Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Monday, October 11, 2010

Perkongsian: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…




Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.

Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.

Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.

Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.

Apakah pandangan anda?

Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?

Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata

Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.

Betul kan?

Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.

Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?

Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.

“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”

“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”

“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”

Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.

Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?

Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.

Saya suka bertanya.

Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?

Tiada siapa menarik mereka

Kita selalu kata begini:

“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”

“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”

Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.

Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.

Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.

Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.

Kesilapan kita, adalah di sini.

Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.

Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu

Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.

Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.

Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.

Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.

Jadi, apakah sikap kita?

Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?

Mereka butuh manusia yang memahami

Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.

Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.

Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?

“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?

Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.

Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.

Ini masalah kita.

Kemudian kita salahkan dia.

Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.

Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.

Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?

Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?

Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?

Yakni tegur, dan pimpin mereka.

Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.

Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama

Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”

Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.

Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.

Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?

“Dia kan budak agama, dia mesti faham”

Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.

Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?

Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?

Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.

So, macam mana sekarang?

Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.

Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan

Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.

“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?

Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”

Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.

Kemudian, tegur bukan sekali.

Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?

1. Kamu mati.

2. Dia mati.

3. Matahari terbit dari barat.

4. Dia berubah.

Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.

“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.

Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.

Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.

Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.

Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.

Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.


Terima kasih Hilal Asyraf: http:ms.langitilahi.com

Gambar: Sumber Google

Tuesday, October 5, 2010

Mawar yang terpilih


Bismillahirahmanirahim
Segala puji hanya untukMU kerana diriku masih diberi kekuatan untuk bertinta di Mawar kesayanganku ini. Alhamdulillah, diri ini dalam debaran menanti saat untuk bergraduasi. Akhirnya penantian selama empat tahun berakhir jua. Walaupun diri ini belum ada rezeki mendapat pekerjaan sebagai jururawat namun ku mohon doa dari sahabat sekalian agar diriku bisa berpeluang merealisasikan impian untuk menjadi jururawat muslimah. Betapa mulianya pekerjaan seorang jururawat, sesungguhnya hanya ALLAH mengetahui biarpun kadang kala di salah erti

Minggu ini berlaku satu peristiwa yang amat istimewa buat diriku. Minggu ini buat pertama kalinya dapat bersua muka bersama barisan mawar yang terpilih. SubhanALLAH, pertemuan pertama itu cukup membuatku jatuh cinta. Inilah barisan mawar terpilih yang diharapkan menjadi penyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Malah, barisan mawar terpilih ini juga yang akan terus menyerikan dan mengharumi taman ISLAM yang indah di sekolahku dahulu


3/10/10

Mengimbau kembali detik melangkah kaki ke sekolah itu, setelah empat tahun tidak menjejaki. Sekolah ku kini banyak perubahannya. Bangunan sekolah sedang dalam pengubahsuaian. Malahan bilik guru juga berpindah. Hanya surau itu sahaja yang kekal. SubhanALLAH.

Surau itu.. yang kini bernama surau Siti Khadijah. Kenangan kenangan indah menggamit memori. Sahabiyahku, seperti kalian sedia maklum betapa jahilnya diriku dahulu. Di surau inilah diriku pernah dikejar dengan rotan oleh Pengetua kerana malas bersolat. Di surau ini jugalah Ustaz Hafizullah pernah mengajar diriku membaca Al Quran. Ketika itu, diri ini masih merangkak membaca Al Quran. Alhamdulillah ustaz, kerana usaha murni mu itu menjadi titik permulaanku untuk lebih mencintai Al Quran. Doakan diriku istiqomah ya sang murabbi.

Surau itu.. tiap pagi rutin kami adalah membaca mathurat. Aku ketika itu langsung tidak pandai membaca mathurat, aku hanya mengikut gerak bibir sahaja. Alhamdulillah, kerana penerapan amalan murni ini bermula dari sekolah, kini diriku sudah tidak boleh berenggang dengan zikrullah. Mathurat ku jadikan teman di kala senang dan susah. Inilah kuasaMU ya ALLAH

Surau itu... Perlaksanaan solatku sekadar main main. Malahan solat pun tidak pernah penuh lima waktu. Nauzubillah min zalik. Kenangan silam yang kelam menjelma di benakku. Betapa jahilnya diriku. Aku telah mensia siakan waktu pentarbiyahan di sekolahku.

