Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Tuesday, December 28, 2010

Aku bukan Srikandi Solehah


Bismillahirahmanirahim
Berkali kali ku cuba mencoretkan sesuatu pada 'bidadari' kesayanganku ini. Dan tika itu juga diriku kematian kata kata di pertengahan jalan. Ah, siapalah diriku untuk mengeluh. Benarlah kata kata seorang sahabat bahawa kekuatan untuk menulis itu datang bersama kekuatan iman. Di akui kini rasa kelemahan iman membina pada diri setelah mendapat 'kejutan' daripada ALLAH SWT. Aku tidak mahu menjadi manusia yang tidak redha dengan ketentuanNYA. Namun aku juga insan biasa. Jiwa ini juga kadang kadang bertanya, mengapa aku? Biar apapun penilaiannya, biarlah semuanya kerana ALLAH. Aku ini bukanlah manusia kalis dosa. Yang daku harapkan secebis belas dariNYA untuk menerima taubat dan perjuanganku demi menebus kesilapan silam.

Alhamdulillah, ALLAH SWT sentiasa memberi yang terbaik buat hamba hambaNYA termasuk jugalah diriku yang kerdil di sisiNYA. Yang ku harapkan cuma diriku ini menjadi solehah di sisiNYA. Aku tidak ingin sekali menjadi solehah di mata manusia. Bagiku, manusia itu tidak punya hak untuk menilai kerana kita ini hamba yang lemah. Segala kekurangan dan kelebihan kita sendiri sudah membuktikan bahawa kita ini hak milik Pencipta yang agung.

Seringkali kita terasa obses untuk memiliki sesuatu sehingga kita lupa bahawa kita kita bukanlah pemilik sebenarnya. Tahukah kalian bahawa kita ini hanya berstatus seorang 'PEMINJAM'? Sedangkan ALLAH SWT itu adalah pemilik hakiki. Dan biarlah DIA sahaja yang menentukan pemiliknya. Setiap jasad, kata kata, ilmu yang kita miliki sebenarnya bukan kepunyaan kita. Segalanya hanya pinjaman dan pada bila bila masa sahaja, jika DIA mengkehendakinya, kita bisa kehilangan segalanya. Betapa daku merasakan ALLAH telah menarik nikmat semangat perjuangan dan kemanisan mencari redhaNYA dari diriku. Apa yang aku takuti bahawa diriku ini tidak berasa ikhlas untuk berada dalam landasan perjuangan kerana aku gusar pada penilaian manusia yang hina.

Teringat pesanan seorang sahabat,
nilailah tahap keikhlasanmu, sejauh mana dirimu benar benar menginfakkan diri dijalanNYA. Sesungguhnya keikhlasan itu ada tiga tahap:

Yang pertama, tatkalau kau melakukan sesuatu kerana takut akan neraka ALLAH.
Yang kedua, tatkala kau melakukan sesuatu kerana syurgaNYA
Yang ketiga, tatkala kau melakukan sesuatu semata mata keranaNYA. Dirimu ini tidak mengira apa sahaja balasan dariNYA kerana dirimu meyakini bahawa apabila kita mencintai, kita sedia menerima balasan apa sahaja dari sang KEKASIH AGUNG.

Pesanan ini cukup untuk membuatkanku untuk bermuhasabah diri. Diriku ini takat yang macam mana. Yang paling ku khuatiri adalah diri ku ini tidak mampu mencapai mana mana tahap keikhlasan kerana aku berbuatkan sesuatu untuk mendamba perhatian manusia hina. Betapa banyak kata kata yang ku hamburkan pada 'muka buku' atau teratak kesayanganku ini semata mata kerana ALLAH atau kerana manusia?. Malah yang lebih menggusarkan betapa banyaknya dosa yang ku tanggung kerana riak dan ujub yang tumbuh dalam diriku.

Maka pesananku, nilailah sesuatu itu dengan hati yang beriman. Jangan mudah mempercayai solehahnya atau solehnya seseorang itu hanya melalui kata kata yang dibicarakan. Sedangkan ingatlah bahawa, pilihan Salahuddin Al Ayubi itu sendiri bukan yang lincah bermain senjata atau petah berkata kata, sebaliknya pejuang pejuang yang istiqomah tahajudnya. Katanya mahu jadi Srikandi Hassan Al Banna, namun ambilnya hanya pada semangat perjuangan, tetapi tidak pada amalannya.

Diriku ini tertarik dengan dialog dalam drama di televisyen yang ku tonton. Wanita itu di'cop' sebagai ahli neraka kerana dia pernah memperdagangkan tubuhnya biarpun wanita itu telah bertaubat. Jawapannya:

"Sekiranya ALLAH sudah menakdirkan saya menjadi ahli neraka, saya redha kerana saya yakin nilaian ALLAH itu adil, tetapi saya tidak redha dengan nilaian manusia yang juga hamba seperti saya. Siapalah kamu yang berhak menentukan tempatku di neraka atau disyurgaNYA. Bagaimana jika syurga dan neraka itu sebenarnya ujian ALLAH untukmu, adakah segala kebaikan yang kamu lakukan hanya untuk dirimu bukan keranaNYA?"

Sememangnya nilaian ALLAH SWT itu adil, cumanya kadangkala kita sendiri yang menilai sesuatu mengikut hawa nafsu kita. Dengan mudah kita mengatakan bahawa yang itu tidak layak untuk yang ini, yang ini tidak sepatutnya untuk yang itu. Tahukan kalian bahawa ilmu ALLAH itu adalah seluas luasnya sehingga tidak terjangkau dek akal fikiran? Maka, apakah taklifan yang bisa kita gunakan untuk memberi penilaian tersebut? Adakah dengan alasan kita sudah berjubah, bertudung atau bersolat, maka secara automatiknya kita sudah bisa menjadi insan insan yang bisa menilai nilaian manusia itu disisiNYA?

Coretan ku ini tidak ku tujukan untuk sesiapa sebaliknya khas ku titipkan buat diriku ini. Kadang kadang bagiku aku terlalu cepat menilai seseorang hanya kerana dari cara berpakaian atau pekerjaannya atau keluarganya, sedangkan ALLAH SWT itu MAHA MENGETAHUI. Serahkanlah segala urusan hanya kepadaNYA. Nescaya hati akan lebih tenteram. Betapa sukarnya untuk menggapai gelaran solehah, namun itu ada impian setiap muslimah.

Sesungguh diri ku ini bukan srikandi solehah,
jika nilaian manusia adalah melalui cara ku berpakaian
Kadangkala cara ku berpakaian ini tidak menggambarkan akhlakku.
Tahukah kalian bahawa di kala aku bersendirian, aku juga terkadang lupa untuk mengingatiNYA.
Kadangkala daku berasa tidak layak untuk berpakaian sebegini kerana takut akan didakwa oleh pakaian ku sendiri di akhirat nanti kerana tiada niatku semata mata kerana ALLAH dalam hatiku.
Cuma aku meyakini setiap yang ALLAH syariatkan pasti ada hikmahnya. Betapa ALLAH amat menyayangi kaum wanita sehingga kita seperti minyak yang ditatang sepenuhnya. Bersyukurlah menjadi wanita muslimah...


