Lilypie Angel and Memorial tickers

Pemburu Gelaran Bidadari Syurga

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

Laman

Friday, January 15, 2010

Sekadar coretan biasa


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,



Satu demi satu berita kematianku terima, cukup memberi kesedaran pada diri ini. Sebenarnya kematian adalah yang paling dekat dengan kita. Anggaplah setiap waktu kita di dunia ini adalah waktu nazak kita, malaikat maut sentiasa mendampingi kita, tetapi adakah amalan kita benar benar mencukupi untuk menjadi penolong kita di alam barzakh. Apatah lagi diriku ini yang sememangnya amalan tidak mencukupi malah banyak yang telah aku tinggalkan semasa berada dalam zaman jaihiliyah dulu. Masihkah kita punya waktu untuk memperbaiki amalan kita? Biar sesibuk mana pun kita di dunia ini, malahan banyak kerja yang dilakukan tetapi ingatlah bahawa amalan kita di akhirat masih banyak perlu di TOPUP.. Sememangnya berapa ketika ini, di tahun akhir dan di semester akhir ini, aku tidak menjaga amalan dan hubungan dengan penciptaku. Malah aku berasa ingin berlari dari jalan dakwah hanya kerana kepenatan membuat kerja dunia. Namun, apalah kecilnya kepenatan yang menimpa diriku ini berbanding dengan perit jerih payah sumayyah mempertahankan ISLAM, penat lelah fatimah az zahra berkhidmat untuk ISLAM, biarlah ku niatkan semua kerja yang ku lakukan untuk mendapat redhaNYA.. biar apapun dugaan yang mendatangi semasa berada di semester akhir ini, akan ku tempuh demi mencapai cita cita untuk mendapat redhaNYA sekaligus merealisasikan impian dari kecil ku untuk menjadi seorang JURURAWAT, JURURAWAT yang ditarbiyah dan sedia menarbiyah, yang sentiasa membersihkan hatinya dan memberi khidmat seikhals hati dan JURURAWAT yang bisa memberikan sinar ISLAM dalam bidang kesihatan di negaraku, ayuh sahabiyah sekalian! Oraklah langkah mu.

Ya ALLAH, aku tidak ingin nama, harta, pangkat dan kekayaan tetapi apa yang aku inginkan dengan menjadi seorang jururawat adalah ENGKAU memandang usaha kecilku ini, agar aku sentiasa dekat dengan ummah agar bisa menyampaikan risalahmu, walau apa yang berlaku, aku serahkan segala ketentuan padaMU kerana hanya ENGKAU yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untukku!

Saturday, January 9, 2010

Semangat ku kembali


Bismilahirahmanirahim.. maaf kerana sudah lama ana tidak mencoretkan madah di salju sakinah. Ana mengakui minggu ini, ana sedikit "down" , ana mengakui bahawa diri ini sangat lemah kerana tidak mampu berhadapan ujian akademik dan tidak mampu menanggung beban kerja akademik menyebabkan ana berfikiran sedikit tidak waras. Ana seolah olah ingin berputus asa dalam perjuangan ini. Ana merasakan ana tidak mampu untuk meneruskan perjuangan. Alhamdulillah, ALLAH masih memilih ana untuk berada di jalan ini. Semangatku naik kembali rentetan beberapa aktiviti penting sepanjang minggu ini. Hal ini membuatkan daku sedar, sejauh mana pun kita ingin lari, kita sebenarnya yang memerlukan tarbiyah, tarbiyah tidak memerlukan kita.. maka janganlah mudah mengalah.. teruskan perjuangan untuk menegakkan yang haq!

Alhamdulillah, semalam dalam bertemu dan bertukar buah fikiran bersama ikhwan dan akhwat. Pengisian yang diberikan cukup dapat meniupkan semangat perjuangan. Bertapa bertuahnya diri ini dapat dipertemukan ikhwan dan akhwat, mas'ul dan mas'ula serta murabbi dan murabbiyah yang benar benar mantap dalam memperjuangkan ISLAM. Pengisian yang diberikan murabbi benar benar menyentuh hati. Beliau menegaskan bahawa betapa pentingnya kita yang masih bergelar pemuda dan pemudi ini menyalurkan semangat dan tenaga kita untuk berada dalam perjuangan haraki. Kadang kadang mungkin diri tertanya, mengapakah kita memilih untuk berada di jalan ini sedangkan insan lain bebas untuk melakukan apa saja.. tetapi tidakkah kita ingin menjadi pemuda dan pemudi yang dipilih oleh ALLAH s.w.t? Lihatlah betapa perjuangan pemudah ashabul kahfi, mereka sanggup melarikan diri pemerintah yang zalim dan keji sehingga nama mereka disebut dalam Al Quran, tidak kah kita ingin tergolong dalam golongan seperti ini?

