~ Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~
Alhamdulillah, sudah 8 hari kita berada di bulan syawal yang mulia ini, apa khabar iman kita semua? Adakah semangat tarbiyah dalam universiti ramadhan telah kita lupakan? Bagaimana keadaan ibadah dan amal kita setelah ramadhan yang mulia berlalu? Adakah kita berjaya membuat perubahan dalam diri kita dan terus istiqomah untuk menjadi hamba yang dikasihi ALLAH?
Sepenuh kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi kerana tahun ini sekali lagi alhamdulillah, diri ini dapat beraya bersama keluarga tercinta, balik ke kampung halaman adalah yang paling dinanti sekali kerana kampung halaman bagiku adalah syurga duniaku :)
Disini ingin sekali berkongsi sedikit dengan satu peristiwa yang berlaku pada diri ini sendiri semasa 10 terakhir ramadhan.. alhamdulillah, ALLAH masih memberi peluang pada diri ini memperbaiki diri dan berkongsi dengan insan lain, satu peristiwa yang dianggap mudah tetapi sebenarnya mempunyai seribu satu hikmah
Al kisahla..
Setelah berada di kampung halaman, diri ini meminta abah untuk menghantar ke kedai buku. Niat di hati untuk membeli beberapa buah buku untuk dibaca sepanjang cuti. Masa itu kan pedang yang tajam, wajar dipergunakan sepenuhnya. Abah menurunkan ana disebuah kedai buku yang popular di bandar. Diri ini ditinggalkan seorang kerana keluargaku mempunyai urusan lain.
Sungguh teruja untuk membelek2 dan memilih buku. Ruangan kegemaranku sudah tentu yang berkaitan dengan cintaku yang satu~~ ISLAM :)
Sehinggalah ana sampai pada satu rak, ana terlihat sebuah buku kanak2 yang hiburan terpapar di atas lantai. Malangnya diri ini tidak memperdulikan buku tersebut dan hanya membiarkan di atas lantai. Pada hematku, biarlah pekerja kedai buku yang menyusun sahaja, aku punya tugas lain untuk memilih buku terbaik untuk diriku
Sehinggalah~~
Diriku terlihat seorang wanita yang penuh bergaya, berpakaian ketat, bermini skirt paras lutut, rambut rebonding gitu, berwarna coklat lagi malah wangian wanita itu bisa buat hidungku sesak! Wajahnya juga berwarna warni (make up sebenarnya)
Sesungguhnya kehadiran wanita ini mendapat perhatian ramai
Akhirnya wanita itu sampailah ke rak buku tempat diriku tadi
DAN!!
Wanita yang ternampak buku di atas lantai itu, mengutip buku itu dan menolong menyusun di dalam rak!
Diriku terkesima.. wanita yang penuh gaya, berjalan ala2 catwalk, sanggup untuk menunduk mengutip buku di atas lantai dan menyusunnya
waa...
Malu sungguh dengan diri ini.. diri ini yang membawa imej islam tetapi tidak memperlakukan seperti akhlak islam
Kenapa diri ini tidak ada niat untuk mengutip buku itu dan boleh terdetik untuk mengharapkan pekerja kedai buku?
Astaghfirullah al adzim..
Bukankah diri ini yang mengaku hendak berjuang sebagai daie?
Bagaimana boleh menjadi daie jika hal sekecil ini pun tidak terdetik dihatiku
Semoga ALLAH mengampunkan dosa dosa ku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Small kindness?
Jangan pandang ringan pada sekecil kecil amalan kebaikan kerana amalan kebaikan itu boleh mendapat barakah dan menjadi pemberat amal kita di akhirat nanti
Selalunya para daie lebih menumpukan kepada skop yang lebih luas, usrah diutamakan, segala penyampaian kepada mad'u hanya terhad di dalam masjid sahaja
Bukan ana katakan usrah itu tidak penting, malah usrah dan halaqoh merupakan nadi perjuangan
Tetapi mengapa tidak kita masukkan sedikit small kindness dalam perjuangan dakwah kita??
Sebagai contoh membuang ranting yang berada di tepi jalan agar insan lain tidak terhalang?
Mengutip sampah yang terlihat dan membuang sampah ke dalam tong sampah??
Malah menyediakan air untuk jamuan makan di surau?