Aku bukan srikandi solehah,
jika nilaian kalian pada kata kataku melalui muka buku atau teratak kesayanganku
Tahukah kalian bahawa kadang kalanya aku juga berasa riak setiap kali kalian mengkagumi bait bait yang ku hamburkan.
Ah.. betapa gusarnya diriku apabila mengingat pesanan Kekasih yang dirindui Muhammad SAW berkaitan dengan insan yang hanya berkata kata tetapi tidak melaksanakannya apa yang dikatakan iaitu dia akan ditimpakan seksaan yang amatlah berat di hari pembalasan.
Diakui juga bahawa setiap kata kata terinspirasi dari ALLAH SWT namun ingatlah seperti yang kukatakan sebelum ini, segala galanya hanya pinjaman. Betapa takutnya diriku apabila tiba saat dan tikanya TUAN sebenar meminta kembali barang yang dipinjamkan, apa yang ada pada diriku? Kerana sesungguhnya DIA adalah pemilik diriku, tidak aku berupaya untuk mengembalikan sesuatu kepadaNYA.


Aku bukan srikandi solehah,
jika nilaian kalian pada tingginya ilmu haraki atau hebatnya dalam gerak kerja dakwah.
Tahukah kalian bahawa kiranya seseorang muslimat itu ditarbiyah bukan ditentukan selama mana atau seaktif mana dirinya dalam gerak kerja ISLAM, tetapi sejauh mana dia bisa membuang karat karat jahiliyah dalam dirinya.
Tahukah kalian bahawa diriku ini masih punya lompang lompang jahiliyah yang perlu diubati dengan tarbiyah.
Malahan terkadang diriku berasa terpaksa untuk bergerak kerja demi ISLAM. Semoga ALLAH mengampuni dosa dosa ku yang hina ini.
Cumanya teringat pesanan sang naqibah, tatkala ALLAH telah memberi kefahaman perjuangan pada dirimu, janganlah dirimu memberikan alasan kepadaNYA lagi sebaliknya berusahalah untuk memenuhi tuntutan yang ditujukan padamu. Pilihan ALLAH adalah pilihan yang terbaik dan ingatlah bahawa bukan calang calang orang yang bisa berasa dekat denganNYA. Pasti akan proses tapisan dan saringannya. Maka, jalan yang paling indah adalah sabar. Perkataannya nampak mudah tetapi hikmahnya indah.


Aku bukan srikandi solehah,
jika nilaian kalian pada kelembutan atau keindahan sebagai seorang wanita
Tahukah kalian bahawa sememangnya ALLAH menciptakan wanita itu seindah indahnya. Apatahlagi wanita adalah makhluk kesayanganNYA. Cumanya, kelembutan dan keindahan wanita itu bisa menjadi fitnah. Sesungguhnya diriku ini insan yang sentiasa turun naik imannya dan tidak cekap menjaga hati. Yang kudambakan agar ALLAH SWT sentiasa membimbing diriku dan tidak memalingkan hatiku. Sememangnya seorang wanita secara fitrahnya itu mendamba untuk menjadi yang cantik dan indah. Sebaiknya biarlah indah itu kerana agamanya dan cantik itu kerana taqwanya. Dan yang paling penting, cantik di manusia itu tiada ertinya jika tidak cantik di sisi ALLAH SWT.

ya ALLAH... betapa sukarnya menggapai gelaran solehah. Namun segala penilaian menjadi srikandi solehah ini ku serahkan kepadaMU. Cuma ini adalah sedikit luahan rasa dariku yang sudah lama menyempitkan ruang mindaku. Yang kutakuti manusia menganggap diri ini sempurna sedangkan tiada sesuatu yang sempurna melainkan dengan izinMU. Sekiranya terdapat sedikit kebaikan dari coretanku, titipkanlah buat kedua ibu bapaku, naqibah dan cermin sakti kesayanganku serta buat seluruh insan yang tidak pernah mengenal erti lelah mengajar diriku erti sebenar perjuangan. Jika terdapat kekurangan dalam tulisan ku ini, moga KAU sentiasa memberi ku peluang untuk memperbaiki diriku kerana aku percaya syurgaMU itu luas dan tarbiyah dariMU itu sentiasa ada. Terpulanglah pada diriku untuk menggapai atau melepaskannya.

Akhir kalam, ingin ku titipkan doa buat semua srikandi pencinta agama. Doa ini ku perolehi dari seorang sahabat yang juga pejuang di alam blog iaitu Ukhti Insyirah. terimalah:

"Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga, yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan taqwa. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati, yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calnkan dirinya sebagai bidadari syurga Mu. Ameen..."



Monologku: Tulisan ini ku tujukan buat Naqibahku Kak Meri, akhwat ku di bumi tarbiyah terutamanya ukhti Nadzirah, Surianah, Ilhamimi dan Norashikin yang banyak mendidik diriku dan seterusnya mawar pilihan ku di bumi kelahiran terutamanya Hidayah Zamree dan Ummul Izzatin =). Terima kasih kerana selalu ada untuk diriku


Monday, December 20, 2010

Cover your AURAT Campaign =)




Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah... diberi kesempatan sekali lagi untuk
menghiasi bidadari kesayanganku ini. Entri kali ini ditujukan untuk meraikan 'Cover your AURAT campaign' yang di 'tag' oleh salah seorang mawar kesayanganku iaitu ukhti UmmulIzzatin


Berkata tentang aurat ini, cukuplah ku titipkan kalam cinta dari pemilik nyawaku yakni kekasih agungku ..


"dan katakanlah kepada wanita yang beriman:'hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya,dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya,kecuali kepada suami mereka,atau ayah kepada suami mereka,atau ayah mereka atau putera-putera mereka,atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka,atau putera
-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita islam,atau budak-budak yang mereka miliki,atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung " (Surah An Nur, 31)


Sesungguhnya diriku ini adalah antara insan insan yang terkemudian untuk memahami tentang aurat atau pun lebih indah bahasanya adalah penghormatan buat seorang wanita. Namun, diriku ini bersyukur kerana ALLAH memberikan ruang untukku menebus segala kesilapan dan dosa dosa silam.

Seringkali ditimbulkan persoalan bahawa bertudung itu tidak semestinya baik dan tidak bertudung itu tidak semestinya baik. Malah, alasan yang sering diberikan adalah belum bersedia untuk memakai tudung kerana belum mendapat hidayah dan taufiq dariNYA

Inginku titipkan disini wahai srikandi bunga agama, diri
ku ini juga pernah beralasan sedemikian. Malah, diri ini boleh dikatakan paling 'alergic' dengan tudung ataupun pemakaian menutup aurat ini. Namun, ingatlah wahai mawar mawar kesayanganku dan InshaALLAH kesayangan agama, hidayah itu tidak akan datang bergolek. Sekiranya kita benar benar ingin mengecapi betapa indahnya kemanisan iman, kita pasti akan berhabis habis untuk cuba menggapainya. Perjuangan mencari hidayah ALLAH ini ibarat perjuangan kita untuk belajar dalam peperiksaan. Sekiranya kita ingin memperolehi keputusan yang baik, kita pasti akan berusaha bersungguh sungguh.

Buat mereka yang berasa ALLAH masih belum memilih mereka untuk menerima hidayah dan taufiq dariNYA, maka muhasabahlah dirimu. Mengapa ALLAH masih belum memilihmu? Cuba lihat amalan wajibmu, cuba analisa nilai keimananmu. Cuma, ingin ku titipkan sedikit pesanan buat kalian, sesuatu hukum yang disyariatkan ALLAH itu adalah wajib kita turuti. Teringat kata kata seorang adik iaitu ISLAM jangan setakat atas IC (identity card) sahaja. Tegakkanlah ISLAM di mana sahaja dirimu berada.

