Bismillahirahmanirahim
SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuakhbar.. Menghirup udara segar di malam hari, begitulah indahnya ciptaan Rabbku. Biarpun berasa kesunyian kerana sahabat sahabat "junior" sudah pulang ke kampung halaman, namun komputer riba menjadi teman setia. Ku kira sudah lama tidak bertinta di "salju sakinah" kesayangan ini. Diriku yang kerdil ini ingin memohon seribu kemaafan buat pengunjung "salju sakinah". Doakan diri ini diberi kekuatan untuk terus menulis, doakan diri ini terus ikhlas dalam penulisan ini.
Maaf juga ku pinta atas kekeliruan yang berlaku. Salju Sakinah adalah blog milik ku.. Asiah Yusro. Nama Salju Sakinah adalah bersempena dengan novel islamik pertama yang menyentuh jiwaku. Terima Kasih Encik Zaid Akhtar. Tulisan beliau yang begitu menyentuh hati dan insyaALLAH kerana keihklasannya dalam penulisan menyebabkan mesej di dalam cerita tersebut sampai tepat ke lubuk hatiku. Asiah Yusro bukan nama sebenarku. Asiah Yusro adalah nama penaku. Nama Asiah Yusro yang begitu indah ku ambil dari novel islamik yang memperkenalkan diri ini pada halaqah, pada dunia tarbiyah. Itulah dia novel "Tautan hati" karya Fatimah Syarha. Diceritakan dalam kisah tersebut, Asiah Yusro seorang srikandi dakwah yang berjuang dalam menyampaikan risalah islam. Ku sematkan nama Asiah Yusro sebagai nama pena ku kerana ku ingin sekali menjadi seperti dirinya, punya kecintaan yang begitu tinggi dalam dakwah. Dakwah itu bukan beban tetapi kecintaan!
Itulah sedikit mukadimah untuk tajuk yang ingin ku bicarakan. Sahabat sahabat yang ku kasihi kerana ALLAH,
mengharungi hidup ini sememangnya tidak lepas daripada kesusahan dan musibah. Itulah yang dinamakan fitrah manusia. Musibah didefinisikan sebagai perkara yang berlaku yang tidak disukai manusia seperti kematian, kesakitan dan kehilangan, Seringkali kita mendengar rungutan dan keluhan
Musibah itu merupakan mesej daripada ilahi. Renungilah sedikit hikmah di sebalik musibah iaitu dapat melatih kita bersifat sabar. SubhanALLAH.. betapa besar ganjarannya buat mereka yang sabar sahabatku sekalian kerana sabar itu adalah antara yang paling susah buat seorang mukmin. Selain itu, musibah juga dapat menyucikan hati daripada sifat sifat tercela. Ragam kita manusia yang lemah, apabila ditimpa kesusahan, baru lidah terasa ringan mencari ALLAH. semoga pencarian itu sebagai bentuk penyucian hati dari penyakit penyakit tercela ini.
Namun jangan kita lupa, kekadang musibah juga sebagai peringatan buat kita. Kita yang selama ini alpa dan lalai dan terlalu taksub pada dunia. Allah memberikan musibah agar kita manusia dapat mengambil pelajaran daripada musibah tersebut. Selain itu, musibah menjadi sumber pahala dan kebaikan. Dengan kesabaran dalam menghadapi ujian, ALLAH memberikan pahala yang berlipat ganda kepada insan tersebut. Lihat saja Rasul rasul yang menerima ujian dengan getir tetapi menghadapinya dengan penuh sabar dan mendapat gelaran Rasul ULUL AZMI (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Isa)
Bukan mudah untuk menulis berkaitan musibah. Apatah lagi buat diri yang kerdil dan berdosa ini. Namun, melalu tulisan ini sebagai peringatan pada diriku. Kekadang ku melalui saat saat getir. Keadaan kesihatan yang kurang baik menyebabkan emosi sering terganggu. Keadaan kesihatan ayah juga kurang baik, sekaligusmemberi impak besar pada diri apatah lagi peperiksaan besar juga kian menghampiri. Ini hanyalah serba sedikit yang bisa ku kongsikan di Salju Sakinah kesayanganku ini. Sekali lagi ku memohon seribu kemaafan andai artikel di sini kurang menepati citarasa pengunjung. Walau apa apapun, idea dan kekuatan untuk menulis itu datangnya dari ALLAH. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah :)
Sumber Rujukan: Majalah Solusi edisi ke 19
Gambar: Akhi Danang

"Mengapa aku yang ditimpa musibah ini?"
"Apalah dosa dosa ku sampai begini ujianku?"
