Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah, diberi ruang untuk sedikit waktu kerehatan apabila bakal bercuti panjang minggu ini. Sebenarnya waktu cuti ini diperuntukkan untuk bermukim bersama sama Guru Pasti Kawasan Sepanggar sempena kem Tautan Hati guru PASTI untuk tahun ini. Namun, perancangan ALLAH yang terbaik buat hambaNYA. Kem tersebut ditangguhkan sehingga selepas bulan syawal, InsyaALLAH
Alhamdulillah, penggantungan kepada ALLAH SWT adalah yang terbaik. Biarpun ruang gerak kerja sedikit terhad, namun sebagai seorang daie yang bijak, insyaALLAH akan sedaya upaya mencari ruang menyebarkan fikrah ISLAM. Peluang untuk menghadiri usrah bersama muslimat Sepanggar juga merupakan nikmat yang amat disyukuri oleh diri saya yang kerdil ini kerana kurangnya peluang untuk menghadiri program jemaah. Saya meyakini janji ALLAH SWT bahawa setiap yang berlaku pasti tersembunyi hikmah dari NYA yang MAHA BIJAKSANA. Saya meyakini bahawa terhadnya peluang itu pasti akan digantikan olehNYA untuk bersama JEMAAHNYA di Syurga nanti.
Isu yang hangat baru baru ini adalah berkenaan PERHIMPUNAN BERSIH. Sering saya bertanya di dalam hati, mengapakah ada sesetengah pihak yang kelihatan begitu FOBIA dengan perhimpunan ini. Apakah salahnya sekumpulan manusia yang berkumpul untuk menyuarakan suara mereka demi keadilan? Mereka tidak pernah sekalipun mengangkat senjata ataupun mengancam keselamatan ummah. Sebaliknya mereka bersatu untuk menunjukkan BULATNYA suara hati mereka.
'Kami merasakan hal ini perlu dibawa pada dialog atau perbincangan, bukannya perhimpunan'
Terdengar suara suara pihak yang mencadangkan agar perhimpunan ini ditukar menjadi sesi dialog. Namun bagi saya, perhimpunan ini adalah hasil daripada SUARA yang tidak didengari. Sekiranya mereka benar benar mahu memberi peluang untuk MENDENGAR, pasti mereka sudah melakukannya sebelum ini. Perhimpunan ini sebagai bukti bahawa, keadilan dan kezaliman tidak akan pernah duduk tersembunyi. Keadilan pasti ditegakkan dan kezaliman pasti hancur.
Melalui pemerhatian saya juga, kebanyakkan mereka yang tidak menyetujui PERHIMPUNAN ini adalah mereka yang kurang terdedah dengan isu semasa. Sumber maklumat hanya diperolehi dari satu pihak sahaja. Mereka juga lebih suka untuk berada di 'zon selesa' dan TAKUT keselasaan itu tercalar dan mereka tidak dapat menikmati hidup. Teringat saya akan pesan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud
Rasulullah SAW bersabda:Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh sebagaimana semut mengerumuni makanan.Sahabat sahabat bertanya:Apakah ketika itu kami sedikit ya Rasulullah??Rasulullah SAW menjawab:Tidak, bahkan kamu ramai tetapi hanya seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn.Sahabat sahabat bertanya lagi:Apakah penyakit wahn itu , ya Rasulullah?Rasulullah SAW menjawab: Penyakit cinta dunia..
Saya berasa gembira buat mereka yang ditangkap kerana perhimpunan BERSIH. Sekurang kurangnya mereka punya jawapan ketika ditanya oleh ALLAH SWT di akhirat kelak. Mereka sudah menjadi saksi satu revolusi kebangkitan ummah dan penangkapan itu akan menjadi saksi mereka kelak.
Tetapi bagaimana dengan diri saya? Apakah jawapan yang bisa saya lontarkan tika berhadapan MAHKAMAH AKHIRAT?
Adakah saya akan didakwa di MAHKAMAH AKHIRAT kerana berdiam diri atas penipuan yang berleluasa??
Adakah saya akan didakwa di MAHKAMAH AKHIRAT kerana membenarkan fitnah yang tidak munasabah??
Adakah saya akan didakwa di MAHKAMAH AKHIRAT kerana tidak membantu saudara saya yang berjuang kerana ALLAH menentang kezaliman??
Siapakah yang akan menjadi peguam, saksi atau pembela saya??
Kalian pula bagaimana....
1 ~pemberi cinta~:
setuju!
kebanyakan orang yg tak menyetujui bersih adalah mereka yg kurang membaca, kurang mengambil tahu, kurang mendengar, kurang menganalisis dan kurang berinteraksi tentang isu semasa.
welldone. gud writting! kipidap.
moga Allah redha.
Post a Comment