Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Sunday, January 2, 2011

Kesaktian mu tidak pernah pudar...




Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah.. sepertinya tarian jari jemari semakin
mudah untuk menari di papan keyboard. Tulisan ini sekadar tulisan biasa, untuk berkongsi sedikit ketenangan hati dan kegembiraan yang di kecapi tika ini. Sebelum ini, mendapat 'Electric shock' dari ALLAH SWT, sehingga hidup menjadi sedikit tidak teratur, mutabaah amal terganggu, roh perjuangan semakin berpudar dan lazatnya bercinta dengan NYA pun semakin lama semakin malap. InshaALLAH.. fasa fasa getir itu berjaya di lalui dengan pertolonganNYA.

Baru baru ini berkesempatan berhubung dengan cermin cermin
saktiku yang bertebaran di seluruh bumi ALLAH. MasyaALLAH... terubat kerinduan. Ada yang ku hubungi melalui telefon, ada yang melalui sms dan juga melaluis skype. Silap ku sendiri kerana tidak memohon buah fikiran insan insan yang amat bermakna dalam hidupku ini. Teringat ketika detik perpisahan bersama mereka, betapa deritanya hidup. Sehingga air mata tidak henti henti ditumpahkan. Jika ada yang tidak memahami, mungkin akan berasa hairan, mengapa begitu kuat perasaan kepada kaum sejenis, adakah terdapat sesuatu yang abnormal?

Diriku ini seseorang yang normal cumanya kesaktian sahabat sahabatku ini yang membuatkan perasaan keterikatan ku bersama mereka begitu kuat. Diakui ketika di kampus, kami tidaklah selalu bersama, cumanya apabila tiba saat 'dating' atau halaqah cinta kami, kami berasakan itu adalah waktu yang paling nikmat. Dan sesungguhnya ikatan ukhuwwah kerana ALLAH itu, jika benar benar ikhlas, pasti terasa betapa indahnya. Sehinggakan diriku ini, terasa tidak mahu dipertemukan lagi dengan mereka kerana aku tidak sanggup menahan pedihnya perpisahan. Namun sebagai insan yang beragama, peganganku adalah kita semua tetap jua akan bertemu dengan perpisahan hakiki iaitu kematian. Maka, berusahalah agar kita ini bisa dikumpulkan semula disyurgaNYA nanti.

Beberapa akhwat yang ku kenali menasihati supaya tidak terlalu bersedih kerana berpisah dengan wanita wanita sakti ini. Kata mereka, inshaALLAH pasti ada pengganti. Aku mengakuinya bahawa walau di mana kita berada, selagi kita berada di jalan perjuanganNYA, selagi itu kita pasti dipertemukan dengan pejuang pejuang yang hebat. Tidak ku nafikan hal tersebut ya ukhti... Tetapi, perasaan kasih dan cinta buat insan insan yang mengenalkan ALLAH pada dirimu adalah berlainan sekali. Sehingga seringkali anak anak usrah ku menyatakan bahawa diriku ini selalu sahaja menyebut nama nama cermin sakti ini ketika memberi pengisian kepada mereka. Semoga apa yang disampaikan pada anak anak usrahku, segala kebaikan diberikan kepada cermin cermin sakti ini kerana merekalah yang ALLAH pinjamkan padaku, ketika diriku ini masih dalam pencarian.

Alhamdulillah, ALLAH swt tidak mahu diriku ini menjadi muslimat perjuangan yang manja. Tatkala diriku ini berasa asyik berjuang berada di bawah naungan kasih sayang sahabat tercinta, maka terjadilah perpisahan. Seringkali dalam hatiku terdetik menyatakan bahawa sesungguhnya diriku ini belum siap untuk berpisah dengan mereka. Aku masih ingin belajar, belajar dan terus belajar. Siapalah diriku ini untuk menilai sesuatu kerana seperti yang ku katakan sebelum ini, hanya ALLAH swt sahaja yang berhak menilai sesuatu. Setelah puas dimanjakan, akhirnya ALLAH menghantar diriku untuk berjuang berjauhan dari mereka.

Betapa pilunya hati ini, tiada lagi senyuman manis srikandi Umar, tiada lagi pujukan kasih sayang srikandi Abu Bakar, tiada lagi kelembutan srikandi Usman dan yang paling menyedihkan tiada lagi dia.... Srikandi Khadijah di sisiku. Tercari cari diriku, teraba raba diriku dalam meneruskan perjuangan. Alhamdulillah, sedikit kekuatan ALLAH pinjamkan untuk mencari pejuang pejuang sefikrah ditempat baru. Sememangnya rasa perjuangan itu semakin berbeza, apatahlagi sentiasa diuji dengan ALLAH SWT ketika mula melangkah. Tapi, bukan namanya seorang pejuang jika kita sentiasa berada di zon selesa bukan? Syukur... syukur...

Teringat ketika mula mula menyertai pejuang pejuang hebat di medan tarbiyah yang baru, seringkali dihamburkan persoalan

"Tak pernah dengar nama enti pun, tarbiyah
mana ya?"