Selain pengisian yang mantap, kerinduan terhadap akhwat juga terubat kerana berpeluang makan setalam dengan mereka. Selain itu berkongsi buah fikiran berkenaan perjuangan ini. Betapa rindunya diriku dengan sahabiyah sefikrah ku, apabila dapat bertemu, segala kegusaran dihati dapat dihilangkan. Ingatlah bahawa antara golongan yang mendapat perlindungan di akhirat adalah dua orang pemuda yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Moga moga ikatan ukhuwah fillah yang terjalin ini sentiasa mendapat keredhaanNYA

Selain itu ucapan dasar yang bertajuk "Tarbiah dijana, Gerak Kerja"dibina juga cukup menjadi pembakar semangat. Elemen penting yang ditekankan adalah untuk memperkasakan pentarbiyahan setiap ahli.

Firman ALLAH:

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALLAH; tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidak ada perubahan pada fitrah ALLAh. Itulah agama yang lurus tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui"

Surah Ar Rum: 30

Memetik ucapan dasar, kita hendaklah sentiasa menyediakan diri untuk ditarbiah dengan cara ISLAM. Tarbiah ini sememangnya mampu melahirkan mujahid dan mujahidah yang berjuang di jalan ALLAH. Setelah memperkasakan tarbiah, maka dengan itulah gerak kerja yang mantap dapat dibina dan kita sendiri hendaklan memahami perjuangan kita iaitu perjuangan ISLAM. Jangan wujudkan persaingan di antara jemaah tetapi wujudkanlah kerjasama untuk mendaulahkan ISLAM sekaligus menuju mardhotillah.

Sesungguhnya program ini sememangnya tidak akan ku lupakan. Tidak lama lagi ulang tahun setahun diriku berjalan di atas jalan ini. Biarpun pada mulanya daku merasakan betapa perit untuk memikulnya dan merasakan tidak mampu untuk melalaksanakan, tetapi ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Buat ikhwan dan akhwat, semoga kerjasama, kasih sayang berukhuwah dan kefahaman yang kita bina ini bisa merealisasikan matlamat gerakan ISLAm untuk melihat ISLAm didaulatkan di bumi ini..

ALLAHUAKHBAR!



Friday, January 1, 2010

Bacalah!


Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah, tahun baru masihi menjelma. Masih lagi berpeluang bernafas. Masih berpeluang menghirup udara dibumiNYA yang indah permai. Namun sedih sekali kerana di tahun baru ini, sambutannya terlalu besar besaran berbanding dengan sambutan tahun baru ISLAM, semua berlumba lumba nak pergi countdown.. tetapi dalam tahun baru ini, adakah kita terfikir berapa banya dosa yang kita lakukan sepanjang tahun 2009? bukan setakat setahun, tetapi sehari, berapa banyak dosa yang kita lakukan? Nauzubillah min zalik.. moga kita sentiasa bertaubat .. memohon keampunan dariNYA



Antara buku yang dibeli (^_^)


Tahun baru ini ana sambut dengan mengadakan jaulah ke kedai buku MPH bersama teman teman. Alhamdulillah, ana telah membeli lima buah buku! Banyaknya.. adakah ini yang dikatakan nafsu? InsyaALLAH, buku yang dibeli dapat memberi manfaat kepada ana, mudah mudahan. Pelaburan untuk membeli buku ibarat melabur saham di akhirat bukan? Apatah lagi sekiranya buku tersebut merupakan buku yang berguna, sedangkan ayat pertama yang diturunkan kepada junjungan besar kita, Rasulullah S.adalah menyeru manusia untuk membaca.




