Dunia Palestin tidak pernah sunyi daripada disebut-sebut dari dahulu hinggalah ke saat ini. Lipatan sejarah dan apa yang kelak berlaku di bumi Palestin telah pun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalam-Nya yang benar lagi membenarkan. Kaum kuffar tidak jemu-jemu melancarkan fitnah terhadap dunia Islam, kononnya umat Islam adalah pengganas. Label pengganas tersebut menjadi lesen bagi mereka untuk menghalalkan darah kaum muslim terutamanya di bumi Palestin di mana kaum muslim telah lama menanggung penderitaan sejak 1948.
Kaum Yahudi tanpa jemu, giat melenyapkan Palestin sebagai bumi umat Islam di peta dunia. Lihatlah dunia hari ini, adakah nama Palestin ditulis di atas atlas-atlas yang dijual di kedai-kedai? Sebaliknya, negara haram Israel yang tertera di atlas-atlas tersebut. Apa yang menyedihkan, negara pengganas Israel hanyalah sebesar gelang yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 7.5 juta orang sahaja. Namun tiada satu negara Arab pun yang menghantar bala tentera mereka untuk mencabut kekuasaan pengganas Israel di bumi suci Palestin. Sebaliknya, menghantar wakil-wakil mereka untuk melakukan rundingan antara pemuka-pemuka Islam yang bacul dengan pemuka-pemuka Yahudi yang terang-terang pendusta.
Kaum Yahudi tanpa jemu, giat melenyapkan Palestin sebagai bumi umat Islam di peta dunia. Lihatlah dunia hari ini, adakah nama Palestin ditulis di atas atlas-atlas yang dijual di kedai-kedai? Sebaliknya, negara haram Israel yang tertera di atlas-atlas tersebut. Apa yang menyedihkan, negara pengganas Israel hanyalah sebesar gelang yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 7.5 juta orang sahaja. Namun tiada satu negara Arab pun yang menghantar bala tentera mereka untuk mencabut kekuasaan pengganas Israel di bumi suci Palestin. Sebaliknya, menghantar wakil-wakil mereka untuk melakukan rundingan antara pemuka-pemuka Islam yang bacul dengan pemuka-pemuka Yahudi yang terang-terang pendusta.
Dari dahulu hingga kini, apakah natijah rundingan-rundingan ini? Natijahnya tidak lebih daripada menghabiskan wang ke sana ke mari, membuang air liur, dan menjadi panggung wayang bagi kaum kuffar sedunia untuk bergelak ketawa melihat gelagat pemuka Islam yang pengecut. Mengapakah masalah ini berlarutan dari tahun 1948 sehingga kini? Masih tidak cukupkah masa untuk mencabut kekuasaan haram itu? Tidak tahukah kalian, wahai pemimpin, Khalifah Mu'tasim Billah hanya mengambil masa beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk menyerang kota Rom terkuat setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki kafir? Inilah budaya yang diterapkan oleh penjajah imperialis. Mereka sedaya-upaya menerapkan semangat nasionalisme.
Lihat, semangat nasionalis telah memisahkan tali silaturrahim kita bersama saudara kita di Palestin. Negara-negara Arab hanya mementingkan negara mereka sendiri sahaja. Apatah lagi negara-negara yang dipisahkan dengan ribuan kilometer jauh dari Palestin. Inilah dia semangat nasionalisme! Semangat nasionalisme menjadi nadi kehancuran perpaduan kaum muslim! Sungguh, para pejuang nasionalis sudahpun tersesat dengan idea kapitalis yang rosak lagi merosakkan ini. Apa yang lebih menyedihkan lagi, ada juga pihak yang memandang masalah ini hanyalah masalah kaum Arab.
Tidak cukup dengan itu, umat Islam di Palestin yang sememangnya terpisah dengan kaum muslim lain di serata dunia, dipisahkan lagi dengan sempadan Gaza dan Tebing Barat. Justeru, ramai pihak memandang bahawa Gaza-lah yang perlu diselamatkan kerana kawasan tersebut dikuasai oleh Hamas. Sungguh, mereka tertipu dengan semangat asobiyyah yang sesat lagi menyesatkan. Ketahuilah, setiap inci dan penjuru Palestin wajib dibebaskan daripada genggaman Yahudi mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak bagi kaum kafir harbi Yahudi di bumi Palestin walaupun sejengkal!
Hanya dengan pengerahan bala tentera ke kawasan sebesar gelang itu barulah kekuasaan Yahudi dapat dicabut dari bumi Palestin dan ia merupakan tanggungjawab pemerintah! Wahai pemerintah yang mempunyai kuasa, apakah jawapan kalian untuk dakwaan-dakwaan umat Islam yang menderita ketika mereka mendakwa kalian di hadapan Allah kelak?! Sesungguhnya bumi Gaza, seluruh Palestin, dan bumi Islam yang lain sedang menunggu pembelaan daripada seorang Khalifah yang merupakan junnah (perisai) kepada ummat!
Ya rabbi, izinkanlah kami berjihad di Palestin Mu, Ya ALLAH, masukkanlah kami tercatat sebagai syuhadahMU!Terima Kasih ILUVISLAM.com
2 ~pemberi cinta~:
Perjuangan untuk Islam semestinya melibatkan perjuangan untuk kemerdekaan Palestin.
Kekejaman demi kekejaman terus berlaku di tanah air saudara seIslam kita tapi diam-diam negara kita menjadi talam 2 muka.
sebelah kanan kononnya bantu Palestin, sebelah kiri menjemput APCO membantu pentadbiran negara.
Apakah kita hanya sekadar melihat?
Membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis Yahudi adalah kewajiban semua ummah Islam. Gunakanlah apa cara dan kemampuan kita. Yang penting terus istiqamah dalam perjuangan. Jangan cepat putus asa.
Post a Comment