Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Monday, February 15, 2010

Akulah si penari itu


Bismilahirahmanirahim
Alhamdulillah, diriku masih diberi kekuatan untuk menulis di "salju sakinah" yang ku kasihi ini. Tentu antuna kehairanan melihat tajuk entri kali ini. "Akulah si penari itu". Sesungguhnya, pada suatu ketika dulu, diriku dan tarian tidak dapat dipisahkan. Malah boleh dikatakan, tarian itu sudah sangat sebati dengan diriku. Apabila ada sahaja majlis atau program yang memerlukan persembahan, diriku adalah yang paling awal menawarkan diri. Aku begitu berasa gembira dapat menghiburkan semua. Aku sentiasa menyukai busana busana tarian itu. Aku sentiasa menyukai solekan tebal itu. Dan aku sangat menyintai lengok tarian itu. Dancing is my life!. Bila dah lama diriku tidak menari, terasa ada sesuatu kekurangan dalam diri. Terasa hidup ini tidak lengkap. Tidak ada erti malu dalam kamus hidup ku untuk mempersembahkan tarianku. Tersenyum lebar di atas pentas.. sungguh lucu mengingatkan kisah itu. Dari tarian moden sampai tarian tradisional, semuanya ku sapu.. Itulah zaman kejahilanku.

Tidak dinafikan diri ini masih punya kerinduan untuk menari, apatah lagi itu sememangnya hobi dari kecil. Namun, ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. sentiasa membimbing hambaNYA ke jalan yang diredhaiNYA. ALLAH sangat menyayangi insan ciptaanNYA yang bernama wanita. Maka, DIA memerintahkan wanita untuk memelihara malu dan maruahnya. Ini kerana malu dan maruah wanita itu lebih tinggi nilainya. Penciptaan wanita itu amat indah sebenarnya dan itu adalah hadiah ALLAH yang amat istimewa kepada kita yang bernama wanita. Itulah sebabnya ALLAH mahu kita yang bernama wanita menjaga sebaik baiknya hadiah berharga ini. Kalau boleh biarlah kita yang bernama wanita ini elok terjaga dan terbalut rapi. Ada satu analogi, jika kita hendak membeli kuih untuk di makan, yang mana satukah pilihan kita? Yang sudah dihurungi lalat atau yang berbalut plastik? Sudah tentu kita memilih yang bermalut kerana mutu dan kualitinya masih terjamin. Begitulah wanita, sekiranya kita menjaga diri kita seeloknya, itulah muslimah yang berkualiti sebenarnya.

Tulisanku ini bukan untuk menyalahkan sesiapa atau menunding jari kepada sesiapa. Sekadar peringatan pada diriku yang kekadang tersisip perasaan rindu untuk menari di pentas dunia. Tetapi, adakah kita ingin menggadaikan tawaran untuk menjadi calon bidadari syurga semata mata untuk menjadi bidadari dunia yang akan pudar kecantikannya. Tentu sekali tidak bukan, malah tidakkah kita punya keinginan untuk menari bersama bidadari di syurga abadi? Malah, barisan bidadari cemburu pada kita kerana wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga. Tulisan ini untuk peringatan buat diriku yang sentiasa alpa dan lupa untuk menjaga diri. Moga diriku ini yang lebih awal berbuat demikian kerana mata dan telinga ini lebih hampir pada tangan yang menaip bait bait ini. Wallahualam


Khas untuk mereka yang bergelar muslimah.. Kerana Dirimu Begitu Berharga

Dirimu pembakar semangat perwira,
rela berkorban demi agama,
kau jadi taruhan berjuta pemuda,
yang bakal dinobat sebagai syuhadah,
itulah janji Pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga,
Bersemayam di mahligai bahagia,
Anggun gayamu wahai seorang puteri,
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri,
Untuk melakar satu wacana,
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga,
Menanti hadirnya seorang lelaki,
Untuk Menjadi bukti cinta sejati,


Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini,
Seorang Wanita bak bidadari,
Menghulurkan cinta setulus hati...








3 ~pemberi cinta~:

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

Assalamualaikum ya ukht..
Sesungguhnya hidayah itu hanya milik-Nya dan bersyukurlah dengan hidayah itu sekira kita memperolehnya kerana terpilih..

Semoga bersama kita isi setiap penjuru hidup dengan mengingati-Nya..untuk menjadi HAMBA terbaik :)

Masa itu akan terus berlalu, sedangkan kadangkala kita alpa kerana kita manusia, hanya insan yang mudah lupa, mari bersama kita ingat-mengingatkan :)

uhibbuki fillah :)

Ayid said...

Salam ya ukthi

Syukur allah telah memberi hidayah kepada utkhi. Kita doa kan supaya hidayah yang di kurniakan allah kekal hingga ke akhir hayat

September's Secret said...

assalamualaikum..
ana org baru lagi dalam dunia maya ni... alhamdulillah, selepas membaca entry yang ini ana rasa semangat ana kuat kembali.. ana salah seorang wanita yang berpurdah dan sentiasa menjadi bahan bualan orang sekeliling.. tapi ana berpegang pada yang ini
"jadilah manusia yg ghuraba' kerana islam datang dalam keadaan gharib, dan pada masa ini juga islam dipandang dalam keadaan yang gharib.."
jemputlah ke blog ana yg baru bernafas...
anablogalisme.blogspot.com
salam ukhwah fillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...