya ^_^


P/s: Perjalanan ke Sandakan mendapat sedikit halangan....... doakan daku diberi kekuatan............

0 ~pemberi cinta~:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...