Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Sunday, February 28, 2010

KDBB2 .. menyubur cintaku pada jalan dakwah!

Bismillahirahmanirahim
SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuakhbar
Dengan segala izinNYA Kerana Dirimu Begitu Berharga Dua (KDBB2) berjaya di anjurkan..
Terasa bagai mimpi apabila baru sahaja setengah jam yang lalu program ini berakhir, ana terus tidak mahu membuang masa mencoretkan kenangan indah program ini di "Salju Sakinah" tercinta ini. KDBB2 begitu bermakna di hati ana. Ana dan cermin ajaibku (Ukhti Nadzirah, Ukhti Ilhamimi, Ukhti Surianah) sememangnya mengkhususkan program ini sebagai hadiah kepada akhwat yang amat kami sayangi kerna ALLAH. Apatah lagi untuk ana dan ukhti nadzirah yang bakal meninggalkan bumi tarbiyah universiti mengharap syurgaNYA ini. Kami ingin meninggalkan sesuatu ingatan yang bermakna buat semua akhwat tercinta. Setelah setahun berjalan di atas jalan tarbiyah ini, sememangnya perjalanan dakwah ini berliku tetapi buat ulang tahun pertama penglibatan ini membuat ana berasa dakwah itu terlalu indah sebenarnya. Tahniah buat semua AJK KDBB2 yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Tahniah juga kepada para akhwat yang sudi menghadirkan diri dalam program ini. InsyaALLAH, bersama kita mencapai Redhanya.. menjadi bidadari syurga!

Forum Cantikkah aku di mataNYA



Alhamdulillah, forum ini memberi begitu banyak input berguna. Wanita dan kecantikan sememangnya tidak bisa dipisahkan. Namun, bagaimanakah cantik dari segi ISLAM? Bak kata ahli panel jemputan, CANTIK itu maksudnya C= Contohi, A= Akhlak, N= Nabi, T= Turuti, I= Ikhlas, K= Khulafa Ar rasyidin

Selain itu kecantikan sebenar adalah kecantikan sebenar. Kecantikan seseorang muslimah itu adalah kerana akhlak dan imannya. Buat wanita yang gemar berpakaian cantik, tidak salah, itu sememangnya fitrah wanita itu sukakan kecantikan tetapi apabila kita wanita melihat cermin, tanyalah, lihatlah pakaian kita, ADAKAH ALLAH MEREDHAI PAKAIANKU? Adakah pakaian itu bisa menambah pahala atau menyemai dosa?

Slot Rintihan Palestin




Selalunya kita sebagai muslimah ini sering terlupa akan bumi Palestin yang tercinta, maka KDBB2 turut menganjurkan slot Rintihan Palestin agar muslimah ini tidak melupakan saudara seakidah yang tertindas ini. Sesungguhnya warga Palestin ini tidak hanya mengharapkan air mata kita, tetapi yang diharapkan adalah doa, maka akhwat tercinta jangan lupa waktu subuh, bacakan Qunut Nazilah untuk Palestina tercinta

Slot Bidadari Cemburu Padamu




Wanita solehah itu adalah lebih baik daripada bidadari syurga. Begitulah kasih sayang ALLAH S.W.T pada insan yang bernama wanita. Bagaimanakah bisa menjadi kan bidadari cemburu pada kita? Maka jadilah wanita solehah.. Ingatlah, wanita itu bukan lemah kerana air mata. Tetapi air mata itu adalah teman kepada perjuangan wanita. Wanita itu bukan seorang pejuang mengangkat senjata, tetapi wanita itu adalah pejuang sekiranya dia memberi kasih sayang kepada putera dan puteri harapan agama sebagai agama, wanita itu adalah pejuang sekiranya dia memberi kasih sayang dan layanan istimewa buat insan yang bernama suami, wanita itu seorang pejuang apabila dia tidak pernah meninggalkan jalan dakwah, wanita itu adalah pejuang apabila dia mempertahankan kesucian hijabnya. Maka, kita sebagai wanita adalah bidadari sebenarnya. Kita mampu ketawa gembira, bersuka ria dan dicemburui bidadari syurga selagi kita ingin terus berjuang untuk ISLAM!