Lagi buku yang dibeli

"Bacalah, dengan nama tuhanmu yang menciptakan"

Maka, jangan takut untuk membeli buku. Tetapi pastikan juga bahawa buku yang dibeli bukan untuk perhiasan, bacalah buku tersebut. Namun harus diingat, jangan asyik membaca buku tetapi AlQuran dilupakan, amalkan membaca AlQuran bersama tafsirnya sekali, moga mendapat kenikmatan!



Buku yang paling berharga, tak sangka jumpa buku ini, Alhamdulillah


"Ilmu itu adalah cahaya yang menerangi hati manusia, tetapi cahaya itu akan kelam sekiranya hati dikotori maksiat, adakah kita menjauhi maksiat?"

Friday, December 25, 2009

Universiti Kehidupanku..

Bismillahirahmanirahim
Lusa ana akan berangkat balik ke kampus pengajian.Rasa sedih untuk meninggalkan rumah dan dalam masa yang sama rasa berdebar untuk memulakan pengajian. Ini adalah semester terakhir untuk ana. Moga ana diberikan kekuatan. Apabila mengenangkan kehidupan universiti yang bakal berakhir, ana menyoroti kehidupan ana semasa bergelar pelajar universiti. Terasa hiba dihati ini. Terlalu banyak pahit, masin, asam, garam dan perencah yang berlaku dalam diri ana. Perubahan demi perubahan berlaku pada diri ana. MasyaALAH, begitu ALLAH mentarbiyah hambaNYA.. segala yang berlaku pasti hikmahnya



Tahun Pertama

Tahun pertama adalah tahun kebudak budakan. Lucu sekali bila difikirkan. Masa ini ana baru nak berjinak jinak bergaya. Apalagi masa orientasi wajib pakai tudung. Inilah yang paling ana tak suka. Nauzubillah min zalik. Ana bertudung hanya pergi kelas, lepas tu luar kelas buka. Malah sampai suatu ketika pun ana dah tak mahu bertudung ke kelas. Tahun pertama juga dipenuhi dengan penyakit cintan cintun. Lucu juga kalau diingatkan. Masa inilah gila betul beli baju, nak pakai cheong sam lah, beli beg, beli kasut .. Bila terkenangkan kembali.. lucu. memang minah gila bergaya!! Masa ini juga dapat pengalaman tinggal rumah sewa. Kami tak dapat hostel. Tinggal dirumah sewa memang mencabar. Perlukan kesabaran dan perancangan.. satu pengalaman yang menyeronokkan

Tahun Kedua

Tahun kedua bermula lah era CHEERLEADER!! Tentu antuna sekalian terkejut yang ana merupakan cheerleader captain kat kolej. Terkinja sana, terkinja sini. Teriak sana, teriak sini. Habis semua kawan kawan ana, ana paksa masuk cheers. Poco poco adalah tarian rasmi kami. Rasa lawak pula bila ingat kembali. Lepas cheers pula, sibuk menari. Menari tradisional lah. Dan paling lawak menari tarian hindi. Ana dan tarian sememangnya tidak dapat dipisahkan. Dancing is my life! Lepas tu yang paling lucu ialah Ana selalu berangan hendak ikut ratu cantik. Nak jadi paling cantik. Nauzubillah min zalik. Betapa ana tertipu dengan tipu daya dunia. Surau adalah tempat yang paling jarang pergi dan paling takut pergi. Segan pun ada. Pakaian belum cerita lagi. Sesungguhnya masa yang penuh kejahilan bila diimbas kembali.. tahun yang paling sia sia dalam hidupku