Malah aku begitu gembira ketika menghabiskan waktu pengajian di sekolah itu. Bagiku itu adalah waktu tamatnya zaman penjajahan untukku. Malah diriku terus hanyut dengat kecintaan duniawi semata mata. Namun, ALLAH terlalu menyayangiku....


Kini

Aku melangkah ke surau itu, dengan memikiul amanah yang cukup besar. Apabila mengenangkan diri ini yang penuh kelemahan dan kekurangan, aku hampir mengalah untuk meneruskan tanggungjawab ini. Namun, ALLAH telah memberi ilham kepadaku. Ini adalah masanya untukku berbakti pada sekolahku yang sedikit sebanyak bermulanya tempat pentarbiyahan buat diriku. Aku tidak sedar peraturan ALLAH ini.

Suasana tarbiyah yang begitu indah di sekolah ku telah banyak menyumbang kepada perubahanku. Kalaulah ketika itu diriku telah ditarbiyah... Ahh!! Perkataan kalau itu datangnya dari syaiton. Redhalah dengan segala ketentuan untukku.

ALLAH memberi peluang untukku membetulkan jalan hidupku. Oh, indahnya apabila meletakkan diri dalam halaqah pentabiyahan. Indahnya hidup dalam fikrah islami. Inilah peluangku untuk menebus segala pembaziran masa yang ku lalui di sekolah ku dulu.

Amanah yang ku terima ini insyaALLAH bukan untuk mendapat nama atau pangkat hatta harta sekalipun. Namun, inilah ketentuan ALLAH untukku dan jawapan ALLAH untuk istikharahku. Kerinduan bertandang lagi buat naqibah dan sahabiyah tercinta di bumi tarbiyah. Janji ku pada mereka tidak akan ku sia siakan segala kesusahan dan kepayahan mereka untuk mentarbiyahku. Akan ku teruskan jalan juang ini.. ALLAHUAKHBAR!

Buat Ustaz Hafizullah,
ana tidak tahu sekiranya ana ini layak untuk mentarbiyah mawar yang terpilih ini. Malah, ana takut ana mensia - siakan amanah ini. Apatah lagi generasi mawar yang terpilih ini adalah generasi yang dididik oleh ustaz sendiri. Doakan ana agar terus punya kekuatan melangkah di jalan ini. Air mata bercucuran di pipi kerana tidak berpeluang bertemu dengan ustaz, sang murabbi apabila ana telah ditarbiyah. InsyaALLAH, ana lakukan yang terbaik untuk BALKIS kerana ALLAH

Buat barisan mawar yang terpilih
Pertama kali bertemu dengan kalian, membuat diriku jatuh cinta. Kenangan perjuangan di kampus mengimbau kembali. Kerinduan untuk bersama sahabiyah di kampus mengigit hatiku. Kenangan indah berhalaqah cinta bersama naqibah tersemat di ingatan. Halaqah cinta itu adalah taman syurga untuk kita. Sang malaikat melebarkan sayapnya untuk menaungi syahdunya halaqah cinta ini. Aku bukanlah insan yang sempurna wahai mawar yang terpilih. Aku juga bukan manusia kalis dosa. Namun. ALLAH masih memilihku untuk bersama kalian, mawarku yang terpilih. Kedatanganku adalah untuk belajar dari mawar mawar indah yang mengharumi taman islam sekolah ku yang cukup indah.

Apa yang kuharapkan dari kalian, agar perjuangan kalian diteruskan untuk menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W. Walaubagaimanapun, ku bermohon agar pesanan ku pada pertemuan cinta pertama kita, bahawa
Pelajaran tetap nombor satu tetapi ALLAH dan agama bukan nombor dua
kalian sentiasa sematkan dalam hati. Ku doakan kejayaan kalian dalam menghadapi imtihan dunia. Namun ingatlah wahai mawarku, kita semua bakal berhadapan dengan imtihan akhirat pada suatu masa nanti. Itulah janji ALLAH. Jadi bagaimanakah persediaan dirimu dan diriku. Moga halaqah cinta yang kita bina ini, bisa menjadi saksi bahawa kita adalah antara mawar mawar yang terpilih untuk terus mengharumi bunga bunga ISLAM di dunia yang penuh pancaroba ini.

Moga bertemu lagi Mawar yang terpilih... salam kerinduan

Monologku: Menangis semasa menulis ... betapa besarnya rahmat ALLAH!

