Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Monday, July 4, 2011

Bidadari... bangkitlah semula!

Bismillahirahmanirahim ...

Alhamdulillah, masih diberi nafas panjang oleh ALLAH SWT untuk kembali menghidupkan bidadari yang semakin kelam. Kesibukan dunia sekaligus membuat seorang manusia lupa akhiratnya. Moga kita tidak tergolong menjadi mereka 'Muslim yang mudah lupa'.

Sebenarnya sudah terlalu lama ingin mencari kekuatan untuk menulis. Akhirnya janji ALLAH SWT itu terbukti bahawa seorang daie itu akan diuji dengan setiap kata kata yang diucapkannya sendiri. Sekarang diri ini begitu berbangga melihat teratak teratak srikandi sahabiah seperjuangan yang dibimbing dahulu dalam dunia blogger semakin mantap dan berisi. Namun sebaliknya pula yang berlaku pada tuan punya badan ini yang semakin kehilangan ruh bidadari untuk berkata kata. Seringkali saya bertanya pada diri sendiri, di manakah diri saya yang dahulunya?

Setiap kali singgah sekejap di bidadari kesayangan saya ini, sayu rasa di hati. Sesungguhnya benar bahawa saya kini kehilangan momentum untuk menulis. Teguran dari seorang akhwat yang begitu hairan mengapa diri ini sudah lama tidak menghidupkan sang bidadari.Saya sebenarnya seorang hamba yang penuh kelemahan. Namun insyaALLAH, saya akan berusaha memperbaiki diri dan setiap teguran yang dilontarkan kepada saya, akan saya DIDIK hati saya yang masih keras ini untuk difikirkan secara positif. Maka, dalam tika waktu ini, saya cuba memberikan suasana yang baru pada bidadari kesayangan saya ini, agar saya lebih berselera untuk menghidupkannya semula.

Berkisar tentang cerita kehidupan saya, tidak dinafikan bahawa ehidupan semakin hari semakin mencabar. Apatahlagi di kala kita terlalu sibuk memburu kemanisan iman dan dalam yang sama kita pasti berasa pahitnya mujahadah. Hanya mereka yang meyakini janji ALLAH SWT sahaja mengetahui bahawa balasan mujahadah begitu nikmat di syurgaNYA kelak. Moga kita tergolong dalam mereka yang berjaya menemui janji TUHAN di sana nanti.

Pertemuan bersama Dr Z mengingatkan saya bahawa tidak semua apa yang kita inginkan akan diberikan oleh ALLAH. Apabila Dr Z memberitahu bahawa seorang ibu mungkin akan menghadapi masalah untuk mengandung atau melahirkan anak kerana kesan ubat yang dimakan oleh ibu tersebut cukup menyentuh hati saya. Apalah maknanya sebuah perkahwinan tanpa seorang zuriat. Semoga ibu tersebut terus tabah dalam memohon kepada ALLAH swt sepertimana tegarnya ibu maryam bersujud kepada ALLAH dalam mengharungi cabaran mengandungkan nabi Isa A.s. Pertemuan ini sering menghantui tidur malam saya kerana perasaan kasihan dan sedih atas nasib yang menimpa ibu tersebut. Allah Maha Mengetahui segala galanya, semoga segala urusan sang ibu dipermudahkanNYA.

Kadang kadang seringkali saya mengimpikan untuk menjadi rama rama yang indah. Agar saya terus dapat berterbangan bebas, menyanyi riang ke sana dan ke sini. Terasa lucu dengan diri sendiri yang mempunyai impian sebegitu. Namun apalah maknanya menjadi seekor rerama indah yang tidak mempunyai akal sedangkan diri ini diciptakan sebagai manusia yang cukup sempurna. Anugerah terindah adalah akal bersama pakej hidayah dan iman dalam kehidupan seorang manusia. Mungkin ALLAH tidak memberi kebebasan di dunia agar diri ini sentiasa terhijab dari penipuan dunia. MasyaALLAH, aturan ALLAH adalah yang terbaik.

Saya sedang bermujahadah MENDIDIK HATI bahawa segala ujian dan kesusahan yang ALLAH datangkan adalah untuk memberi sedikit kepenatan di dunia ini agar dapat menikmati REHAT yang sebenar benar nikmat di syurgaNYA. Cara memujuk hati ini adalah dengan berkata; Asiah Yusra, kesusahan di dunia hanya adalah sementara dan merupakan transisi sebelum ALLAH menjemput dirimu bertemu denganNYA. Maka, jangan sekali takut dengan segala kesusahan dan kesempitan yang mendatang kerana janji ALLAH adalah selepas kesempitan pasti ada kelapangan asalkan kita tergolong dari mereka yang beriman dan bertaqwa kepadaNYA.

Ingin saya kongsikan di sini, buat sahabiah sahabiah yang juga dihimpit kesusahan, kesakitan, kesempitan dan sebagainya. Tidak kiralah apapun puncanya sama ada kesempitan duit, tidak tercapai cita cita, hidup susah, putus cinta dan sebagainya. janganlah pernah putus asa kerana UMMAH merindukan KEBANGKITAN BIDADARI seperti anda.

Anda adalah seorang pejuang. Biarpun anda berasakan anda tidak layak, anda tidak hebat, anda bukan aliran agama, anda bukan seorang ustazah ataupun hafizah namun jika anda berjaya BERMUJAHADAH MENENTANG HAWA NAFSU dan BERILTIZAM BEKERJA UNTUK ALLAH maka andalah bidadari yang dirindukan oleh penduduk di langitNYA... InsyaALLAH...

Kata kata di atas sebenarnya ditujukan untuk diri sendiri kerana sering mudah berputus asa dan bersangka dengan manusia. Sebenarnya tatkala kesedihan menimpa, kita sering terlupa bahawa ALLAH telah membekalkan kita dengan dua senjata rahsia. Senjata 'EXTERNAL' adalah kekuatan luaran kita untuk berdepan dengan musuh agama dan menegakkan syiar ISLAM sedangkan senjata 'INTERNAL' adalah iman dan taqwa kita agar sentiasa hidup dalam pentarbiyahanNYA.

InsyaALLAH, moga diri ini banyak menangis ketika tahajud cinta di sepertiga malam agar mata ini menjadi lebih indah dari mata bidadari syurga ....

Wasalam

Saya wanita biasa...
Ummu Asiah Yusra......

0 ~pemberi cinta~:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...