Tahun Ketiga

INI adalah tahun yang getir buat ana. Di sinilah ana belajar hidup berorganisasi dan hidup bukan khayalan. Ana terpilih untuk menjadi naib presiden sebuah organisasi. Dalam masa yang sama, ana terpaksa berpisah dengan kawan kawan rapat yang menjadi housemate ana. Ana terpaksa tinggal berasingan. Betapa ana rasa disinilah cabaran. Apabila sahabat baik kita tidak ada disisi. Terlalu banyak cabaran dalam mengepalai sebuah organisasi. Malah ana lihat, apa yang ana inginkan dalam hidup Kenapa ana sentiasa tidak tenang dan berpuas hati. Ana lihat banyak bencana, malapetaka dan kematian berlaku. Malah ada antara sahabat sahabat yang mendapat penyakit yang tidak dijangka. Disitulah hati ana terdetik tentang hidup bertuhan. Betapa ana selama ini mengabaikan rasa bertuhan. Ana sembahyang pun tidak faham erti sebenarnya. Tidak mendalami sebenarnya. Malah di tahun ketiga ini ana ditemukan dengan insan insan yang membuka mata ana. Seperti ana katakan bahawa selama ini ana takut dengan tudung labuh, jubah. Ana rasa bertudung tidak akan menampakkan seorang wanita itu cantik. Alhamdulillah, ada seorang junior yang baru masuk pada tahun ini, dan dia sangat istiqomah berjubah dan bertudung labuh. SubhanALLAH. Dialah orang yang paling cantik pada pandangan mata ana. Pertama kali ana lihat dia, ana tertarik dengan cara pemakaiannya sehingga ana berazam untuk berpakaian seperti dia. Selain itu, ana suka mendengar kawan kawan ana yang baca quran. Masa itu ana tak pandai baca, alhamdulillah, ALLAH gerakkan hati ana untuk minta ajar dengan seorang sahabat dan sekarang dialah akhwatku dan cermin ajaibku yang sangat ku kasihi. Dia sanggup datang malam malam untuk ajar ana baca QURAN. padahal dia tidak tinggal dihostel. Beliau sanggup meredah laut malam dengan menaiki motor untuk mengajar ana baca Quran. Dan sesungguhnya bila kita dekat dengan ALquran, kita dekat dengan ALLAH. Malah ana merasakan ada sesuatu yang memanggil ana untuk pergi ke surau setiap hari. Bukan bertujuan untuk riak tetapi untuk berkongsi kebesaran ALLAH. Ana adalah muka paling jarang untuk pergi surau tetapi digerakkan hati untuk datang tiap hari. Ana rasa keruan kalau ana tak pegi. Malah penerimaan adik adik di surau juga turut membuka hati ana. Mereka tidak melayan ana berbeza. Itu salah satu faktor ana mula mencintai ISLAM. Selain itu, Allah mengerakkan hati untuk membaca isi makna AL quran dan itulah datangnya kepahaman untuk mengubah imej. Masa nak ubah imej pun susah hati sebab ana ini jenis yang suka melaram. Takut tak ada baju, Huhu.. haha.. lucukan. Tapi alhamdulillah.. ALLAH bagi hidayah dan taufiq. Berubah imej pada tahun ketiga ini ...

Tahun Keempat


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. hanya itu mampu diucapkan dari lidahku. Ana merasakan telah menemui apa yang dicari. Ana suka berkongsi pengalaman ini kerana sesungguhnya maghfirah ALLAH itu terlalu luas untuk hamba hambaNYA dan betapa lembutnya hati manusia. Doakan ana terus istiqomah. Tetapi kadang kadang rasa tercabar juga.

"Akak tak rasa akak drastik sangat pakai tudung labuh?"

"Tak drastik ke pakai jubah selalu?"

" Baru je pakai tudung, janganlah terus pakai tudung labuh'"

Ini adalah pernyataan lazim yang ana dengar. Ana gembira kerana mereka mengambil berat pada ana. InsyaALLAH sahabiyah, doakan ana. Tegurlah ana jika melakukan kesilapan, bimbinglah ana, tetapi kerana pakaian inilah, kerana jubah dan tudung bidang besar inilah ana jatuh cinta pada imej ISLAM.
Namun yang paling indah dan bermakna di tahun akhir ini dipertemukan dengan cermin ajaibku dan merasai hidup bertarbiyah .Cermin ajaibku ini hebat hebat belaka. dan supercantik. (promote cermin ajaibku) Bertuahlah muslimin yang mendapat mereka ini. Cantik akhlah, cantik hati dan cantik peribadi. Cermin ajaib inilah yang telah, terus dan akan mentarbiyah ana. Ana sayang dengan antuna sekalian..Moga kita semua terus tsabat di jalan ini