Teringat juga kali pertama diriku memakai tudung, sememangnya rasa pelik semacam. Apatahlagi setiap mata memandangku seperti diriku ini 'alien' dari planet Marikh. Akhirnya, di waktu ini, memori itu menjadi memori yang paling manis buat diriku. InshaALLAH, sekiranya kita ikhlas dalam melaksanakan syariat ALLAH SWT, kita pasti akan merasai kemanisannya. Maka jangan takut untuk berubah! Berubah kerana ALLAH!

Seringkali juga diriku ditanya tentang perubahan drastik, dari seorang yang macam begini, kepada seorang yang macam begini. Jawapanku adalah tanya sahaja kepada ALLAH. ALLAH yang memberi sumber kekuatan. Dan ingatlah, jika dirimu sudah terasa manisnya berdekatan dengan ALLAH SWT, pasti dirimu akan berasa pahitnya apabila berada berjauhan denganNYA.

Tulisan ini juga kutujukan buat anak anak usrah ku (mawar terpilih kesayanganku) beserta sahabiah sahabiahku yang tercinta. Sesungguhnya aku ini adalah insan yang kerdil dan tidak sempurna. Malah, boleh dikatakan, diriku ini bukan srikandi solehah. Cuma apa yang kuharapkan, agar ALLAH SWT memberi peluang untuk diriku bertaubat dan merebut kasihNYA. Diriku ingin sekali bergelar bidadari syurga, kerana aku wanita. Wanita tidak dapat dinafikan tidak bisa dipisahkan dengan kecantikan. Namun, kecantikan hakiki adalah dipandang oleh ALLAH SWT.



Sebelum mengakhiri entri yang sedikit terpesong ini (seperti biasa), ingin ku titipkan petua kecantikan yang diperturunkan dari naqibahku sendiri dan ingin kukongsikan bersama semua pengunjung bidadari kesayanganku ini.

C.A.N.T.I.K
C: Contohi
A: Akhlak
N: Nabi
T: Turuti
I: Ikhlas
K: Khulafah Ar Rasyhidin

Wallahualam =)

Mode: Mungkin mendiamkan diri dari 'muka buku' buat seketika kerana diriku ini baru sahaja terkena 'electric shock' dari ALLAH SWT. Perancangan ALLAH siapa yang tahu namun keredhaan ALLAH itu yang paling indah =)

Sunday, December 19, 2010

Misi Jihad Peminang Bidadari



“Aisya, kamu mahu menikah ?” Soal mak cik Hafsah,satu-satunya ibu saudaranya.“Ya..Tentu”, jawab Aisha tanpa ragu. “Pertimbangkan dulu, fikir masak-masak. Jangan cepat ambil keputusan.” Bibinya berkata benar. Aisya sedikit tersipu, tangannya membenahi jubah yang dipakainya. “Tapi, dengan siapa,mak cik?” soal Aisya Wajah lembut itu tiba-tiba mengeras. Kedua matanya dibesarkan menjegil.

Airmata laju menuruni pipi Hafsah tanpa dapat ditahan. Merasa bahagia,kerana

anak saudara kesayangan yang dibela sejak kecil ini akhirnya ada juga yang ingin meminang.

Aisya menunggu jawaban dari mak ciknya yang terdiam seketika.

“Mak cik….dengan siapa ?” Aisya bertanya sekali lagi Pandangan tajam wanita berumur itu menembusi bola mata Aisya. Seperti menimbang-nimbang kesediaan anak yang dicintainya itu, menikah. Aisya membalas pandang, lebih karena ia tak mengerti kenapa pernikahan, kalau memang itu yang akan terjadi padanya, mengapa ibu saudaranya itu seakan-akan tidak gembira jika benar ada yang ingin menikahinya.

“Dengan Ayyash !” Meluncur satu nama dari bibir Hafsah. Ayyash ? Terkejut Aisya

Hafsah mengangguk. Wajahnya pucat, namun terkesan lega. Biarlah…..biar

lah Ayesha yang memutuskan….ini hidupnya., Suara hati wanita tua itu berbicara.

Aisya dihadapannya seperti kaku. Seolah-olah tidak percaya. Senang, tapi juga tahu apa yang akan dihadapinya. Berita itu mungkin benar.Yang jadi pertanyaan, siapakah dia,bukan insane biasa-biasa ?

“Kau fikirkan dulu, ya? Ayyash memberi waktu untukmu istikharah sampai tiga hari. Katanya lebih cepat lebih baik.” kata Hafsah.

Aisya masih tidak berganjak. Pandangannya menembus jendela, memandang rumah-rumah di sekitarnya, dan debu-debu tebal yang mengembus di jalan.

Pernikahan..sungguh penantian semua gadis. Apatah lagi dengan mujahid seperti Ayyash, tiada siapa yang ingin menolak ? Namun semua penduduk pun tahu, apalah erti sebuah ikatan pernikahan di Palestin..

Cabaran dan mehnah, perjuangan yang memerlukan persediaan yang lebih besar. Teruta

ma bagi setiap gadis, yang menikahi pemuda pejuang yang hidup mati demi Allah seperti Ayyash!

**********************************************************************

Pernah dahulu, sewaktu kecil, Aisya kerap memerhatikan Ayyash dan teman-temannya dari balik kerudung yang biasa ditutupkan ke wajah, jika mereka kebetulan bertemu di jalan. Mereka berjiran. Begitulah Aisya mengenal Ayyash, dan melihat sendiri lelaki yang lima tahun lebih berusia daripadanya membesar di persekitaran kawasan mereka tinggal.

Bapa Ayyash adalah salah seorang pimpinan tertinggi Hamas, sebelum syahid dalam aksi penyerangan markas tentara Israel. Ibu kepada Ayyash juga, pemimpin para wanita Palestin.

Bukannya tiada risiko, karena semua pun tahu, Israel laknatullah itu tidak menaruh kasihan pada perempuan atau kanak-kanak. .Aisya merasa irihati dengan para muslimin yang mendapat kesempatan lebih memegang senjata. Itu sebabnya gadis berkulit putih kemerahan itu, menanam semangat jihadnya, sejak dia kecil lagi.

Tiga tahun lalu, ketika ibu Ayyash syahid dalam satu pertempuran, setelah sebuah peluru mendarat di dahinya, Aisya bersegera datang untuk menyelamatkankan wanita pejuang itu.

Pedihnya kehilangan seorang ibu dan seluruh ahli keluarga, Aisya turut merasai kedukaan itu. Namun, kagumnya Aisya melihat ketegaran Ayyash, menelan kepahitan erti kehilangan, hinggakan telah siap ibunya disemadikan. Tidak ada sedu sedan, tidak ada air mata. Hanya doa yang terucap tidak putus-putus.

Begitulah keadaan Ayyash menghadapi kehilangan bapanya, saudara-saudara lelakinya, adik perempuannya yang paling kecil, lalu terakhir ibu yang dikasihi. Keadaan yang dihadapi oleh Ayyash semuanya berlaku di hadapan mata Aisya sehingga menimbulkan rasa kagum pada lelaki bernama Ayyash. Dan kini, Aisya dua puluh dua tahun. masih menyimpan kekaguman dan simpati yang sama pada Ayyash. Lelaki itu juga sudah membesar menjadi lelaki gagah, dengan kulit merah kecoklatan dan mata setajam helang. Semangat perjuangan dan ketabahan lelaki itu sungguh luar biasa. Sewaktu kedua abangnya melakukan aksi

bom syahid, meledakkan gudang logistik Israel, Ayyash hanya mengucapkan innalillahi, sebelum bangkit dan menggemakan Allahu Akbar, kemudian masuk ke dalam rumah dan mengkhabarkan berita itu pada ibunya.