"Enti tak pernah join sini ya?"

Lucu juga apabila difikirkan, sememangnya diriku ini bukanlah insan yang popular berbanding srikandi srikandi Ansorullah yang lain. Seringkali ku menyatakan bahawa '
biarlah si dia itu tidak dikenali oleh penduduk dunia atas kehebatannya dalam ditarbiyah atau kepimpinannya atau ketampanannya... cukup ALLAH sahaja yang mengenalnya kerana iman dan taqwanya'.

Maka sudah semestinya diriku ini ingin juga dikenali ALLAH SWT walaupun tidak dikenali oleh penduduk dunia. Kerana apa yang dipertaruhkan di akhiratNYA nanti bukan kejayaan menjadi yang terkenal di dunia tetapi yang paling nikmat adalah dikenali oleh Rasulullah SAW sebagai penyambung mata rantai pejuangannya. InshaALLAH.

InshaALLAH.... semoga ALLAH tuntun dan pimpin langkahku dalam mencari keredhaanNYA. Sesungguhnya aku hanyalah seorang wanita yang diciptakan dari sesuatu yang bengkok. Moga moga hidayah dan taufiq dariNYA dapat meluruskan diriku yang kerdil ini.

Buat srikandi srikandi kesayanganku... ketahuilah perpisahan dengan kalian adalah antara kepahitan yang berlaku dalam hidupku. Biarpun diriku ini tidak mengekspresikan secara zahirnya namun sesungguhnya batinku menjerit kesakitan kerana jauhnya dari kalian. Aku meyakini ALLAH SWT tidak mahu lagi aku menjadi pejuang yang manja kerana sebelum ini dikala aku keletihan melangkah, kalian sentiasa ada untuk menopang bahuku. Tetapi kini, kalian kurasakan sangat jauh untuk ku berlari dikala ku keletihan dan kesedihan tetapi terasa dekat sekali tatkala aku menangis mengadu padaNYA dalam tahajud cintaku.

Buat mu Srikandi Umar (Surianah Yahya @ asrarsafiyya.blogspot.com)




Ku hadiahkan mawar putih buat dirimu, yang tidak pernah jemu jemu memimpin langkahku.



Buatmu Srikandi Abu Bakar (Norashikin Samsudin @ shifwah88.blogspot.com)


Ku hadiahkan mawar ungu buatmu, yang tidak pernah jemu jemu memberikan naunganmu.



Buatmu Srikandi Usman (Ilhamimi Karim)


Mawar Hijau untuk dirimu yang tidak pernah jemu jemu memberikan kasih sayangmu.



Dan untuk yang paling istimewa, Srikandi Khadijah (Nadzirah Aslan)




Mawar Kuning untuk dirimu kerana segala galanya.



Dan terakhir sekali, diriku menghadiahkan diriku sendiri (Srikandi Hassan Al Banna .. hehe, perasan sikit)



Mawar Merah Jambu... moga roh perjuangan sentiasa menyegar dalam diriku ini =)


Sesungguhnya kesaktian kalian tidak pernah pudar... dan kesaktianmu sentiasa bersama samaku. Akan ku bawa bersama dalam nadi perjuanganku...

"SEKIRANYA KITA BERSAMA, PASTI ISLAM AKAN KITA TEGAKKAN"

TAKBIR!!

3 ~pemberi cinta~:

Sue Yahya said...

Salam...ukhti, ana juga merindukan perjuangan kita bersama.. pahit manis susah senang di harungi bersama..moga Allah temukan kita lagi..kalaupn bukan di dunia ini, tp lebih indah di akhirat sana..di syurgaNya andai layak buat kita..

Aisyah Ashiqin said...

Assalamualaikum, ukhtiku sayang...terharu ana membaca bingkisan hati yg tercoret di kanvas cinta ukhti ini...ana jua merasa kerinduan itu, tpaksa memujuk diri,ana x bleh mjadi cenggeng kerana hakikat perjuangan bukan hanya berada statik di satu fasa...kita mrangkak di kala yg lain telah berlari laju, insyaALLAH luka2 jatuh itu menjadi kenangan yg myuburkan hati kita,yg umat Islam pasti boleh...insyaALLAH ukhti, biar apa berlaku, yakinlah cinta ALLAH tidak pernah pudar untuk hamba-hambanya yang sentiasa berharap...Sayang Fillah...doakan kami disini =)

Nadrah Yusra said...

inshaALLAH wanita kesayanganku sekalian.... doakan diriku ini dapat berdiri teguh dalam perjuangan dakwah, terima kasih kerana selalu ada untuk diriku... biar terpisah jauh di mata.. tetapi deruan perjuanganmu begitu dekat di hati dan doa rabithah tu... ingatlah janji kita untuk saling mencari di syurgaNYA nanti...

"JIKA KITA BERSAMA, ISLAM PASTI KITA TEGAKKAN"

Ameen =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...