Menyoroti cerita di universiti ini. Ini sememangnya universiti kehidupan. Sebenarnya terlalu banyak kenangan pahit dan manis. Terlalu banyak sehingga tak mampu dicoretkan. Sayu hati hendak meninggalkan universiti tercinta selama lapan bulan lagi. Doakan ana untuk terus istiqomah. Terima kasih buat semua yang banyak membantu dan menyokong ana di universiti kehidupan ini. Terima kasih juga buat yang telah menyakiti hati ana kerana itu sebenarnya yang menjadi penguat diri ini. Ana ingin kongsikan lirik lagu Sahabat iaitu lagu paling bermakna buat ana sewaktu UNIVERSITI KEHIDUPAN ini. Lagu yang penuh peristiwa bermakna.. MasyaALLAH.. SubhanALLAH.. ALLAHuakbar!



::SAHABAT-HAWARY::


Pertemuan...telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan.
..
manalah takdir hendak dilawan
...
semuanya ketentuan tuhan...

wahai sahabat sematkan semua kenangan

yang telah bersama sama kita lalui

suka dan duka memburu impian
..
moga teguh..nya ikatan ini
..

sahabat...yang amat ku kasihi..(kasihi..)
susah senang kau disampingku
(di sampingku..)
kehadiran dikau disisi...
(sahabatku)..
mengubat sepi dihatiku...

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama -sama kita lalui

suka dan duka memburu impian
...
moga teguhnya ikatan ini...

sahabat...yang amat ku cintai
...(cintai..)
susah senag kau disampingku(di sampingku..)
walau kini hilang dimata
..(sahabatku..)
namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)

ooo...sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepetimu

membimbing menasihatiku
...
hanya satu dlm beribu.....

ooooooo......
sahabat yang amatku cintai
....
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...

namun kini... hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamat perpisahan

kemesraan bermekar diakhir perkenalan

sayup menitiskan air mataku



Sunday, December 20, 2009

Waheeda Kini Berpurdah

Bismilahirahmanirahim, ini adalah sedikit artikel yang ana perolehi dari laman web Halaqah. net. Moga beliau terus istiqomah dan moga segala peristiwa yang berlaku sebagai ujian dan dijadikan pengajaran,

Gambar terbaru

LAMA tidak mendengar kisah tentang penyanyi ini sejak dia mengumumkan persaraannya dari dunia seni sebaik mendirikan rumahtangga dengan penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy Ogos lalu.

Khabarnya, Waheeda kini lebih tenang menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak tirinya, Maisara dan Sharif yang tinggal bersamanya dan Akhil.

Malah, ketika ditemui pada majlis persandingan mereka di Dewan Guthrie Bukit Jelutong, Shah Alam, akhir Oktober lalu, Waheeda akui kehidupannya kini cukup bahagia di samping menumpukan kepada amalan ibadah.

Terbaru, wanita berusia 30 tahun ini dilihat sudah tampil dengan imej terbarunya - berpurdah. Waheeda dilihat berpenampilan sedemikian sewaktu menghadiri sebuah majlis bersama suaminya, baru-baru ini.

Cuba dirisik kepada empunya badan, Waheeda akui dia kini senang dengan imej sedemikian. Malah, sejak dulu lagi memang penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini ini sudah menyimpan hasrat untuk berpurdah, cuma ketika itu dia belum berpeluang untuk berbuat demikian.

Malah, ketika seorang kenalan menghubunginya baru-baru ini, Waheeda kedengaran cukup ceria dan melahirkan rasa lega kerana hasratnya itu kesampaian jua.

Tiada siapa memaksa, tetapi apa yang dilakukannya itu datang daripada dirinya sendiri.

Dan berpegang kepada prinsipnya, jika boleh, dia tidak mahu lagi terlibat di dalam sesi fotografi mahupun temubual tentang kehidupannya kini. Kata Waheeda, lebih baik diajukan kepada suaminya saja kerana dia bukan lagi seorang selebriti.

Difahamkan, Waheeda juga bakal melatih anak tirinya, Sharif untuk menyanyi dan mengeluarkan album berjudul Zikirallah.

Ditanya lagi sama ada dirinya kini sudah 'berisi', kata Waheeda, rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri masih belum dikurniakan Allah.

Apapun, dia tetap bersyukur kerana dapat mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak tirinya yang juga menghormati dan menyayanginya sebagai ibu sendiri.


