Alhamdulillah, rasanya sudah hampir dua tahun saya bersama mereka. Pada awal permulaan kebersamaan itu, saya memang mengalami kesukaran. Perbezaan fikrah dan pemahaman kadang kadang menimbulkan sedikit kepanasan dalam hati. Namun, hanya ALLAH yang mengetahui, kalimah istighfar seringkali meniti di bibir.
" Nak pergi mana pakai jubah, dari kenduri kahwin?"
"Dia ni memang suka pakai baju besar besar, alang alang lebih baik pakai selimut"
" Kamu pakai baju mengandungka?"
"Kesian kamu ni tak da kekasih, pergi dengan pesakit itu, orangnya pun kacak juga, boleh diajak bercinta"
Bermacam macam lagi situasi yang berlaku. Setiap kali saya cuba memberikan kefahaman, saya melihat respon yang kurang baik. Malah, kadang kala apa yang dikatakan itu menjadi bahan ejekan. Saya seringkali bermuhasabah diri, kekurangan yang ada dalam diri saya sehingga tidak boleh menjadi seorang daie yang baik.
Tatkala ini saya betul betul terasa terasing. Naluri saya seolah olah tidak mampu bertahan di sini. Tetapi saya pernah berjanji kepada ALLAH, saya tidak akan meninggalkan tempat ini tanpa melakukan meninggalkan sesuatu yang berharga.
Saya yakin bahawa saya dihantar ke sini kerana ada tugasan yang ALLAH titipkan buat saya. Cuma, saya sendiri yang tidak bisa melaksanakan dengan baik.
Sungguh saya melihat potensi yang pelbagai dalam diri mereka. Ada yang begitu tekun bekerja, bersifat lemah lembut malah lebih baik dari saya sendiri. Tetapi mengapa sukar sekali kefahaman ISLAM itu untuk dihadami??
Strategi dakwah yang dirancang tidak bisa dilaksanakan dengan agresif sebaliknya perlu lebih berperingkat kerana pemahaman kepada ISLAM itu terlalu jauh dan saya berasa bersendirian.
Saya teringat analogi iaitu seekor kambing yang meragut rumput lebih mudah dibaham serigala berbanding sekumpulan kambing yang lain'
Itulah situasi saya ketika ini
Kenapa saya begitu terasa keberseorangan itu??
Adakah saya patut mengalah dan meninggalkan tempat ini atau meneruskan tanggungjawab saya?
Saya tidak mahu digelar seorang pejuang yang berlari dari medan jihad.
Saya sayangkan saudara saudara seakidah kerana ALLAH
Syurga itu bukan untuk dihuni berseorang tetapi bersama insan insan yang lainnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kemungkinan kegagalan itu berpunca dari saya sendiri
Saya lupa bahawa saya hanyalah seorang hamba
Saya terlupa saya tiada kuasa untuk memusingkan hati hati itu
Saya hanyalah seorang gadis biasa
Saya tidak punya apa apa melainkan nyawa kurniaan ALLAH
yang lainnya hanya tinggal pinjaman.
Berkaitan ilmu agama, saya juga masih lagi dalam proses pembelajaran
tempoh 3 tahun ini belum cukup untuk menutup karat karat jahiliyah yang berlaku berbelas tahun sebelumnya
Kadang kadang saya teringat, kadang kadang saya terlupa
Sabar
itu yang perlu ada untuk saya
Menyeru insan insan mendekati ALLAH bukan mudah,
inikan kerja para nabi dan rasul?
Kita cuma hamba yang meneruskan perjuangan penyeruan itu
Benarkah saya seorang daie yang gagal??
Biarlah ALLAH yang menentukan,
kerana ALLAH tahu saya sedang belajar dan terus belajar
Biarpun kadang kadang saya berasa putus asa
saya berasa rendah diri kerana saya tidak bisa berbuat apa apa untuk agamaNYA
atas segala keterbatasan dan halangan yang berlaku
tetapi saya yakin
ALLAH punya pandangan dan perancangan yang terbaik untuk saya
YAKIN! ^_^
~ Izinkan aku beruzlah seketika ~
2 ~pemberi cinta~:
Itulah kehidupan dan perjuangan..semoga akak terus thabat..
selamat berpuasa
Post a Comment