Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Monday, August 2, 2010

Tshirt Labuh untuk Semua


Bismillahirahmanirahim..
SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuakhbar
Diberi peluang dan kekuatan untuk bertinta di "Mawar Sakinah". Maaf dipinta kerana seolah olah telah sekian lama meninggalkan "Mawar sakinah" yang kukasihi, tetapi semenjak berada di kampung halaman ini, seolah olah ditarik balik nikmat untuk menulis. Mungkin ini ujian ALLAH untukku, sejauh mana aku mampu melangkah dalam perjuangan ini, dan kini sememangnya aku diuji di arena yang benar mencabar. Diri ini tercampak jauh dari tapak semaian, jauh dari sahabat setarbiyah. Bagaimana aku bisa memastikan diri untuk sentiasa kekal dalam perjuangan cinta yang panjang ini? Pada awalnya, langkahku seolah terhenti, lidahku seolah kelu untuk mengucapkannya dan jari ini sudah tidak dapat menari di skrin laptop untuk berkongsi sesuatu.

Jutaan terima kasih ku ucapkan buat semua pengunjung "Mawar Sakinah", Alhamdulillah.. di saat ini bilangan follower sebanyak 214 orang. Insan insan ini masih setia mengikut perkembangan "Mawar Sakinah" dan juga Asiah Yusro. Namun tanggungjawab ini terlalu berat sahabiyah sekalian. Setiap kali ada follower baru, daku berasa takut. Aku takut tidak mampu memberikan yang terbaik. Aku tidak punya ilmu yang mendalam dan pengunjung "Mawar Sakinah" sendiri mengetahui bahawa diri ini punya masa silam yang kelam dan dalam proses perubahan.

Cuma yang ku harapkan, agar setiap kelemahan dan keburukanku dapat dijadikan iktibar. Selain itu, dapat melahirkan insan insan yang lebih baik dan muslimah solehah. Diri ini pernah ditanya sahabat, bolehkah kita mendedahkan keaiban kita? Pegangan untuk diriku, sekiranya keaiban itu bisa memberi ibrah kepada insan lain, teruskan berkongsi agar menjadi satu method da'wah dan peringatan kepada insan lain. ALLAH itu Maha Pengampun dan Penyayang, dan hidayah dan taufiq juga milik ALLAH

Terasa sudah lari dari tajuk yang ingin diperkatakan. Alhamdulillah, setelah kembali ke tanah kelahiran tercinta, daku telah dipertemukan ALLAH dengan sahabiyah setarbiyah. Sujud syukur kepada ILAHI kerana bagiku ini adalah satu anugerah dariNYA agar diri ini terus berjalan di atas jalan tarbiyah ini. ISLAM itu sendiri sememangnya lengkap tetapi ingat kitalah yang memerlukan ISLAM dan kita yang lemah ini perlukan tarbiyah. Setelah melalui proses taarif (penyedaran), takwin (pembentukan) dan kini sudah tiba masannya untuk tanfiz iaitu proses perlaksanaan. Inilah masanya untuk mengaplikasikan segala ilmu tarbiyah yang dituntut selama ini. Ya, dikampus sememangnya kita sudah melalui proses tanfiz, tetapi perlaksaan dalam biah luar kampus adalah lebih mencabar.

Sekali lagi panjang ceritanya.. sahabiyah ini mempunyai gerai Tshirt labuh dan meminta diriku untuk membantunya. Alhamdulillah, diriku terasa begitu teruja kerana ini adalah pertama kalinya aku akan bekerja. Bagi diriku, semua pekerjaan itu mempunyai persamaan dengan jururawat. Sekiranya seorang guru itu mendidik, jururawat juga mendidik, sekiranya seorang jurutera itu merangka, jururawat juga merangka dan untuk penjua; tshirt labuh pula perlu menghadapi manusia dan akan bertemu dengan pelbagai karenah insan. Jururawat juga akan menghadapi situasi yang sama. Maka, ku amibil peluang ini untuk menimba ilmu dan pengalaman sebelum bekerja sebagai jururawat nanti.

Alhamdulillah, setelah beberapa hari bekerja, daku berasa dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan ini. Apatah lagi minat ku yang mendalam terhadap busana muslimah yang benar benar menepati syariat. Malah aku kagum melihat kebesaran ALLAH S.W.T. Jangan diingat pembeli tshirt labuh hanya mereka yang bertudung labuh sahaja, bahkan mereka yang tidak bertudung pun juga menjadi pelanggan. SubhanALLAH, diriku berusaha melayan semua pihak sama rata. Ini kerana nilaian manusia itu hanya ALLAH sahaja yang berhak. Kita hanya hambaNYA yang hina.