Suatu ketika dahulu Fatimah, adik Ayyash yang ditangkap oleh tentara Israel, diperkosa, dan dibunuh sebelum dilemparkan ke jalan dengan tubuh keseluruhan cedera. Kelihatan Ayyash masih tabah menelan semua itu seperti sebelumnya. Aisya tidak mengerti bagaimana hati sang lelaki itu. Setelah semua kehilangan, tidak ada dendam membabi buta atau meluapkan amarah dengan makian kotor. Ayyash menerima semua itu dengan keikhlasan luar biasa. Hanya matanya yang sesekali masih berkilat,saat ada yang menyebut nama adiknya. Luarannya Ayyash hanya mempamerkan keshalihan dan ketaatannya pada koordinasi gerakan Hamas yang kian bertambah, menyibukkan diri dari hari ke hari.

*********************************************************************




Hari ini, hari mereka mengikat baiah di hadapan Allah sebagai suami isteri..Aisya dan Ayyash.

Mereka berhadapan. Pertama kali dalam hidupnya, Aisya bisa menatap wajah lelaki itu dari jarak dekat. Ayyash cukup tenang. Hanya bibirnya mengungkap senyuman, sejak ijab kabul diucapkan, merasmikan ikatan mereka berdua.

Ayyash masih tenang dan hati Aisya pula yang bergemuruh. Bukan saja kerana merasai kebahagiaan, tetapi ada sesuatu yang dirahsiakan. Sebetulnya perkara rahsia itu ingin disampaikan Aisya kepada Ayyash,lelaki yang kini telah menjadi suaminya.

Namun bila teringatkan wajah kegembiraan Ayyash, dan senyum yang dilihatnya pertama kali begitu cerah. Hati Aisya menahan. “Biarlah….nanti-nanti saja, atau tidak sama sekali”, detik hatinya. Aisya tidak mahu merisaukan hati lelaki itu, apatah lagi waktu yang mereka miliki bersama tidak lama dan panjang. Bahkan ,cuma seketika. Fikirannya melayang mengimbau peristiwa dua hari lepas.

Dua hari yang lepas, Ayyash sendiri yang meyampaikan kebenaran berita itu, niat lelaki berusia 25 tahun itu dibicarakan orang ramai. “Ayyash mencari isteri ?” “Dia ingin segera menikah,akhirnya ” “Tapi siapa yang akan menerima pernikahan berusia sehari semalam ?” Percakapan gadis-gadis di lingkungan mereka. Pada awalnya, Aisya tidak mengerti. “Kenapa sehari semalam ?”, Tanya Aisya kepada mak ciknya,Hafsah. “Sebab, lelaki itu sudah menentukan hari kematiannya, Aisya. Kini tinggal beberapa ketika lagi. Waktunya hampir tiba.”

Aisya menggigit bibir menahan sesak yang tiba-tiba melanda. Ayyash semestinya sanggup mengorbankan diri melakukan aksi pengebom berani mati,seperti dua saudaranya dahulu. Cuma pelik, kenapa pejuang yang selama ini terkesan tak peduli dan tak pernah memikirkan untuk menikah, tiba-tiba seolah tak sabar untuk segera menikah.

“Saya ingin menghadap Allah, yang telah memberi begitu banyak kemuliaan pada diri saya dan keluarga saya, namun, saya ingin menghadap Allah dalam keadaan sudah menyempurnakan separuh agama iaitu menikah.” Kalimat panjang lelaki itu, wajahnya yang menunduk, dan rahangnya yang terkatup rapat.

*******************************************************************

Di depan Aisya, Ayyash tampak begitu bahagia kerana tiga hari sebelum misi jihad itu dilaksanakan, ia berhasil menemukan pengantinnya. Seorang srikandi dan bidadari dalam perjuangan yang Ayyash hormati dan kagumi kekuatan mental mahupun fizikalnya. Ya, Aisya,bidadari tegar di medan jihad Palestin.

Mereka masih bertatapan mata. Saling mennguntumkan senyum. Aisya berseri dan manis tampak sangat cantik di mata Ayyash. Pengantinnya, bidadarinya…..kata-kata itu diulangnya berkali-kali dalam hati. Namun betapapun cantiknya Aisya, Ayyash tidak mahu melanggar janji yang ditekadkan jauh dalam hati sanubarinya.

“Aisya…..saya tidak ingin menyentuhmu, bukan karena saya tidak menghormatimu.” Senyum Aisya hilang. Matanya yang bulat menatap Ayyash tak berkedip, menunggu lelaki itu meneruskan kata-katanya. Ini malam pertama mereka, dan setelah ini, tak akan ada malam-malam lain. Esok selepas waktu dhuha,lelaki itu akan menemukan hayat akhir hidupnya,melaksanakan Misi Jihadnya untuk menemui kekasih sejati,Allah Rabbul Izzati.

Tak layakkah Aisya memberikan yang terbaik untuknya ? Bagi dia yang akan menjelang syahid ?

Airmata Aisya luluh. Ayyash mendongakkan dagunya, tangannya yang lain menggenggam jari-jari Aisya, seakan mengerti isi hati isterinya.

“Saya mencintaimu, Aisya. Dan saya meredhai semua yang telah dan akan Aisya lakukan selama kita menjadi suami isteri walau seketika cuma ini dan setelah saya tiada di dunia ini. Saya percaya dan berdoa, Allah akan memberimu seorang suami yang lebih baik, selepas pemergian saya.”

Aisya tersenyum. Menyembunyikan hatinya yang masih gemuruh,menyimpan rahsia yang begitu berat. Ingin sahaja diceritakan rahsianya kepada Ayyash . Tapi Aisya tidak sanggup. “Tidakmengapa. Saya mengerti.” Cuma itu yang boleh dikatakannya pada Ayyash.

Suasana sekitar hening. Langit tanpa bulan tak mempengaruhi kebahagiaan di hati Ayyash. Bulan, baginya, malam ini telah menjelma pada kerelaan dan keikhlasan isterinya.

“Saya ingin, Aisya bisa mendapatkan yang terbaik.” Lelaki itu melanjutkan kalimatnya. “Dan karenanya saya merasa wajib menjaga kehormatanmu. Kita bicara saja, ya ? Ceritakan sesuatu yang saya tak tahu, Aisya.”

Aisya menatap mata Ayyash, lagi. Disana ia bisa melihat kegarangan dan keteduhan melebur satu. Sambil ia berfikir apa yang boleh dia ceritakan pada lelaki itu ? Aisya membuka cerita-cerita lucu tentang masa kecil mereka dan kegugupannya saat pertama berhadapan dengan Ayyash. Juga jari-jari tangannya yang sejuk saat ia mencium tangan Ayyash pertama kali..

Di antara senyum dan derai tawa suaminya mendengar ceritanya, Aisya masih berpikir tentang lelaki yang duduk di hadapannya.

Sungguh, ia ingin membahagiakan Ayyash,dengan cara apapun. Melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah Ayyash,membuat Aisya tidak putus-putus berfikir.? Inilah kebahagiaan itu, bisiknya sesaat setelah mereka selesai tahajjud dan membaca Al-Quran bersama. Kali pertama dan terakhir. Kebahagiaan bukan pada umurnya, tapi pada makna kata bahagia. Dan Aisya belum pernah sebahagia itu sebelumnya.

Mereka masih belum bosan menatap satu sama lain, dan berpegangan tangan. Saat ia merebahkan diri di dada Ayyash setelah solat subuh, lelaki itu tak menolak. “Biarkan saya berbakti padamu, Ayyash” Ia ingat Ayyash menundukkan wajah dalam, sebelum kemudian mengangguk dan menerimanya.

