Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Sunday, September 18, 2011

Indahnya menjadi seorang jururawat Muslimah

Soalan saya:

Assalamualaikum ustazah, saya bekerja sebagai seorang jururawat. Tetapi ustazah, apabila saya beritahu pekerjaan saya, ramai yang tidak dapat menerima kerana alasan mereka uniform jururawat yang tidak menutupi syariat dan kerja jururawat yang tidak tentu masa. Soalan saya, adakah pekerjaan jururawat tidak sesuai untuk muslimat yang aktif dalam usrah atau halaqah kerana uniform dan juga kerja tidak tentu masa yang membataskan perjuangan. Semoga ALLAH mengampuni dosa dosa saya, saya tidak berniat untuk riak tetapi kalau di luar waktu kerja saya memakai jubah dan tudung labuh. Mohon pencerahannya



Jawapan Ustazah Fatimah Syarha:

Waalaikumussalam wbt.
Salam sayang buat jururawat ummah yang dihormati.

Pekerjaan jururawat sungguh mulia.
Pekerjaan jururawat sungguh diperlukan.
Berkerja sebagai jururawat suatu ibadah umum yang boleh menuai banyak pahala.
Berkerja sebagai jururawat juga suatu perjuangan.

Saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya meniti hari-hari di hospital tanpa jasa dan pengorbanan seorang jururawat. Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengiktiraf betapa berhajatnya masyarakat kepada tenaga wanita berupa jururawat.

Tanpa jururawat, siapa yang akan menjaga jutaan muslimah di hospital lebih-lebih lagi di wad-wad OnG?

Tanpa jururawat, siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal? Kerja-kerja teknikal ini pula biasanya lebih diteliti diuruskan oleh seorang perempuan.

Tanpa jururawat yang berkesedaran Islam seperti ukhti, siapa yang akan bangkit memperjuangkan pakaian jururawat yang mesra syariah?

Tanpa jururawat berjiwa seperti ukhti, siapa yang akan memimpin usrah dan halaqah untuk para jururawat di sana lebih-lebih lagi yang sangat berhajatkan kefahaman Islam? Islam milik semua.

Semoga Allah memudahkan urusan keluarga semua jururawat di dunia ini yang banyak berjasa mengorbankan masanya demi masyarakat.

Semoga lebih banyak institusi-instusi sokongan keluarga yang akan bangun mengasuh anak-anak dengan lebih efektif agar para jururawat ini dapat terus menabur jasa.

Berkaitan pakaian, suami ana (Dr. Farhan Hadi) pernah mengatakan, dia menemui ramai jururawat yang melonggarkan pakaiannya, melabuhkan sedikit tudungnya dan tiada siapa berani mengambil tindakan apa-apa kepada mereka.

Semoga lebih ramai jururawat hari ini berjiwa berani seperti ini dan jururawat akan datang dapat menemui peluang berpakaian yang lebih baik.

Ukhtiku sayangfillah, rasa mulialah dengan tugas muliamu! Kami semua amat berhajatkan baktimu. Sudah tentu kami lebih bertuah, jika anak kami yang lahir disambut oleh seorang doktor atau jururawat yang jiwanya sangat cinta kepada Islam.:)

Untuk rujukan yang lebih lanjut, boleh rujuk link: Karier wanita dalam fiqih Al Qardhawi


Monologku: Termanggu seketika, tidak tahu hendak berkata apa, terasa ALLAH menghantarkan ustazah untuk melenyapkan kekusutan fikiran. ya ALLAH, sekiranya pekerjaan ini yang terbaik untuk akhirat, agama, tarbiyah dan perjuangan kami, ENGKAU kekalkanlah kami dalam pekerjaan ini, tetapi sekiranya pekerjaan ini menjauhkan kami dari rahmatMU, ENGKAU keluarkanlah kami daripadaNYA. Hanya rahmat dan redhaMU yang kami dambakan, bukan prasangka manusia yang juga hamba di sisiMU. Hanya ENGKAU yang MAHA MENGETAHUI keikhlasan hati kami dalam menegakkan agamaMU. ya ALLAH, jadikanlah diri kami sebagai instrumen dakwah kepada agamaMU jika ENGKAU memilih kami untuk istiqomah di dalam pekerjaan ini. Kuatkanlah hati kami dan teguhkanlah jiwa kami terhadap perjuangan ini. Jadikanlah kami jururawat muslimah yang ditarbiyah di jalanMU =) Allahuma AMeen

7 ~pemberi cinta~:

All about a journal said...

Assalammualaikum

Wah adik akak pun dalam bidang ni, tapi MA la.. Dia pun alhamdulillah perempuan yang menjaga aurat..

Cuma ceritanya, bila ada setengah prosedur tu, memang kena melipat lengan (tak boleh pakai handsock pun). Hmm sukarnya keadaan itu...

Qaseh Syahadah said...

Assalammualaikum UkhTi..HaNiM NAK MINTAK IZIN SHARE ENTRY INI COZ HANIM DI BAWAH JURUSAN YaNg sama..iZiN KAN SAYA???

Asiah Yusro said...

All about a journal

Tidak dinafikan kalau buat prosedur, memang kena sinsingkan lengan sebab takut terkena kotoran (dari segi bidang kejururawatan)contohnya memandikan pesakit dan sebagainya =)

Asiah Yusro said...

Qaseh Syahadah

Silakan ukhti, semuanya milik ALLAH =)

Qaseh Syahadah said...

ASSALAMMUALAIKUM..sYukran ya uKHtI...SAYA NAK SHARE DI BlOg saya..sudi2kan ziarah nanti...

nurul said...

salam.nice entry..persoalan ni selalu ada dalam otak saya bila saya gi hospital..kerja jururawat tu sangat bagus..nak jadi jururawat perlukan kesabaran tinggi..saya suka..tapi saya peliklah kenapa pakaian jururawat mesti mengikut bentuk badan??bukan semua instistusi jururawat,tapi kebanyakanlah diperhatikan...kenapa mesti ikut shape??dan kadang2 muat2 je baju..saya haraplah institusi dan jururawat sendiri lebih peka dalamhalni.Pengetahuan agama tu sangat penting dan amal untuk diselaraskan dengan pekerjaan..

Asiah Yusro said...

wasalam nurul... a]tidak dinafikan kebanyakkan nya memakai baju ketat tetapi tidak semuanya begitu. Mungkin ALLAH menakdirkan untuk mentarbiyah beberapa orang jururawat yang ada kefahaman agama supaya menjadi AGEN perubahan dalam bidang kejururawatan ini. Doakan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...