Tuesday, September 28, 2010

Ukhti, kamu cantik sekali


Ukhti, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Ia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Ukhti, kamu cantik sekali

Tapi cantik fisik tak akan pernah abadi. Saat ini para pesolek bisa berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuhnya. Namun beberapa saat nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih semua, tubuh tak lagi tegak, membungkuk termakan usia, tak akan ada lagi yang bisa dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahat, tentu tak akan ada manusia yang mau mendekat.

Ukhti, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sepantasnya kecantikan disyukuri dengan cara yang benar. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara memamerkan, memajang gambar atau mengikuti bermacam ajang lomba guna membandingkan rupa, sedangkan hakekatnya wajah itu bukan miliknya. Tidakkah engkau jengah bila banyak mata lelaki ajnabi yang memandangi berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa permisi karena engkau sendiri yang memajang tanpa sungkan. Ataukah rasa malu itu telah punah, musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebagian dari keimanan.

Ukhti, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah derajatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tak ada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tak punya harga di hadapan-Nya, karena kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Ukhti, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga, bukan barang murah yang bisa dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya jika kecantikan telah diumbar, dipajang dengan ringan tanpa sungkan. Dimana kehormatan sebagai hamba tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Ukhti, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan fisik itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah arti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tak ada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahaya-Nya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat senantiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Ukhti, kamu cantik sekali

Maka tampillah cantik di hadapan penciptamu karena itu lebih berarti dari pada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu Tampillah cantik di hadapan suamimu, karena itu adalah bagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keridhoan Ilahi. Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, karena itu lebih abadi.

( FB : Ummu Zufar )

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad-jasad kalian dan tidak juga kepada rupa-rupa kalian akan tetapi Allah melihat kepada hati-hati kalian (dan amalan-amalan kalian)” (HR. Muslim)


Copy dari note facebook

Gambar: Google


Saturday, September 18, 2010

Bumi tarbiyah vs Bumi kelahiran


Bismillahirahmanirahim
SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuakhbar
Sekali lagi tangan dan otakku diberi kekuatan dan keupayaan untuk menulis di teratak kesayanganku ini. Mungkin pembaca Mawar Sakinah, berasa sedikit hairan dengan perubahan rumah kesayanganku ini. Sesungguhnya diriku ini mendambakan suasana baru buat Mawar Sakinah. Suasana baru itu diharap dapat memberi suntikan agar diriku terus tsabat dalam memperjuangkan fikrahku.

Bumi Tarbiyah

Sudah dua bulan diriku terdampar jauh dari bumi tarbiyah. Sepanjang dua bulan ini jugalah pelbagai ujian getir yang terpaksa aku hadapi. Diriku yang bergelar Muslimat Tarbiyah telah diuji dengan dunia sebenar. Sekiranya dulu di kampus, saban hari penuh dengan pelbagai program tentang perjuangan dakwah. Malah daku tidak risau jika diri ini mula berasa lemah dan lesu kerana sentiasa dekat dengan pentarbiyahan, malah sahabat sahabat sentiasa ada menjadi sayap kiri perjuangan.

Terdapat jurang perbezaan yang cukup ketara dari segi gerakan perjuangan di antara bumi tarbiyah dan bumi kelahiran sendiri. Jika di bumi tarbiyah, gerakan untuk diri sendiri terasa begitu teratur dan terancang. Perhubungan dengan naqibah yang erat juga menjadi salah satu asbab buat diriku mendapat pemahaman yang lebih mendalam dalam perjuangan.

Seringkali diri ini dihujani soalan

Kak asiah baru berubah tapi dah ikut jemaah, macam mana kak asiah faham?
Kita berdakwah tak semestinya ikut jemaah, kita sendiri pun boleh berdakwah lagipun kakak masih baru berubah.