*******************************************************************

Aisya mengingati rahsianya misi jihadnya. Beberapa jam lagi, Aisya menghitung dalam hati. Kedua matanya memandangi wajah Ayyash yang lena di depannya. Tinggal beberapa jam lagi, dan mereka akan tinggal kenangan. Dirinya dalam kenangan Ayyash, Ayyash dalam kenangan orang-orang sekitarnya. Dia pasti ingin tetap menjadi bidadari kepada Ayyash.

Ketika fajar mulai menampakkan diri, Aisya telah bersiap sedia untuk melaksanakan misi jihadnya dan inilah rahsia yang dipendamkan daripada Ayyash. Aisya kembali menatap Ayyash yang masih lagi lelap, mencium kening dan tangan lelaki itu, sebelum meninggalkan rumah dengan langkah perlahan..

********************************************************************

Ayyash terjaga mendengar ketukan pintu. Pukul 8.00 pagi. Penuh jiran-jiran berkerumun dihadapan rumahnya.

“Ayyash….isterimu, Aisya

Ada titik air meruah di wajah mak cik Hafsah. Lalu suara-suara gemang berdengung. Saling meningkahi, semua seperti tak sabar menyampaikan berita itu padanya. “Setengah jam yang lalu, Ayyash. Ledakan…bom..Aisya yang melakukannya…” “Gudang peluru Israel itu dibom. Bunyinya…bagaimana kau bisa tak mendengar ?”

Ayyash merasa tubuhnya mengejang dan kaku. Isterinya…..Aisya mendahuluinya ? Kepalan tangannya mengeras. Mengenang semua keceriaan dan kejenakaannya,serta kesungguhan Aisya membahagiakannya semalam. Jadi….Masya Allah,Subhanallah ! Isterinya kini….benar-benar bidadari. Bidadari untuknya.

Harapan itu menghapuskan rasa sedih yang sesaat tadi cuba menguasai hatinya. Keramaian yang sama masih menantinya dengan sabar, tidak lama selepas itu , Ayyash berkemas dan bersiap, lalu dengan ketenangan yang tak terusik, melangkahkan kakinya meninggalkan rumah menuju untuk melaksanakan jugamisi jihadnya.

Waktunya hanya tinggal berapa ketika. Tentara Israel pasti akan melakukan serangan kemari, sesegera mungkin, setelah apa yang dilakukan Aisya. Dia harus segera pergi. Ayyash mempercepat langkahnya. teman-temannya sudah menunggu di dalam jip terbuka yang membawa mereka berempat.

Sepanjang jalan, tak ada kata-kata. semua melarutkan diri dalam zikir dan mengikhlaskan niat. Opearsi hari ini rencananya akan menghancurkan salah satu pusat militer Israel di daerah perbatasan. Memimpin paling depan, langkah Ayyash sedikitpun tak digelayuti keraguan, saat diam-diam mereka menyusup.Allah memberinya bidadari, dan tak lama lagi, ia akan menyusulnya.

Ayyash tersenyum, mengaktifkan alat peledak yang meliliti badannya. Ini, untuk perjuangan..

Dan bumi yang terharu atas perjuangan anak-anaknya, pun meneteskan air mata. Hujan pertama pagi itu, untuk Ayyash dan Aisya..

Dan Ayyash menyusul bidadarinya si Aisya..



Credits to Jundatullah.blogspot.com


Mode: Lepas kena electric shock

Saturday, December 18, 2010

Adakah aku seorang jururawat muslimah (Part 2)


"Doktor, saya mahu balik ke rumah, saya sudah sebulan berapa di sini"

"Mei, saya bukan tidak mahu kamu balik, tetapi saya mahu pastikan kamu sembuh sepenuhnya. Saya sanggup gadaikan cuti saya. Sepatutnya saya ada Medical Camp tapi kerana mahu jaga kamu, saya lepaskan cuti saya. Saya mahu kamu balik rumah"

Mei mengalirkan air mata. Kerinduan terhadap rumah dan keluarga tercinta sudah tidak dapat ditahan lagi. Apatahlagi sudah sebulan lebih dia terkurung di bilik yang sama. Dia juga tidak dapat bergerak kemana mana kerana drain yang tergantung akibat pembedahan menyukarkan pergerakan. Namun dia tidak pernah putus asa untuk terus berjuang dan kembali bersama keluarga tersayang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah... ALLAH masih memberi peluang untuk diriku yang kerdil ini untuk bertinta di teratak kesayangan. Kisah di atas adalah secebis pengalaman yang bisa ku kutip di tempat kerja. Mengikut kiraanku, sudah lebih dua minggu daku bertugas di hospital itu. MasyaALLAH, terlalu banyak benda baru yang perlu dipelajari dan terlalu banyak benda yang sudah aku lupai. Sesungguhnya manusia itu bersifat insaniah, mudah lupa. Maka, sebaik baiknya, kita sentiasa diperingatkan dan memperingatkan. InshaALLAH

Dalam beberapa tika ini, sering ku bermuhasabah diri. Mengapa ALLAH mentakdirkan diriku menjadi seorang jururawat. Memang tidak dapat dinafikan pada awalnya, diriku agar sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan cara kerja. Jika sebelum ini, bekerja di gerai Tshirt Labuh, pergi kerja jam 9 pagi, balik kerja pukul 4 petang dan kebanyakkan masa dihabiskan dengan duduk. Berlainan pula dengan kerja jururawat ini, jika terkena waktu pagi, akan mula bertugas pada jam 7 pagi sehingga jam 2 petang. Untuk kerja petang, bermula pada jam 2 petang sehingga 9 malam dan untuk kerja malam bermula dari jam 9 malam sehingga tujuh pagi.

Diriku ini sering dilontarkan pelbagai persoalan, apakah sebenarnya tugas seorang jururawat? Adakah sekadar memberi ubat kepada pesakit? Adakah sekadar menjadi orang suruhan doktor? Ataupun sekadar membantu untuk memberi makan, mencuci najis dan memandikan pesakit?

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Pemurah, jawapanku pada persoalan di atas adalah kami melakukan semuanya. Kamilah yang memberi ubat, kamilah yang membantu doktor, kamilah yang memberi makan, menncuci najis dan memandikan pesakit. Apabila dibaca dan difikirkan, kelihatan tugas sebagai seorang jururawat ini tugas mudah. Pernah diri ini mendapat 'teguran' istimewa daripada hamba ALLAH yang mengatakan, tidak perlu belajar tinggi tinggi untuk menjadi jururawat kerana tugas yang dilakukan adalah amat mudah.


Segala puji kembali pada ALLAH, penciptaku, pemilik nyawa dan diriku. Dengan rasa kesyukuran dan kerendahan hati, ingin diriku menyatakan di sini bahawa aku sangat bersyukur ALLAH memilihku berada dalam profession yang mulia ini. Bagiku, mereka yang menjadi jururawat bukan calang calang orang. Bukan tujuan untuk mendabik dada tetapi ini adalah hakikatnya. Pekerjaan jururawat ini secara halusnya mentarbiyah diriku yang serba kekurangan ini.

Suasana di setiap hospital adalah sama sahaja bagiku. Apabila bekerja di hospital, semua hamba ALLAH akan diuji. Jururawat akan diuji ALLAH untuk menilai tahap kesabaran dan ketabahan dalam melayani karenah pesakit. Doktor juga diuji dengan kekuatan iman dalam menghadapi cabaran merawat pesakit. Hakikatnya doktor dan jururawat sama sama diuji nilai keikhlasan mereka. Jika semuanya kerana ALLAH, maka berbaloilah penat lelah dan titisan keringatmu. Namun, jalan yang penuh berliku perlu dilalui sebelum dirimu bisa menikmati habuannya. Pesakit pula diuji ALLAH SWT dengan kesakitan. Sejauh mana mereka bisa bersyukur dengan kesakitan itu dan redha dengan ujian ALLAH ataupun sakit itu sebagai kifarah dosa, membersihkan diri dari dosa dosa lalu.