Hadis Rasulullah S.A.W:
"Tidak ada seorang pun di kalangan kamu melainkan semuanya akan dihadapkan di hadapan Allah SWT (di Padang Mahsyar kelak). Maka di ketika itu tidak ada orang lain yang akan menjadi juru bicara antara keduanya (peguambela). Lalu orang yang dihadapkan di hadapan Allah akan melihat disebelah kanannya maka dia tidak melihat melainkan segala amal kebaikan yang pernah dilakukan semasa di dunia dahulu. Apabila dia melihat di sebelah kiri, maka dia tidak melihat melainkan dosa kejahatan yang pernah dilakukan semasa di dunia dahulu. Apabila dia melihat ke hadapan maka dia tidak melihat melainkan api neraka Allah SWT. (Oleh itu, wahai para sahabatku) Tanamkanlah perasaan takutmu kepada api neraka walaupun kamu hanya mampu bersedekah dengan sebelah buah tamar sahaja" (HR Bukhari & Muslim)
Malah tidak seharusnya kita memandang remeh dan rendah kepada mereka yang mempunyai kurang kefahaman dalam ISLAM atau kurang mengamalkan islam.. Sesungguhnya hidayah milik ALLAH, mana tahu amalan kecil yang dilakukan oleh mereka dengan ikhlas dapat melorongkan mereka untuk mendapat hidayah dan taufiq dari ALLAH dan mereka menjadi lebih baik dan mantap dari kita!
Apakah kesan small kindness ini kepada jalan dakwah kita?
Segala amalan yang dilakukan biarpun sekecil dan seringkas manapun semata mata untuk mendapat keredhaan ALLAH, nescaya ALLAH akan memberi pertolongan kepada kita juga
Dengan keikhlasan hati kita, maka mad'u akan lebih mudah tertarik untuk mendekati kita dan senang untuk berurusan dengan kita. Ukhuwah yang indah akan lebih mudah terjalin. InsyaALLAH, kita dapat menyampaikan risalah dakwah kita.. Dan sudah tentu mereka tertarik dengan keindahan ISLAM.. SubhanALLAH :)
Oleh itu sekecil kecil amalan, janganlah kita sia-siakan kerana kita semua berusaha untuk menuai hasil kita di akhirat nanti. Dunia ini hanyalah pinjaman untuk kita bercucuk tanam.. akhiratlah tempat untuk kita melihat hasilnya sama ada mendapat hasil yang masak dan ranum untuk memudahkan kita atau yang buruk dan busuk yang akan menjadi beban kepada kita
Wallahualam :)
Monday, September 28, 2009
Wednesday, September 23, 2009
Saya jatuh cinta!!
~ Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~
Sangat menyukai pakaian artis ini, berharap agar semua artis wanita dapat berpakaian seperti ini ..
~~ Jubah yang cantik menawan!
~~ Suka dengan lengan baju yang tertutup..
~~ Tudung yang labuh menutupi dada, pakaian labuh, warna lembut
~~ Mungkin dia bermakeup, tapi tetap jatuh cinta dengan kelabuhan tudungnya!
~~ Suka sangat dengan tudung dan bajunya! .. warna- warna polos menjadi pilihan!
~~ Inilah kegemaran ana!, :)
************************************************************************************
Siapa dia?
Pemegang watak anna althafunisa dalam filem ketika cinta bertasbih
Alhamdulillah, sememangnya menutup aurat bukan untuk filem saja.. tetapi dalam kehidupan sebenar
Mungkin ada unsur tabarruj.. tetapi lebih baik mendidik diri dengan melabuhkan pakaian kita, dengan memakai pakaian yang cantik2 agar kita mudah dan terus jatuh cinta dengan pakaian seperti ini malah akan istiqomah!,
"Allah itu indah dan sukakan keindahan"
Sahih Muslim [131]
Dan ingatlah, berpakaian gelap bukanlah pengukur nilai ketakwaan dan keimanan seseorang individu itu ..
Tetapi sekiranya kita berpakaian.. pilihla pakaian yang ikhlas menutup aurat, bukan berniat untuk menunjuk nunjuk ..
Malah sudah menjadi naluri wanita yang suka pada kecantikan... dan islam itu sendiri sebenarnya indah!
Luahan hatiku: Tidak aku gadaikan tawaran untuk menjadi bidadari syurga, semata mata ingin menjadi bidadari dunia yang akan pudar keindahannya,
P/s: Terima kasih kakcik, saya nampak gambar dia dalam blog kak cik :)

Tuesday, September 22, 2009
Addict!!!
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Addict!!
Menghias blog!