Teringat kenangan dulu

Asiah nak beli tshirt labuh, teringin
Asiah mana boleh beli tshirt labuh, pakai tudung dulu.
Ayat pertama adalah kata kataku dan ayat kedua adalah kata kata sahabat. Untuk pengetahuan semua, pada masa itu, aku terlalu kecewa. Mengapa mereka seolah olah menghalang niatku untuk membeli tshirt labuh. Padahal, itu adalah "point" yang cukup baik untuk mereka berdakwah. Nasihatku pada muslimah sekalian

Jangan anggap kita yang sudah memakai tshirt labuh ini terlalu istimewa, apabila ada insan yang pakaian tidak sempurna hendak membeli tshirt labuh, kit menidakkan mereka, kita seolah olah mencantas hajat mereka, ingatlah hidayah itu milik ALLAH.
Ini adalah antara kelemahan para pendakwah. Mereka ingin mad'u berubah mengikut corak mereka sehingga kehendak mad'u sendiri diketepikan. Hal ini membuatkan mad'u lari dari kita. Maaf, tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi marilah kita sama sama mengambil pengajaran. Aku pernah berada di tempat mereka malah diri ini jua pernah merasa genta perasaan mereka.

Akhir kalam, mari kita melaksanakan kempen "TSHIRT LABUH UNTUK SEMUA". Sesiapa sahaja boleh memakai tshirt labuh muslimah, tak kira dia bertudung labuh, bertudung kecil, bertudung ekin dan tidak bertudung. Moga moga, dengan memakai tshirt labuh dengan hati yang ikhlas mendapat keberkatan dariNYA seterusnya membuka pintu hidayah dan taufiq. AMIN ^_^

Impianku: Ingin mempunyai jenama Tshirt labuh sendiri "ASIAH YUSRO"

Picture: akhi Danang

5 ~pemberi cinta~:

syauqahwardah1209 said...

salam warahmatullah asiah yusro yang dikasihi Allah.

benar, t-shirt labuh adalah untuk semua. sebagaimana tudung labuh itu sendiri utk semua muslimah yang mencintai TuhanNya, mencintai agamaNya dan mencintai maruah dirinya..

ana sendiri pernah tergolong dalam golongan yang biasa2 saja sebelum mndpat pentarbiyyahan agung dari Allah..

ana faham, ada segelintir golongan yang sebenarnya sudah terbuka hati untuk berhijrah.. cuma mereka jadi ragu2 setelah bertemu dengan daie yang spt ukhti katakan; bersikap bias dan seolah2 menidakkan mereka. walhal, sepatutnya kita harus bersikap baik & ikhlas dengan setiap orang pun. itu yang sepatutnya.

akhir kalam, sebaris pesanan dari ustazah ana dahulu;

"Hanya hati yang suci dapat menyentuhi hati yang suci serta dapat menyucikan hati yang tidak suci..."

wallahu 'alam..

uhibbukifillah. :)

BicaraHati said...

salam ukhuwah...

ana xde ilmu y byk tuk dikongsikan..cuma dr pengalaman hidup shj..pe y ana plg takut bila memakai t-shirt labuh.."wah..baik nyer ko..ko ni mmg baik la.."dan cam2 lg..dan juga takut dilabelkan sedemikian..kerna takut x mampu menjd cth y baik..takut riak pun ada..semoga ALLAH menetapkan iman kita tuk terus menegakkan ajaran islam...menjd muslimah solehah dgn menutup aurat kita..aminnn...wslm,.

Asiah yusro said...

syauqah wardah
uhibbukifillah

alhamdulillah.. ini adalah secebis dari pengalaman ana yang jahil ini :)

Asiah yusro said...

bicara hati

hanya ALLAH sahaja yang berhak menilai insan.. manusia tidak akan pernah berhenti untuk berkata maka kuatkan penggantungan pada ALLAH... insyaALLAH.. kita semua terus istiqomah

Yang dicari adalah keredhaan ALLAH, bukan keredhaan manusia

bidadari besi said...

salam kerinduan buat ukhty tersayang..

benar ukhty... apa yg disyariatkan dan ditentukan dalam Islam adalah utk semua tidak kira siapa pun dia...

insyaAllah ukhty.. ana doakan moga jiwa mu terus subur untuk berjuang di jalanNya..ameen..

jika berpeluang, ana mahu beli t-shirt yg ukhty jual....^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...