Slot Small Kindness




Kadang kadang kita terlepas pandang bahawa sekecil kecil perkara yang dilakukan bisa memberi impak yang besar kepada seseorang. Maka KDBB2 membawakan slot "small kindness". Contoh "small kindness" yang kita lakukan seharian tanpa kita sedari seperti mengutip sampah dari jalan atau mengalihkan ranting kau yang menghalang jalan. Perbuatan ini nampak mudah tetapi sebenarnya memberi ganjaran yang amat besar kepada kita. Maka KDBB2 menyeru muslimah untuk memulakan "small kindness" dalam diri kita. Agar masyarakat bisa melihat sebagai muslimah ISLAM ini sebagai contoh teladan, sekaligus mengangkat ISLAM itu sendiri

Doa Rabitah

Hati ana begitu tersentuh apabila program ini hampir sampai kepenghujungnya. Air mata ana menitis apabila bersama akhwat tercinta menyanyikan lagu doa rabitah. Begitu sayu kerana ini adalah antara program terakhirku bersama muslimat disini sebelum melangkah kedunia baru. Seringkali diri ini bertanya pada cermin ajaibku:

"Ana berasa ana terlalu terlambat berada di jalan ini ya ukhti, kenapa ya?"

Jawab cermin ajaibku

"Tidak ukhti, setiap aturan ALLAH itu penuh hikmah dan rahsia. Tidak pernah ada istilah terlambat ukhti, yang penting teruskan menyubur cintamu pada jalan dakwah dan tarbiyah"

Sesungguhnya ana selalu berasa diri ini terlalu terlambat dan rasa menyesal tentang waktu lalu yang berlalu begitu sahaja. Alhamdulillah, ALLAH telah menemukan diriku dengan cinta pada jalan dakwah dan tarbiyah. Biarpun ana yang masih mentah ini tetapi ALLAH telah memberi kemudahan dan kefahaman kepada diriku. Biarpun ada waktu diriku terasa ingin berlari dari jalan ini kerana ana juga insan. Ana kadang kala begitu mudah terluka dan terasa hati apabila mengalami penolakan dari mad'u dan juga menerima kritikan. Namun, mas'ula ana mengatakan apabila kita berjalan di jalan dakwah ini, kita tidak akan dihampari dengan karpet merah, tetapi selalunya kita akan dibaling dengan najis dan kadang kala kita berasa terlalu lemah sehingga jatuh tersungkur. Namun, sekiranya kita sudah jatuh tersungkur, bangunlah kembali, sapu lukamu, bangkitlah kembali, dan dengan kebangkitan itu, pasti ada kekuatan bersamamu. Moga diriku, cermin ajaibku dan akhwat sekalian kekal di jalan yang diredhaiNYA. Kenangan terindah KDBB2 begitu tersemat dan lebih menyubur cintaku pada jalan dakwah! Doakan diri ana, apabila melangkah keluar, ana bisa terus berkhidmat untuk ummah tercinta.. MUSLIMAT POWER! Wallahualam

Monologku: Buat cermin ajaibku (Ukhti Nadzirah, Ukhti Ilhamimi, Ukhti Surianah dan mereka yang mengetahu bahawa mereka cermin ajaibku, tidak kunyatakan di sini) Sesungguhnya aku tidak tahu bagaimana nanti, sekiranya tidak ada kalian disisiku, apabila diriku menangis kerana kelemahan diri, kerana penolakan dan kerana kritikan, kalianlah tempat ku berlari dan mengadu nasibku. Kalian adalah hadiah terbaik buatku sepanjang berada di Universiti Mengharap SyurgaNYA ini. Terima kasih atas segala bimbingan apatah lagi diriku ini dibentuk dari insan yang sememangnya jahil. Tapi kalian tidak pernah jemu sebagai pembimbingku. Entry ini khas untukmu wahai cermin ajaibku!

Saturday, February 27, 2010

Hijab is our pride!


Bismillahirahmanirahim
Hasbi Rabbi Jalallah, Ma fi Qalbiu Gairullah, Nur Muhammad Salallah, Lailahailallah..
Cukuplah Tuhan bagiku ALLAH yang Maha Agung, tiada di dalam hatiku kecuali ALLAH, Cahaya MUHAMMAD selamat keatasnya, Benarlah tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH

12 Rabiulawal, semalam adalah hari kelahiran insan yang ana amat rindui dan kasihi. Ana terlalu rindukan insan itu. Ana ingin sekali dikenali di padang masyar oleeh insan tersebut. Ana ingin sekali mengamalkan sunnahnya.. doakan diri ana bisa menjadi penyambung perjuangannya.. dan moga kerinduan ini bisa memberi kekuatan pada diri ana dan antuna sekalian untuk berjuang demi ISLAM.