Tukar background itu ini, tambah widget, tambah gadget, tukar lagu.. apa yang telah terjadi? x suka dengan background ni, tukar lagi, nampak background insan lain yang lebih cantik, tukar lagi, waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Di manakah niat sebenar untuk memblog? adakah kerana untuk mempamerkan blog siapa paling cantik? Nak menunjuk2? Di mana semangat seorang daie yang ingin berdakwah menggunakan mata penanya?
DIMANA?
APAKAH NIAT MU YANG SEBENAR ASIAH YUSRO? .. sejauh mana keikhlasan hatimu? adakah benar kerana ALLAH?
kenapa tidak ada entry yang baik untuk pengunjung blogmu? Kenapa mereka disantapkan hanya dengan background yang sering bertukar? dan bermacam-macam perkara pelik yang lain?, kenapa mereka disantapkan dengan hal peribadi mu?
Sedarlah asiah!,
bagaimanakah dikau hamba yang hina bakal menjawab didepan TUHANmu??
jangan sampai terlambat, gunakanlah peluang berblog sebaik mungkin
~ Blog bukan bertujuan menunjuk dirimu pandai, alim
~Blog bukan bertujuan untuk menjadi blog tercantik
~ Blog bukan bertujuan untukmu mengiklankan dirimu!
Jadikanlah blog sebagai wadahmu, mendekatkan diri pada TUHANmu, menyampaikan risalah agung TUHAN mu dan RASULNYA, berjihad pada kebenaran, menunjukkan kebatilan!
Kalimah syahadah terlepas dari mulutmu
Maka jatuhlah tanggungjawab sebagai seorang daie dalam dirimu!!
INGAT
NIAT TAK AKAN MENGHALALKAN CARA!!
"Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya" (Surah Ali-Imran, ayat 29)
"Siapa beramal kerana sumah (ingin didengari manusia) Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelekannya. Siapa berbuat riak, maka Allah akan menampakkan sifat riaknya itu (di depan makhluk)." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Thursday, September 17, 2009
Dari kerana mata!
~~Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~~
Hati: Dia memandangku, mungkinkah ada sesuatu? (malu)
Akal: Mungkin dia melihat sahabatnya yang berada di belakangku
Nafsu: Mesti dia melihatku, kerana kecantikan ku?
Syaitan: Mesti dia menyukai kamu, jika tidak, dia tidak akan melihat kamu begitu, alihkanlah pandanganmu kepadanya, tataplah dia sepuas hatimu!!
Iman: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."
[An nur; 31]
Duhai muslimah,
biasa menghadapi situasi begini? merasa diri kita diperhati? Mesti rasa tak keruan bukan, pelbagai persoalan bermain difikiran, apatah lagi, sekiranya mereka yang memandang itu sememangnya ikhwah yang diidamkan..
Muslimah,
Tidak pernah kah di kau terfikir, terdapat seribu satu bahaya daripada pandangan mata itu, ALLAH terlalu menyayangi mu, maka dengan itu kau diperintahkan untuk menundukkan pandangan mu.. pandangan mata itu bisa menjadi racun yang menggugat keimanan mu, iblis laknatullah bisa memainkan peranannya melalui racun pandangan itu dengan menggunakan busur kejahatannya untuk memanahkan rasa keasyikan pada dirimu dan ikhwah..
Muslimah mawar berduri,
Tidak kah dirimu risau, akan terlalai pada pandangan itu, sejauh mana kekusyukan solat mu sekiranya dirimu asyik dibayangi wajah ikhwah ( yang dikatakan mujahid sejatimu)? Dapatkah lagi kau peluk kenikmatan bercinta dengan Tuhanmu tatkala kau bangun di sepertiga malam? Bagaimana perjalanan dakwahmu wahai muslimah, bisa kah diri mu mempertajamkan gerak kerja mu sekiranya wajah yang bukan halal bermain dimatamu?
Semuanya bermula kerana mata!
Ikhwah,
tidak kah dikau melihat, pada siapakah ALLAH memberi perintahNYA terlebih dahulu?
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
[An nur: 30]
supaya engkau menundukkan pandanganmu, dan oleh itu.. tidak akan terlihat oleh mu, wanita yang bisa menjadi fitnah terbesar buatmu!
fikir2kan wahai ikwah wa akhowat ....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah ini bermaksud kita semua perlu membutakan mata kita? Tidak perlu untuk melihat, kerana takut tertipu dek panahan syaitan terhadap yang bukan berhak?