Ar Ruhul Jadid...


Ar ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Alloh
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia

Monologku: Semangat dengar lagu ni. harap pengunjung sekalian dapat dengar lagu ini kat blog ana sebab ana letak lagu ini. Tapi ana buka blog sendiri pun tak dapat dengar.. huhu.. (^_^)

Bumi penjara mukmin?


Bismillahirahmanirahim
3 Muharram, Alhamdulillah.. masih berpeluang mencoret sedikit pada"Salju Sakinah" kesayanganku. Inginku berkongsi sedikit berkenaan informasi yang didapati dalam rancangan Halaqah TV9, sesiapa yyang dapat siaran TV9, jemputla tengok rancangan halaqah, setiap Ahad, jam 9.30 malam, insyaALLAH.. dapat ilmu bermanfaat.. Rancangan berbentuk perbincangan ini memilih topik bumi pada kali ini.

Tetamu jemputan yang tidak asing lagi pada kali ini adalah Dr Danial Zainal Abidin. Beliau di tanya berkenaan keistimewaan bumi. MasyaALLAH, sahabiyah sekalian.. Bumi sebenarnya planet istimewa. Dr Danial menyenaraikan tiga ciri keistimewaan bumi

1. Bumi terletak di galaksi bima saksi, sedangkan di dalam bima sakti itu sendiri terkandung berbilion bintang.. tetapi bumi terletak jauh daripada bintang bintang ini, kerana bintang bintang ini dapat mempengaruhi suhu bumi! SubhanALLAH.. ALLAHuakhbar, begitulah kehebatan penciptaanNYA.
2.Malah bumi juga mempunyai perlindungan, atmosfera, yang dapat melindungi bumi dari sinaran radio aktif.dari matahari yang dapat membahayakan manusia
3. 3 suku daripada bumi dilitupi air, maka suhu bumi dapat dikawal sedangkan saintis sibuk mencari kewujudan air di planet lain, maka jika air dijumpai, maka kemungkinan untuk menemukan hidupan lain adalah tinggi..

SubhanALLAH... betapa besar nikmatNYA pada kita.. maka apakah balasan kita.. adakah kita bersyukur?

Tetapi apa yang lebih menarik adalah soalan yang ditanyakan kepada ahli panel yang kedua iaitu ustaz ( Maaf tak ingat nama ustaz, (^_^) ) adakah benar dunia itu penjara orang mukmin?

Ana begitu tertarik dengan jawapan beliau. Beliau berkata semuanya bergantung bagaimana insan itu melihat dunia. Sekiranya insan tersebut benar benar hendak mendapat keredhaan ALLAH maka tentu sekali berasa enak untuk melaksanakan amal kebaikan.. dan tidak akan merasakan beban dalam melakukan amal kebaikan dan berjuang untuk Islam. Tidak akan rasa terpenjara! Walaubagaimanapun berlainan pula jika kita di diagnosis dengan penyakit wahn (cinta dunia) maka tentulah berasa berat untuk meluangkan masa demi akhirat, berasa berat untuk berbuat amal kebaikan dan sudah tentu rasa terpenjara! Kita mungkin berasa beban terhadap melakukan amal kebajikan, berasa berat meninggalkan perkara yang dilarang.. oleh itu kita rasa terpenjara!

Maka lembutkanlah hati kita untuk menyukai amal kebajikan dan membenci perkara perkara mungkar.. dan juga akan sentiasa melakukan amal kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.. maka kita tidak akan berasa terpenjara di bumi yang serba indah ini..


Maka nikmat tuhanmu manakah yang kamu dustakan?

Selain itu isu usia bumi yang dikatakan sudah tua turut di utarakan.. Jika tua, sudah tentulah menghampiri kematian. Malah Dr Danial menerangkan bahawa petanda kiamat sudah dekat adalah peningkatan kejadian gempa bumi.. Dan kini gempa bumi berlaku di sana sini.. Maka apakah persediaan kita? Adakah kita akan terus menjadikan bumi sebagai penjara dengan terperangkap dengan tipu daya dunia? Semoga kita semua bisa bermuhasabah

Bumi itu diwariskan kepada mukmin yang soleh... fikirkan... adakah kita bersyukur?

Wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...