Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Saturday, September 8, 2012

Pilihan pesakit wanita

Bismillahirahmanirahim

Suasana di sebuah klinik

Seorang wanita muda berusia 25 tahun berdebar menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor. Wanita muda itu sengaja memilih klinik tersebut kerana klinik itu dikendalikan oleh seorang doktor wanita. Wanita muda itu lebih selesa berbicara berkaitan masalah dengan doktor wanita. Dia kurang selesa menggunakan istilah 'darurat' untuk berbicara masalah yang tidak terlalu teruk baginya. Selagi dia bernafas, dia berazam untuk mencari ikhtiar dan berkongsi dengan rakan sejantinanya. Akhirnya, namanya dipanggil, dia melangkah masuk ke bilik doktor dengan lafaz Bismillahirahmanirahim

Dalam bilik tersebut, kelihatan doktor wanita di pertengahan usia. Lantas wanita muda tadi duduk di hadapan Puan Doktor.

Doktor: Ya cik, ada apa apa masalah?

Wanita Muda: Sebenarnya saya demam dua hari lepas, dan lepas itu saya mengalami sakit belakang yang teruk.

Doktor: Bila kamu mula sakit?

Wanita Muda: Sebenarnya saya memang sudah lama sakit belakang, tetapi baru baru sahaja sakit belakang saya semakin teruk, dan lepas itu saya demam sehingga menggigil.

Doktor: Kenapa apabila sakit sangat baru jumpa doktor?

Wanita Muda: Sebab saya sudah tidak tertahan sakitnya

Doktor: Kamu buat apa, ada jatuh atau angkat barang?

Wanita Muda: Hari hari saya angkat orang

Doktor: Kamu angkat orang? Kamu kerja apa?

Wanita Muda: Saya staff nurse, saya kerja muldisplin wad, termasuk bahagian surgeri, jadi saya memang kena angkat orang lepas pembedahan.

Doktor: (Nada lebih lembut) Oh, kenapa kamu tak periksa kat hospital kamu sahaja?

Wanita Muda: Sebab hospital saya tiada doktor wanita, saya perlukan pendapat dari doktor wanita.

Doktor: Eh, pelik kamu ini, ada juga pemikiran macam ini ya? Kamu kerja kerajaan atau swasta?

Wanita Muda: Saya kerja swasta, tapi hari hari saya kena melakukan kerja kerja mengangkat pesakit, selain itu, hari hari saya perlu berlari lari kesana kemari apabila berlaku kecemasan seperti perlu melakukan CPR dan sebagainya.

Doktor: Kenapa kamu takut jumpa doktor lelaki?

Wanita Muda: Saya kurang selesa, saya ingin berikhtiar dahulu dengan doktor wanita.

Doktor: Saya rasa kamu ada masalah tulang belakang. Mungkin ada slipped disc. Untuk pengetahuan kamu, tiada pakar tulang wanita, semuanya lelaki, saya rasa kamu kena ubah pemikiran kamu, bukannya nak buat apa apa pun kan.

Wanita Muda: Saya sebenarnya sedang berusaha untuk mencari pelbagai pendapat.

Doktor: Saya rasa lebih baik kamu buat MRI (Magnetic Resonance Imaging) bahagian tulang belakang. Mari saya periksa kamu sekejap.

Doktor pun memulakan pemeriksaan ke atas wanita muda tersebut, setelah berpuas hati, doktor pun kembali ke tempat duduknya.

Doktor: Kaki kamu ada kebas?

Wanita Muda: Saya selalu mengalami di bahagian kaki kiri.

Doktor: Saya rasa kamu perlu membuat pemeriksaan lebih lanjut, takut nanti keadaan semakin teruk, selalunya Slipped disc ini tidak akan pulih sendirinya kecuali dilakukan rawatan ke atas disc tersebut. Satu lagi, mungkin kamu perlu bertukar bidang pekerjaan jika kamu tidak mahu keadaan bertambah teruk. Saya harap kamu boleh ubah pemikiran kamu, mungkin menerima doktor lelaki untuk memeriksa kamu. Semuanya untuk kebaikan kamu.

Wanita Muda: InsyaALLAH doktor, terima kasih atas segala nasihat.


Wanita Muda itu berada dalam dilema. Wajarkan dia meneruskan rawatan ke atas dirinya atau dia membiarkan sahaja kerana sakitnya itu kadangkala pandai datang dan menghilang. Namun, dia sangat menyayangi kerjayanya, dia takut jika keadaannya semakin teruk, dia tidak dapat meneruskan kerjayanya itu.

Di sini ingin saya kongsikan, sedikit maklumat yang saya perolehi daripada artikel Zuriat Berkat yang dikarang oleh Ustazah Noraslina Jusin.

Syeikh Abdul Azizi bin Baaz, bekas Mufti Besar Arab Saudi pernah menegaskan:

Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidap penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.
(Fatawa 'Aajilah li Mansuubi as- Sihah, hlm.29)

Jadi apakah pilihan yang ada buat seorang pesakit wanita?

Semoga ALLAH memberikan jawapan yang terbaik.......

Bersambung..

0 ~pemberi cinta~:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...