Mengambil masa 22 tahun untuk memahami hijab adalah waktu yang lama dan terlalu banyak masa terbuang sebenarnya. Begitu susah untuk diri ini mengamalkan penutupan aurat. Tidak mungkin diriku begitu mudah menggadaikannya hanya kerana untuk kesenangan dunia sedangkan diri bakal di azab di akhirat kelak. Apatah lagi diri ini tidak pasti tentang dosa dosa lalu yang terlalu banyak. Diriku hanya mampu memohon keampunan dan rahmat dariNYA.

Hati ini sedikit terkilan apabila memperlihat beberapa golongan yang tidak menghormati hijab. Sedangkan hijab itu adalah kebanggaan wanita yang bernama muslimah. Kami sudah tentu tidak akan menggadaikan hijab kami hanya semata mata untuk mendapat pekerjaan

Sesungguhnya ana bersyukur kepada ALLAH S.W.T, kerana ana dan sahabiyah sekalian terpilih untuk menjalani ujian ini. Sesunggguhnya kita hanya manusia yang merancang, ALLAH mengetahui segalanya.

Kehadiran Ana pada temuduga tersebut tidaklah membawa harapan besar. Ana menganggap hal ini sebagai pengalaman baru. Apatah lagi ana ingin sekali menjadi pengembara di bumi ALLAH ini. Berkhidmat untuk ummah di sekalian alam ini sebagai jururawat

Namun tidak terlintas dihatiku, jururawat tidak dibenarkan bertudung di hospital! Sekiranya ingin bekerja bersama mereka, perlu membuka tudung semasa waktu berkerja! Nauzubillah min zalik, hampir diri ini mengalirkan air mata mengenangkan wanita wanita muslimah yang bergelar jururawat di sana. Bagaimana nasib mereka? Aurat terbuka begitu saja, seolah olah imej wanita ISLAM diperlekehkan.

Alhamdulillah, ALLAH memberi ketenangan kepada diri ini semasa berhadapan dengan mereka. Dengan penuh keyakinan, mulut ini mengatakan TIDAK! ana tidak akan membuka tudung ini walau bagaimanapun.. Dan air mata kegembiraan juga mengalir melihat sahabiyah yang lain juga tetap pendirian bersama ana. Kami semua tidak sanggup menggadaikan hijab kami hanya semata mata kesenangan dunia. Hijan ini adalah maruah wanita ISLAM. Kami berbangga dengan hijab kami.

SubhanALLAH, Alhamdulillah, Allahuakhbar!

Adakah ini ujian dariMU YA TUHANKU? Adakah selama ini kami terlalu laia dalam menjaga aurat kami, sehingga kami didatangi ujian sebegini. Kami mohon ampun padaMU YA ALLAH. Kami mohon padaMU, berilah kami kekuatan untuk memelihara aurat kami, tempatlah kami bersama dengan mereka yang sentiasa terpelihara auratnya, tempatkanlah kami bersama dengan mereka yang sentiasa mengingatiMU dan jauhilah kami dari golongan yang mengingkariMU, sekiranya ENGKAU letakkan kami bersama sama mereka yang mengingkariMU, ENGKAU lindungilah kami dari kemungkaran itu dan berilah kami kekuatan untuk menjadi pencegah kemungkaran itu.. Amin!

Jururawat adalah pekerjaan yang mulia, tetapi mengapa kemuliaan itu dicemari dengan isu pembukaan aurat? Ana menyeru sahabiyah sekalian yang bergelar dan bakal bergelar jururawat, marilah kita bersama memperjuangkan isu pakaian jururawat ini, kerana apa yang kita mahukan agar pekerjaan kita jururawat yang mulia ini tidak dicemari dengan kemungkaran seperti pembukaan aurat.. ayuh! mari bersama bangkit muslimah bunga agama!
Wallahualam

Wednesday, February 24, 2010

Sanah Helwah NurAdila!