"Asyik asyik aku sahaja yang ada masalah, tengok si dia tu, bahagia sahaja hidupnya"Rungutan dan keluhan sebegini adalah amat berbahaya. Mengapa? Rungutan sebegini seolah olah kita mempertikaikan kekuasaan ALLAH sedangkan ALLAh lah yang menentukan takdir dan jalan hidup kita. Adakah kita terlupa bahawa:
"Dia yang menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji siapakah dalam kalangan kamu yang terbaik amalannya." (Al mulk 67:2)Sudah tentu ada yang mengatakan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun, kita sebagai ISLAM, punya cara sendiri dalam berhadapan dengan musibah. Pengakuan syahadah kita adalah:
Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAHSekiranya benar yakin bahawa ALLAH itu adalah Tuhan, mengapa perlu mempersoal? Lihat zaman para nabi, setiap ujian diterima dengan penuh sabar kerana yakin ALLAH itu Maha Berkuasa. Kita hanya berpangkat hamba di dunia ini, sebagai hamba, redhalah dengan pemberian daripada TUAN kita kerana kita sendiri tidak mengetahui beribu ribu hikmah ayng tersembunyi.
Musibah itu merupakan mesej daripada ilahi. Renungilah sedikit hikmah di sebalik musibah iaitu dapat melatih kita bersifat sabar. SubhanALLAH.. betapa besar ganjarannya buat mereka yang sabar sahabatku sekalian kerana sabar itu adalah antara yang paling susah buat seorang mukmin. Selain itu, musibah juga dapat menyucikan hati daripada sifat sifat tercela. Ragam kita manusia yang lemah, apabila ditimpa kesusahan, baru lidah terasa ringan mencari ALLAH. semoga pencarian itu sebagai bentuk penyucian hati dari penyakit penyakit tercela ini.
Namun jangan kita lupa, kekadang musibah juga sebagai peringatan buat kita. Kita yang selama ini alpa dan lalai dan terlalu taksub pada dunia. Allah memberikan musibah agar kita manusia dapat mengambil pelajaran daripada musibah tersebut. Selain itu, musibah menjadi sumber pahala dan kebaikan. Dengan kesabaran dalam menghadapi ujian, ALLAH memberikan pahala yang berlipat ganda kepada insan tersebut. Lihat saja Rasul rasul yang menerima ujian dengan getir tetapi menghadapinya dengan penuh sabar dan mendapat gelaran Rasul ULUL AZMI (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Isa)
Bukan mudah untuk menulis berkaitan musibah. Apatah lagi buat diri yang kerdil dan berdosa ini. Namun, melalu tulisan ini sebagai peringatan pada diriku. Kekadang ku melalui saat saat getir. Keadaan kesihatan yang kurang baik menyebabkan emosi sering terganggu. Keadaan kesihatan ayah juga kurang baik, sekaligusmemberi impak besar pada diri apatah lagi peperiksaan besar juga kian menghampiri. Ini hanyalah serba sedikit yang bisa ku kongsikan di Salju Sakinah kesayanganku ini. Sekali lagi ku memohon seribu kemaafan andai artikel di sini kurang menepati citarasa pengunjung. Walau apa apapun, idea dan kekuatan untuk menulis itu datangnya dari ALLAH. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah :)
Sumber Rujukan: Majalah Solusi edisi ke 19
Gambar: Akhi Danang
3 ~pemberi cinta~:
salam ukhti...
jazakillah atas peringatan yg sangat bermakna..
moga2 dgn ujian yg didatangkan oleh Allah mendekatkan lagi kita kpdNya, dan bukan menjauh daripadaNya..yg penting, apabila diuji, beristghfar dan sabar..
ambillah iktibar dr kesilapan nabi yunus, yg megikut perasaannya dan tidak sabar dlm ujian, tetapi Allah ar-Rahman menyelamatkan baginda drpd kesilapannya..
moga2 Allah masih sudi menyelamatkan kita tatkala kita kurang redha dan tawakkal kepadaNya..huhu Astaghfirullah al Azim!!
Salam ukhti....
syukran atas perkongsian...terasa sedikit bersemangat utk bangun semula selepas membaca entri2 dalam blog ant..sungguh...manusia kdg2 lupa bahawa setiap musibah dalam kehidupan adalah tidak lain & tidak buka untuk membuatkan kita lebih akrab denganNYA...semoga kita tergolong dalam kalangan org2 sentiasa dibawah redha allah...Ameen ya Robb...
Sekali lagi, terima kasih atas tulisan yg ckup bermanfaat...
ana mohon utk link blog ant ke blog ana yea..utk perkongsian ilmu seterusnya...Ilalliqo'...
Untuk yang beriman,ini musibah,penghapus dosa.Di pihak penderhaka,ini bala,penyambung dosa.
Wal'iya zu billah
Post a Comment