Sebenarnya kehalusan seni tarbiyah ALLAH SWT itu perlu dilihat dengan mata hati (hati yang beriman). Seringkali mendengar keluhan dari sahabat sahabat yang mengatakan bahawa jauh dari ALLAH kerana kurangnya tarbiyah. Ingatlah wahai srikandi bunga agama, tarbiyah itu tidak akan datang bergolek dengan kita. Kita sendirilah yang patut berhajatkan pada tarbiyah. Teringat apabila terbaca kata kata puitis dari blog seorang sahabiyah, "kejarlah ALLAH tatkala dirimu terasa jauh denganNYA". Maka, kejarlah tarbiyah jika dirimu terasa jauh dengannya, Jangan engkau biarkan tarbiyah itu jauh darimu kerana pasti membuatkan dirimu itu jauh dengan ALLAH SWT.

Berbalik kepada kisah sang jururawat. Izinkan diriku menceritakan skop sebenar tugas insan insan istimewa yang bergelar jururawat ini.

1) Penjaga amanah

Ya ALLAH, menerima amanah itu adalah terlalu berat. Namun, jika ALLAH sudah memilihmu untuk melaksanakan amanah yang diberikan, apalah dayamu untuk menolak. Dirimu cuma insan dan DIA adalah penciptamu. Mengapa dikatakan seorang jururawat itu penjaga amanah? Sesungguhnya, menjaga pesakit itu adalah amanah dari ALLAH swt. Segala yang berkaitan dengan pesakit terletak di bahumu. Dirimu bisa menjadi penyelamat dan pembinasa namun segala galanya di bawah kekuasaan ALLAH SWT. Selain itu, jururawat juga menerima amanah daripada ahli keluarga pesakit yang mengharapkan jagaan terbaik buat insan yang mereka sayangi. Cuba bayangkan dirimu dan diriku berada di tempat mereka, sudah tentu dirimu ingin yang terbaik buat mereka yang kau sayangi.

2) Pemberi Cinta

Mungkin ada yang tertawa atau keliru melihat tajuk di atas. Pemberi cinta? Mengapa dikatakan seorang jururawat itu tugasnya memberi cinta? Sebenar benarnya, seorang jururawat itu perlulah membawa cinta pesakit itu kembali kepada cinta hakiki iaitu ALLAH SWT. Seperti yang telah ku nyatakan sebelum ini, pesakit sedang diuji ALLAH SWT dengan seribu hikmah yang tersembunyi, maka sudah menjadi tanggungjawab jururawat untuk mengingatkan kembali tentang kekuasaan ALLAH SWT. Selain itu, jururawat juga ibarat keluarga yang menjaga pesakit ketika berada dalam keadaan yang memerlukan.

3) Pejuang

Inilah yang paling payah untuk dilaksanakan. Sejauh mana seorang jururawat bisa menjadi pejuang agama yang hebat. Tidak dinafikan, kesibukan yang melampau di wad menyebabkan seorang jururawat itu lupa pada tuhannya, lupa pada agamanya. Ya, sememangnya dia seorang yang hebat dalam bekerja tetapi yang sebenarnya, kehebatan itu tiada nilaiannya jika ibadah wajib dan sunatnya tidak terjaga. Pekerjaan itu sendiri adalah ibadah dengan syarat segala galanya kerana ALLAH. Namun, fenomena yang menyedihkan tika ini adalah isu uniform jururawat iaitu ada hospital yang tidak membenarkan pemakaian tudung kerana jangkitan. Sejauh mana kita sebagai jururawat muslimah ini bisa memperjuangkan maruah wanita ISLAM yang dicalar sehabis habisnya. Pertanyaan untuk dirimu dan diriku, adakah kita sudah siap untuk bergelar pejuang agama melalui profession kita ini?

Ahh.. betapa diriku mengimpikan nuansa hospital dan masyarakat yang ditarbiyah. Segala galanya berlandaskan sistem ISLAM tidak kira dari segi politiknya, pendidikan atau ekonominya. Islam yang sebenar adalah Islam yang diamalkan sepenuhnya, bukan yang diambil separuh separuh. Islam yang sebenar adalah islam yang menolak segala fahaman yang bisa menggugat akidah. Namun, jika ditakdirkan ALLAH swt, diriku ini tidak berkesempatan mengecapi kehidupan sedemikian, cukuplah sekiranya diriku ini tergolong dalam golongan mereka yang berjuang untuk menegakkan islam yang sebenar di bumiNYA ini. InshaALLAH.. amin.


Terasa tulisan ku kali ini sudah sedikit terkeluar dari landasannya. Diriku yang kerdil ini memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan. Terima kasih buat insan insan yang sudi berkunjung ke teratak ku yang sederhana ini. Ku pohon doa kalian agar ALLAH terus memberi kekuatan untukku berjuang bersama 'Layakkah aku menjadi bidadari syurga' dan agar tulisan ku yang biasa biasa ini mendapat keredhaanNYA.

Akhir kalamku...
semoga tulisanku ini bisa mengingatkan kalian kepada pencipta kita, pemilik nyawa kita dan Yang Maha Berkuasa. Segala kekurangan agar sama sama kita mengambil pengajaran untuk terus memperbaiki diri dan sentiasa terletak di bawah hidayah dan petunjukNYA

Ya ALLAH.. pimpinlah langkah kami menjadi bidadari syurga.. amin!








Sunday, December 12, 2010

10 bunga bunga Baiah


Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah.. setelah selesai TH Nisa' Sepanggar, diriku yang kerdil dan lemah ini ingin berkongsi butir butir TH yang insyaALLAH dapat dimanfaatkan buat mawar pilihan ALLAH swt, srikandi Ansorullah. Semoga segala kebaikan dari ilmu yang bermanfaat ini akan ALLAH swt berikan kepada insan insan yang banyak mentarbiyahku iaitu naqibahku tercinta, Mas'ul dan Mas'ula serta cermin cermin ajaib dan sakti. Sesungguhnya kalianlah kekuatan yang ALLAH pinjamkan buatku.

Buat mu para pejuang,
10 bunga bunga Baiah

1)Faham
Faham yang dimaksudkan ialah yakin fikrah sepenuhnya berlandaskan ISLAM

a) Islam ialah satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam ialah negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Islam ialah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam ialah pengetahuan dan undang undang atau ilmu dan kehakiman. Islam ialah harta benda atau pendapatan dan kekayaan. Islam ialah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu, ISLAM ialah aqidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.

b) Al Quran dan Sunnah yang suci ialah rujukan setiap untuk memahami hukum hakam ISLAM. Al Quran perlu difahami menurut kaedah bahasa Arab tanpa mengada ngadakan atau keterlaluan. Sementara Sunnah pula perlu difahami melalui ahli hadith yang dipercayai.

c) Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan kemanisan yang diberikan ALLAH SWT ke dalam hati hambaNYA yang dikehendaki. Namun, ilham lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum dan nas nas agama.