Bismillahirahmanirahim
Entri kali ini cukup bermakna, ditulis pada tengah malam, di kala sahabat baik ku menyambut hari jadinya.
Nuradila Othman
Itulah dia nama sahabat baikku ini, orangnya comey sokmo gitu, penyabar, baik hati, pandai math Dialah sahabat yang sering bersusah payah, bergelak ketawa dengan ku.. Di universiti mengharap syurgaNYA ini.
NurAdila,
diri ini memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.. sesungguhnya kesalahan diri ini padamu terlalu bertimbun rasanya, tidak mampu tertebus oleh ku.. diriku hanya insan biasa, yang sentiasa ingin cuba memperbaiki diri, tetapi kadang kala, daku tewas, kerana diriku ini adalah insan yang lemah.
NurAdila,
Ketahuilah bahawa kehadiranmu cukup bermakna dalam hidupku. Kerana dirimu adalah insan yang mengajar aku membaca AlQuran. Satu ketika dahulu, diriku ini tidak tahu membaca surat cinta tersebut, kekadang huruf pun daku terkeliru, tetapi ALLAH telah menghantarmu kepadaku
NurAdila telah menjadi guru AlQuran ku,
tanpa mu, mungkin aku masih merangkak membaca kitab suci itu,
hal ini merupakan hadiah terbaik darimu kepadaku
Malah bukan itu sahaja sahabat,
dirimu sentiasa mendampingiku, sejahil mana pun aku, dirimu tetap bersamaku
Dikala susah dan senang, dirimu sentiasa menjadi penghiburku
Maafkan diriku ini sahabat,
kerana seringkali meninggalkan bersendirian di kala kau kesedihan
kerana sering kali tidak memberi di kala kau memerlukan
kerana tidak dapat melindungi dirimu di kala kau terluka
sedangkan itu semua yang dilakukan olehmu untuk diriku!

Nur Adila
Aku ingin sekali menjadi sambutan ulang tahun ini yang paling bermakna buatmu, kerana aku takut, pada masa yang lain aku sudah tidak punya kesempatan untuk meraikan hari istimewa ini bersama mu. Kerana selepas ini, sudah tentu kita sendiri membawa haluan masing masing. Apabila tamatnya peranan individu itu kepada seseorang, maka ALLAH S.W.T memisahkan mereka. Namun sesungguhnya hati kita itu masih bertaut, atas tautan akidah dan kecintaan terhadapNYA
Nur Adila,
diriku ini sesungguhnya bukan sahabat yang baik, sungguh banyak perbuatanmu pada ku yang tidak mampu terbalas olehku. Dan aku lebih meyakininya, kerana kebaikan mu itu, ku doakan dirimu mendapat sahabat terbaik yang mampu membawa ke syurga,
Perpisahan itu sememangnya pasti sahabatku
Namun, doaku sentiasa mengiringi langkahmu
Moga bisa bersama bergelak ketawa, menyanyi riang
sebagai bidadari syurga
Amin :)

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Hadiah istimewa untukmu, Lagu Rindu Hijjaz
Sebagaimana diriku merinduimu, bila kita semakin kurang meluangkan masa bersama

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan Kesejahteraan
Dan rindukan kebahagiaan
Orang orang yang bertakwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak anak yang soleh
Isteri isteri yang solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada tuhan




Tuesday, February 23, 2010

Purdah Pertama


Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah, terpanggil sekali lagi diriku ingin mencoretkan sedikit luahan di "Salju Sakinah". Lama rasanya tidak di update kerana diriku ini begitu sibuk dengan urusan akademik dan hal hal lain. Mungkin juga diriku ini kurang menguruskan masa dengan baik, menyebabkan begitu banyak kerja yang tertangguh. Itulah dia masa yang berlalu, tidak akan kembali. dan sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan amal soleh. Tidak begitu banyak yang berlaku minggu ini cuma hari ini cukup indah dikenang. Ini kerana hari ini adalah hari pertama diriku membeli purdah pertama diriku