TIDAK!
Sejauh mana kita menundukkan pandangan kita, sejauh mana kita menjaga pandangan kita, sejauh mana kita menjaga hati kita, sejauh mana kita menjaga batas pergaulan kita,
itulah yang ingin disampaikan sebenarnya.
Tips untuk muslimah:
~~Apabila berurusan bersama AR RIJJAL, jangan sekali sekali pergi bersendirian kerana :
Seseorang lelaki dan seorang wanita itu tidak berdua- duaan melainkan keadaan syaitan adalah yang ketiganya."
~~ Apabila berkomunikasi bersama AR RIJJAL sama ada melalui telefon atau komputer, gunakan bahasa yang tegas, tidak perlu menghantai ikon senyum dan sebagainya, akhiri perbualan segera setelah urusan selesai..
"Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
[Surah Al-Ahzab 32]
~~ Jagalah aurat mu sebaik mungkin, sesungguhnya ALLAH terlalu menyayangi wanita dan menjaga diri kita dengan memerintahkan kita menutup aurat!
"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasanya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka…" [An nur: 31]
Tidak salah sekiranya kau ingin mencintai duhai muslimah ku sayang tetapi ingatlah hati mu milik siapa?
Serahkanlah hati mu kepada Tuhan sebelum kau menyerahkannya kepada hamba yang hina!
Luahanku: Hatiku milik TUHAN, untuk apa diserahkan kepada yang tidak berhak sebelum tiba masanya?
Monday, September 14, 2009
Biarlah ghuraba..
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang
~~Mereka: Ukhti, pelik enti ini, memakai pakaian terlalu labuh, tidakkah enti rimas berimej sebegini? Sekarang fesyen tudung **** sedang popular, mengapa tidak saja enti mencubanya kerana tudung enti ini terlalu labuhnya~~
Aku dikatakan tidak pandai berfesyen, tidak mengikuti perkembangan semasa malah tidak pandai memilih imej yang sesuai dengan diriku~
Firman ALLAH: “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ”( QS Al Ahzab :59)
~ Mereka: Ukhti, oleskan sedikit gincu di bibir mulusmu, kamu kelihatan begitu pucat seperti mayat hidup! Pelik dilihat orang, Ambil gincu jenama *****, warna terbaru ya ukhti, kamu akan kelihatan lebih berseri ~
Aku tidak tahu jenama makeup terbaru di pasaran, warna yang sedang 'IN" , aku tidak pandai menconteng wajahku dengan warna - warna kepalsuan malah gincu itu pun tidak pernah ku kucupkan ke bibirku
Firman Allah : “Katakanlah kepada wanita yang beriman ,Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya”( QS An Nuur : 31)
~ Mereka: Ukhti, kamu berpakaian sebegini, tidakkah kamu takut tidak ada ar rijjal yang akan tertarik pada dirimu nanti? Kerana ar rijjal sekarang lebih tertarik pada an nisa yang bisa menyerlah dan memukau pandangan mata mereka~
Ya ukhti, aku tidak pernah risau kerana aku yakin mujahideen sejati itu tidak akan pernah akan tertarik dengan kecantikan dunia.. yang dinantinya adalah seorang mujahidah yang bisa menjaga dirinya seindah mawar berduri
Firman ALLAH "Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik ….” (QS An Nuur :26)
Biarla diriku ghuraba! selagi aku melestarikan syariat ISLAM dan sunnah RASUL ku!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~Entry kali ini ditujukan buat mereka yang ghuraba. siapakah mereka si ghuraba ini? Ghuraba adalah terdiri dari pemuda-pemudi yang menjadikan Allah tujuan hidup mereka, Rasul menjadi ikutan mereka dan Alkitab (Al-Qur’an dan Sunnah) sebagai pegangan mereka.
Persoalan disini, berapa banyakkah kita sebagai golongan yang merasakan diri sebagai golongan muslimah ini sanggup menjadi ghuraba? Menjadi asing dan dagang di tempat sendiri kerana melestarikan syariat ISLAM? Berapa ramai kita sebagai muslimah ini benar-benar melabuhkan pakaian kita, melabuhkan tudung kita, menundukkan pandangan dan menyembunyikan perhiasan kita?
