Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Tuesday, June 1, 2010

Cantikkah aku dimataNya


Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah.. diberi kekuatan untuk bertinta di "salju sakinah". Hati ini terlalu rindu untuk menulis. Namun kerana kekangan masa (atau alasan), membuatkan diri terasa tersekat. Salju Sakinah hanya dipenuhi dengan perkongsian istimewa dari karya insan insan lain yang sudah ku pohon kebenaran mereka. Sesungguhnya ALLAH itu pemilik segalanya. Allah jugalah yang mengurniakan kekuatan dan idea untuk menulis. Adakah mungkin selama ini hati tidak cukup ikhlas sehingga kehilangan upaya untuk menulis? Keikhlasan hati hanya ALLAH yang mengetahui.

CANTIK

Tidak tahu mengapa hati ini begitu menjerit menjerit untuk menulis berkenaan cantik. Wanita dan kecantikan begitu sinonim. Apatah lagi diriku... pengunjung tetap Salju Sakinah pasti mengetahui kisah silam ku yang penuh kegelapan. Tidak dinafikan, sewaktu dahulu aku seorang yang obses terhadap kecantikan. Kecantikan adalah segalanya. Namun, Alhamdulillah.. ALLAH telah menunjukkan JALAN yang diredhaiNYA.. baru sekarang ku sedikit mengerti kecantikan sejati seorang wanita muslimah.

Namun, kekadang timbul kerisauan di dalam hati. Bukan niatku untuk riak atau menunjuk nunjuk. Ku memohon ampun buat jiwa jiwa yang bakal terasa berkaitan tulisan ku ini. Aku juga mengharapkan dan memdambakan keampunan dari Rabbku.. Sesudah perubahan ini, ku masih berasa cantik itu sinonim dengan diriku. Astaghfirulllah al azim, ku masih menerima pujian dari teman teman malah ada teman teman yang berusaha untuk menjadi cantik sehingga berhabis habisan. Ya.. memang impian ku untuk menjadi muslimah yang cantik, bak kata diriku sebelum berubah dulu

Nanti kalau I pakai tudung, I nak jadi fashion icon muslimah!
Astaghfirullah al azim... bukan niat untuk menunjuk nunjuk.. ampunkan diriku Ya ALLAH tetapi aku tidak tahu.. mengapa setiap pemakaian ku, setiap cara dan gayaku menjadi bualan dan ikutan. Ah.. aku tidak mahu menjadi fitnah kepada dunia kerana wanita itu bisa menjadi perhiasan dunia malah bisa juga menjadi fitnah yang amat dasyat! Inginku tekankan disini.. aku harap diriku dan juga muslimah yang lain tidak terlalu mengejar gelaran cantik. Mengapa kita hendak cantik? Adakah kerana ALLAH?

Pernah membaca tulisan seorang ikhwan, yang sedikit berkesan juga di dalam hati. Katanya, perempuan mahu cantik untuk apa.. sudah tentu untuk dilihat lelaki kan. Sedangkan Fatimah A.s puteri kesayangan Rasulullah S.A.W sendiri menegaskan bahawa yang terbaik untuk wanita itu adalah tidak melihat dan tidak dilihat oleh lelaki lain.

Jiwaku menjerit rasa bersalah. Adakah corak pemakaianku yang menjadi pengaruh kepada sahabat sahabat lain sehinggakan ku berasa mereka terlalu ingin menjadi cantik sehingga cuba menjadi orang lain? Bagiku.. kecantikan sejati itu adalah apabila kita menjadi diri kita sendiri. Tidak perlu kita menjadi orang lain.

Menulis tajuk entri ini di Facebook.. mendapat komen dari seorang adik yang ku kenali semasa Minggu Aluan Pelajar Pusat Asasi UNIMAS

Bukan paras rupa menjadi ukuran tetapi hati yang suci keikhlasannya menjadi pilihan
SubhanALLAH.. komen yang berkesan dari adik fathihi.. terima kasih dik.. komen ini seolah olah menjadi pukulan keras buat kami wanita muslimah. Muslimah ku sejati, mengapa kita ingin cantik?
Mengapa kita ingin cantik?
Mengapa kita ingin cantik?

Berulang kali mengajukan soalan sebegini kepada rakan rakan. Memang diakui diri ini sangat suka pada kecantikan, dan bidang kecantikan sememangnya menjadi minat yang mendalam. Namun, adakah perlu kita terlalu mengejar kecantikan, terlalu obses dengan kecantikan? Jadilah diri kita yang sebenar.. jangan kita cuba meniru atau menjadi gaya orang lain..

Jangan kerana kecantikan dunia, kita gadaikan kecantikan di sisi ALLAH.. adakah pakaian kita mengikut syariat? Adakah batas pergaulan kita cantik? Adakah bacaan Al Quran kita cantik? Adakah solat malam kita cantik? Adakah ibadah sunat kita cantik?

Terasa lidah kelu untuk menjawab soalan soalan sebegini. Namun apabila ditanya, adakah anda punya jubah yang cantik? Adakah anda punya tudung yang cantik? Adakah anda mendapat pujian kerana baju anda cantik?

Terasa bangga untuk bercerita kepada teman teman,

" saya ada jubah yang cantik"
"saya juara busana muslimah"
"Ada orang puji baju saya sampai nak tengok baju saya lagi"
Kerana cantik.. perasaan riak akan tumbuh.. hati akan lalai dan seterusnya mati.. jadi muslimah ku sekalian.. yang mana satu pilihan kalian.. pujian dari manusia atau kecantikan di sisi ALLAH?

2 ~pemberi cinta~:

Anonymous said...

salam alaik ya ukhti
banyak yang ana dapt ilmu disini..
mohon izin artikelnya di copy ya..
syukran..=)

syifa' said...

assalamualaikum
syukran jiddan ukhti,
seronok jelajah blog enti...
byak sgt maklumat yg ana dpt...kathiran jiddan....
ana juge mohon keizinan u copy n d sebarkan artikel enti...
harap enti x keberatan....
smuge usaha ukhti n kita semua mndapt keredhaan Allah.
insyaallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...