Terlalu banyak persoalan dikaitkan dengan purdah ini. Malah ada yang melabel purdah sebagai yang "extremist". Namun, sebenarnya purdah itu bersifat pelindung. Mungkin ada yang tersalah tafsir mengatakan, hanya mereka yang berwajah cantik sahaja perlu berpurdah.. Tetapi sesungguhnya wanita itu adalah sebaik baik kejadian. Kecantikan itu sendiri sudah terlalu subjektif. Wanita itu sebenarnya sememangnya cantik diciptakan. Maka sudah tentu kita tidak mahu anugerah ciptaan ALLAH ini sewenang wenangnya dijilat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Wanita itu sendiri adalah rahsia. Terpulanglah kepada wanita bagaimana untuk menjaga kerahsiaan tersebut. Namun kekadang diriku dilanda kesedihan, melihat muslimat kini begitu mudah mempamer foto mereka dengan jelas dan penuh aksi manja, sedangkan wanita itu sendiri seharusnya dipenuhi dengan sifat al haya yakni sifat malu sebagai pelindung wanita. Diriku berpendapat, tidak salah sekiranya meletakkan gambar kumpulan. Tetapi sekiranya sudah terlalu fokus pada wajah dengan aksi manja, sudah tentu ramai mata mata yang melihat. Kita tidak tahu pintu kemasukan hasutan syaitan itu ada banyak. Adakah kita ingin menjadi penyumbang kepada terbukanya pintu hasutan syaitan kepada mujahid harapan agama? Sudah tentu tidak!!!

Dan ingatlah sahabat muslimah ku..

Rasulullah S.A.W bertanya kepada Fatimah A.s
"Apakah yan terbaik bagi wanita?"
Fatimah A.s menjawab: "Dia tidak melihat dan dilihat oleh lelaki lain"

Sesungguhnya wanita itu permata berharga, tetapi kenapa wanita sering membiarkan dirinya menjadi peragaan? Adakah begitu murah harganya wanita yang bernama muslimah?

Kerana Dirimu Begitu Berharga.. Jadilah wanita yang disayangi ALLAH S.W.T

Monday, February 15, 2010

Akulah si penari itu


Bismilahirahmanirahim
Alhamdulillah, diriku masih diberi kekuatan untuk menulis di "salju sakinah" yang ku kasihi ini. Tentu antuna kehairanan melihat tajuk entri kali ini. "Akulah si penari itu". Sesungguhnya, pada suatu ketika dulu, diriku dan tarian tidak dapat dipisahkan. Malah boleh dikatakan, tarian itu sudah sangat sebati dengan diriku. Apabila ada sahaja majlis atau program yang memerlukan persembahan, diriku adalah yang paling awal menawarkan diri. Aku begitu berasa gembira dapat menghiburkan semua. Aku sentiasa menyukai busana busana tarian itu. Aku sentiasa menyukai solekan tebal itu. Dan aku sangat menyintai lengok tarian itu. Dancing is my life!. Bila dah lama diriku tidak menari, terasa ada sesuatu kekurangan dalam diri. Terasa hidup ini tidak lengkap. Tidak ada erti malu dalam kamus hidup ku untuk mempersembahkan tarianku. Tersenyum lebar di atas pentas.. sungguh lucu mengingatkan kisah itu. Dari tarian moden sampai tarian tradisional, semuanya ku sapu.. Itulah zaman kejahilanku.

Tidak dinafikan diri ini masih punya kerinduan untuk menari, apatah lagi itu sememangnya hobi dari kecil. Namun, ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. sentiasa membimbing hambaNYA ke jalan yang diredhaiNYA. ALLAH sangat menyayangi insan ciptaanNYA yang bernama wanita. Maka, DIA memerintahkan wanita untuk memelihara malu dan maruahnya. Ini kerana malu dan maruah wanita itu lebih tinggi nilainya. Penciptaan wanita itu amat indah sebenarnya dan itu adalah hadiah ALLAH yang amat istimewa kepada kita yang bernama wanita. Itulah sebabnya ALLAH mahu kita yang bernama wanita menjaga sebaik baiknya hadiah berharga ini. Kalau boleh biarlah kita yang bernama wanita ini elok terjaga dan terbalut rapi. Ada satu analogi, jika kita hendak membeli kuih untuk di makan, yang mana satukah pilihan kita? Yang sudah dihurungi lalat atau yang berbalut plastik? Sudah tentu kita memilih yang bermalut kerana mutu dan kualitinya masih terjamin. Begitulah wanita, sekiranya kita menjaga diri kita seeloknya, itulah muslimah yang berkualiti sebenarnya.