Wahai akhowat, tidakkah kita ini muslimah yang mudah lemah bila berdepan dengan mehnah dan tribulasi dalam perjuangan dakwah kita? Bila mendapat ancaman dan teguran, diri ini mula down, mula rasa berkecil hati, bila mendapat tentangan, diri ini mula rasa takut. Bilakah kita bisa menjadi ghuraba?
Jangan hanya tahu bertepuk dada, tetapi gunakan minda untuk menganalisa, gunakan iman untuk menjawabnya

Mereka tidak sedikitpun rasa gentar terhadap sebarang ancaman yang datang dari mulut-mulut dan tangan-tangan manusia yang hina lagi zalim.
Mereka amat yakin untuk melestarikan syariat ISLAM sehinggakan tahap keyakinan mereka ini susah untuk digugat dan mereka sanggup berkorban masa, harta hatta nyawa sekalipun demi menegakkan syiar ISLAM.
Persoalan disini, berapa banyakkah kita sebagai golongan yang merasakan diri sebagai golongan muslimah ini sanggup menjadi ghuraba? Menjadi asing dan dagang di tempat sendiri kerana melestarikan syariat ISLAM? Berapa ramai kita sebagai muslimah ini benar-benar melabuhkan pakaian kita, melabuhkan tudung kita, menundukkan pandangan dan menyembunyikan perhiasan kita?
Wahai akhowat, tidakkah kita ini muslimah yang mudah lemah bila berdepan dengan mehnah dan tribulasi dalam perjuangan dakwah kita? Bila mendapat ancaman dan teguran, diri ini mula down, mula rasa berkecil hati, bila mendapat tentangan, diri ini mula rasa takut. Bilakah kita bisa menjadi ghuraba?
Jangan hanya tahu bertepuk dada, tetapi gunakan minda untuk menganalisa, gunakan iman untuk menjawabnya
Saturday, September 12, 2009
Salju yang mendamaikan
Salam alaik, alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, setelah sekian lama berniat, akhirnya "salju sakinah dilahirkan pada 22 ramadhan... Apa khabar iman di 10 hari terakhir ramadhan ini? Bagaimana dengan pencarian malam lailatul qadar.. semoga kita semua berada dalam redhaNYA.
Alhamdulillah, ALLAH telah melorongkan hati ini untuk melahirkan salju sakinah, biarpun hati ini tidak tahu dan tidak pasti malah rasa tidak layak untuk melahirkan entry sebegini, tetapi ketukan hatiku begitu kuat. Melihat keazaman akhowat yang lain menajamkan mata pena mereka, menyebarkan risalah ISLAM, membuat daku terpanggil untuk melahirkan salju sakinah.
Mendapat pesanan ringkas daripada akhowat pagi tadi yang turut menitipkan peringatan berkenaan sabda Rasulullah S.A.W :
"sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat"
membuat daku terkesima, terfikir, apaka wadah terbaik buat aku yang serba tidak tahu ini untuk menyampaikan risalah MU yang maha sempurna YA ALLAH.. Namun di hati ini, turut tercalit seribu kerisauan.. sesungguhnya diriku yang serba lalai ini mudah alpa.. bagaimana sekiranya aku hanya pandai menulis dengan ayat yang berjela-jela, pandai berkata kata panjang lebar tetapi segala galanya hanya indah khabar dari rupa.. Astaghfirullah al azim! Ampunkan aku YA ALLAH ...
Ingatkan antunna semua berkenaan bagaimana ALLAH S.W.T memperlihatkan Rasulullah berkenaan seksaan bagi mereka yang cakap tak serupa bikin ini.
~Rasulullah diperlihatkan mengenai satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. ~
Naudzubillah minzalik! ..
Kenapa dinamai Salju Sakinah?
Kerana keindahan salji itu sendiri, berwarna putih, mendamaikan suci, begitulah diibaratkan hati yang suci, bersih dan damai.. tidak ada tompok tompok kebencian yang bisa mencacatkan kesucian hati itu sendiri.. Oleh itu, mari kita sama2 menjaga hati kita, cuci dan bersih hati kita.. agar bisa hati kita menjadi seputih salju yang mendamaikan .. Wallahualam
InsyaALLAH, entry di salju sakinah cuba sedikit relax dan santai.. apatahlagi diriku telah ditegur oleh seorang sahabat tentang diri ini yang terlalu memberi entry yang berat sehingga sukar untuk difahami.. maafkan diriku wahai sahabat :)
Kalamku berakhir disini, Moga berjumpa lagi dientry akan datang .........

Subscribe to:
Posts (Atom)