2)Ikhlas

Ikhlas yang dimaksudkan ialah meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk ALLAH, mencari keredhaan dan ganjaranNYA tanpa mengharapkan harta, kemasyhuran, kedudukan, pangkat, kemajuan atau kemunduran. Pejuang itu merupakan pejuang aqidah dan fikrah, bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi seperti firman ALLAH SWT:

"Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNYA dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama tama menyerahkan diri (kepada ALLAH)

(al-An'am, 162-163)

3) Amal

Amal ialah hasil yang diperolehi dari ilmu dan ikhlas.
Firman ALLAH dalam surah al-Tawbah ayat 105:

"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka ALLAH dan rasulNYA serta orang orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNYA kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."

4) Jihad

Jihad yang dimaksudkan ialah satu kefardhuan yang akan terus diwajibkan sehingga hari kiamat. Selain itu jihad juga ialah apa yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah SAW:

' Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dalam keadaan jahiliyah'.

Tahap pertama jihad ialah mengingkari dengan hati dan tahap yang paling tinggi adalah berjihad di jalan ALLAH. Antara dua tahap tadi ialah jihad dengan lidah, pena, tangan dan menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yangkejam. Dakwah tidak bererti tanpa jihad. Sehebat dan seluas mana pun dakwah ini, sehebat itu jihad yang diperlukan dan sebesar itu jugalah pengorbanan yang diperlukan untuk menyokong dakwah ini. Namun ganjaran besar untuk mereka yang berusaha.
Firman ALLAH dalam surah al Hajj 78:

"Dan berjihadlah kamu pada jalan ALLAH dengan jihad yang sebenar benarnya"

5) Berkorban (Tadhiyyah)

Berkorban yang dimaksudkan ialah menyumbang jiwa dan harta, emas dan nyawa serta segala galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi gerak kerja ISLAM tidak akan disia siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang besar
Firman ALLAH dalam surat at-Tawbah ayat 111:

"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang Mukmin diri dan harta mereka".

6) Taat

Taat yang dimaksudkan ialah akur kepada pimpinan dan segera melaksanakan dalam keadaan sukar atau senang, rela atau dipaksa.

7) Tabah (Thabat)

Dimaksudkan dengan seseorang yang terus menerus bekerja dan berjihad untuk mencapai matlamat walau sejauh mana tempoh yang ditempuh dan memakan masa bertahun tahun lamanya sehingga dia bertemu ALLAH. Dia akan memperoleh dua kejayaan, sama ada mencapai matlamatnya atau dia mencapa syahid di akhir nanti.
Firman ALLAH dalam Surah Al- Ahzab. ayat 23:

"Di antara orang orang mukmin itu ada orang orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH; Maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)."

8) Jati diri (Tajarrud)

Jati diri yang dimaksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya kepada fikrah dengan meyakini fikrah yang dibawa bertepatan dengan ISLAM dalam mencari keredhaanNYA.

9) Bersaudara (Ukhuwah)

Persaudaraan yang dimaksudkan ialah hati dan roh dihubungkan dengan ikatan aqidah. Aqidah ialah perhubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan ialah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kekufuran. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang palin rendah adalah berpaling dada (bersikap terbuka) dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.
Firman ALLAH dalam surah al Hasyr ayat 9:

"Dan sesiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang berjaya"

10) Menaruh Kepercayaan (Thiqah)

Seseorang tentera menaruh kepercayaan penuh kepada kewibaan dan keikhlasan pimpinan hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat.
Firman ALLAH swt dalam Surah An Nisa ayat 65:

"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya".


Risalah al-Ta'lim
Ikhwan Muslimin
Hasan Al Banna

Monday, December 6, 2010

Srikandi Pilihanku





Bismillahirahmanirahim...
Selamat menyambut Muharram 1432...ya ALLAH... di tahun baru ini...
sakit rindu datang lagi... rindunya pada naqibah dan cermin cermin sakti.
Rindunya nak menjadi pembonceng motorsikal ukhti Nadzirah.. bersama sama rempit di jalan dakwah
Rindunya nak mendengar celoteh Si kecil molek surianah.
Rindunya nak bermanja denga syikin
Rindunya nak mengusik Ilhamimi
Rindunya nak menadah ilmu dengan Kak Meri...
Rindunya nak bergelak ketawa bersama Sarah
Rindunya nak berborak dengan Hanaziera
Rindunya nak bergaduh dengan Busyra
Rindunya pada Syafiqah, fateh, tiqah, ermayanti, anis, emma...
Ohh... segalanya galanya aku rindu
Rindunya menikmati manisnya sentuhan tarbiyahmu
Rindunya menghirup semangat srikandi mu
Rindunya bermadu kasih kerana ALLAH denganmu
Rindunya menggapai tanganmu tatkala ku jatuh tersungkur
Rindu pada tangan yang mengesat deraian air mataku tatkala ku jatuh...


Apa khabar kalian di sana?
Bagaimana iman dan perjuangan kalian? Syukurku padaMu ya ALLAH... kerana ENGKAU telah mempertemukan diriku dengan srikandi srikandi yang menjadi nadi kekuatan ku...
Perpisahan ini antara yang paling getir dalam hidupku... berpisah dengan insan insan yang mencorak tarbiyah dan nadi perjuangan... Namun
Ku yakini perpisahan ini adalah sementara sebelum dirimu dan diriku dijemput bertemu dengan KEKASIH AGUNG
Jika ditakdirkan olehNYA tidak bertemu di dunia.. tetapi berjanjilah kita akan saling bertemu di syurga... riang menari dan bernyanyi bersama... menikmati janji ALLAH SWT.. maka terubatlah kerinduanku padamu..
ya ALLAH ... jadikanlah kami bidadari syurga!




.. ana tidak boleh melupakan kalian...
Dalam setiap nadi perjuangan dan doa rabithah ku!

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Sunday, December 5, 2010

Aku diserang penyakit rindu....







Semuanya gambar sama.... hehe.... ;)
Sources: Google

Wednesday, December 1, 2010

Adakah aku seorang jururawat muslimah?


Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah... sekali lagi diri ku yang kerdil ini diberi kekuatan oleh ALLAH SWT untuk bertinta di teratak sederhana kesayanganku. Tulisan kali ini sekadar tulisan biasa namun khas ditujukan buat sahabiyah sahabiyah yang sama sama berjuang denganku dalam satu medan jihad. Mungkin pada pandangan insan yang tidak memahami, medan jihad ini adalah satu medan biasa yang tidak punya makna apa apa. Namun bagi diriku... inilah medan jihad yang kupilih melalui istikharahku, melalui rayuanku buat sang KEKASIH yang agung dan akhirnya DIA menempatkan aku di sini yang kuyakini bersama suatu hikmah.

Seringkali ku dihujani dengan soalan
Mengapa memilih menjadi jururawat?
Apatahlagi soalan dan kerutan wajah kerap kali terpamer dari barisan sang akhwat. Malah ada yang mengatakan profession jururawat ini jarang ditemui bagi mereka yang memilih dakwah sebagai jalan juang hidupnya. Pelbagai persoalan yang dilontarkan...
Kerja jururawat yang tidak tentu masa menyukarkan gerak kerja dakwah
Pemakaian jururawat yang tidak menutup aurat dengan sempurna
Pekerjaan jururawat selalunya sinonim dengan wanita yang tidak punya fikrah agama.

Walauapapun persoalannya... pesananku sedikit sahaja
Janganlah menilai sesuatu secara superfisial sahaja. Bukankah para ummul mukminin juga terdiri daripada mereka yang menjadi jururawat. Bidadari bidadari syurga ini merawat pejuang pejuang agama yang berkorban, bertempur dalam perjuangan demi menegakkan kalimah LAILAHAILALLAH.