Tulisanku ini bukan untuk menyalahkan sesiapa atau menunding jari kepada sesiapa. Sekadar peringatan pada diriku yang kekadang tersisip perasaan rindu untuk menari di pentas dunia. Tetapi, adakah kita ingin menggadaikan tawaran untuk menjadi calon bidadari syurga semata mata untuk menjadi bidadari dunia yang akan pudar kecantikannya. Tentu sekali tidak bukan, malah tidakkah kita punya keinginan untuk menari bersama bidadari di syurga abadi? Malah, barisan bidadari cemburu pada kita kerana wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga. Tulisan ini untuk peringatan buat diriku yang sentiasa alpa dan lupa untuk menjaga diri. Moga diriku ini yang lebih awal berbuat demikian kerana mata dan telinga ini lebih hampir pada tangan yang menaip bait bait ini. Wallahualam


Khas untuk mereka yang bergelar muslimah.. Kerana Dirimu Begitu Berharga

Dirimu pembakar semangat perwira,
rela berkorban demi agama,
kau jadi taruhan berjuta pemuda,
yang bakal dinobat sebagai syuhadah,
itulah janji Pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga,
Bersemayam di mahligai bahagia,
Anggun gayamu wahai seorang puteri,
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri,
Untuk melakar satu wacana,
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga,
Menanti hadirnya seorang lelaki,
Untuk Menjadi bukti cinta sejati,


Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini,
Seorang Wanita bak bidadari,
Menghulurkan cinta setulus hati...








Saturday, February 6, 2010

Wanita Penghuni Neraka!

Bismillahirahmanirahim.. lama sudah diriku tidak menjenguk pada salju sakinah yang ku kasihi.. Rasanya diri ini terlalu sibuk atas sengaja berbuat sibuk dalam menguruskan hal hal dunia. Kesibukan itu juga membuatkan diriku dan cermin ajaibku sekalian sudah lama tidak berkumpul, sudah lama tidak "berdating" antara satu sama lain, semuanya kerana kekangan masa masing masing.

Diriku yang hina lagi lemah ini sememangnya tersasar jauh bila tidak berjumpa dengan cermin ajaibku, emosi dan perasaan tidak terkawal, begitu mudah untuk berasa marah terhadap insan lain. Kesibukan dengan membuat kerja dunia juga membuatkan mutabaah terabai. Hubungan dengan Pencipta terasa begitu lemah dan longgar. Iktilat juga tidak terjaga oleh diriku. Terlalu berfikir tentang keduniaan sehingga melupakan akhirat.

Kekadang terasa tidak bisa memaafkan diri, takut nanti mulut ini digunting dengan gunting berapi di neraka.. kerana dalam halaqah dan usrah, berapi rapi berkata kata.. tetapi tidak bisa berbuat. Naudzubillah min zalik. Kekadang kita akan diuji dengan kata kata kita sendiri. Mohon pertolongan dari ALLAH SWT, agar kita.. muslimah yang bergelar daieyah ini, bisa melakukan apa yang kita katakan, moga ditetapkan hati kita pada jalan tarbiyah ini, dan mohon agar kita terus kekal menjadi muslimah yang sejati, terus menjaga diri dan tidak sewenang wenangnya membiarkan kumbang kumbang jahat menyedut madu mawar nan indah. Tetapi sebaliknya menjadi manisan dari madu tersebut agar bermanfaat kepada insan lain.





Disini juga ku titipkan, golongan golongan yang bakal menjadi penghuni NERAKA.. adakah kita tersenarai? Nauzubillah moga dijauhkan, selama ini kita membaca kisah bidadari syurga, maka mari kit hayati.. senarai mereka yang bergelar wanita penghuni neraka! Malah daku juga meletakkan garis panduan menutup aurat kerana risau akan diriku yang makin alpa dalam menjaga aurat...





1. Berlebihan dalam Berhias
2. Mencukur Rambut
3. Meratapi mayat
4. Memakai Rambut Palsu
5. Mengurangi Kesempurnaan Ciptaan ALLAH
6. Munafiq
7. Mencuri
8. Mendedahkan Aurat
9. Menderhakai Suami
10. Menggugurkan anak
11. Merampas Suami Orang lain
12. Perempuan Penzina
13. Mengganggu Tetangga
14. Menyerupai Lelaki
15. Penyanyi
16. Memakai Barang Haram
17. Meremehkan Kewajipan Solat
18. Ghibah
19. Mengadu Domba
20. Pendusta
21. Melampaui Batas
22. Penyihir


Adakah kita tergolong dalam golongan di atas.. Moga kita sentiasa mendapat keampunannya..
Wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...