Sering menjadi tanda tanya kepada diriku, kenapa isu "BARU BERUBAH", menjadikan alasan untuk tidak boleh menyertai perjuangan? Kenapa seolah olah ada kelas kelas tertemtu untuk kita menyampaikan risalah ALLAH dan RASULNYA. Adakah mereka yang berdakwah itu hanya layak untuk mereka yang sudah lama mendapat hidayah dan petunjuknya. Adakah golongan golongan yang bertaubat setelah melakukan kesilapan diletakkan sebagai golongan kelas kedua dalam arena dakwah? Nauzubillah min zalik, minta sahabiyah sekalian membuang pemikiran sempit ini. Petikan dari ceramah yang didengari semasa waktu kerja di gerai tshirt labuh;

Syurga itu adalah untuk mereka yang melakukan kesilapan tetapi memohon ampun kepadaNYA kerana sesungguhnya manusia itu tidaklah maksum kecuali nabi dan rasulNYA.

Alhamdulillah, naqibah dan sahabiyah ku sudi menerima diri ini menjadi sebahagian daripada mereka. ALLAH yang MAHA AGUNG memberikan pemahaman yang mudah kepada ku untuk menerima proses pentarbiyahan ini. Sesungguhnya aku tidak berani mengatakan bahawa aku telah berjaya ditarbiyah, namun pemahaman yang amat berharga ini sudah menjadi nikmat yang cukup besar buat diriku dan menjadikan diriku lebih yakin pada apa yang aku pegangi.

Perjuangan di bumi tarbiyah juga diwarnai dengan kesusahan dan kesenangan. Teringat suatu ketika diri ini melenting kerana masa itu baru saja berusaha untuk berubah, tetapi sudah menggalas beban yang amat berat. Mungkin jika dipandang oleh insan lain, tidaklah seberat yang disangkakan cuma ketika itu keadaanku masih kucar kacir kerana baru melangkah ke alam pentarbiyahan. Namun kerana kesusahan semasa diperingkat awal, melatih diriku dan sahabiyah ku yang lain untuk terus kental dalam perjuangan. Jika sahabiyah yang berada di bumi tarbiyah yang lain mempunyai tajaan untuk program, kami terpaksa berhempas pulas mencari duit untuk menjayakan sesuatu. Malah terlalu banyak air mata yang dititiskan sepanjang perjuangan ini.

Kesusahan itulah yang kuhargai kerana dari kesusahan itu, pemahaman mudah menjadi kukuh. Biar pada waktu itu, jumlah kami hanya sedikit dan dilanda pelbagai masalah, namun ALLAH menunjukkan jalan penyelesaiannya satu persatu. Sesungguhnya tidak semestinya ahli yang ramai itu menjadi penanda aras kepada kehebatan sesuatu perjuangan. Hebatnya sesuatu perjuangan itu adalah sejauh mana ahlinya berada di jalan perjuangan kerana ALLAH, bukan kerana manusia. Kita sememangnya ingin meningkatkan kuatiti tetapi apalah gunanya jika tiada kualiti?

Ah.. itulah secebis pengalaman indah dibumi tarbiyahku. Setiap kesusahan itu sentiasa melekat didalam ingatanku. Kesusahan itu yang menjadikan aku seolah olah tidak dapat berpisah dengan perjuangan. Kesusahan di alam kampus itu yang menjadi benteng pertahanan diriku untuk menepis segala kesakitan dalam cabaran dakwah biah luar kampus.

Bumi kelahiranku

Alhamdulillah, bumi kelahiranku punya ramai pejuang yang mantap. Syukur kepada ALLAH yang sentiasa memberi. Memberi peluang kepada diriku untuk bertemu sahabat di tanah kelahiran sendiri. Terkadang timbul rasa rendah diri, mengenangkan diriku yang tidaklah sehebat mana, malah kedatangan ku disini mungkin dapat menyumbang sedikit tenaga kerana mereka sememangnya sudah punya tapak yang kukuh.

Biarpun tapak disini lebih kukuh dan sedang membina tiang tiang perjuangan, diriku juga mengalami anjakan paradigma. Tidak ku sangka akan bertemu dengan insan yang lebih berbeza. Mad'u yang lebih mencabar. Terkadang sampai hendak menitiskan air mata apabila melihat kurangnya pengamalan ISLAM di bumi kelahiran sendiri. Diriku diserbu rasa bersalah. Asbabnya ALLAH mempertemukan dan mempersiapkan diriku di bumi tarbiyah adalah untuk berkhidmat di bumi kelahiran ku sendiri. ALLAH sudah memberi kekuatan, memberi kefahaman, maka sebagai galang gantinya, diriku hendaklah terus berjuang untuk menyampaikan risalahNYA bersama sahabiyah sekalian demi menegakkan daulah islamiyah.