Kadang kala sering bertanya kepada diri sendiri, mengapa berjumpa tarbiyah setelah berada dalam perjuangan mujahadah menjadi jururawat. Sesungguhnya manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Maka percayalah, setiap insan itu punya tanggungjawab masing masing. Dan sesungguhnya takdir ALLAH itu adalah yang terbaik buat dirinya. Biarpun kadang kala dirimu tidak rela untuk duduk ditempatmu kini, namun carilah kemanisan dalam setiap aspek kehidupan dengan berbekalkan bunga iman dan taqwa.

Kerinduan bertaut pada sang naqibah
Sesungguhnya dia begitu memahami kerjaya seorang jururawat. Malahan, naqibahlah yang menyapu air mata duka setiap kali diuji berkaitan dengan kerjaya ini. Naqibahlah juga yang meminjamkan bahu untuk menangis setiap kali mendengar kejian terhadap profesion yang amat kucintai ini.

Teringat akan satu peristiwa di mana kami sekelas mendapat panggilan temugduga dari hospital luar negara. Hatiku gembira bukan kepalang apatahlagi sifatku yang suka mengembara. Namun akhirnya berakhir dengan kesedihan apabila mereka menidakkan pemakaian tudung di hospital mereka. Sesungguhnya ku belajar sesuatu hikmah. Sememangnya aurat sering kali dipandang remeh dalam bidang kejururawatan. Malah ada yang mengatakan tudung menjadi punca jangkitan. Sungguh menghairankan... sedangkan jika difikirkan dengan logik akal, lebih banyak sumber lain yang boleh menyebabkan jangkitan seperti tali leher, pen dan sebagainya.

Naqibah menitipkan pesannya, sekiranya berhadapan dengan situasi sebegini, ALLAH ingin menguji kekuatan iman. Apatahlagi buat insan insan yang ada fikrah dan pemahaman ISLAM. Jangan dirisaukan tentang rezeki kerana ALLAH itu adil pada setiap hambaNYA. Kuncinya hanyalah kesabaran dan tidak pernah putus asa untuk meminta dariNYA. Sudah tentu kita tidak tegar untuk melihat maruah ISLAM dipijak pijak sebegitu rupa bukan?

Naqibah dan cermin ajaibku merupakan sumber kekuatan yang ALLAH pinjamkan buat masa itu. Apatahlagi di kalangan cermin ajaib, masing masing berasal dari bidang yang sama.. maka lebih mudah memahami, namun apa yang kutakuti adalah diriku kini... jauh dari naqibah, jauh dari cermin sakti... mampukah aku menjadi seorang jururawat muslimah?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siapa dia jururawat muslimah? Persoalan yang kelihatan mudah untuk diberikan jawapan namun ingatlah, mulut itu lebih mudah menuturkan kata kata berbanding jasad mu melakukannya. Mari kita bermuhasabah diri, kriteria kriteria jururawat muslimah, inspirasi bersama buat srikandi Ansorullah...

Bagiku, jururawat muslimah itu, di mana saja dia berada, dia sentiasa membawa tarbiyah ISLAM bersamanya. Sebelum memulakan sesuatu dia mengucapkan Bismillahirahmanirahim, setelah selesai, dia tanpa segan silu melafazkan Alhamdulillah. Sesungguhnya tarbiyah ISLAM itu akan jelas kelihatan melalui perlakuan. Amal ibadahnya sentiasa terjaga. Sanggup dia mengambil masa untuk menunaikan solat malah mengingatkan para pesakitnya agar tidak lupa sujud kepada ALLAH SWT. Kerana bagi dirinya, dimana dia berada, dia perlu sentiasa mengingatkan bahawa kita ini adalah hamba, kita harus sentiasa sujud meminta dari yang Maha Esa.

Bagiku jururawat muslimah itu, sentiasa memandang setiap individu dengan kaca mata dakwah. Pesakit yang dirawat bukan sekadar sakit luaran atau tubuh badan tetapi juga sakit hatinya. Rawatan tersebut bukan rawatan biasa tetapi rawatan menghidupkan hati dengan membawanya mengingati ALLAH SWT. Peristiwa di mana seseorang telah masuk ISLAM setelah mendengar Rasulullah SAW mengucapkan Bismillahirahmanirahim. Jururawat muslimah mestilah kreatif dalam mengatur catur dakwahnya.

Bagiku jururawat muslimah itu, perlu sentiasa berani. Dia tidak perlu gentar untuk membawa nama ISLAM. Diriku amat tertarik dengan penggunaan lencana lencana yang bertulis seperti 'Palestin di hatiku, Fear ALLAH' dan sebagainya pada uniform jururawat. Sekurang kurangnya pesakit dalam melihatnya. Biarpun kita tidak tahu hasilnya, namun hanya ALLAH swt sahaja yang bisa menilai setiap perjuangan dakwah.

Bagikut jururawat muslimah itu, harus tidak pernah kenal erti penat. Biar kerja tidak menentu masa tetapi sentiasa punya ruang untuk memikirkan gerak kerja dakwah. Mungkin langkahnya sudah tidak seligat dulu, namun dia percaya pada istilah menarik rambut dalam sepinggan tepung. Segala galanya perlu diaturkan dengan berstrategi kerana sesungguhnya muslimah tarbiyah itu sudah pasti puny kebijaksanaan mengatur masanya..

Bagiku jururawat muslimah itu adalah jururawat sebenar bukan sekadar di tempat dia bertugas tetapi juga pada luar waktu tugasannya. Dia bisa merawat hati keluarganya untuk mengamalkan ISLAM, dia bisa merawat jiwa suaminya yang lelah berjuang dalam gerak kerja ISLAM, dia bisa merawat kehausan anak anaknya yang perlu dibelai untuk membentuk mujahidin dan mujahidah ISLAM. Sesungguhnya dia bukan sahaja jururawat dirumahnya, malah untuk masyarakat sekelilingnya. Dia menjadi penguat dalam menguruskan aktiviti dakwah ISLAM disekitarnya. Dia berusaha merawat hati hati yang sakit dengan tarbiyah cinta ISLAM... subhanALLAH

Alangkah baiknya jika ciri ciri jururawat muslimah itu ada dalam diriku dan dirimu. Rasa takut juga melanda hati, mampukah diri ini menjadi seperti yang diimpikan. Buat srikandi bunga agama, ku mohon doa dan bimbinganmu, sekiranya diriku sudah terlalai dan hampir tersungkur di jalan yang panjang ini, maka hulurkanlah tanganmu, ingatkanlah diriku betapa indahnya perjuangan merebut cintaNYA berbanding hidup hanya kerana dunia yang hina. Janganlah kalian membiarkan aku terus hanyut dan akhirnya menjadi seorang yang tewas dan lari dari medan pertempuran.

Buat mereka yang bergelar jururawat, adakah dirimu benar benar telah menepati kriteria seorang jururawat muslimah? Adakah kerjaya ini yang kau temui dalam istikharah malam mu? Sesuci mana niatmu dalam mengatur langkah merawat pesakitmu? Adakah semuanya kerana ALLAH? Maka jika jawabmu semuanya kerana ALLAH, jangan sekali dikau tinggalkan kriteria jururawat muslimah itu dari dalam dirimu. Bawalah ISLAM dan perjuanganmu itu biar kemana sahaja dirimu dicampakkan. Yakinlah, jururawat itu profesion yang sangat mulia, Janganlah dikau cemarkan kemuliaannya sebaliknya teruslah menghiasinya dengan indahnya akhlak dan pekerti dirimu. Seboga semuanya hanya kerana ALLAH...

Ya ALLAH jadikanlah kami bidadari syurga!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...