Bismillahirahmanirahim
Hasbi Rabbi Jalallah, Ma fi Qalbiu Gairullah, Nur Muhammad Salallah, Lailahailallah..
Cukuplah Tuhan bagiku ALLAH yang Maha Agung, tiada di dalam hatiku kecuali ALLAH, Cahaya MUHAMMAD selamat keatasnya, Benarlah tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH
12 Rabiulawal, semalam adalah hari kelahiran insan yang ana amat rindui dan kasihi. Ana terlalu rindukan insan itu. Ana ingin sekali dikenali di padang masyar oleeh insan tersebut. Ana ingin sekali mengamalkan sunnahnya.. doakan diri ana bisa menjadi penyambung perjuangannya.. dan moga kerinduan ini bisa memberi kekuatan pada diri ana dan antuna sekalian untuk berjuang demi ISLAM.
Mengambil masa 22 tahun untuk memahami hijab adalah waktu yang lama dan terlalu banyak masa terbuang sebenarnya. Begitu susah untuk diri ini mengamalkan penutupan aurat. Tidak mungkin diriku begitu mudah menggadaikannya hanya kerana untuk kesenangan dunia sedangkan diri bakal di azab di akhirat kelak. Apatah lagi diri ini tidak pasti tentang dosa dosa lalu yang terlalu banyak. Diriku hanya mampu memohon keampunan dan rahmat dariNYA.
Hati ini sedikit terkilan apabila memperlihat beberapa golongan yang tidak menghormati hijab. Sedangkan hijab itu adalah kebanggaan wanita yang bernama muslimah. Kami sudah tentu tidak akan menggadaikan hijab kami hanya semata mata untuk mendapat pekerjaan
Sesungguhnya ana bersyukur kepada ALLAH S.W.T, kerana ana dan sahabiyah sekalian terpilih untuk menjalani ujian ini. Sesunggguhnya kita hanya manusia yang merancang, ALLAH mengetahui segalanya.
Kehadiran Ana pada temuduga tersebut tidaklah membawa harapan besar. Ana menganggap hal ini sebagai pengalaman baru. Apatah lagi ana ingin sekali menjadi pengembara di bumi ALLAH ini. Berkhidmat untuk ummah di sekalian alam ini sebagai jururawat
Namun tidak terlintas dihatiku, jururawat tidak dibenarkan bertudung di hospital! Sekiranya ingin bekerja bersama mereka, perlu membuka tudung semasa waktu berkerja! Nauzubillah min zalik, hampir diri ini mengalirkan air mata mengenangkan wanita wanita muslimah yang bergelar jururawat di sana. Bagaimana nasib mereka? Aurat terbuka begitu saja, seolah olah imej wanita ISLAM diperlekehkan.
Alhamdulillah, ALLAH memberi ketenangan kepada diri ini semasa berhadapan dengan mereka. Dengan penuh keyakinan, mulut ini mengatakan TIDAK! ana tidak akan membuka tudung ini walau bagaimanapun.. Dan air mata kegembiraan juga mengalir melihat sahabiyah yang lain juga tetap pendirian bersama ana. Kami semua tidak sanggup menggadaikan hijab kami hanya semata mata kesenangan dunia. Hijan ini adalah maruah wanita ISLAM. Kami berbangga dengan hijab kami.
SubhanALLAH, Alhamdulillah, Allahuakhbar!
Adakah ini ujian dariMU YA TUHANKU? Adakah selama ini kami terlalu laia dalam menjaga aurat kami, sehingga kami didatangi ujian sebegini. Kami mohon ampun padaMU YA ALLAH. Kami mohon padaMU, berilah kami kekuatan untuk memelihara aurat kami, tempatlah kami bersama dengan mereka yang sentiasa terpelihara auratnya, tempatkanlah kami bersama dengan mereka yang sentiasa mengingatiMU dan jauhilah kami dari golongan yang mengingkariMU, sekiranya ENGKAU letakkan kami bersama sama mereka yang mengingkariMU, ENGKAU lindungilah kami dari kemungkaran itu dan berilah kami kekuatan untuk menjadi pencegah kemungkaran itu.. Amin!
Jururawat adalah pekerjaan yang mulia, tetapi mengapa kemuliaan itu dicemari dengan isu pembukaan aurat? Ana menyeru sahabiyah sekalian yang bergelar dan bakal bergelar jururawat, marilah kita bersama memperjuangkan isu pakaian jururawat ini, kerana apa yang kita mahukan agar pekerjaan kita jururawat yang mulia ini tidak dicemari dengan kemungkaran seperti pembukaan aurat.. ayuh! mari bersama bangkit muslimah bunga agama!
Wallahualam

4 ~pemberi cinta~:
assalamualaikum dik asiah.
alhamdulillah dik, walaupun 22 tahun mengambil masa utk memahami hijab, akhirnya asiah benar-benar faham maksudnya dan nekad menegakkan yang hak bila berhadapan dengan kebatilan.
syabas kerana berani berkata tidak kepada kemaksiatan. walau mungkin agak sukar untuk asiah mendapat peluang kerjaya tersebut, insyaallah kakchik yakin peluang untuk jururawat bertudung masih ada di negara ini cuma asiah perlu lebih mencari. semoga cita-citamu tercapai dik.
perjuangan menegakkan yang hak di negara ini masih banyak dik kerana prejudis terhadap hijab masih menebal di sesetangah organisasi termasuklah organisasi kerajaan. sabarlah.
subhanALLAH.. terima kasih atas sokongan itu kak chik, kekuatan itu datang dari ALLAH disalurkan melalui kak chik.. alhamdulillah, dapat mengenali sahabiyah yang sama sama mengejar redha ILAHI..
semoga kita bisa bersama menjadi bidadari syurga
:)
perjuangkan hijab!
Ya ALLAH, berkatilah kedua-dua insan di atas yg mendambakan cintaMU sama seperti kami yang lemah dalam perjuangan ini. Kuatkanlah langkah ini agar tidak goyah dalam menegakkan panji agamaMU.
Assalamualaikum dik...
kuatkan semangat jihad mu asiah...
kak tini melihat sndiri jururawat pelatih yg memakai pakaian berlengan pendek. sedih sunggu mengenangkan perkara ini sekiranya terkena pada jururawat yang menjaga auratnya. semoga mereka sama2 berani menyatakan kebenaran.
salam ukhwah
-kak tini-
Post a Comment