Jika dulu di bumi tarbiyah, tidak ada masa leka, namun diri ini mengakui bahawasanya kini diriku sudah menjadi lesu dalam perjuangan. Mungkin kerana di sini semuanya tersedia, program sentiasa ada di mana mana. Maka diriku tidak ada rasa takut untuk terlepas sesuatu program atau tarbiyah. Malah ada juga terlintas di hati bahawa sekiranya diri ini tidak menggerakkannya, masih ramai lagi insan yang berkelayakan. Naudzubillah min zalik. Ya ALLAH, jauhlah diriku dari gejala futur. Di manakah semangat perjuangan Asiah Yusro yang dulu?

Tidak ku nafikan, kerja dakwah di luar kampus lebih banyak cabarannya. Malah penglibatan dalam kerja dakwah dan tarbiyah juga sudah tidak seaktif di kampus kerana mempunyai keterbatasan waktu. Tanggungjawab kepada ibubapa perlu diutamakan. Selain itu tuntutan lain seperti mencari rezeki membantutkan pergerakan. Kebersamaan bersama sahabat juga tidak seperti dulu. Masing masing sudah punya peranan yang tersendiri. Kekadang diri ini berasa terlalu lemah di bumi kelahiran sendiri. Seringkali air mata menjadi peneman. Kata kata dari naqibah dan sahabiyah tercinta menjadi sumber kekuatan. Pesan naqibah; mungkin gerakan dakwah dan gerak kerja ISLAM sudah tidak sehebat di kampus, tetapi jagalah hubungan dengan ALLAH, kerana itulah sumber kekuatan yang sebenar. Berkaitan gerak kerja dakwah, mungkin gerakan terencat sedikit, namun biarlah ambil sedikit demi sedikit, asalkan istiqomah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Inilah adalah sedikit luahan dan coretan dari Asiah Yusro. Asiah Yusro yang sentiasa merindui bumi tarbiyah tetapi dalam masa yang sama mendamba kekuatan untuk menyumbang bakti pada tanah kelahiran...

BIAR SYAHID ATAUPUN KEMENANGAN!


Friday, September 17, 2010

Entri kosong....

Gambar yang paling disukai



ya ALLAH, ENGKAU telah mengujiku dengan kata kataku sendiri. Ku sudah tidak punya kekuatan untuk menulis... Hanya Engkau tahu apa yang terbaik buatku

Hanya ini yang berjaya dihasilkan setelah setengah hari menghadap laptop... bilakah momentum menulis akan datang?

Doakan agar diriku istiqomah dalam perjuangan... ku mula terasa gerak kerja ku lesu dan lembap...

Wednesday, September 8, 2010

Layakkah kita menyambut syawal?


Bismilahirahmanirahim
Alhamdulillah... sujud syukur kepada ALLAH S.w.t kerana kita masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi milikNYA ini. Sekali lagi diri ini terpanggil untuk bercoret di Mawar Sakinah kesayanganku. Dalam keheningan dingin pagi di hari akhir ramadhan, tersimpan seribu macam perasaan di dalam hatiku. Allahuakhbar! Tidak lama lagi kita akan menyambut lebaran. Sudah tentu pelbagai persiapan telah di lakukan. Ibu ibu sudah pasti sibuk menghias rumah, anak anak kegembiraan mendapat baju baru, dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis juadah yang dirancang untuk disediakan semasa lebaran.

Namun dalam persiapan menyambut raya, sedarkah kita wahai sahabiyah ku sekalian? Ramadhan bulan yang mulia semakin meninggalkan kita. Berpeluangkah kita bertemu dengan ramadhan yang akan datang? Sudahkah kita menggunakan sebaik baiknya "TAWARAN JUALAN MURAH" untuk beribadat semasa bulan yang penuh berkat ini?

Semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, berpeluang mendengar ceramah di radio dari seorang ustaz. Antara intisari ceramah tersebut adalah

Sekiranya kita terlalu gembira untuk menyambut syawal tanpa ada perasaan sedih untuk meninggalkan ramadhan yang mulia, maka ALLAH telah menarik keberkatan dalam bulan ramadhan itu.
Syawal sememangnya bulan yang amat dinanti oleh muslimin dan muslimat namun ingatlah bahawa Syawal adalah tanda kemenangan buat mereka yang berjaya berjuang di bulan Ramadhan. Berjuang melawan hawa nafsu bukan sahaja melalui perut mereka, malah turut merangkumi nafsu mata, telinga, lidah dan seluruh anggota badan

Allah s.w.t yang MAHA PENGASIH dan PENYAYANG telah menghadiahkan SYAWAL buat hamba hambaNYA. Namun, adakah kita tergolong dalam mereka yang benar benar layak untuk menyambut syawal?

Cuba periksa semula amalan kita di bulan ramadhan, sejauh mana kita bisa menghayati dan memanifestasikan segala amalan kebaikan yang kita janjikan? Awal bulan ramadhan kita bersemangat untuk berterawih, tetapi akhir ramadhan sibuk pula membuat kuih raya. Awal ramadhan kita sentiasa istiqomah dengan qiamulail dan tadarus namun akhir ramadhan kita istiqomah di pusat membeli belah untuk mendapat pakaian terbaik dan termurah.

Jadi dimanakah nilai ramadhan kita itu? Apakah nilaian kita untuk menyambut Syawal sekiranya ramadhan yang dilalui tidak dapat membersihkan diri kita dari segala noda noda hitam yang telah melekat selama sebelas bulan dalam diri kita.

Sesungguhnya Syawal itu adalah petanda kesucian. Petanda sucinya seorang hamba yang telah bermujahadah di bulan Ramadhan.Sesungguhnya hanya ALLAH yang berkuasa menilai mutu amalan kita. Artikel ini ditulis sebagai peringatan buat diri ini yang sememangnya sedia jahil dan berusaha memperbaiki diri.

Semoga Syawal yang bakal menjelma bisa menjadi petanda kesucian kita setelah mujahadah membersihkan diri di bulan Ramadhan

Buat semua FOLLOWERS dan pengunjung MAWAR SAKINAH:
Sepuluh tangan disusun, kupohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Mohon maaf atas kekurangan menghidupkan Mawar Sakinah ku ini, sesungguhnya diriku ini telah diuji dengan masa. Selain itu, mohon maaf juga atas kekurangan dalam entri yang ku tulis. InsyaALLAH, akan sentiasa memperbaiki diri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, Semoga lebaran kali ini menjadi tanda penyucian buat kita semua

Dari Asiah Yusro sekeluarga =)



Wednesday, September 1, 2010

Mari membaca

BismillahirahmanirahimSubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuakhbar ... diri ini diberi kekuatan dan peluang untuk bertinta sekali lagi di "Mawar Sakinah" sekali lagi. Bulan Ogos kelihatan seperti satu bulan yang sangat sibuk. Apatah lagi buat pertama kalinya diriku bekerja. Dan pada waktu itu, diriku mengalami kesusahan untuk menyesuaikan masa dan mencari waktu untuk terus bertinta di teratak kesayanganku ini. Terperanjat juga apabila melihat entri untuk bulan Ogos kerana hanya terdapat dua entri sahaja. Satu entri tulisan sendiri, dan satu lagi entri yang disalin dari laman web kegemaranku.

Seribu kemaafan buat semua pengunjung Mawar Sakinah atas keterlewatan untuk menghasilkan entri entri yang bermutu. Bukan sahaja terlewat tetapi tidak menghasilkan entri langsung. Akhirnya diriku ini diuji dengan kata kata sendiri. Dahulunya, diri ini yang sering menasihati sahabat agar menjadikan blog sebagai medan perjuangan namun akhirnya diriku yang menjadi semakin liat. Ingatlah para daie,

Dirimu akan diuji dengan kata katamu sendiri
Terasa otak ini sudah berkarat kerana sudah terlalu tidak menutur kata. Di waktu ini kita berada di 10 malam terakhr Ramadhan. Maka, peluklah Ramadhan mu seeratnya sebelum melepaskan ia pergi, tidak tahu sama ada kita bisa bertemu ramadhan lagi di masa hadapan. Semoga bertemu malam Lailatuqadar


Untuk entri kali ini, teringat kata kata dari Ustaz Pahrol bahawa seorang penulis itu harus lebih banyak membaca agar dapat menghasilkan karya yang lebih bermutu buat para pembaca.
Alhamdulillah, sepanjang pekerjaan diriku menjadi penjaga gerai tshirt labuh, diriku mempunyai masa yang terluang untuk membaca. Beberapa buah buku yang diri ini sedikit terlambat menghabiskan semasa masih belajar dahulu juga berjaya dihabiskan.

Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu, Dengan ilmu, InsyaALLAH iman kita akan bertambah. Pernahkah mendengar bahawa ALLAH S.W.T lebih suka seseorang yang beramal dengan ilmu berbanding mereka yang banyak amal tetapi tanpa ilmu. Namun menyedihkan bahawa terdapat satu kajian dimana daku terbaca di Malajah Solusi bahawa kadar pembacaan rakyat Jepun adalah 40 buah buku untuk setahun sedangkan rakyat Malaysia adalah 4 buah buku setahun. Betapa jauhnya beza?? Sedangkan kita dikatakan mengambil dasar pandang ke timur namun sejauh manakah menjadi realiti.

Inilah antara buku buku yang kucadangkan untuk bacaan sahabat sahabat sekalian.

Buku pertama adalah BUMI CINTA oleh pengarang tersohor negara seberang Pak Habiburahman. SubhanALLAH, membaca buku ini seolah olah tidak sabar untuk mengetahui pengakhirannya. Novel yang bukan sahaja sarat dengan mesej dakwah tetapi juga ilmu pengetahuan. Buku ini mengisahkan pengembaraan seorang pemuda yang ditarbiyah bernama AYYAS yang cuba mempertahankan keimanannya di bumi Rusia. Kelihatan ceritanya begitu ringkas namun jika sahabiyah sekalian membacanya pasti beroleh segala manfaat. Diriku tidak ingin mengulas lebih lanjut, sila beli buku ini untuk maklumat lanjut ya.





Buku kedua adalah HAMAS: Pejuang Suci Baitul Maqdis.

Buat kalian yang masih belum mengenal erti perjuangan HAMAS, buat kalian yang masih bertanya apa itu PALESTIN? buat kalian yang masih dahaga informasi berkaitan Palestin. Buku ini adalah jawapannya. Sesungguhnya buku ini mengupas berkaitan HAMAS, gerakan yang berjuang untuk PALESTIN, gerakan yang tidak akan menggadaikan tanah PALESTIN semata mata untuk pendamaian bersama ZIONIS. Teringat pesanan pimpinan HAMAS yang dicatat dalam buku ini yang penuh syahdu:

Berdoalah agar kita umat ISLAM dapat bersama sama mengerjakan solat di Masjid AL AQSA suatu hari nanti

Buku ketiga: Journey to Space

Melihat diriku membaca buku ini, ramai yang bertanya

"Minat syeikh muzaffar? Dia dah kahwin"
"Dia tak kacaklah, takpayahlah minat"

Dalam hati hanya beristighfar, sesungguhnya terlalu banyak maklumat yang diperolehi dari buku ini. Bukan sekadar meminati watak utama atau ciri fizikalnya sahaja. Sedarlah bahawa ilmu berkaitan angkasa lepas telah tercatat dalam Al Quran. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menerokainya. Ilmu berkaitan angkasa lepas lebih mendekatkan kita kepada ALLAH kerana akan mengingatkan kita pada kuasa yang MAHA BESAR yang mencipta alam ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk membaca buku ini.



Alhamdulillah, diri ini masih bekerja di gerai tshirt labuh sahabatku. Namun kekadang hati kecil ku meraung. Perasaan cemburu pada sahabat sahabat yang sudah memperoleh kerja sebagai jururawat semakin meluap. Namun aku terlupa, rezeki itu milik ALLAH, DIA Ar Razzaq iaitu MAHA PEMBERI. Dan sesungguhnya kesabaran itu adalah anugerah yang paling indah.

Gerak kerja ku jua sedikit terbatas. Terdapat pelbagai kekangan untuk ku terus melangkah di jalan tarbiyah ini sehingga ku hampir mendiagnosis diriku sebagai futur. Alhamdulillah, ALLAH memberi jawapan segera kepadaku. Diriku ini lebih mengerti arah tuju perjuanganku. Betapa indahnya rahmat dan kasih sayang ALLAH. Jangan sekali berburuk sangka padaNYA =)


monologku: tidak lama lagi ulang tahun MAWAR SAKINAH yang pertama =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...